Friday, June 5, 2015

KUNDUR

Ramai orang yang tidak berapa suka akan buah kundur, rupanya kundur ni mempunyai pelbagai khasiat.

Akar pokok kundur dapat menahan pelbagai penyakit yang berpunca dari dalam tanah. Buah ini sesuai dimakan untuk menghilangkan dahaga, perangsang buang air kecil dan menyejukkan badan. Kegunaan lain ialah sebagai mengubat beberapa jenis penyakit seperti gonorea dan sawan.

Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limpa. Abu biji kundur pula digunakan untuk mengubat penyakit gonorea, manakala abu kulit buahnya dibuat ubat luka.

Di Indonesia, buah kundur dicampur dengan bahan lain untuk mengubati penyakit yang mempunyai simptom keluar darah, penawar racun dan juga ubat luka.

Bagi orang Filipina pula, buah kundur segar sebagai ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru. Air kundur juga didapati berguna sebagai bahan pencuci mata yang merah dan bengkak.

Tuesday, May 5, 2015

Gastrik dan Gamat

Gastrik atau lebih tepat gastritis merupakan erosi pada lapisan dalam perut. Tandanya ialah pedih ulu hati, terasa cepat lapar, kembung, pendek nafas, pening, loya dan letih tak bermaya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan stress, berhenti merokok, pantang makanan pedas, masam, berempah dan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, nescafe dan coke/ minuman bergas. 

Jika tidak dijaga gastritis akan bertukar menjadi ulser perut iaitu luka pada lapisan dalam perut. Tandanya ialah sakit yang lebih ketara dan najis bertukar menjadi hitam berkilat (disebabkan oleh pendarahan). Ini memerlukan rawatan segera dari doktor bedah untuk dilakukan scope (OGDS) dan kemungkinan memerlukan pembedahan. Anda dinasihatkan mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor.

Gamat boleh membantu mengurangkan sakit dan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dengan melitupi lapisan erosi pada dinding gaster. Bioseed juga berfungsi sedemikian dan turut menjaga kesihatan sistem penghadaman secara am.

BAHAYA RESDUNG : PENDERITA HILANG PENGLIHATAN

Sudah empat tahun Rahim menderita akibat penyakit hidungnya. Setiap hari merupakan hari yang penuh dnegan trauma dalam hidupnya …. Saban pagi sebaik sahaja Rahim bangun dari tidur, hidungnya akan mula meragam.

Seperti biasa sesudah Rahim mandi pagi, hidungnya akan tersumbat. Apabila tersumbat, mulalah dia bersin dan bersinnya tidak berhenti-henti. Ketika memandu ke pejabat, hidungnya berasa gatal dan hingus mengalir takterkawal. Matanya mula gatal-gatal, merah berair dan sukar baginya untuk memandu. Adakalanya sehari suntuk Rahim tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada tugas-tugas dipejabat.

Dia juga kerap berasa sakit kepala yang teramat sangat. Dan berasa seluruh badannya tidak bermaya langsung. Meniti hari-hari hidupnya cukup terseksa buat Rahim dan penyakit ini buat dirinya merana.

Senario seperti ini bukanny asing dikalangan masyarakat kita. Penyakit yang dihidapi Rahim dikenali sebagai resdung di kalangan masyarakat tempatan. TAHUKAN ANDA ……….. Penyakit resdung ini menyebabkan kira-kira 10% daripada penduduk di Negara ini merana?????

Pada tengkorak kepala kita terdapat ruang-ruang udara kosong yang dinamakan sebagai " Sinus ". Resdung adala radang atau proses inflamasi pada lapisan dalam ruang-ruang udara ( sinus ) Justeri itu penyakit resdung juga dikenali sebagai " sinusitis "

PUNCA TERJADI RESUNG :

Terdapat beberapa factor dan penyakit lain yang dipercayai boleh mengakibatkan seseorang menghidap resdung. Antaranya yang utama ialah :

1) Jangkitan Kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabka menyebabkan seseorang endpat demam dan selsema. Malah ketumbuhan dari dalam hidung seperti " polyps " dan kanser turut dikaitkan dengan penyakit resdung.

2) Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunya struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

3) Selain daripada itu, kerosakan atau sakit gigi dibahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bacteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

4) Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar tutut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

GEJALA DAN KOMPLIKASI PENYAKIT RESDUNG :

Antara tanda awal penyakit resdung adalah hidung kerap tersumbat, bersin dan berhingus terutamanya pada waktu pagi dan berbau busuk. Ada seseternagh pesakit yang mengadu mereka tidak dapat merasakan apa-apa bau seklaipun. Selain itu pesakit resdung juga mengalami sakit kepala dibahagian dahi dan pipi terutamanya ketika tunduk atau sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian
tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk.

Apabila seseorang mengidap resdung dan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya dengan segera, radang pada runag-ruang udara ( sinus ) ini boleh merebak dan menyebabkan radang pada tulang tengkorak (osteomyelitis). Apabila radang ini merebak ke mata, keadaan ini boleh mengakibatkan kelopak mata menjadi bengkak dan sakit, pandangan menjadi kabur dan adakalanya mata menjadi buta.

Di samping itu radang ini boleh merebak ke tekak, ke selaput otak ( mengakibatkan meningitis ) dan ke otak menyebabkan otak bernanah ( intracranial abscess ). Malah penyakit resdung yang tidak dirawat boleh mengakibatkan maut!!! Adakah ini yang kita nanti-nantikan ????

Sumber; MAJALAH KELUARGA JULAI 2003

Monday, February 23, 2015

Ayat Quran Cancer Cure

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Sumber: fb

Sunday, February 22, 2015

KEKALKAN ZAT SAYUR

Tahukah anda bahawa 1/4 hingga 1/2 vitamin C pada sayur hilang bila dijadikan puri? Berikut cara penyediaan sayur tanpa kehilangan banyak zat di dalamnya :

•    Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-benar ingin memasaknya.

•    Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya.

•    Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat secara tidak langsung.

•    Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya.

•    Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung dalam sayur tersebut hilang. Walau bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan.

•    Masa cara stim lebih baik jika dibandingkan dengan merebus sayur. Cara stim dapat memastikan zat yang ada dalam sayuran tersebut tidak hilang dengan banyak. Jika sayur atau cara masakan anda hanya dengan langkah merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu hingga lembik.

•    Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong sayur tersebut.

Oleh Nura Syaurah, Vista Pinggiran

Saturday, February 21, 2015

KHASIAT KANGKUNG

Setiap kali disebut saja kangkung saya akan teringatkan cerita pahlawan Melayu yang membuat lawatan ke Negara China dulu kala.

Malahan kangkung adalah sayur kegemaran saya, terutamanya kangkung goreng belacan dan pedas. Selain daripada keenakannya kangkung telah menjadi tumbuhan penawar racun kepada orang tua-tua kita, 

Selain itu sayuran ini juga mempunyai pelbagai khasiat perubatan yang lain. Antaranya:


1.   Penawar busung, lemah badan dan keputihan pada faraj. Caranya, masukkan sayur kangkung ke dalam masakan bubur kena amalkan selalu.

2.   Penawar batuk. Rebus airnya kemudian diminum.

3.   Penawar gelisah, tidur tidak lena serta sakit kepala. Banyakkan memakan sayur kangkung untuk menenangkan perasaan gelisah.

4.   Rawatan diabetes. Terdapat juga kangkung yang berwarna ungu yang mempunyai khasiat sebagai ubat herba untuk merawat diabetes.

5.   Merawat bisul, jangkitan kulit, terseliuh dan bengkak-bengkak. Tumbuk halus atau kisarkan kemudian ditampalkan pada tempat yang sakit sebagai ubat luaran.

6.   Rawatan buasir. Rebus akarnya dan amalkan selalu,

Friday, February 20, 2015

PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH

Anai-anai haiwan yang kecil tapi sangat membingungkan dan secara amnya mengganggu kesihatan jika ianya bersarang dalam rumah kita. Apa yang patut kita lakukan untuk menghapuskan serangga ini. Banyak cara tradisional dan moden boleh dilakukan. Apa kata cuba beberapa kaedah di bawah.

1. Garam Dapur

Masa saya baru berpindah ke rumah yang saya beli ini. Anai-anai telah menyerang bilik belakang sehinggakan musnah sebuah katil bujang. Anai-anai menyerang tanpa kita sedar jika kita tidak memeriksa sekitar rumah. Memang memeningkan dan merisaukan, tapi saya ambil keputusan untuk cuba menggunakan garam kasar. Saya taburkan garam di serata bilik yang disyakki ada anai-anai termasuk sarangnya. Saya lakukan beberapa kali termasuk dengan menuangkan air garam ke kawasan terjejas. Alhamdulillah dalam seminggu anai-anai musnah. Sebagai langkah pencegahan saya taburkan lagi garam dan sembur air garam ke dalam lubang-lubang yang berpotensi menjadi tempat anai-anai.


2. Air Kapur sirih

Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.

3. Air Cucian Beras

Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.

4. Minyak Tanah

Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

5. Tembakau

Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

6.  Ubat Anai-Anai Di Pasaran

Hampir kesemua ubat anai-anai di pasaran sangat efektif. Saya gunakan ubat-ubat ini dengan menaburkan ubat ke dalam lubang yang mungkin berpotensi ada anai-anai dan memasukkan sedikit minyak tanah.