Showing posts with label Buah Pinggang. Show all posts
Showing posts with label Buah Pinggang. Show all posts

Monday, May 26, 2014

Simptom Penyakit Buah Pinggang


Tahap kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Oleh itu, kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya. Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure). Kedua-dua jenis kegagalan buah pinggang – kegagalan akut dan kronik – akan mengganggu kecekapan fungsi buah pinggang.

Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh. Fungsi utama lain, membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.

Buah pinggang juga berfungsi mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina tulang dan menyelaras fungsi otot.

Tanda utama kerosakan buah pinggang sakit pinggang (low back pain). Kadang-kadang sakit pinggang berlaku hanya di sebelah pinggang iaitu sama ada bahagian kanan atau kiri pinggang.

Apabila seseorang misalnya sering mengalami sakit pinggang setiap kali tidur mengiring sebelah kiri, maka besar kemungkinan buah pinggang kirinya sedang mengalami kerosakan atau telah mengalami kerosakan pada tahap tertentu.

Kesakitan sebelah buah pinggang atau kedua-dua belah buah pinggang menyebabkan anda agak sukar untuk membuang air kecil pada waktu pagi atau ketika terjaga pada waktu tidur.

Kulit Gatal Berpanjangan

Selepas membuang air kecil, penghidap akan berasa lega sedikit kerana kesakitan di bahagian pinggang beransur-ansur kurang. Ini adalah tanda amaran awal seseorang mengalami kerosakan buah pinggang.

Bersegeralah mendapatkan perhatian doktor dengan menjalani pemeriksaan dan diagnosis. Kerosakan buah pinggang peringkat awal dikatakan lebih mudah untuk dirawat dan prognosisnya biasanya adalah baik.

Fungsi utama buah pinggang ialah membuang bahan kumuh/ bertoksin yang terdapat dalam darah. Jadi, apabila ia rosak dan gagal berfungsi bahan buangan berkumpul dalam darah lalu menyebabkan seseorang mengalami ruam, rasa gatal yang keterlaluan dan kulit kering. Ini juga merupakan tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang.

Bagaimanapun ruam, kulit gatal keterlaluan dan kulit kering juga adalah simptom berpunca daripada masalah kesihatan lain seperti ketidakharmonian fungsi hati, ketidakseimbangan nutrien berpunca daripada pelbagai faktor dan infeksi kulat.

Sesungguhnya ubat-ubatan tertentu contohnya ubat pengawal paras kolesterol jenis statin dikatakan menyebabkan kerosakan hati dan kegagalan buah pinggang.

Sila semak British Medical Journal (2010) di bawah laporan berjudul Unintended effects of statins in men and women in England and Wales: population based cohort study using the QResearch database.

Semaklah butiran yang tercatat pada label ubat pengawal kolesterol anda atau ahli keluarga anda. Ramai tidak tahu sebahagian besar preskripsi ubatan pengawal kolesterol adalah daripada keluarga statin!

Jika anda benar-benar mengalami kerosakan buah pinggang, maka krim sapuan yang dipreskripsi doktor hanya berfungsi meredakan keradangan. Jika simptom ruam, kulit gatal dan kering dialami secara berpanjangan janganlah dipandang ringan terutama jika anda mengalami tanda atau simptom yang lain seperti didedahkan dalam artikel ini.

Buah pinggang menentukan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil. Apabila ia mengalami kerosakan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil akan berubah.

Beberapa perubahan yang berlaku akibat kerosakan buah pinggang termasuk air kencing berbuih, kerap kencing pada waktu malam, semakin kerap buang air kecil sepanjang waktu dengan sifat air kencing yang kurang berwarna.

Kekerapan buang air kecil juga adalah tanda kerosakan buah pinggang atau buang air kecil pada kuantiti kecil dengan sifat air kencing berwarna gelap.

Air kencing mengandungi darah apabila didapati air kencing campur darah lalu menghasilkan warna air kencing berwarna merah.

Bagaimanapun perubahan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing yang sama juga mungkin berpunca daripada sebab-sebab lain. Pengambilan ubatan mengawal kolesterol jenis statin, minum teh/kopi, makan buah-buahan keluarga langsat dan tembikai menyebabkan seseorang kerap buang air kecil.

Kerap buang air kecil juga boleh berpunca daripada stres kronik, lemah syahwat, masalah ereksi, terlalu kerap melakukan hubungan biologi serta sering melancap (beronani).

Perubahan kekerapan buang air kecil dikatakan sebagai tanda buah pinggang mengalami kerosakan tahap sederhana manakala perubahan warna air kencing pula merupakan tanda buah pinggang mengalami kerosakan lebih akut.

Jadi, pastikan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing anda benar-benar dapat dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang sebelum berbincang dengan doktor.

Bengkak Air

Seperti dinyatakan di atas, fungsi utama buah pinggang ialah membuang air berlebihan dan garam dari tubuh. Jadi, apabila mekanisme yang membantu proses tersebut terganggu atau gagal maka air akan berkumpul dalam tubuh.

Bahagian tertentu tubuh seperti muka, tangan, kaki atau pergelangan kaki akan membengkak.

Pada tahap ini kerosakan buah pinggang dikatakan berada pada tahap semakin akut dan penghidap seharusnya berjumpa doktor dengan segera.

Bengkak yang dialami bahagian tubuh tersebut bukan bengkak berpunca daripada keradangan namun ia bengkak kerana kehadiran air berlebihan (edema).

Untuk mengetahui ia bengkak air atau bengkak berpunca daripada keradangan tekan dengan jari pada bahagian tubuh yang bengkak. Jika kawasan yang ditekan lambat naik maka ia tanda bengkak air.

Buah pinggang membina hormon dikenali sebagai erythropoietin. Ia membantu tubuh membina sel darah merah. Masalah dan kerosakan buah pinggang akan mengurangkan paras hormon tersebut.

Akibatnya ialah penurunan bilangan sel darah merah lalu menyebabkan seseorang mengalami anemia. Anemia berpanjangan akan menyebabkan paras oksigen yang dihantar ke sel berkurangan. Keadaan ini menyebabkan penghidap menjadi lemah atau lesu.

Apabila fungsi buah pinggang semakin lemah ia akan menimbulkan simptom seperti hilang selera makan, loya, muntah, melayang-layang, lesu kronik, sukar fokus, insomnia, sakit kepala, berat badan berkurangan, kulit gelap, kejang otot, sukar bernafas dan sakit dada. Kulit semakin kering dan gatal. Semakin kerap atau sukar untuk buang air kecil.

Terdapat pelbagai punca kerosakan buah pinggang termasuk yang utama ialah paras gula yang sentiasa tinggi seperti dialami oleh penghidap diabetes.

Penghidap diabetes lebih mudah mengalami penyakit buah pinggang jika mereka mengambil ubat-ubatan kombo (beberapa jenis ubatan) termasuk ubat mengawal kencing manis, paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Dr. Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AH G)
Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan, V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawat Dengan Herba รข€“ Cegah Demam & Flu.

Sumber: http://i-malaysiakini.com/

Saturday, August 31, 2013

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

Di bawah ini adalah pesanan dari seorang teman mengenai tips untuk menjaga buah pinggang. Jangan atau mengurangkan pengambilan makanan dan minuman ini.

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick, dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan di ladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Sunday, December 9, 2012

Kumpulan Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Pada bulan November 2008, Jurnal Persatuan Perubatan Amerika melaporkan bahawa 13 peratus rakyat dewasa Amerika yang berjumlah kira-kira 26 juta orang mempunyai penyakit buah pinggang kronik. Buah pinggang atau penyakit buah pinggang berlaku apabila kemerosotan fungsi buah pinggang seseorang. Bahan buangan di dalam badan mengambil masa yang lama untuk dikeluarkan. Mengekalkan diet khas boleh membantu melambatkan proses penyakit buah pinggang dengan cara membantu mengurangkan beban dalam menjalankan fungsinya.


Protin. 

Protin adalah nutrien yang diperlukan. Ia membantu tubuh kita melawan jangkitan, menyembuhkan badan daripada kecederaan dan pendarahan. Apabila anda mempunyai penyakit buah pinggang, anda masih memerlukan protein tetapi jumlah yang lebih terkawal. Kebanyakan pesakit buah pinggang perlu menghadkan pengambilan protin kerana buah pinggang mereka tidak dapat menapis terlalu banyak sisa protein. Tetapi ia juga bergantung kepada saiz badan dan tahap penyakit buah pinggang anda. Terlalu sedikit mengambil sumber protin boleh menyebabkan kekurangan zat makanan. Oleh itu adalah penting untuk anda berbincang dengan pakar buah pinggang dan pakar pemakanan sebelum mengehadkan pengambilan protin.

Sodium


Penyakit buah pinggang menyebabkan kesukaran untuk menghapuskan garam dan cecair yang berlebihan dari badan. Ia juga mungkin disebabkan oleh kencing manis atau tekanan darah tinggi. Untuk mengawal tekanan darah dan kencing manis, adalah penting untuk mengambil garam yang cukup untuk mencegah dehidrasi tetapi tidak terlalu banyak hingga ia menyebabkan tekanan darah anda meningkat. Untuk pesakit buah pinggang, mengurangkan jumlah sodium dalam diet akan membantu mengawal tekanan darah dan mencegah bahan buangan dan cecair berkumpul di dalam badan. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses kerana ianya mengandungi jumlah sodium yang tinggi. Ini menyebabkan anda mengambil sodium dalam jumlah yang banyak. Dan di sinilah di mana pakar diet anda boleh membantu.

Potassium

Potassium merupakan bahan mineral yang mengawal otot dan fungsi saraf di dalam badan. Satu otot besar dan penting berfungsi dengan baik kerana potassium, iaitu jantung. Buah pinggang yang sihat akan memastikan kadar potassium sentiasa normal dan akan mengeluarkan jumlah yang berlebihan. Buah pinggang yang mempunyai masalah tidak dapat mengekalkan kadar potassium yang seimbang. Jika kadar potassium anda adalah terlalu rendah atau terlalu tinggi, ia boleh membahayakan. Oleh itu, berundinglah dengan pakar pemakanan buah pinggang anda tentang diet dengan jumlah potassium yang betul untuk anda.

Fosforus

Fosforus adalah sejenis mineral. Hampir 85 peratus daripada jumlah fosforus di dalam badan berada dalam tulang anda. Fosforus secara semula jadi boleh didapati dalam banyak makanan, jadi anda tidak mempunyai apa-apa masalah mendapatkan fosforus dalam diet yang sihat. Buah pinggang yang tidak sihat tidak lagi mampu untuk membuang fosforus dari darah dan menyingkirkan lebihan dalam air kencing. Ini boleh menimbulkan masalah terutamanya mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang peringkat empat atau lima. Untuk memastikan tahap fosforus anda dalam lingkungan yang sihat, pesakit buah pinggang digalakkan untuk mengurangkan pengambilan fosforus mereka. Fakta pemakanan pada label makanan selalunya tidak memberikan maklumat yang tepat tentang kandungan fosforus. Dapatkan nasihat pakar diet buah pinggang anda tentang jenis makanan yang perlu digantikan atau dielakkan.

Sentiasa merujuk kepada doktor anda

Jumlah protin, garam, potassium dan lain-lain bergantung kepada peringkat fungsi buah pinggang anda. Pastikan untuk berunding dengan doktor dan pakar pemakanan anda yang pakar dalam penjagaan buah pinggang sebelum menukar diet atau mengambil sebarang makanan tambahan.

Sumber: http://buahpinggangsihat.com

Saturday, December 8, 2012

Diet Pesakit Buah Pinggang

Pesakit perlu banyak mengambil makanan tertentu bagi mengelak kandungan nutrien seimbang dalam badan

DIDIAGNOSIS dengan kegagalan buah pinggang bukan saja memerlukan anda menjalani rawatan dialisis tetapi juga mematuhi diet yang disyorkan. Suka atau tidak, perubahan dalam diet mesti dilakukan.

Oleh kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi seperti biasa, pesakit buah pinggang perlu banyak mengambil makanan tertentu dan mengurangkan jenis makanan yang lain bagi mengekalkan kandungan nutrien yang seimbang dalam badan mereka.

Walaupun setiap orang memiliki rejim diet yang khusus, namun ada sesetengah nutrisi yang diperlukan oleh semua pesakit. Penting atau kurang pentingnya nutrisi itu banyak bergantung pada jenis dialisis yang dipilih, sama ada PD (dialisis peritoneum) atau HD (hemodialisis).

Pakar Pemakanan Universiti Perubatan Antarabangsa, Dr Winnie Chee, berkata perkara paling asas, setiap pesakit perlu membezakan antara jenis rawatan yang diterima kerana ia menjadi penentu amalan pemakanan atau diet yang terbaik untuk mereka.

“Sebagai contoh, rutin diet pesakit yang menjalani rawatan PD agak kurang berbanding pesakit dengan rawatan HD. Ia kerana bagi PD, tahap kalium, garam dan bendalir dalam badan lebih rendah disebabkan pertukaran kerap menerusi PD.

“Namun, pesakit yang menjalani rawatan PD perlu memakan lebih banyak protein berbanding pesakit yang menjalani HD,” katanya.

Dr Chee berkata, pesakit yang memilih PD biasanya menjalani pembedahan yang kecil untuk memasukkan tiub plastik kecil ke dalam rongga peritoneum (perut).

“Larutan dialisis kemudian dimasukkan secara suntikan ke dalam rongga peritoneum untuk menyingkirkan toksin dan cecair berlebihan menerusi proses osmosis. Ketika ini, membran peritoneum berfungsi sebagai alat penapis,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan ciri proses rawatan ini, protein akan hilang menerusi membran peritoneum pada setiap kali pertukaran dialisis.

Justeru, katanya pesakit yang menjalani rawatan PD perlu meningkatkan pengambilan protein bagi memastikan jumlah protein secukupnya untuk tumbesaran, pembinaan otot, membaiki tisu dan melindungi badan daripada jangkitan.

“Kadar pengambilan protein yang disyorkan bagi pesakit harus dikekalkan pada tiga atau empat hidangan sehari, iaitu lebih kurang saiz tapak tangan bagi setiap hidangan, baik daging, ikan atau ayam,” katanya.

Katanya, sesetengah jenis buah-buahan misalnya pisang dan anggur, selain sayur-sayuran berdaun adalah contoh pemakanan yang memiliki kandungan kalium tinggi.

Pesakit PD katanya boleh mengambil makanan jenis ini bagi membantu mereka menjaga kesihatan jantung dan mengekalkan tahap bendalir badan yang normal.

“Walaupun terdapat fleksibiliti bagi pengguna PD dari segi pengambilan kalium dan cecair yang dibenarkan, pengambilan fosforus harus dipantau kerana enapannya boleh menyebabkan tulang rapuh dan sakit sendi,” katanya.

Namun, katanya agak sukar untuk mengelakkan makanan yang mengandungi fosforus kerana ia boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan termasuk daging, ikan, ayam, minuman berasaskan koko, kacang selain makanan seperti tauhu, dal dan sayur kacang.

Dr Chee berkata, bagi mengatasi masalah ini, semua pesakit yang menjalani dialisis, sama ada HD atau PD, perlu mengambil pengikat fosfat (contohnya pil kalsium) untuk menyingkirkan fosfat tambahan daripada badan.

Pengambilan garam juga harus dihadkan untuk mengawal tekanan darah. Satu cara yang boleh diamalkan dengan mudah ialah ‘diet tanpa garam tambahan’ iaitu jumlah garam minimum digunakan ketika memasak (¼ camca teh sehari).

Selain itu, pesakit perlu waspada terhadap makanan lain yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti kicap masin, sos tomato atau cili, sos ikan, sos tiram dan makanan dengan MSG. Mengelak makanan sedemikian adalah pilihan terbaik dalam diet.

“Pengurangan jumlah air kencing yang dihasilkan adalah simptom umum masalah buah pinggang yang biasanya didapati pada peringkat akhir penyakit. Akibatnya, ramai pesakit mengalami bengkak, sesak nafas dan tekanan darah tinggi disebabkan cecair berlebihan yang disimpan di dalam badan,” katanya.

Oleh kerana terapi PD membantu mengekalkan fungsi buah pinggang untuk tempoh lebih lama, pesakit yang menggunakan kaedah rawatan ini tidak perlu mengawal pengambilan cecair dengan begitu ketat kerana pengeluaran air kencing tetap dikekalkan pada tahap normal.

“Sebagai garis panduan umum, semua orang harus sedar mengenai jumlah kalori yang diambil untuk mengelakkan diri daripada menjadi gemuk. Kadangkala, penyerapan dekstrosa (gula) dalam dialisis

boleh menyebabkan kenaikan berat badan pesakit PD. Pengambilan jumlah kalori yang betul penting untuk mengekalkan keseimbangan antara membekalkan tenaga bagi badan dan mengelakkan berat badan berlebihan,” katanya.

Jadual berikut merumuskan perbezaan antara perubahan pemakanan perlu diambil oleh pesakit yang menjalani PD dan HD:

“Namun, pesakit yang menjalani rawatan PD perlu memakan lebih banyak protein berbanding pesakit yang menjalani HD,” katanya.

Dr Chee berkata, pesakit yang memilih PD biasanya menjalani pembedahan yang kecil untuk memasukkan tiub plastik kecil ke dalam rongga peritoneum (perut).

“Larutan dialisis kemudian dimasukkan secara suntikan ke dalam rongga peritoneum untuk menyingkirkan toksin dan cecair berlebihan menerusi proses osmosis. Ketika ini, membran peritoneum berfungsi sebagai alat penapis,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan ciri proses rawatan ini, protein akan hilang menerusi membran peritoneum pada setiap kali pertukaran dialisis.

Justeru, katanya pesakit yang menjalani rawatan PD perlu meningkatkan pengambilan protein bagi memastikan jumlah protein secukupnya untuk tumbesaran, pembinaan otot, membaiki tisu dan melindungi badan daripada jangkitan.

“Kadar pengambilan protein yang disyorkan bagi pesakit harus dikekalkan pada tiga atau empat hidangan sehari, iaitu lebih kurang saiz tapak tangan bagi setiap hidangan, baik daging, ikan atau ayam,” katanya.

Katanya, sesetengah jenis buah-buahan misalnya pisang dan anggur, selain sayur-sayuran berdaun adalah contoh pemakanan yang memiliki kandungan kalium tinggi.

Pesakit PD katanya boleh mengambil makanan jenis ini bagi membantu mereka menjaga kesihatan jantung dan mengekalkan tahap bendalir badan yang normal.

“Walaupun terdapat fleksibiliti bagi pengguna PD dari segi pengambilan kalium dan cecair yang dibenarkan, pengambilan fosforus harus dipantau kerana enapannya boleh menyebabkan tulang rapuh dan sakit sendi,” katanya.

Namun, katanya agak sukar untuk mengelakkan makanan yang mengandungi fosforus kerana ia boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan termasuk daging, ikan, ayam, minuman berasaskan koko, kacang selain makanan seperti tauhu, dal dan sayur kacang.

Dr Chee berkata, bagi mengatasi masalah ini, semua pesakit yang menjalani dialisis, sama ada HD atau PD, perlu mengambil pengikat fosfat (contohnya pil kalsium) untuk menyingkirkan fosfat tambahan daripada badan.

Pengambilan garam juga harus dihadkan untuk mengawal tekanan darah. Satu cara yang boleh diamalkan dengan mudah ialah ‘diet tanpa garam tambahan’ iaitu jumlah garam minimum digunakan ketika memasak (¼ camca teh sehari).

Selain itu, pesakit perlu waspada terhadap makanan lain yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti kicap masin, sos tomato atau cili, sos ikan, sos tiram dan makanan dengan MSG. Mengelak makanan sedemikian adalah pilihan terbaik dalam diet.

“Pengurangan jumlah air kencing yang dihasilkan adalah simptom umum masalah buah pinggang yang biasanya didapati pada peringkat akhir penyakit. Akibatnya, ramai pesakit mengalami bengkak, sesak nafas dan tekanan darah tinggi disebabkan cecair berlebihan yang disimpan di dalam badan,” katanya.

Oleh kerana terapi PD membantu mengekalkan fungsi buah pinggang untuk tempoh lebih lama, pesakit yang menggunakan kaedah rawatan ini tidak perlu mengawal pengambilan cecair dengan begitu ketat kerana pengeluaran air kencing tetap dikekalkan pada tahap normal.

“Sebagai garis panduan umum, semua orang harus sedar mengenai jumlah kalori yang diambil untuk mengelakkan diri daripada menjadi gemuk. Kadangkala, penyerapan dekstrosa (gula) dalam dialisis boleh menyebabkan kenaikan berat badan pesakit PD. Pengambilan jumlah kalori yang betul penting untuk mengekalkan keseimbangan antara membekalkan tenaga bagi badan dan mengelakkan berat badan berlebihan,” katanya.

Jadual berikut merumuskan perbezaan antara perubahan pemakanan perlu diambil oleh pesakit yang menjalani PD dan HD:

Kelas makanan: Dialisis Peritoneum (PD)

Protein: Mengikut keperluan, keperluan protein lebih tinggi daripada pesakit HD.

Kalium: Biasanya tidak terhad melainkan tahap darah adalah tinggi.

Fosforus: Terhad.

Cecair: Lebih longgar daripada pesakit HD.

Kalori: Mengikut keperluan. Jika kurang berat badan, pesakit memerlukan lebih banyak kalori untuk mencegah kekurangan khasiat pemakanan. Jika berat badan berlebihan, pesakit memerlukan kurang kalori untuk mencegah kenaikan berat badan selanjutnya. Kalori daripada dekstrosa dalam dialisat perlu diambil kira.

Jenis makanan: Dialisis HD

Protien: Mengikut keperluan

Kalium: Terhad

Fosforus: Terhad

Cecair: Terhad

Kalori: Mengikut keperluan. Jika kurang berat badan, pesakit memerlukan lebih banyak kalori dan jika berat badan berlebihan, pesakit memerlukan kurang kalori.

Jadual ini hanyalah panduan umum mengenai jenis makanan yang sesuai bagi pesakit buat pinggang yang menggunakan kaedah rawatan berbeza. Namun, mereka dinasihatkan berbincang dengan doktor dan pakar diet buah pinggang sebelum membuat perubahan kepada amalan pemakanan untuk memastikan diet yang seimbang dan sihat.

Friday, December 7, 2012

Sakit Buah Pinggang Kronik Boleh Ditangani Jika Dikesan Awal

Untuk mengetahui keadaan buah pinggang, seseorang itu hanya perlu menjalani pemeriksaan air kencing, darah dan tekanan darah. Semuanya ada boleh dilakukan di kebanyakan hospital dan klinik di negara kita. (Saya menjumpai artikel ini dan saya ingin berkongsi bersama anda)

MASALAH buah pinggang adalah masalah sedunia. Pada peringkat global, data menunjukkan setiap seorang daripada 10 orang dewasa berhadapan dengan kerosakan buah pinggang. Ini menjadikan hampir 500 juta orang menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD).

Angka ini meningkat setiap tahun seiring dengan peningkatan jumlah pesakit diabetes jenis 2 di serata dunia selain masalah tekanan darah tinggi.

Walaupun hingga kini, penyakit jantung adalah penyebab kematian utama di seluruh dunia, perlu diketahui, pesakit CKD berhadapan dengan risiko kematian disebabkan sakit jantung dan angin ahmar 10 kali lebih tinggi berbanding mereka yang sihat.

Pakar Runding Nefrologi dan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Hari Buah Pinggang Sedunia 2009, Dr Goh Bak Leong berkata peningkatan kes CKD di Malaysia menyaksikan terdapat hampir 17,000 orang memerlukan dialisis dan pada masa sama kosnya terus meningkat.

Beliau berkata, mujur kerajaan melalui kementerian kesihatan memberikan subsidi kepada pesakit yang miskin dan kurang berkemampuan untuk menerima bantuan.

“Sebenarnya, CKD adalah masalah yang boleh ditangani jika dikesan pada peringkat awal. Malah, pengesanan masalah CKD cukup mudah. Pengesanan CKD memerlukan pemeriksaan air kencing, darah dan tekanan darah,” katanya.

Pengesanan awal katanya membantu memperlahankan dan menangani kegagalan buah pinggang selain mencegah penyakit kardiovaskular. Selain itu, pesakit perlu mengambil ubat bagi mengawal tekanan darah, memperbaiki tahap kawalan kencing manis agar sentiasa berada pada tahap yang normal dan mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat.

Dr Goh berkata, secara saintifiknya buah pinggang berperanan penting menapis dan membersih 200 liter darah setiap hari. “Ia juga berfungsi mengawal tekanan darah yang juga penyebab dan juga komplikasi untuk CKD,” katanya. Beliau berkata, CKD lazimnya berlaku apabila seseorang individu mengalami masalah albumin berlebihan dalam air kencing atau berlaku penurunan mendadak pada fungsi buah pinggang.

Selain hospital kerajaan dan pusat dialisis swasta, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) menyediakan 22 buah pusat rawatan dialisis.

INFO: Siapa yang berisiko

Menghidap kencing manis

• Menghidap tekanan darah tinggi

• Terlalu gemuk atau mempunyai berat badan berlebihan

• Mempunyai latar belakang keluarga yang menghidap penyakit kencing manis, hipertensi atau masalah buah pinggang

INFO: Penyakit buah pinggang kronik

• CKD adalah isu kesihatan awam yang utama dan bersifat global

• Lebih daripada 500 juta penduduk dunia, iaitu 10 peratus daripada populasi golongan dewasa, mengalami masalah kerosakan buah pinggang.

• Seramai 90 peratus daripada mereka yang menghidap CKD belum lagi dikesan.

• Perbelanjaan bagi rawatan kerosakan buah pinggang (penyakit buah pinggang peringkat akhir) di seluruh dunia semakin meningkat

• Lebih daripada 1.5 juta orang didapati masih hidup dengan dialisis atau pemindahan buah pinggang dan angka ini diramal meningkat dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang.

• Kos global yang melampau bagi rawatan dialisis dan pemindahan buah pinggang diramal meningkat ke paras melebihi RM3.7 trilion pada dekad yang akan datang

• Beban ekonomi akan menjejaskan perancangan belanjawan kesihatan di negara-negara maju dan bagi negara-negara yang mempunyai pendapatan yang lebih rendah, adalah mustahil bagi mereka memperuntukkan kos sedemikian untuk program kesihatan mereka.

• Penyakit kencing manis membawa risiko tiga kali ganda kepada berlakunya kerosakan buah pinggang

• Dianggarkan sehingga 2025, penyakit kencing manis akan meningkat sebanyak 70 peratus dan mencecah 300 juta orang dan negara-negara yang membangun akan terjejas dengan teruk akibat peningkatan ini

• Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mensasarkan untuk mengurangkan jumlah kematian akibat penyakit kronik sebanyak 2 peratus setiap tahun untuk 10 tahun berikutnya

• Pengesanan awal dan pencegahan bagi mereka yang menghidap CKD serta mereka yang berisiko tinggi untuk penyakit kardiovaskular boleh membantu menjamin sasaran itu dicapai.

Thursday, December 6, 2012

Buah Pinggang Menapis Kotoran Dalam Tubuh

DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang’ Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.

Bagaimana buah pinggang bekerja?

Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi.

Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil dinamakan glomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam dan bahan kotoran daripada darah.

Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui heberapa tiub kecil. Tiub iru dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh. Darah yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini me~ ngandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing. Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup.

Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan air kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang terkumpul.

Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun boleh mendapatnya. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan bakteria mudah memasuki buah pinggang. Kebanyakan kita membuang air kecil empat atau enam kali sehari. Jika lebih daripada itu, ini mungkin disebabkan oleh rasa cemas, jangkitan atau sesuatu yang berpunca daripada penyakit. Buat pemeriksaan doktor jika anda menghadapi masalah ini. Anda juga patut membuat pemeriksaan jika pengeluaran air kencing anda berkurangan. Ini mungkin disebabkan dehidrasi (umpamanya selepas muntah-muntah atau cirit-birit) tetapi ini juga mungkin menjadi tanda akan kerosakan buah pinggang atau tersumbat.

Batu karang

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

Meningkat tua

Semakin seseorang meningkat tua, jumlah unit penapis di dalam buah pinggang berkurangan. Jika buah pinggang turut rosak kerana penyakit, penapis yang ada menjadi kurang berkesan dan bahan kotoran mungkin terkumpul di dalam darah. Kita juga harus ingat faktor-faktor utama yang menyebabkan penyempitan saluran darah di jantung turut menjejaskan buah pinggang. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi atau kencingmanis lebih mudah mendapat masalah buah pinggang.

Dialisis buah pinggang

Jika buah pinggang rosak teruk dan tidak boleh berfungsi walaupun mengikuti diet khusus, dialisis diperlukan, sama ada terus-menerus atau sehingga penderma buah pinggang ditemui.

Satu buah pinggang boleh berfungsi untuk dua tetapi jika kedua-duanya tidak lagi berfungsi, seseorang memerlukan pemindahan buah pinggang atau cara lain untuk menapis darah. Teknologi perubatan mencipta proses dinamakan dialisis yang menapis darah melalui mesin buah pinggang tiruan apabila kedua-dua buah pmggang tidak boleh berfungsi lagi. Pesakit yang mendapat rawatan dialisis dapat meneruskan hidup tetapi aktiviti hidup mereka semakin terbatas. Rawatan ini mahal, memerlukan banyak masa terluang dan tidak semua pesakit boleh menerimanya. Masalah sering dihadapi ialah anaemia teruk dan pengambilan cecair berlebihan harus disekat.

Pemindahan buah pinggang

Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak begitu mudah dengan mengeluarkan buah pinggang lama dan menggantikan dengan yang baru dan pesakit dapat menikmati kehidupan normal. Namun jika tubuh pesakit tidak dapat menerima buah pinggang baru, masalah akan timbul. Ini diatasi dengan mencari pesakit dan penderma yang mempunyai kaitan dan ubat diperlukan untuk mengurangkan tindakan balas yang dihadapi tubuh penerima.

Buah pinggang gagal berfungsi

Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru).

Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit. Antaranya ialah - :

1. Keturunan

2. Jangkitan

3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi

4. Diabetes mellitus

5. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat atau beberapa sebab yang tidak diketahui.

Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak sama ada orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak hidup seseorang.

Kegagalan buah pinggang kronik
Apabila seseorang menghidap penyakit buah pinggang yang kronik, ia akan sakit teruk selama beberapa bulan dan mengalami anaemia. Buah pinggang terus mengeluarkan air kencing namun gagal mengeluarkan bahan kotoran atau menyerap bahan yang berguna. Kegagalan buah pinggang kronik disebabkan beberapa penyakit seperti jangkitan kronik, diabetes atau pengambilan dadah berlebihan.

Tanda-tanda kronik Pesakit biasanya lemah, sering demam, sering kencing lebih-lebih lagi waktu malam. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan kehilangan berat badan, luka, gatal-gatal dan sedu. Kulit nampak kekuningan dan garisgaris warna coklat dilihat di kuku tangan.

Rawatan
Puncanya mesti dikenal pasti dan dirawat. Batu karang boleh dikeluarkan melalui pembedahan dan jangkitan kuman dirawat dengan ubat-ubatan. Jika kedua-duanya gagal, pesakit diberikan pemakanan tinggi karbohidrat dan rendah protein. Dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan jika pesakti bertambah teruk.

RAWATAN ALTERNATIF

Dari segi Rawatan Alternatif, pesakit disyorkan makan Bioseed yang mampu menolong nyahtoksid atau nyahracun, dan menolong tugas buah pinggang mengkumuhkan benda asing tersebut melalui air kencing. Selain itu, pesakit juga disyorkan makan PATI GAMAT PLUS VITAMIN untuk memecahkan batu karang dan juga melancarkan lagi aliran darah beroksigen ke seluruh organ dalaman, dan ini termasuklah buah pinggang anda!

Adakah pesakit bergantung pada mesin dialisis sepanjang hayatnya?Rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam tiga kali seminggu. Selain waktu tersebut, pesakit bebas aktif seperti orang lain.

Adakah pesakit yang menerima dialisis boleh bekerja?
Dengan rawatan dialisis, pesakit buah pinggang dapat hidup secara normal. Mereka boleh bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat seperti kerja buruh. Pesakit ini juga patut meneruskan persekolahan dan boleh mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti rekreasi.

Apakah kesan dialisis ke atas kehidupan pesakit?Kegagalan fungsi buah pinggang tidak bermakna berakhirnya kehidupan. Pesakit perlu mengikuti pemakanan khusus dan mengambil ubat-ubatan yang membantu dalam rawatan.

Adakah kegagalan buah pinggang jarang berlaku? Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah.
Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah pinggang?

Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda yang boleh dikenali. Umpamanya, terdapat darah dalam air kencing, bengkak sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam. Tanda-tanda seperti ini memerlukan rawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau tekanan darah tinggi.

Wednesday, December 5, 2012

Buah Pinggang

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

GEJALA bengkak khususnya pada muka dan keliling mata, pergelangan tangan, abdomen, paha dan buku lali; air kencing berbuih, bercampur darah atau berubah menjadi pekat (berwarna gelap); kerap buang air kecil walaupun minum sedikit dan berasa sakit setiap kali buang air kecil antara tanda penting bagi kerosakan buah pinggang (ginjal).

Kerosakan buah pinggang juga menyebabkan seseorang merasa tidak sihat, pucat, cepat penat; tekanan darah meningkat, lebih kerap buang air kecil pada waktu malam, kitaran haid terganggu, hilang keinginan seks (atau mati pucuk), selera makan merosot dan mulut terasa pahit dan sukar tidur.

Namun, masalahnya gejala disenaraikan di atas hanya muncul apabila buah pinggang mengalami kerosakan teruk. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka mengalami masalah ini kerana kerosakan buah pinggang berlaku secara senyap tanpa gejala.

Buah pinggang yang mengalami 70 peratus kerosakan masih boleh menapis darah dengan baik dan masalah kesihatan hanya muncul jika jumlah fungsi kedua-dua buah pinggang kurang daripada 30 peratus.

Ia kini menjadi masalah yang semakin membimbangkan kerana ia berkait rapat dengan kencing manis. Setiap tahun dianggarkan 2,500 orang mengalami kerosakan buah pinggang dan sehingga 2008, lebih 15,800 kes dialisis dengan 1,157 kes baru.

Menurut Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Tan Wee Ming, punca utama kerosakan buah pinggang ialah penyakit kencing manis (54 peratus daripada kes yang perlu dialisis).

Antara perkara yang turut menyumbang kepada kerosakan ini ialah faktor genetik (sejarah keluarga sakit buah pinggang), gaya hidup tidak aktif, jarang bersenam, tabiat pemakanan tidak sihat, masalah kolesterol tinggi, obesiti, penuaan dan merokok.

Bagaimanapun, selagi seseorang itu tidak sampai ke tahap memerlukan dialisis, bermakna masih ada harapan untuk memperlahan atau menghentikan kerosakan buah pinggang. Apabila seseorang disahkan perlu menjalani dialisis, bermakna buah pinggangnya gagal berfungsi iaitu tidak lagi mampu menapis darah.

Ini sebabnya kita perlu sentiasa peka terhadap perubahan pada diri sendiri. Jika anda berasa was-was atau mempunyai sebahagian daripada faktor risiko seperti di atas, segera berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan. Ada banyak kaedah mudah untuk mengesan kegagalan buah pinggang seperti:

• Ujian darah (bagi menguji kehadiran bahan sisa nitirogen seperti urea dan kreatinin iaitu dua bahan kumuh yang sepatutnya dibuang melalui air kencing)

• Ujian air kencing

• Sinar-X atau IVU

• Imbasan bunyi (bagi mengesan kehadiran sista, batu karang atau ketumbuhan)

• Imbasan CT (untuk mengesan ketumbuhan)

• Imbasan Magnetik Resonans (MRI) (bagi mengetahui sama ada berlaku penyempitan salur darah ke buah pinggang)

• Biopsi buah pinggang

Selepas keputusan ujian positif, pesakit perlu menjalani rawatan bagi memperlahankan proses kerosakan buah pinggang. Selain pengambilan ubat, pesakit dikehendaki mengubah gaya hidup dengan berhenti merokok, kerap bersenam dan menjaga pemakanan supaya beberapa perkara dapat dikawal dengan baik. Antara yang perlu dikawal ialah:

• Tekanan darah
• Paras gula dalam darah (bagi pesakit kencing manis)

• Paras kolesterol dalam darah

Kawalan pemakanan sangat penting, terutama bagi pengambilan protein, garam, fosfat, potassium, kolesterol dan gula, kerana ia boleh merangsang kerosakan buah pinggang jika diambil berlebihan. Diet rendah protein digunakan untuk mengurangkan gejala berkaitan pengumpulan bahan sisa nitrogen dalam darah.

Ia boleh dilakukan dengan mengurangkan pengambilan makanan kaya protein seperti ikan, daging, makanan laut, kekacang atau biji-bijian, susu dan produk tenusu.

Namun, kebimbangan dan terlalu berhati-hati menimbulkan masalah lain pula iaitu kekurangan asid amino perlu dan tidak cukup zat. Perlu diingat, badan kita tidak boleh menghasilkan asid amino perlu ini dan ia hanya didapati daripada makanan.

Ini sebabnya pesakit perlu ambil ubat dan pil makanan tambahan yang membekalkan asid amino dan ketoanalog (terapi asid keto) dengan pemakanan kurang protein. Ia memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengekalkan status zat pesakit.

Untuk mengetahui berapa banyak protein boleh diambil, pesakit perlu merujuk kepada pakar pemakanan kerana keadaan setiap pesakit berbeza.

Bagaimanapun, bukan semua pesakit perlu mengawal pengambilan fosfat dan potassium. Sekatan ini dikenakan jika kerosakan buah pinggang adalah teruk.

Namun secara umumnya, kawalan lebih penting ialah pada jumlah pengambilan protein iaitu hanya 0.6 gram bagi setiap kilogram berat badan dan fosfat antara 800 hingga 1,000 miligram saja.

Setiap pesakit mempunyai piramid makanan mereka. Keperluan kalori harian mereka juga berbeza dengan orang sihat kerana ia dikira berdasarkan berat badan dan umur, iaitu dengan kaedah di bawah bagi mengelak masalah tidak cukup zat atau menjadi gemuk. Keperluan ini juga berubah dari semasa ke semasa; tertakluk kepada keadaan kesihatan buah pinggang mereka.

Justeru, pesakit perlu menjalani pemeriksaan secara berkala dan mendapatkan nasihat pakar pemakanan mengenai keperluan harian mereka. Pakar pemakanan akan membuat pengiraan keperluan harian anda dan pesakit perlu mematuhinya.

Amalan diet mengikut pelan dirancang disertakan pengambilan ubat boleh memperlahankan kerosakan buah pinggang dan mengelak pesakit menjalani dialisis.

Pada masa sama, keluarga perlu bersama-sama memainkan peranan dalam penjagaan pemakanan pesakit buah pinggang kronik dengan mengetahui jenis makanan yang mesti dielak atau dikurangkan.

Mereka (terutama pasangan atau penjaga) perlu belajar pelbagai masakan supaya menu sihat untuk pesakit tidak membosankan.

Sebagai panduan umum, ada beberapa resipi yang disediakan tukang masak dari Universiti Sunway (Chef Loke Hoi Weng dan Chef Andy Woon) dalam bengkel pemakanan ‘Penjagaan Lebih Baik’ anjuran Pusat Perubatan Sunway dengan kerjasama Fresenius Kabi untuk jadikan contoh.

Bengkel yang diadakan untuk pesakit (khususnya yang mengambil pil tambahan asid keto) dan penjaga bertujuan memberi panduan terhadap pengurusan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit bertambah teruk.

Antara panduan pemakanan umum untuk pesakit ialah:

• Kurangkan pengambilan protein (jumlahnya mengikut berat badan pesakit)

• Mengehadkan pengambilan garam kepada empat hingga enam gram sehari bagi mengelak retensi (pengumpulan air) dalam badan dan mengawal tekanan darah

• Hadkan pengambilan potassium kerana buah pinggang tidak lagi berupaya menyingkir potassium berlebihan daripada badan. Berlebihan potassium boleh menyebabkan degupan jantung tidak normal. Sumber makanan yang kaya potassium ialah pisang, oren, buah-buahan kering, kekacang dan sesetengah sayur berdaun hijau.

Sunday, January 2, 2011

10 gelas air sehari

Saya nak berkongsi dengan artikel ini yang saya dapat dari email yang dihantar oleh seoranng teman. Puncanya tak pasti dari mana, tetapi artikel ini berguna untuk kegunaan harian. Sila baca dan amalkan.

ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.

Bagaimanapun untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan. Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.
Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.

Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan. Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).

Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.

Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).

Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.

Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” katanya pada prapelancaran Ekspo Pendidikan Air Tulin anjuran Elken Sdn Bhd.

Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.