Showing posts with label Vitamin B. Show all posts
Showing posts with label Vitamin B. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Kenapa Rambut Beruban?

Rambut yang beruban adalah salah satu proses normal bagi seseorang manusia. Tiada sesiapa pun yang boleh menyangkal fakta ini.

Sesetengah orang akan mengalami keadaan ini pada usia yang meningkat tua, bagi sesetengah yang lain pula mendapati rambut mereka beruban pada usia yang awal. Mengapa boleh berlaku begitu? Apa sebenarnya yang mempengaruhi warna rambut dan apa pula yang menyebabkan rambut kita cepat beruban?

Jawapan bagi persoalan ini adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti genetik, kekurangan nutrisi dan juga faktor usia.

Menurut hasil kajian The Journal of Investigative Dermatology yang dibentangkan pada tahun 2005, manusia berkulit putih akan mengalami rambut beruban pada usia pertengahan 30, orang Asia pula akan mengalami rambut beruban pada lewat 30-an manakala bagi golongan berkulit hitam pula mampu mengekalkan rambut mereka tanpa beruban sehingga ke usia pertengahan 40!

Berikut adalah beberapa faktor yang mempengaruhi warna rambut: 

Faktor usia : Perubahan pada warna rambut seseorang berlaku biasanya apabila seseorang itu telah meningkat usia. Kajian di Eropah mendapati bahawa kira-kira 40 peratus orang Eropah telah mula mengalami masalah rambut beruban pada usia 40 tahun. 

Genetik : Perubahan pada warna rambut seseorang adalah bergantung hampir keseluruhannya kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu Bcl2 dan Bcl-w. Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut. Dan ini menyebabkan rambut seterusnya yang muncul akan tumbuh tanpa pigment melanin. 

Kekurangan vitamin B 12 : Kekurangan vitamin B 12 akan mengurangkan pembentukan melanin. Masalah ini biasanya dialami kepada sesetengah golongan seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh. 

Faktor-faktor lain : Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami 4 kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban!

- See more at: http://tajdidislam.blogspot.com/2012/03/apa-sebab-rambut-kita-beruban.html#sthash.deplaWbr.dpuf

Friday, August 16, 2013

Ubi Kayu Banyak Gunanya

Ubi kayu atau nama botaninya manihot ezculenta crantz merupakan tumbuhan tropika dan subtropika yang memang banyak terdapat di hampir semua kawasan tropika serata dunia kerana ia merupakan karbohidrat yang berkos rendah dan paling mudah untuk diperolehi. Daunnya yang muda (pucuk) amat popular sebagai sayuran.

Pokok ubi kayu berasal dari Brazil, Amerika Selatan. Tumbuhan ini seterusnya tersebar ke Asia pada awal abad ke 17 dibawa oleh pedagang Sepanyol dari Mexico ke Filipina. Ubi kayu termasuk dalam keluarga euphorbiaceae. Dikenali juga sebagai ubi benggala, ubi belanda, cassava (Inggeris), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong (Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina), mushu (China) dan củ sắn atau khoai mì (Vietnam) merupakan tumbuhan dari jenis pokok renek.

Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara 9 hingga 12 bulan.

Batangnya pula berkayu sama ada bercabang atau tidak, kulit batang berwarna coklat atau kelabu serta kasar kerana banyak parut tangkai daun. Kulit batang ubi kayu mengandungi tanin, enzim, peroksidae, glikosida dan kalsium oksalat.

Akar pokok ubi kayu mengembung kerana menyimpan makanan. Ubinya pula berbentuk tirus, silinder, bulat, kecil, sederhana atau sangat besar. Isinya pula berwarna putih. Kuning atau sedikit merah dan menjadi keras apabila tua. Ubi ini terjadi dari bekas pangkal tangkai daun. 

Ubi kayu mempunyai kandungan kalori, serat diet, manganese, potassium, vitamin B6, vitamin C, protein, lemak, kalsium, fosforus dan zat besi. Memetik mengenai serat diet, ianya berfungsi untuk megurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser usus dan juga membantu mengawal diabetis. Patutlah ubi kayu satu masa dahulu menjadi pengganti nasi kerana ianya penuh dengan serat yang memberi rasa kenyang pada tubuh. Teringat juga masa zaman sekolah rendah dulu, buat gam dari tepung ubi kerana ia mempunyai kandungan kanji. Walau bagaimanapun, akar dan ubinya mengandungi banyak glukosid sianogenik sehingga tahap berbahaya dan di dalam ubi sahaja bervariasi antara sepuluh hingga 490 mg/ kg.

Ðaun ubi daripada jenis ringkas dan susunannya berpilin. Tangkai daun panjang, manakala daun jenis tidak terbahagi dan banyak jejari yang hampir sehingga ke tengah daun. Tangkai daun berwarna kuning, hijau atau merah. Ðaunnya pula banyak mengandungi protein, banyak karotena dan vitamin C.

Friday, June 28, 2013

Bayam (Spinach)

Tentu ramai di antara kita meminati cerita kartun Popeye, cerita mengenai seorang pelaut yang menjadi kuat sebaik sahaja dia makan bayam (Spinach). Dalam kartun itu dipaparkan Popaye mendapat kekuatan sehebat besi dan dapat mengalahkan musuhnya Brono. Apa mesej yang ada dalam kartun itu... tidak lain dan tidak bukan adalah khasiat bayam itu sendiri yang mengandungi zat besi.

Terdapat dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah. Pembiakannya melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim. Daun bayam ada yang berbentuk bujur dan ada yang berdaun bulat. Tergolong dalam keluarga Amaranthaceae, bayam kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, mangan, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium, dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.

Dalam bayam mempunyai sekurang-kurangnya 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Malah disebabkan ini jugalah penyelidik telah mencipta ekstrak bayam yang dikhususkan bagi digunakan dalam kajian terkawal. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

Bayam juga dikatakan mengandungi sejumlah besar vitamin K yang amat penting dalam mengekalkan kesihatan tulang. Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira-kira 200 peratus nilai vitamin K. Selain vitamin K, kandungan khasiat pembina tulang yang lain seperti kalsium dan magnesium juga berkhasiat kepada mereka yang memakannya.

Bagi perlindungan kardiovaskular, bayam kaya dengan vitamin C dan A. Kedua-dua khasiat ini adalah antioksidan yang bertindak untuk mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan. Khasiat ini juga membantu menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus mencegah radikal bebas ini melekat dan terbentuk dalam sayuran darah. Folat dan magnesium dalam bayam adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada penyakit jantung.

Memakan bayam juga dikatakan membantu melindungi otak daripada tekanan oksidatif dan boleh juga mengurangkan kesan kemerosotan fungsi otak berkait dengan peningkatan usia. Satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat mendapati dengan memakan tiga hidangan sayuran hijau setiap hari mampu memperlahankan kemerosotan mental yang disebabkan peningkatan usia.

Khasiat bayam juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan dan mencegah daripada penyamata seperti katarak dan kemerosotan maka akibat peningkatan usia. Semuanya kera-a kehadiran lutein dan zeaxanthin dalam bayam bertindak sebagai antioksidan melindungi mata daripada kesan kasar sinaran ultra ungu yang membawa kepada masalah mata tersebut.

Bayam Penambah Darah. Bayam yang telah dimasak juga dikatakamerupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat hail kerana wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

Dibandingkan dengan memakan daging merah yang juga kaya dengan zat besi, bayakurang kalori dan bebas lemak. Secawa bayam dikatakan menyediakan kira-kira 3E peratus nilai zat besi untuk sehari. Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah mengalami pendarahan dan mereka yar menghadapi masalah ginjal.

Folat dalam bayam juga diperlukan bagi pembesaran fetus terutamanya untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap Kecacatan seperti bibir sumbing atau spin bifida boleh terjadi disebabkan kekurangafolat.

Vitamin A yang ditawarkan oleh bayam amat baik untuk diambil oleh ibu mengandung kerana vitamin A ini amat diperlukan bagi pembentukan paru-paru fetus dan juga bagi ibu semasa menyusui bayi.

Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai khasiat bayam. Namun begitu tetap perlu mendapat nasihat pengetahuan perubatan bagi mengelakkan kemudaratan kemudian hari.