Showing posts with label Buahan. Show all posts
Showing posts with label Buahan. Show all posts

Monday, February 23, 2015

Ayat Quran Cancer Cure

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Sumber: fb

Friday, January 17, 2014

Looking For Something For Arthritis and Inflammatory Pain

All these foods are round us, so just looking around and grabs one if you need something to reduce arthritis and inflammatory pain. Good luck.

Wednesday, January 15, 2014

Makan Buah-buahan Sebelum Makan

TAK sangka.. Kita SELALU buat perkara ni, dan sebenarnya boleh sebabkan KANSER!!

Satu perkongsian yang dapat menyelamatkan ramai insan di sekeliling kita...

Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dengan cara yang "un-ortodoks" dan ramai pesakit yang sembuh! Ia percaya pada penyembuhan alami dalam tubuh terhadap penyakit.

Ubat untuk Cancer sudah ditemui! Anda percayakah?

Saya berdukacita bagi pesakit cancer yang meninggal di bawah rawatan konvensional. Pesakit cancer tidak seharusnya mati!

Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan:

Makan buah segar dan caranya! Ini sangat informatif!

Umumnya makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya dan masukkan ke dalam mulut kita... Tapi tidak semudah yg kita pikirkan! Pengetahuan penting bagaimana dan bila harus makan buah.

Cara yang tepat makan buah;

* JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!!

* BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG (ikut contoh Rasulallah saw).

BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING! BAHAYA! Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk dab menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung!

Menurut penelitian Dr Herbert Shelton; Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah-buahan, anda memiliki badan yang sihat, Penuh tenaga, Tubuh dan fikiran jadi tenang dan berat badan  normal. Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/ Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik dari pada minum jus.

Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, karana Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya.

MINUM AIR SEJUK @ AIS BATU SELEPAS MAKAN ADALAH salah satu penyebab KANSER!! Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU) maka akan jadi lemak bertoksin (RACUN).

Cara Terbaik adalah:

Minum air PANAS ATAU SUAM selepas makan. Makan buah segar saat perut kosong.

BANTU SHARE PADA KAWAN-KAWAN. Terima kasih...https://www.facebook.com/drazimuth2013

Saturday, August 31, 2013

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

Di bawah ini adalah pesanan dari seorang teman mengenai tips untuk menjaga buah pinggang. Jangan atau mengurangkan pengambilan makanan dan minuman ini.

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick, dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan di ladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Wednesday, August 21, 2013

Tips: Hilangkan Bau Mulut Ketika Puasa

Selama menjalankan ibadah puasa, masalah bau mulut seringkali menimbulkan ketidak selesaan. Semasa berpuasa, pengeluaran air liur dalam mulut dan dalam saluran pencernaan berkurang sehingga menjadi lebih kering. Akibatnya timbul halitosis atau bau mulut. 

Bau mulut juga boleh disebabkan penyakit sistemis seperti liver, perut, saluran pernafasan dan ginjal akut. Sedangkan penyakit gigi dan mulut penyebab nafas tak segar di antaranya gigi berlubang, radang gusi, gingivitis kerana karang gigi, dan periodontitis. 

Dalam hadtih ada menyebut yang bermaksud : "Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.” (HR. Muslim no. 1151)

(1)   Menjaga kesihatan gigi dan mulut dengan menggosok gigi dan lidah secara betul. Bersihkan sela-sela gigi dengan benang gigi. Jika menggunakan cecair kumur, jangan memakai cecair dengan kandungan alkohol di atas 25 peratus kerana meningkatkan risiko kanser rongga mulut.

(2)   Periksa ke doktor gigi anda sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Bila ada masa, lakukan spa gigi dua kali dalam sebulan untuk menjaga kesihatan gigi.

(3)   Elakkan merokok dan alkohol kerana memberi kesan memburukkan status kebersihan mulut yang mencetuskan terjadinya gingivitis dan periodontitis. Alkohol mengurangkan pengeluaran air liur yang akan memburukkan bau mulut.

(4)   Perbanyak pengambilan buah-buahan pengusir bau mulut seperti epal, bengkuang dan lobak merah. Teh hijau mengandungi bahan aktif catechin yang dapat menghilangkan plak, menurunkan kadar gula, dan membunuh bakteria penyebab bau mulut. Minumlah 2-5 cawan teh hijau sehari.

(5)   Keju yang rendah karbohidrat, tinggi kalsium dan mengandungi fosfat, dapat memperkuat gigi, meningkatkan pengeluaran air liur dan mengurangkan pertumbuhan karang gigi.

(6)   Perbanyak pengambilan air masak minimal satu liter atau lapan gelas sehari selama berbuka hingga sahur. Ini untuk menjaga keseimbangan air dalam tubuh.

(7)   Asap makanan probiotik seperti yogurt yang memelihara pencernaan dan menghalang bau mulut. 

See more at: http://tajdidislam.blogspot.com/2012/08/tips-mengatasi-bau-mulut-ketika-berpuasa.html#sthash.Xz7KFEvy.dpuf

Sunday, December 16, 2012

Kuasa Buah

Oleh Suzan Ahmad - suzan@bharian.com.my
2010/10/31

Ketahui khasiat sebenar makanan wajib bantu ubati, hindari penyakit.

BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Malangnya, berapa ramai antara kita tahu kelebihan sebenar khasiat buah-buahan kecuali vitamin C yang sudah terlalu kerap dikaitkan dengan buah-buahan tertentu seperti oren dan epal.
Bagaimana pula dengan aspek lain buah-buahan seperti khasiatnya membantu mengurangkan penyakit?

Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.

“Pada 2005, 17.5 juta orang mati akibat penyakit kardiovaskular iaitu 30 peratus daripada jumlah kematian global. Pemakanan yang baik adalah pendekatan terbaik untuk mencegah penyakit dan penjagaan kesihatan.

“Nutrien adalah khasiat yang mesti kita peroleh daripada makanan. Khasiat pemakanan ini adalah penting untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan sepanjang hayat,” katanya.
Lebih menarik lagi, hasil penyelidikan mengenai manfaat buah-buahan kepada kesihatan turut dikongsi pada kempen kemasyarakatan, Kesihatan Itu Kekayaan anjuran MBG Fruitshop di Jaya 33, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Antara fakta menarik yang dikongsi termasuk, ramai tidak tahu pisang membantu menentang kemurungan. Selain itu, antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kanser esofagus; buah kiwi meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan kismis membantu menjaga kesihatan gigi serta pembangunan mental kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak misalnya, buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti karbohidrat, mineral dan vitamin penting dalam pertumbuhan mental fizikal mereka. Karbohidrat dalam buah-buahan misalnya, adalah dalam bentuk gula yang menyumbang kepada tenaga badan. Selain itu, buahan-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelak masalah sembelit terutama di kalangan kanak-kanak.

Khasiat buah-buahan:

# Anggur/ kismis
Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.

# Buah oren
Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

# Buah Epal
Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.

# Buah pear
Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.

# Pisang kaki
Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

# Mangga
Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.

# Kiwi
Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

# Pisang
Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.

Saturday, November 19, 2011

Kuasa Buah-Buahan

Oleh Suzan Ahmad - suzan@bharian.com.my
2010/10/31

Ketahui khasiat sebenar makanan wajib bantu ubati, hindari penyakit

BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Malangnya, berapa ramai antara kita tahu kelebihan sebenar khasiat buah-buahan kecuali vitamin C yang sudah terlalu kerap dikaitkan dengan buah-buahan tertentu seperti oren dan epal. Bagaimana pula dengan aspek lain buah-buahan seperti khasiatnya membantu mengurangkan penyakit?

Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.

Pada 2005, 17.5 juta orang mati akibat penyakit kardiovaskular iaitu 30 peratus daripada jumlah kematian global. Pemakanan yang baik adalah pendekatan terbaik untuk mencegah penyakit dan penjagaan kesihatan.

Nutrien adalah khasiat yang mesti kita peroleh daripada makanan. Khasiat pemakanan ini adalah penting untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan sepanjang hayat,” katanya.
Lebih menarik lagi, hasil penyelidikan mengenai manfaat buah-buahan kepada kesihatan turut dikongsi pada kempen kemasyarakatan, Kesihatan Itu Kekayaan anjuran MBG Fruitshop di Jaya 33, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Antara fakta menarik yang dikongsi termasuk, ramai tidak tahu pisang membantu menentang kemurungan. Selain itu, antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kanser esofagus; buah kiwi meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan kismis membantu menjaga kesihatan gigi serta pembangunan mental kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak misalnya, buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti karbohidrat, mineral dan vitamin penting dalam pertumbuhan mental fizikal mereka. Karbohidrat dalam buah-buahan misalnya, adalah dalam bentuk gula yang menyumbang kepada tenaga badan. Selain itu, buahan-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelak masalah sembelit terutama di kalangan kanak-kanak.

Khasiat buah-buahan:

# Anggur/kismis
Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.

# Buah oren
Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

# Buah Epal
Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.

# Buah pear
Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.

# Pisang kaki
Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.


# Mangga
Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.

# Kiwi
Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

# Pisang
Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.

Thursday, November 17, 2011

Senarai makanan dan hikmahnya dalam Islam

ROTI (KHUBZ)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
JINTAN MANIS (ANISUN)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
EPAL (TUFFAH)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
ASPARAGUS (HIYAWN)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
PISANG (MAWZ)
Pisang boleh menyejukkan badandan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
BARLI (SYA'IR)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
SELASIH (MANIS RAYHAN)
Selasih berkhasiat untukmenguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
MENTEGA (ZUBDAH)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
BUNGA KUBIS (QUNNABIT)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
CHAMOMILE (BABUNAJ)
Kegunaan chamomile ialahmelancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
LOBAK MERAH
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
BIJI HITAM (HABB AL SAUDA)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
BIJI KOPI (QAHWAH)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
AYAM (DAJAJ)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
KULIT KAYU MANIS (DARCHINI)
Kulit kayu manis juga merupakanpemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
LIMAU KULIT TEBAL, WARNA KUNING PUCAT, KURANG MENGANDUNGI ASID (UTRUJJ)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
TIMUN (QITTA')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
JINTAN PUTIH (KAMMUN)
Jintan putih (kammun) khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untukmengubat perut yang memulas.
TAMAR KERING (TAMR)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
TERUNG (BADHIJAN)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda inimengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
TELUR (BAYDAH)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
'ENDIVE' (HINDIBA)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim.. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadithmenyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
FENUGREEK (HULBAH) / HALBA
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas".Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).
BUAH ARA FIG (FIN) / BUAH TIN
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
IKAN (SAMAK)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air.. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.
BAWANG PUTIH (THUM)
Bawang putih juga elok untukmemanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."
MINYAK SAPI (SAMN)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagaipenawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
HALIA (ZANJABIL)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firmanAllah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
INAI (HENNA)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
MADU LEBAH (A'SAL)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
KEKACANG (A'DAS)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan.. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
SALAD (KHASS)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggapsayuran yang baik untuk dimakan.Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
DAGING (LAHM)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Monday, February 7, 2011

Enzim Cerna Makanan

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
(Utusan On-line)

PENGAMBILAN buah-buahan dan sayur-sayuran penting untuk menambah bekalan enzim di dalam tubuh.

SETIAP orang pernah mengalami sembelit, kembung perut, lebihan asid dan pembendungan air semasa atau selepas menikmati makanan. Apa kata kaji punca masalah tersebut yang antara lain menurut pakar pemakanan berkaitan dengan enzim pencernaan.

Tubuh secara semulajadi menghasilkan 3,000 jenis enzim yang berbeza. Pemangkin protein ini penting untuk setiap proses metabolik dalam badan daripada berfikir kepada mengelipkan mata. Enzim dihasilkan di dalam hati dan disimpan di dalam kelenjar-kelenjar utama. Kita juga boleh menambah bekalan enzim menerusi pemilihan makanan yang betul.

Enzim juga boleh didapati secara semulajadi di dalam makanan sama ada buah-buahan, sayur-sayuran atau daging. Bagaimanapun penyelidikan mendapati memanaskan makanan melebihi 118*F boleh memusnahkan enzim. Begitu juga dengan makanan yang mengandungi bahan kimia atau disembur dengan racun serangga selain menggunakan baja kimia yang didapati mengganggu aktiviti enzymatic di dalam tumbuh-tumbuhan.

Dari semasa ke semasa, pengambilan sumber makanan yang tidak lagi mengandungi enzim boleh menimbulkan masalah kepada kesihatan kita. Disebabkan kekurangan enzim pencernaan di dalam tubuh, stok atau simpanan enzim semulajadi diperlukan untuk merawat masalah kesukaran mencernakan makanan yang dimakan.

Dr. Edward Howell, penulis buku Enzyme Nutrition menekan tentang 'akaun bank enzim' di dalam badan yang semakin terhad atau menurun disebabkan faktor peningkatan usia serta kaedah penyediaan makanan. Penyusutan 'akaun' itu menurut beliau turut disebabkan pengambilan alkohol, dadah, tidur yang tidak mencukupi serta kekurangan air untuk merangsang pengeluaran enzim.

Dr. Howell percaya, kesemua faktor itu turut menyumbang kepada pelbagai masalah lain seperti diabetes, kanser kolon, tekanan mental, penyakit kulit dan kegagalan fungsi hati.

Pakar kolon, Dr. Hiromi Shinya dalam tulisannya bertajuk The Enzyme Factor menegaskan tentang protein tidak tercerna dalam produk susu, makanan segera dan daging merah yang menjadi sumber 'makanan' bakteria 'jahat' sehingga terhasil toksin yang kemudiannya menjejaskan saluran darah. Toksin tersebut akan mencemarkan hati, buah pinggang dan jantung sedangkan tubuh memerlukan enzim-enzim yang disimpan di situ untuk mencernakan makanan.

Dr. Howell merumuskan bahawa pengambilan suplemen enzim pencernaan boleh memperbaiki penghadaman dan mengawal berat badan. Ia juga membantu mengatasi masalah kesihatan termasuk lelah, alahan, penyakit kulit dan artritis. Pengambilan enzim pencernaan memperbaiki paras gula dalam darah dan mengurangkan penggunaan insulin.

Beliau turut mencadangkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk merangsang enzim di dalam badan selain membantu pencernaan, langkah itu juga dapat memelihara bekalan enzim untuk 'tugas' lain.

Kajian menunjukkan pengambilan suplemen enzim semasa perut kosong boleh menambah 'akaun bank enzim' kerana tubuh menukar enzim pencernaan kepada enzim metabolik.