Mulberry adalah sejenis buah yang rupanya seakan blackberry. Namun Mulberry ini dikatakan mempunyai beberapa khasiat dan sering digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.
Buah Mulberry boleh dimakan segar atau dibuat jem. Ianya baik untuk pengaliran darah, elok untuk buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
Malah jus Mulberry dikatakan bagus untuk merawat masalah sembelit dan pening.
Daun Mulberi pula boleh dikeringkan dan dijadikan teh yang juga mempunyai beberapa khasiat untuk mengubati batuk, selsema dan demam panas. Juga elok untuk merawat penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Showing posts with label tekanan darah tinggi. Show all posts

Thursday, August 15, 2013
Saturday, December 15, 2012
Apakah Tekanan Darah Tinggi
Apa Dia Tekanan Darah? - Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadappembuluh arteri semasa peredaran darah ynag disebabkan oleh denyutan jantung.
Bagaimana Tekanan Darah Diukur? - Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut - 120 / 80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.
Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Tekanan Darah Berubah-ubah - Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semual tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Apa Dia Tekanan Darah Tinggi? - Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi.
Tekanan darah optima - 130 / 80 mmHg
Tekanan darah tinggi - Lebih daripada 130 / 85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg kadar tekanan darah anda adalah terlalu tinggi.
Kenapa Anda Perlu Mengetahui Tentang Darah Tinggi? - Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri anda sihat. Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah anda secara berkala.
Apakah Akibat Tekanan Darah Tinggi? - Jika tekanan darah anda kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:
• Serangan jantung
• Angin ahmar
• Kegagalan jantung
• Kerosakan buah pinggang
Jika Tekanan Darah Anda Optima (130 / 80 mmHg) - Anda perlu terus mengawal tekanan darah anda, dengan cara:
• Memeriksa tekanan darah anda secara berkala;
o 2 kali setahun jika kadarnya normal
o lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika anda mempunyai ahli keluarga mengidap darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.
• Tidak merokok
o Nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin juga menyempitkan saluran salurnadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih kuat.
• Makan secara sihat, dengan mengurangkan pengambilan :-
o Garam - Garam berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah.
o Lemak - Lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang.
• Kekalkan berat badan unggul.
• Bersenam secara berkala.
• Elakkan pengambilan alkohol.
Jika Anda Menghidap Tekanan Darah Tinggi :-
• Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan.
• Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor/pegawai farmasi.
• Jumpa doktor anda secara berkala bagi mengawal tekanan darah anda.
Wednesday, December 5, 2012
Buah Pinggang
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
GEJALA bengkak khususnya pada muka dan keliling mata, pergelangan tangan, abdomen, paha dan buku lali; air kencing berbuih, bercampur darah atau berubah menjadi pekat (berwarna gelap); kerap buang air kecil walaupun minum sedikit dan berasa sakit setiap kali buang air kecil antara tanda penting bagi kerosakan buah pinggang (ginjal).
Kerosakan buah pinggang juga menyebabkan seseorang merasa tidak sihat, pucat, cepat penat; tekanan darah meningkat, lebih kerap buang air kecil pada waktu malam, kitaran haid terganggu, hilang keinginan seks (atau mati pucuk), selera makan merosot dan mulut terasa pahit dan sukar tidur.
Namun, masalahnya gejala disenaraikan di atas hanya muncul apabila buah pinggang mengalami kerosakan teruk. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka mengalami masalah ini kerana kerosakan buah pinggang berlaku secara senyap tanpa gejala.
Buah pinggang yang mengalami 70 peratus kerosakan masih boleh menapis darah dengan baik dan masalah kesihatan hanya muncul jika jumlah fungsi kedua-dua buah pinggang kurang daripada 30 peratus.
Ia kini menjadi masalah yang semakin membimbangkan kerana ia berkait rapat dengan kencing manis. Setiap tahun dianggarkan 2,500 orang mengalami kerosakan buah pinggang dan sehingga 2008, lebih 15,800 kes dialisis dengan 1,157 kes baru.
Menurut Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Tan Wee Ming, punca utama kerosakan buah pinggang ialah penyakit kencing manis (54 peratus daripada kes yang perlu dialisis).
Antara perkara yang turut menyumbang kepada kerosakan ini ialah faktor genetik (sejarah keluarga sakit buah pinggang), gaya hidup tidak aktif, jarang bersenam, tabiat pemakanan tidak sihat, masalah kolesterol tinggi, obesiti, penuaan dan merokok.
Bagaimanapun, selagi seseorang itu tidak sampai ke tahap memerlukan dialisis, bermakna masih ada harapan untuk memperlahan atau menghentikan kerosakan buah pinggang. Apabila seseorang disahkan perlu menjalani dialisis, bermakna buah pinggangnya gagal berfungsi iaitu tidak lagi mampu menapis darah.
Ini sebabnya kita perlu sentiasa peka terhadap perubahan pada diri sendiri. Jika anda berasa was-was atau mempunyai sebahagian daripada faktor risiko seperti di atas, segera berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan. Ada banyak kaedah mudah untuk mengesan kegagalan buah pinggang seperti:
• Ujian darah (bagi menguji kehadiran bahan sisa nitirogen seperti urea dan kreatinin iaitu dua bahan kumuh yang sepatutnya dibuang melalui air kencing)
• Ujian air kencing
• Sinar-X atau IVU
• Imbasan bunyi (bagi mengesan kehadiran sista, batu karang atau ketumbuhan)
• Imbasan CT (untuk mengesan ketumbuhan)
• Imbasan Magnetik Resonans (MRI) (bagi mengetahui sama ada berlaku penyempitan salur darah ke buah pinggang)
• Biopsi buah pinggang
Selepas keputusan ujian positif, pesakit perlu menjalani rawatan bagi memperlahankan proses kerosakan buah pinggang. Selain pengambilan ubat, pesakit dikehendaki mengubah gaya hidup dengan berhenti merokok, kerap bersenam dan menjaga pemakanan supaya beberapa perkara dapat dikawal dengan baik. Antara yang perlu dikawal ialah:
• Tekanan darah
• Paras gula dalam darah (bagi pesakit kencing manis)
• Paras kolesterol dalam darah
Kawalan pemakanan sangat penting, terutama bagi pengambilan protein, garam, fosfat, potassium, kolesterol dan gula, kerana ia boleh merangsang kerosakan buah pinggang jika diambil berlebihan. Diet rendah protein digunakan untuk mengurangkan gejala berkaitan pengumpulan bahan sisa nitrogen dalam darah.
Ia boleh dilakukan dengan mengurangkan pengambilan makanan kaya protein seperti ikan, daging, makanan laut, kekacang atau biji-bijian, susu dan produk tenusu.
Namun, kebimbangan dan terlalu berhati-hati menimbulkan masalah lain pula iaitu kekurangan asid amino perlu dan tidak cukup zat. Perlu diingat, badan kita tidak boleh menghasilkan asid amino perlu ini dan ia hanya didapati daripada makanan.
Ini sebabnya pesakit perlu ambil ubat dan pil makanan tambahan yang membekalkan asid amino dan ketoanalog (terapi asid keto) dengan pemakanan kurang protein. Ia memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengekalkan status zat pesakit.
Untuk mengetahui berapa banyak protein boleh diambil, pesakit perlu merujuk kepada pakar pemakanan kerana keadaan setiap pesakit berbeza.
Bagaimanapun, bukan semua pesakit perlu mengawal pengambilan fosfat dan potassium. Sekatan ini dikenakan jika kerosakan buah pinggang adalah teruk.
Namun secara umumnya, kawalan lebih penting ialah pada jumlah pengambilan protein iaitu hanya 0.6 gram bagi setiap kilogram berat badan dan fosfat antara 800 hingga 1,000 miligram saja.
Setiap pesakit mempunyai piramid makanan mereka. Keperluan kalori harian mereka juga berbeza dengan orang sihat kerana ia dikira berdasarkan berat badan dan umur, iaitu dengan kaedah di bawah bagi mengelak masalah tidak cukup zat atau menjadi gemuk. Keperluan ini juga berubah dari semasa ke semasa; tertakluk kepada keadaan kesihatan buah pinggang mereka.
Justeru, pesakit perlu menjalani pemeriksaan secara berkala dan mendapatkan nasihat pakar pemakanan mengenai keperluan harian mereka. Pakar pemakanan akan membuat pengiraan keperluan harian anda dan pesakit perlu mematuhinya.
Amalan diet mengikut pelan dirancang disertakan pengambilan ubat boleh memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengelak pesakit menjalani dialisis.
Pada masa sama, keluarga perlu bersama-sama memainkan peranan dalam penjagaan pemakanan pesakit buah pinggang kronik dengan mengetahui jenis makanan yang mesti dielak atau dikurangkan.
Mereka (terutama pasangan atau penjaga) perlu belajar pelbagai masakan supaya menu sihat untuk pesakit tidak membosankan.
Sebagai panduan umum, ada beberapa resipi yang disediakan tukang masak dari Universiti Sunway (Chef Loke Hoi Weng dan Chef Andy Woon) dalam bengkel pemakanan ‘Penjagaan Lebih Baik’ anjuran Pusat Perubatan Sunway dengan kerjasama Fresenius Kabi untuk jadikan contoh.
Bengkel yang diadakan untuk pesakit (khususnya yang mengambil pil tambahan asid keto) dan penjaga bertujuan memberi panduan terhadap pengurusan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit bertambah teruk.
Antara panduan pemakanan umum untuk pesakit ialah:
• Kurangkan pengambilan protein (jumlahnya mengikut berat badan pesakit)
• Mengehadkan pengambilan garam kepada empat hingga enam gram sehari bagi mengelak retensi (pengumpulan air) dalam badan dan mengawal tekanan darah
• Hadkan pengambilan potassium kerana buah pinggang tidak lagi berupaya menyingkir potassium berlebihan daripada badan. Berlebihan potassium boleh menyebabkan degupan jantung tidak normal. Sumber makanan yang kaya potassium ialah pisang, oren, buah-buahan kering, kekacang dan sesetengah sayur berdaun hijau.

Thursday, February 24, 2011
Kurangkan Garam
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
SELALU kita mendengar pesanan untuk mengurangkan pengambilan gula dan garam. Kalau gula sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis, pengambilan garam berlebihan pula terbukti boleh merangsang masalah tekanan darah tinggi.
Hari ini adalah sambutan Hari Hipertensi Sedunia. Hipertensi atau tekanan darah tinggi antara penyakit senyap yang boleh membunuh kerana ia mampu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan lain tanpa tanda amaran.
Ramai tidak sedar mereka mengalami tekanan darah tinggi. Walaupun ia boleh diketahui melalui pemeriksaan mudah yang mengambil masa beberapa minit, ramai tidak menganggapnya sebagai perkara penting.
Kalau dulu tekanan darah tinggi dianggap penyakit orang tua, terutama warga emas (tiga per empat daripada wanita dan dua per tiga daripada lelaki berumur 70 tahun ke atas), kini semakin banyak kes dikesan pada golongan muda, termasuk dalam lingkungan 30-an.
Kajian di Amerika Syarikat mendapati lebih 50 juta rakyatnya mengalami tekanan darah tinggi. Dianggarkan dua daripada tiga orang yang dikesan mengalami masalah ini mendapatkan rawatan. Daripada jumlah itu 75 peratus mengambil ubat, tetapi hanya 45 peratus daripadanya mendapat rawatan secukupnya. Di Malaysia, sekurang-kurangnya 42 peratus orang dewasa berusia lebih 30 tahun mengalami hipertensi. Pakar perubatan khuatir kerana daripada 4.8 juta rakyat Malaysia yang menghidap penyakit ini, hanya lapan peratus dapat mengawal tekanan darah supaya ada dalam julat sihat.
Tema sambutan tahun ini ialah Garam dan Hipertensi Pembunuh Senyap. Tahukah anda bahawa kebanyakan kita mengambil garam melebihi apa yang diperlukan? Tujuh daripada 10 penduduk dewasa Amerika Syarikat mengambil 2.3 kali ganda garam daripada paras sihat.
Data terbaru menunjukkan secara purata rakyat Amerika mengambil satu setengah camca teh garam setiap hari — setengah camca teh lebih daripada jumlah disarankan iaitu hanya satu camca teh atau 2,300 miligram garam sehari, kata Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit bagi sakit jantung dan strok, Dr Darwin Labarthe.
Kesan garam terhadap peningkatan tekanan darah tidak perlu disangkal lagi. Ia terbukti sejak berabad lalu, malah manuskrip kuno China ada mencatatkan kaitan antara garam dengan tekanan darah tinggi.
Kajian di Singapura mendapati 90 peratus rakyatnya mengambil garam dua kali ganda daripada tahap disarankan. Keputusan kajian ini boleh diguna pakai untuk rakyat Malaysia kerana makanan kita tidak jauh berbeza.
Garam mengandungi dua bahan asas iaitu sodium dan klorida. Garam diperlukan untuk menseimbangkan kandungan cecair dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik bagi membolehkan transmisi saraf serta pengecutan otot.
Garam berlebihan akan meningkatkan tekanan darah. Apabila tekanan darah meningkat, risiko mendapat strok, serangan jantung juga bertambah. Pengambilan garam berlebihan juga mendedahkan anda kepada kanser perut dan hidung.
Kanak-kanak yang mengambil banyak garam pula mempunyai peluang besar untuk mengalami tekanan darah tinggi apabila dewasa.
Biasanya buah pinggang bertanggungjawab mengawal paras garam dalam badan. Jika terlalu banyak garam, buah pinggang menyingkirnya melalui air kencing.
Namun apabila kandungan garam dalam darah sangat tinggi, buah pinggang tidak lagi dapat mengurangkan paras garam ke tahap normal dan garam ini kekal di dalam darah.
Satu sifat garam ialah ia mampu menarik air. Apabila terlalu banyak garam dalam darah, ia menarik lebih banyak air masuk ke dalam aliran darah untuk mengekalkan paras garam yang selamat. Ini bermakna kandungan cecair dalam salur darah bertambah dan ia menyebabkan tekanan darah meningkat.
Sesetengah orang lebih sensitif terhadap garam dan pada individu begini pengambilan garam berlebihan menaikkan tekanan darah. Biasanya orang tua dan pesakit kencing manis lebih sensitif pada garam.
Secara purata, kita memerlukan kira-kira 500 miligram garam sehari untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Walaupun kita boleh mengambil sehingga 2,300 miligram garam sehari tetapi pesakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan individu berumur 40 tahun ke atas perlu mengawal pengambilan garam supaya tidak melebihi 1,500 miligram sehari.
Dianggarkan 80 peratus garam yang diambil adalah garam tersembunyi iaitu di dalam makanan berproses, termasuk daging hancur, daging burger, naget, sayur asin, ikan masin, sosej, keju, buah zaitun jeruk, jeruk buah, biskut, snek, kerepek dan makanan dalam tin. Garam dalam masakan hanya menyumbang peratusan kecil terhadap paras garam darah.
Manis dan masin adalah rasa yang dipelajari sejak kecil. Kajian mendapati kecenderungan terhadap sesuatu rasa sukar diubah selepas berumur tujuh tahun. Ini sebabnya anda sebagai ibu bapa perlu tahu kebaikan serta keburukan gula dan garam supaya boleh menyemai tabiat pemakanan baik di kalangan anak.
Adakah garam laut lebih baik dan menyihatkan? Walaupun banyak dakwaan mengatakan begitu, hakikatnya jika berlebihan, kesan garam laut terhadap badan adalah sama dengan garam biasa; cuma harganya lebih mahal.
Tekanan darah yang sihat adalah kurang daripada 140/90 mmHg. Individu yang mempunyai ukuran lebih daripada had ini dikategorikan menghidap penyakit tekanan darah tinggi (rujuk Jadual 1). Yang menyedihkan ialah tekanan darah tinggi dikategorikan sebagai penyakit sepanjang hayat. Ini bermakna ia perlu dirawat selagi kita hidup.
Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, berkata ramai pesakit menghentikan pengambilan ubat apabila mendapati tekanan darah mereka mencapai tahap normal.
Tindakan ini sangat berbahaya kerana tekanan darah boleh meningkat semula dan jika pesakit tidak melakukan perubahan gaya hidup, mereka berisiko mendapat pelbagai penyakit akibat peningkatan tekanan darah.
Rawatan sepanjang hayat yang dimaksudkan ialah melakukan perubahan gaya hidup dan mengambil ubat mengikut saranan doktor. Bagaimanapun, kebergantungan terhadap ubat boleh dikurangkan jika pesakit sanggup memulakan hidup baru dengan:
• Berhenti merokok
• Mengurangkan berat badan (jika ada masalah gemuk atau terlalu gemuk)
• Bersenam
• Mengurangkan pengambilan garam
Malah atas nasihat doktor, pesakit juga ada peluang untuk bebas daripada ubat jika menjadikan empat perkara di atas sebagai amalan sepanjang hayat.
Panduan mengurangkan pengambilan garam:
• Kurangkan penggunaan semua jenis sos dalam masakan. Sebaliknya gantikan dengan herba atau stok ikan bilis yang disediakan sendiri (dengan merebus ikan bilis, dan gunakan air rebusan dalam masakan)
• Baca label ketika membeli barang makanan. Cari produk yang rendah kandungan garam (sodium)
• Jika makan di luar, pesan kepada tukang masak untuk mengurangkan garam dalam makanan anda
• Masukkan garam akhir sekali. Cara ini mengurangkan penggunaan berbanding jika ia dimasukkan dari awal
• Sediakan sup tawar (tanpa garam). Garam hanya dimasukkan sejurus sebelum makan mengikut cita rasa setiap individu
• Elak mencampurkan serbuk asam atau garam ke dalam buah-buahan anda. Nikmatilah rasa asli buah-buahan berkenaan.
Fakta tekanan darah tinggi:
• Lebih kerap pada orang tua — 3/4 daripada wanita dan 2/3 daripada lelaki berumur 70 tahun ke atas
• Dua kali lebih lazim di kalangan individu obes
• Pembunuh senyap yang boleh sebabkan strok, serangan jantung, kegagalan jantung, aneurisme (bengkak pada dinding salur darah) dan kegagalan buah pinggang
• Tiada gejala

Monday, January 3, 2011
Bolehkah Habbatus Sauda Membantu Menambah Hayat?
Pada abad ke 13, seorang doktor Arab mendakwa habbatus sauda boleh digunakan untuk lebih 50 penyakit.
Antaranya ialah lelah, masalah pernafasan, masalah sistem penghadaman, sembelit, jangkitan penyakit, hati yang bermasalah, pembengkakan, lenguh sendi, masalah tenaga batin dan keseluruhan kesihatan amnya.
Secara tradisional, habbatus sauda digunakan untuk pelbagai keadaan dan rawatan bermula dari pernafasan, gangguan perut, usus, buah pinggang, hati, peredaran darah, sistem ketahanan diri dan keseluruhan kesihatan. Habbatus sauda memainkan peranan penting dalam merawat kanser. Ia dapat mengurangkan glukos pada pesakit kencing manis, memberi kelegaan ketika kedatangan haid, berkesan untuk pesakit kulit dan mengimbangi serta menguatkan sistem ketahanan diri. Ia juga berkemampuan menghalang kerosakan gigi, melegakan pembengkakan prostat, ketidakselesaan akibat menopaus.
Habbatus sauda tidak merbahaya malah selamat dan amat berkesan digunakan oleh semua golongan masyarakat. Tiada jangkitan atau kesan sampingan jika mengambilnya dalam dosej yang disyorkan. Dosej ini bertujuan mencegah atau merawat penyakit dan pengambilannya bergantung pada masa dan sukatannya. Kesannya akan terserlah melalui pengambilan yang ditetapkan dan hasilnya boleh dinikmati dalam jangkamasa pendek.
Habbatus sauda secara amnya membantu sistem semulajadi manusia mengekalkan kesihatan. Ia bertindak pada bahagian tubuh yang bermasalah dan memerangi punca utama penyakit tanpa mengganggu sistem tubuh yang lain. Ia bertindak mengawal sistem ketahanan tubuh dan mengatasi penyakit yang teruk, beralahan dan berhormon. Kesannya bukan sahaja melegakan masalah kesihatan malah menambah sistem ketahanan tubuh terhadap penyakit. Sebahagian besar masalah kesihatan berpunca dari jangkitan bakteria, virus, parasit dan kulat. Penggunaan ubat klinik merawat penyakit secara berasingan menggunakan ubat yang dihasilkan dengan bahan kimia tiruan yang mengandungi alkohol dan ramuan lain yang merbahaya.
Dalam persidangan tahunan pertubuhan persekutuan pengkaji2 biologi Amerika Syarikat ke 71, satu kertas kerja telah dibentangkan bagi menyokong dakwaan perubatan habbatus sauda. Percubaan biologi yang dijalankan menunjukkan ia bertindak balas mengimbangi dan menguatkan sistem ketahanan diri. Sejak 1959, lebih 200 kajian dijalankan di universiti2 antarabangsa dan artikel2 diterbitkan dalam majalah saintifik membuktikan hasil yang menakjubkan seperti yang tercatat 1400 tahun dahulu. Pada 1960, pengkaji Mesir telah mengesahkan keberkesanannya dalam membantu mengatasi masalah lelah. Saintis Jerman pula mengesahkan habbatus sauda sebagai pembasmi bakteria.
Para saintis di makmal "canser and immuno-biological" mendapati habbatus sauda merangsang tulang sum2 dan sel2 ketahanan diri, menambah pengeluaran interferon, sel normal dan bilangan antibodi. Pengkaji2 Amerika Syarikat telah membuat laporan pertama ke serata dunia mengenai kesan minyak habbatus sauda ke atas ketumbuhan, "study of the effects of nigella sativa on humans". Walaupun habbatus sauda sangat berkesan, kajian2 yang dijalankan ke atas penggabungan dengan herba lain memberikan hasil yang memberangsangkan.
Semua cendekiawan yang unggul di zaman dahulu dan sekarang telah menulis tentang kelebihan perubatan dan kandungan penyembuhan habbatus sauda. Perubatan Islam mendapati habbatus sauda berkebolehan mengekalkan kesihatan dan memulihkan suhu badan. Tabib di Madinah merujuk kepada sunnah rasulullah (saw) dalam hal berkaitan pesakit. Imam ibn al Qayim di dalam bukunya, Tibb al Nabawi, banyak menyebut tentang rawatan perubatan rasulullah (saw) dan penekanan beliau terhadap herba ini. Ibnu Sina, seorang ahli falsafah dan doktor Parsi yang terkenal menyifatkan habbatus sauda sebagai perangsang tenaga dan pemulih semangat dan keletihan. Zahbi, seorang ulama' berpendapat, habbatus sauda mengeluarkan segala halangan yang ada dalam sistem tubuh. Umat Islam khususnya lebih bergantung kepada penggunaannya kerana yakin dengan sunnah rasulullah (saw). Ini digambarkan dalam hadith sahih bukhari yang bermaksud, "TETAPLAH DENGAN KEPENTINGAN PENGGUNAAN HABBATUS SAUDA KERANA PASTI DI DALAMNYA TERDAPAT SEMBUHAN UNTUK SETIAP KESAKITAN KECUALI MAUT". Sehingga kini umat Islam seluruh dunia masih mengamalkan sunnah rasulullah (saw).
Minyak habbatus sauda lebih berkhasiat berbanding serbuk. Ia merupakan penyembuh terbaik dan digunakan untuk dalaman juga luaran.
PENGAMBILAN SECARA AM:-
1. Cirit-birit, ambil 15 ml minyak habbatus sauda dengan yogurt.
2. Sumber tenaga, ambil 15 ml minyak habbatus sauda dengan segelas jus oren sebelum sarapan.
3. Tidur lena, ambil 15 ml minyak habbatus sauda bersama air panas.
4. Masalah pernafasan, campurkan 1 bahagian minyak habbatus sauda dengan 5 bahagian minyak zaitun, panaskan dan bernafaslah dengan wapnya.
5. Minyak habbatus sauda boleh diambil dengan minuman sejuk atau 'yogurt'.
6. Minyak habbatus sauda juga boleh disapu pada kulit kepala untuk mengatasi masalah kelemumur dan rambut gugur.
Sukatan: 5ml = 1 sudu besar.
Minyak habbatus sauda JAMALIAH HOUSE adalah 100% tulen, tanpa bahan pelarut dan diekstrak secara semulajadi tanpa menggunakan haba. Minyak ini boleh didapati dengan harga RM10 (60ml) dan RM16 (120ml) sebotol. Terdapat juga dalam bentuk kapsul gel lembut dengan harga RM18 (24) dan RM25 (30). Untuk tujuan merawat penyakit tertentu, adalah penting mengetahui dosej yang betul. Hubungi Jamaliah di 012-2982862 untuk keterangan lanjut.
PERINGATAN:-
Wanita mengandung dilarang mengambil habbatus sauda:
- pada 3 bulan pertama kandungan.
- pada 6 bulan pertama kandungan yang bermasalah.
Nabi Muhammad bersabda : "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati".
Habbatus Sauda Atau "Nigella Savita" ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian antarabangsa yang telah dijalankan membuktikan keberkesanan Habbatus Sauda dalam merawat dan memelihara kesihatan. Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolestrol, merawat batu karang, menggalakkan pengeluaran susu ibu dan banyak lagi.
Artikel oleh: Minyak habbatus sauda JAMALIAH HOUSE

Subscribe to:
Posts (Atom)