Showing posts with label Vitamin A. Show all posts
Showing posts with label Vitamin A. Show all posts

Monday, August 26, 2013

KHASIAT KACANG BENDI

Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran semula jadi yang boleh digunakan sebagai ubat untuk kencing manis.

Kacang bendi adalah sumber folate dan serat. Ia juga mengandungi vitamn C, B6, thiamin, magnesium dan kalium. Kacang bendi adalah sayur yang rendah lemak dan kalori. Sayur ini digunakan untuk memekatkan lauk terutamanya kari.

Ada orang kurang menggemari kacang bendi kerana ia berlendir. Sebenarnya kalau kena cara memasak, kacang bendi amat enak. Lagipun ia amat berkhasiat.

Satu hidangan kacang bendi (1/2 cawan) mengandungi 30% dari khasiat pemakanan yang disyorkan oleh RDA. Ia adalah sumber antioksidan, vitamin A, C dan kalium, iaitu elektrolit yang diperlukan untuk imbangan cecair badan dan mengirim utusan melalui saraf, pergerakan otot dan metabolisma. Tak hairanlah ada tapak web yang mengaitkan kacang bendi dengan kesihatan otak.

Sebenarkan cecair berlendir dalam kacang bendi bukannya suatu yang tidak elok. Cecair tersebut mengandungi pektin dan serat yang larut dalam air. Pektin membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dengan mengganggumenyerapan cecair hempedu dalam usus dan memaksa hati menggunakan lebih banyak kolesterol untuk membina hempedu.

Jumlah serat yang banyak membantu aliran penghadaman dengan mengelakkan ceret beret dan sembelit. Ah, ketika memasak jangan dipotong kacang bendi untuk mengelakkan kehilangan cecair. kalau boleh masak kacang bendi dengan bahan berasid, misalnya buah tomato untuk mengurangkan lendir.

Jadi benarlah apa yang diwarwarkan dalam web yang saya baca, kacang bendi kekalkan keremajaan (antioksidan), baik untuk kulit, mengelakkan selesema (vitamin C), baik untuk otot dan otak, melawaskan penghadaman, serta mengurangkan kolesterol
✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.

✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.

✔Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.

✔Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

✔Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.

✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

Lagi khasiat Kacang Bendi

✔Mencuci hati.

✔Menstabilkan kandungan gula dalam darah.

✔Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.

✔Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.

✔Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.

✔Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.

✔Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.

✔Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.

✔Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

✔Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan di samping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.

Banyakkan khasiat kacang bendi.. Jom Amalkan untuk kesihatan anda.

==================
Kredit to Emorra Slim and White Series & Zarra Health & Beauty - GLUTA C

Friday, June 28, 2013

Bayam (Spinach)

Tentu ramai di antara kita meminati cerita kartun Popeye, cerita mengenai seorang pelaut yang menjadi kuat sebaik sahaja dia makan bayam (Spinach). Dalam kartun itu dipaparkan Popaye mendapat kekuatan sehebat besi dan dapat mengalahkan musuhnya Brono. Apa mesej yang ada dalam kartun itu... tidak lain dan tidak bukan adalah khasiat bayam itu sendiri yang mengandungi zat besi.

Terdapat dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah. Pembiakannya melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim. Daun bayam ada yang berbentuk bujur dan ada yang berdaun bulat. Tergolong dalam keluarga Amaranthaceae, bayam kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, mangan, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium, dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.

Dalam bayam mempunyai sekurang-kurangnya 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Malah disebabkan ini jugalah penyelidik telah mencipta ekstrak bayam yang dikhususkan bagi digunakan dalam kajian terkawal. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

Bayam juga dikatakan mengandungi sejumlah besar vitamin K yang amat penting dalam mengekalkan kesihatan tulang. Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira-kira 200 peratus nilai vitamin K. Selain vitamin K, kandungan khasiat pembina tulang yang lain seperti kalsium dan magnesium juga berkhasiat kepada mereka yang memakannya.

Bagi perlindungan kardiovaskular, bayam kaya dengan vitamin C dan A. Kedua-dua khasiat ini adalah antioksidan yang bertindak untuk mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan. Khasiat ini juga membantu menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus mencegah radikal bebas ini melekat dan terbentuk dalam sayuran darah. Folat dan magnesium dalam bayam adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada penyakit jantung.

Memakan bayam juga dikatakan membantu melindungi otak daripada tekanan oksidatif dan boleh juga mengurangkan kesan kemerosotan fungsi otak berkait dengan peningkatan usia. Satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat mendapati dengan memakan tiga hidangan sayuran hijau setiap hari mampu memperlahankan kemerosotan mental yang disebabkan peningkatan usia.

Khasiat bayam juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan dan mencegah daripada penyamata seperti katarak dan kemerosotan maka akibat peningkatan usia. Semuanya kera-a kehadiran lutein dan zeaxanthin dalam bayam bertindak sebagai antioksidan melindungi mata daripada kesan kasar sinaran ultra ungu yang membawa kepada masalah mata tersebut.

Bayam Penambah Darah. Bayam yang telah dimasak juga dikatakamerupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat hail kerana wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

Dibandingkan dengan memakan daging merah yang juga kaya dengan zat besi, bayakurang kalori dan bebas lemak. Secawa bayam dikatakan menyediakan kira-kira 3E peratus nilai zat besi untuk sehari. Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah mengalami pendarahan dan mereka yar menghadapi masalah ginjal.

Folat dalam bayam juga diperlukan bagi pembesaran fetus terutamanya untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap Kecacatan seperti bibir sumbing atau spin bifida boleh terjadi disebabkan kekurangafolat.

Vitamin A yang ditawarkan oleh bayam amat baik untuk diambil oleh ibu mengandung kerana vitamin A ini amat diperlukan bagi pembentukan paru-paru fetus dan juga bagi ibu semasa menyusui bayi.

Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai khasiat bayam. Namun begitu tetap perlu mendapat nasihat pengetahuan perubatan bagi mengelakkan kemudaratan kemudian hari.