Showing posts with label Angin. Show all posts
Showing posts with label Angin. Show all posts

Monday, December 15, 2014

Petua Untuk Melegakan Angin Dalam Badan

Pilihan 1:  Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan dengan halba rebus setengah cawan. Kemudian, campurkan sedikit madu asli dan kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan setiap hari.


Pilihan 2:  Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

Pilihan 3:  Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar.

Pilihan 4:  Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.

Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:

• Kacang
• Sayuran seperti brokoli
• Kobis
• Taugeh
• Bawang
• Asparagus
• Buah-buahan seperti pear, epal dan peach
• Bijirin seperti roti gandum
• Minuman ringan dan jus buah
• Susu dan produk daripada susu dan keju
• Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

Untuk kurangkan angin dalam badan:

a. Banyakkan minum air kosong.
b. Kurangkan udara yang anda sedut.
c. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
d. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.

Sumber: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

Thursday, August 22, 2013

Khasiat Daun Kadok

Berasal dari Malaysia, Borneo, dan Indonesia, Daun Kaduk ialah herba yang tumbuh pada tempat redup di antara pokok-pokok ranum.

Daun kaduk mengeluarkan sedikit aroma herba apabila dikoyak atau digosok antara tapak tangan. Rasanya berlada, sedikit pahit, dan menaikkan rasa pelbagai jenis makanan seperti udang kering, telur, ikan, dan daging.

Ia digunakan sebagai ulam dengan sayuran lain, dimakan bersama pencicah seperti sambal, cencalok, atau budu. Ia adalah bahan kepada resepi nasi ulam, pucuk tempoyak, perut ikan, beberapa jenis laksa, dan otak-otak Pulau Pinang. Daun kaduk sangat sesuai dengan sup cerah – cuma masukkan beberapa keping daun ke dalam sup ayam atau sup tulang, dah taburkan sedikit lada hitam apabila dihidang.

Daun kaduk ialah sumber yang baik untuk aktioksidan semulajadi kerana kaya dengan vitamin dan mineral.

KHASIAT DAUN KADUK

Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan. Daun kaduk sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan melayu.

Daun kaduk sesuai digunakan untuk mengubati sembelit, sakit gigi, demam malaria, cacing, lemah badan dan lenguh tulang, batuk dan juga panau. cara rawatannya ialah dengan merebus terlebih dahulu daun kaduk tersebut dan air rebusan tadi diberi minum kepada mereka yang mengalami masalah dan penyakit yang disebutkan di atas.

Daun Kaduk Mengurangkan Keputihan. Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada di makan mentah atau di celur, daun yg tua saya akan rebus, sejukan dan di buat air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis haid. Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda, mengurangkn keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.

Daun kaduk – buang angin dalam badan. Anda juga boleh mencuba mengambil sekeping pinang dan dikunyah bersama akar pokok kaduk ini. Telan cecair yang keluar bersama untuk merawat batuk dan menghilangkan asma.Untuk rawatan sakit gigi dan gusi pula,anda boleh cuba kunyah daun kaduk bersama halia, ia juga berupaya mengurangkan sakit tersebut.

Bagi sesetengah orang yang dijangkiti kulat pada bahagian kaki,anda boleh mengambil air rebusan akar dan daun kaduk dan rendamkan kaki anda. Jika anda mengalami masalah penghadaman, ambil air rebusan daun kaduk dan minum. la juga boleh merawat masalah usus dan mengeluarkan angin dalam perut. Ambil daunnya dan gosok pada bahagian yang mengalami kesakitan seperti pada kulit.

Anda juga boleh makan daun kaduk ini bersama nasi dan ia berupaya membantu proses penghadaman di samping dapat mengatasi masalah angin dalam perut. Ambil beberapa helai daun kaduk dan panaskannya. Kemudian tampal pada bahagian dada untuk menghilangkan sakit dada.

Jika anda menggunakan seluruh bahagian daun kaduk dan ia dijadikan ubat minum, ia berupaya merawat batuk dan kahak, melancarkan proses penghadaman dan menghilangkan senak perut.

Monday, May 16, 2011

Sedawa Tanda Banyak Angin

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


SELAIN sendawa, angin dalam badan menyebabkan seseorang berasa letih, hilang selera makan dan sakit kepala.

SETIAP tahun, Fauzi menjalani pemeriksaan keseluruhan badan di hospital. Tidak terkecuali juga pada tahun ini. Namun, sejak akhir-akhir badannya sering berasa letih. Terlalu stres memikirkan masalah tersebut, Fauzi berjumpa doktor untuk mengetahui punca sebenar. Dia mengambil cuti sakit kerana sakit kepala, hilang selera makan dan demam.

Adakah Fauzi mengalami demam biasa? Apakah punca masalah yang sebenar? Doktor menjelaskan, dia sebenarnya mempunyai masalah angin di dalam badan.

Semua orang mempunyai angin di dalam badan dan sebaiknya mengakulah kepada doktor anda kerana angin selalunya berkait rapat dengan pemakanan. Masalah tersebut boleh dirawat menerusi pengubahsuaian makanan selain produk-produk yang banyak dijual di farmasi.

Ada beberapa punca lain yang boleh mencetuskan masalah angin dan bukannya terhad kepada pemakanan seperti kekacang. Ramai pula yang mengaitkan masalah itu menjadi punca demam, stres dan hilang tumpuan kerja.

Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, angin di dalam badan berpunca daripada gas di dalam sistem penghadaman atau sistem gastro usus. Sistem tersebut mengandungi gas yang tidak berbau iaitu 99 peratus gas buangan dari usus manakala gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.

“Ia dilepaskan oleh bakteria di dalam usus besar. Angin disebabkan oleh gas atau angin di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu udara yang disedut dan bakteria di dalam usus besar.

"Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat dihadamkan dengan baik,” katanya.

Secara umumnya, penyakit atau masalah angin adalah perkara biasa bagi kebanyakan orang.

Walaupun tiada statistik sebenar, anggaran 30 hingga 40 peratus masyarakat mengalami masalah angin iaitu minimum sekali dalam hidup mereka.

Realitinya, masalah angin tidak menyebabkan kemudaratan teruk. Ia hanya perasaan tidak selesa dan kurang menyenangkan serta mengganggu kerja harian.

Rawatan

Seperti kebanyakan penyakit lain, angin di dalam badan sering dikaitkan dengan pemakanan.

Justeru ia boleh diatasi dengan melebihkan makanan berzat serat (fiber), sayur-sayuran, buah-buahan dan senaman harian.

“Jikalau kesemua di atas tidak mendatangkan manfaat, kita boleh memberikan ubat-ubatan tertentu,” ujarnya.

Selain itu, berurut, sauna, bersenam dan gaya hidup sihat dapat membantu mengatasi masalah stres.

Terdapat kepercayaan amalan mandi waktu malam menjadi punca masalah tersebut.

Menurut Dr. Malik, tiada bukti saintifik mandi waktu malam boleh menyebabkan angin di dalam badan.

Seseorang boleh mengesan dia mengalami masalah angin di dalam badan jika sentiasa sendawa dan mengalami kembung perut.

Keadaan itu menyebabkan rasa kurang selesa, sakit dan seterusnya mengurangkan selera makan juga sakit kepala.

Beliau menasihatkan orang ramai yang mengalami gejala tersebut mendapat rawatan doktor di samping menjaga pemakanan serta bersenam.