Friday, February 20, 2015

PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH

Anai-anai haiwan yang kecil tapi sangat membingungkan dan secara amnya mengganggu kesihatan jika ianya bersarang dalam rumah kita. Apa yang patut kita lakukan untuk menghapuskan serangga ini. Banyak cara tradisional dan moden boleh dilakukan. Apa kata cuba beberapa kaedah di bawah.

1. Garam Dapur

Masa saya baru berpindah ke rumah yang saya beli ini. Anai-anai telah menyerang bilik belakang sehinggakan musnah sebuah katil bujang. Anai-anai menyerang tanpa kita sedar jika kita tidak memeriksa sekitar rumah. Memang memeningkan dan merisaukan, tapi saya ambil keputusan untuk cuba menggunakan garam kasar. Saya taburkan garam di serata bilik yang disyakki ada anai-anai termasuk sarangnya. Saya lakukan beberapa kali termasuk dengan menuangkan air garam ke kawasan terjejas. Alhamdulillah dalam seminggu anai-anai musnah. Sebagai langkah pencegahan saya taburkan lagi garam dan sembur air garam ke dalam lubang-lubang yang berpotensi menjadi tempat anai-anai.


2. Air Kapur sirih

Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.

3. Air Cucian Beras

Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.

4. Minyak Tanah

Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

5. Tembakau

Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

6.  Ubat Anai-Anai Di Pasaran

Hampir kesemua ubat anai-anai di pasaran sangat efektif. Saya gunakan ubat-ubat ini dengan menaburkan ubat ke dalam lubang yang mungkin berpotensi ada anai-anai dan memasukkan sedikit minyak tanah.

No comments:

Post a Comment