Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan: Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS: Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
Anemia: Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi: Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda: Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman: Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan: Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung: Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi: Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk: Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf: Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja: Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser: Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu: Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD): Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau: Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres: Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok: Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit: Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!
Rujuk: "Pakar Nutrisi Sihat"
Showing posts with label kulit. Show all posts
Showing posts with label kulit. Show all posts
Sunday, May 12, 2013
Tuesday, February 5, 2013
Kunyit Cantikkan Kulit
INDIA adalah negara yang penuh warna-warni dan terkenal dengan penggunaan rempah ratus termasuk kunyit yang bukan saja menjadi bahan wajib dalam masakan mereka, malah digunakan bagi tujuan kecantikan kulit tubuh dan wajah.
Mungkin ramai masih tidak menyedari kunyit yang berada di dapur sebenarnya bukan sekadar boleh digunakan untuk menyedapkan atau memberi warna pada makanan, tetapi fungsinya melangkaui batasan itu.
Kunyit yang terkenal dengan warnanya yang kuning berseri mengandungi banyak kebaikan untuk kulit. Malah semakin banyak kajian membuktikan penggunaan kunyit untuk tujuan kecantikan terutama dalam masyarakat India sememangnya mempunyai alasan yang kukuh.
Sejak zaman purba lagi, sejarah menunjukkan masyarakat India sudah lama menyedari kebaikan kunyit apabila amalan menyapu kulit dengan kunyit mampu memperbaiki tekstur kulit.
Kunyit didapati mempunyai bahan yang mampu melawan keradangan kulit serta memberi kesan antiseptik kepada kulit. Ia adalah sumber vitamin C dan magnesium yang baik, kandungan serat yang tinggi, vitamin B6, zat besi, potasium dan mangan tetapi kandungan sodium yang sangat rendah.
Masyarakat di India juga lebih terdorong menyapu kunyit pada luka kecil, lebam atau bengkak kerana rempah itu mampu mengurangkan bengkak sama seperti kesan yang diberikan oleh pek ais. Kandungan antiseptik yang pelbagai dalam kunyit mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka kecil, kecederaan dan melecet.
Disebabkan kesannya yang mengagumkan pada kulit, pakar kecantikan di seluruh dunia kini mula menyedari kebaikan kunyit dan menggunakannya dalam produk kecantikan masing-masing. Serbuk kunyit boleh digunakan dengan dicampur sedikit dengan air dan disapu pada wajah bagi membantu kulit lebih bercahaya, selain mengurangkan masalah tompokan pigmen seterusnya meratakan warna kulit.
Penggunaan kunyit mudah dan murah kerana ia boleh dibuat di rumah saja, antaranya dengan mencampurkan serbuk kunyit dengan sedikit jus limau nipis atau timun dan disapu ke seluruh wajah. Sapuan berkenaan perlu dibiarkan beberapa minit pada wajah sebelum dicuci dan penggunaan kunyit secara berterusan mampu membuatkan kulit wajah lebih berseri-seri.
Kunyit juga baik untuk merawat kulit wajah yang dipenuhi jerawat kerana kandungan antiseptik dalam rempah berkenaan. Ia adalah bahan kecantikan yang berkesan, murah dan mudah didapati tetapi pada masa sama tidak memberi kesan berbahaya terhadap kulit serta kesihatan seseorang.
Campuran kunyit bersama serbuk kayu gaharu serta sedikit air yang disapu pada kulit muka mampu mengurangkan jerawat. Cara itu semestinya jauh lebih murah berbanding menggunakan pelbagai jenama produk yang mungkin tidak sesuai untuk kulit sensitif.
Serbuk kunyit juga boleh digunakan sebagai bahan sental yang boleh membuang sel kulit mati dan ia boleh dilakukan dengan mencampurkan kunyit bersama tepung dan air serta digosok ke seluruh tubuh sebelum mandi. Amalan rutin itu mampu membersih dan menyihatkan kulit sekali gus membantu mencantikkan penampilan diri seseorang.
Cara itu juga digunakan bakal pengantin di India yang menyapu kunyit ke kulit mereka berminggu-minggu sebelum melangkah ke alam perkahwinan bagi mendapatkan kulit yang bebas segala noda. Lebih menarik, serbuk kunyit yang dicampur dengan yogurt boleh disapu pada kesan regangan kulit terutama bagi mereka yang pernah mengandung dan mempunyai banyak kesan regangan pada bahagian abdomen.
Campuran yang dibiarkan selama lima minit sebelum dicuci itu mampu mengekalkan kekenyalan kulit serta menghindari regangan sekiranya diamalkan selalu tanpa jemu. Kandungan antiseptik serta antiradikal bebas kunyit turut berguna untuk melegakan masalah ruam serta membantu merawat kulit selepas sese�orang menghidap penyakit yang memberi kesan pada kulit seperti demam cacar.
Kehadiran bulu roma yang banyak di wajah serta tubuh juga mungkin menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri tetapi sapuan kunyit dapat membantu mengurangkan masalah berkenaan. Kesan terbakar pada kulit juga lebih lega dengan sapuan serbuk kunyit bersama aloe vera, seterusnya memberi pelbagai faedah lain.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my

Saturday, January 22, 2011
Kelemumur Masalah Kulit Kepala
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
Rawatan oleh pakar kulit penyelesaian terbaik jika penggunaan syampu tak berkesan.
KELEMUMUR mungkin masalah biasa bagi sesetengah orang, namun bukan perkara wajib yang mesti dialami, apatah lagi ia boleh ditangani dengan pelbagai jenama syampu berubat.
Kelemumur sebenarnya masalah kulit kepala yang boleh dialami oleh sesiapa saja termasuk bayi, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Kebanyakan kes kelemumur tidak memerlukan rawatan doktor, tetapi jika selepas beberapa minggu menggunakan syampu berubat, kelemumur tidak hilang atau kulit kepala menjadi merah dan bengkak, anda mungkin perlu berjumpa pakar kulit.
Ramai orang beranggapan kelemumur itu berkaitan dengan masalah kebersihan dan kekerapan anda membasuh rambut. Sebenarnya tidak, kelemumur tetap berlaku walaupun anda bersyampu atau sebaliknya.
Kelemumur sebenarnya sebahagian daripada proses normal pertumbuhan sel kulit kepala yang baru. Ia selalunya dikaitkan dengan proses sel kulit tumbuh dan mati lebih cepat berbanding masa yang sepatutnya.
Proses pertumbuhan sel kulit baru menyebabkan sel kulit lama mati dan gugur dari kulit kepala. Proses itu akan lebih cepat apabila seseorang itu berkelemumur. Sel itu juga membentuk keruping yang lebih besar dan jelas dilihat pada mata kasar.
Bagaimanapun, punca sebenar bagaimana kelemumur terjadi tidak diketahui. Secara umumnya, ia dikaitkan dengan kewujudan fungus dikenali sebagai ‘pityrosporum ovale’. Fungus itu menyebabkan seseorang mengalami kelemumur.
Fungus ini tinggal di kulit kepala, bagi mereka yang sihat ia tidak akan menyebabkan sebarang masalah. Ada kalanya apabila jumlahnya terlalu banyak ia menyebabkan kegatalan dan sel kulit gugur.
Kelemumur adalah fenomena global dan dialami oleh kebanyakan orang. Ia terjadi di kalangan dua hingga lima peratus populasi, tidak kira dewasa atau kanak-kanak termasuk bayi seawal usia tiga bulan.
Kelemumur akan menyebabkan kulit kepala terasa gatal dan kelihatan berkuping-kuping. Kelemumur bukan masalah berjangkit dan bukan masalah serius. Ada kalanya ia sukar dirawat dan memalukan.
Secara umumnya, kelemumur ditangani dengan syampu berubat dan kekerapan anda untuk bersyampu. Namun, jika syampu tidak banyak membantu, anda mungkin perlu membuat temujanji dengan pakar kulit.
INFO: Golongan berisiko alami kelemumur
• Ia bermula pada peringkat usia dewasa dan berterusan hingga pertengahan usia. Namun, ada juga mereka yang berhadapan dengan kelemumur sepanjang hayat.
• Lelaki lebih kerap berhadapan dengan kelemumur. Dipercayai hormon lelaki memainkan peranan utama dalam hal ini. Lelaki juga mempunyai kelenjar penghasilan minyak pada kulit kepala yang lebih besar berbanding wanita. Justeru, ia menyumbang kepada terjadi kelemumur.
• Rambut dan kulit kepala yang berminyak
• Diet pemakanan yang kurang zink, vitamin B dan sesetengah jenis lemak.
• Masalah penyakit berkaitan neurologi.
INFO: Punca
• Kulit kering - punca biasa yang menyebabkan kegatalan dan kulit berkeruping.
• Kulit gatal dan berminyak - menyebabkan kulit bertanda kemerahan dan berminyak.
• Kurang bersyampu
• Masalah kulit seperti psoriasis
• Ekzema pada kulit kepala
• Sensitif pada bahan kimia yang digunakan dalam syampu rambut
• Perubahan hormon
• Tekanan
• Masalah neurologi

Friday, January 14, 2011
Masalah Kulit Si Manja
Kulit bayi begitu halus dan sensitif terutamanya selepas kelahiran. Keadaan ini memerlukan penjagaan dan belaian yang khusus agar dapat mengelakkan ruam yang timbul akibat penggunaan bahan kimia dalam sabun, syampu dan lain-lain, jangkitan kuman dan keadaan cuaca.Adakah anda patut mendapatkan nasihat doktor setiap kali bayi anda menunjukkan tanda ruam pada kulit badannya? Untuk menyentuh secara menyeluruh masalah kulit yang mungkin wujud pada bayi adalah mustahil di dalam artikel yang ringkas ini. Walau bagaimanapun, berikut dibincangkan antara masalah kulit yang sering timbul pada bayi.
Ruam Panas
Apabila pori kulit bayi menjadi tersumbat maka berlakulah ruam panas. Penyumbatan tersebut mungkin disebabkan oleh pakaian bayi yang terlalu tebal, ketiadaan pengudaraan bilik yang sesuai, penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak serasi seperti minyak bayi, losen dan bedak yang berlebihan. Ruam panas sering timbul seperti bintil merah yang kecil terutamanya pada pelipat kulit seperti di leher, bahu, kawasan lampin dan juga di bahagian pipi.
Keadaan ini selalunya tidak menyebabkan ketidakselesaan yang begitu ketara dan akan berlalu dengan cepat jika tidak di rumitkan oleh masalah lain seperti jangkitan kuman. Elakkan dari terlampau memakaikan pakaian yang tebal dan menutup pada bayi. Baju yang nipis yang dibuat oleh bahan yang mudah menyerap (kain kapas) sesuai di pakaikan pada bayi. Pastikan pengudaraan bilik berada di dalam keadaan sempurna dan sebolehnya adakan pergerakan udara seperti memasang kipas angin. Lapkan badan bayi apabila ia berpeluh dengan kain bersih yang lembap. Mandikan sekerap yang perlu.
Ruam Lampin
Ruam ini berlaku apabila dibiarkan permukaan kulit bayi lama bersentuh dengan najis atau air kencingnya. Kuman di dalam najis tadi akan bertindak balas dengan air kencing untuk membentuk sebatian ammonia yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Keadaan kulit kelihatan bertompok merah dan membentuk radang.
Kadangkala berlaku jangkitan dengan adanya bintil kecil yang bernanah. Ianya berlaku di kawasan lampin yang begitu sensitif. Krim yang bertindak sebagai lapisan pemisah seperti yang mengandungi Zink dioksida boleh disapukan pada kulit bahagian lampin untuk mengelakkan ruam tersebut. Tukarkan lampin sekerap yang perlu. Kadangkala adakan masa di mana bayi tidak dipakaikan lampin untuk membenarkan permukaan kulit tersebut bernafas. Jika anda memakaikan lampin kain, pastikan ada ketika yang anda tidak pakaikan pelapik plastik agar dapat memudahkan pernafasan kulit.
Apabila membasuh kain lampin, pastikan ianya dibilas dengan sempurna agar tiada bahan kimia saki baki dari bahan pencuci yang masih terlekat pada kain lampin tersebut. Mungkin juga anda perlu menukarkan kepada lampin pakai buang buat seketika. Basuh permukaan kulit bahagian lampin sekerap yang perlu dan elakkan dari menggunakan pencuci tisu lap pakai buang yang mengandungi alkohol kerana ianya bertindak mengeringkan kulit bayi.
Elakkan dari memakai bedak dengan terlalu tebal kerana bedak tersebut akan memerangkap air kencing atau najis dan menyukarkannya dari proses penyejatan secara semula jadi. Ruam lampin kadangkala boleh dikomplikasikan dengan jangkitan kulat. Keadaan ini dikenali apabila ruam lampin tadi tidak lagi sembuh dengan cara-cara penjagaan seperti di atas. Kulit akan menjadi lebih merah, nipis dan kadangkala seperti melecet. Bayi akan merasa begitu tidak selesa. Keadaan ini memerlukan rawatan dengan menyapukan krim anti fungal pada bahagian tersebut.
Atopik Ekzema/ Dermatitis
Keadaan ini wujud disebabkan masalah hipersensitif atau alahan pada kulit bayi. Ianya mungkin diwarisi dan selalunya kanak-kanak tersebut mudah mendapat masalah hipersensitif yang lain seperti resdung, gatal-gatal mata dan lelah asthma. Kulit bayi akan kelihatan merah, kering dan bersisik. Ianya selalunya terjadi pada permukaan kulit di bahagian muka terutamanya di pipi, pelipat antara sendi seperti di siku, lutut, pergelangan tangan dan kaki dan juga di bahagian atas peha. Keadaan ini mengakibatkan kegatalan kulit yang ketara dan menyebabkan bayi sering tergaru-garu sehinggakan kulit tadi menjadi merah dan melecet. Ini juga boleh menyebabkan kulit menjadi tebal (lichenifikasi) atau kulit menjadi pecah dan jangkitan kuman boleh berlaku. Kulit menjadi kering dan kasar apabila disentuh.
Langkah pencegahan perlu diambil dengan mengenal pasti punca alahan terlebih dahulu. Antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah habuk, hama, polusi udara, pemakanan dan bahan kain pakaian. Makanan yang mempunyai protein binatang (terutamanya makanan laut) dan bahan kimia (bahan pewarna, pengawet dan perisa) perlu di kenal pasti dan dielakkan. Kajian menunjukkan bayi yang diberi susu ibu sehingga 6 bulan jarang mendapat masalah ekzema. Jika di berikan susu formula, anda mungkin dapat menggunakan susu yang dibuat oleh protein tumbuhan untuk menggantikan susu lembu. Elakkan dari produk tenusu sehinggalah bayi berumur setahun jika terdapat sejarah ekzema dalam keluarga. Dapatkan nasihat doktor jika keadaan menjadi lebih teruk.
Potongkan kuku bayi dan pakaikannya sarung tangan supaya ia tidak mencederakan kulitnya apabila menggaru di waktu malam. Elakkan keadaan yang terlalu panas atau sejuk kerana ia dapat memburukkan keadaan. Sentiasa kekalkan kelembapan pada kulit bayi. Ketika mandi, elakkan dari menggunakan sabun yang beralkali kerana ia mengeringkan kulit. Gunakan pelembap yang sesuai. Kadangkala krim yang mempunyai steroid yang rendah akan diberikan oleh doktor anda untuk mengatasi masalah tersebut tetapi awas, jangan digunakan secara berlebihan atau berterusan kerana ia boleh menipiskan kulit bayi di samping bahaya yang mungkin timbul jika diserap ke dalam badan. Pastikan kain bayi di bilas sempurna (kadangkala bilas kali kedua) untuk mengeluarkan bahan kimia dari sabun pencuci yang dipakai. Gunakan pakaian yang dibuat dari kain kapas dan elakkan menggunakan kain nilon ataupun bulu (wool).
Cradle Cap
Keadaan kulit kepala ini berlaku selalunya pada 10 minggu pertama bayi selepas lahir. Ia membentuk sisik kekuningan yang berminyak pada bahagian kulit kepala, dahi, muka, kening, belakang telinga dan di bahagian kemaluan. Faktor yang menyebabkannya tidak begitu di kenal pasti tapi dijangka ada kaitan dengan atopik ekzema, Cuma ianya berlaku pada kawasan yang berlainan. Ia selalunya tidak menyebabkan masalah yang serius. Sapukan minyak bayi atau zaitun pada kawasan yang berkerak semalaman sebelum dibasuh pada keesokan hari dapat membantu menanggalkan sisik tersebut. Basuh kepala dengan syampu dan beruskan rambut bayi dengan berus lembut.
Perlindungan Matahari
Kulit bayi yang sensitif dengan mudah dapat mengalami tanda kebakaran disebabkan oleh sinaran matahari yang terik. Jika kanak-kanak terdedah kepada masalah kulit terbakar oleh matahari, mereka akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi kanser kulit ketika dewasa kelak. Kulit bayi perlulah dilindungi dari sinaran matahari yang tepat seperti dengan memakaikannya topi yang melindungi kulit muka dan leher ataupun dengan menggunakan payung. Bantuan dari krim pelindung matahari (sunblock) yang mempunyai SPF 20 sesuai digunakan.
Krim itu perlulah disapu secukupnya dengan mengelakkan bahagian mata, mulut dan tapak tangan/jari. Jika dimandikan, sapukan semula krim tersebut walaupun jika anda menggunakan krim yang kalis air. Dapatkan rawatan segera jika bayi anda mengalami kesan kebakaran oleh matahari. Pastikan anak anda minum air secukupnya ketika cuaca panas untuk mengelakkan masalah heatstroke dan untuk mengelakkan dari masalah dehidrasi atau kekurangan air. Ingatlah untuk sentiasa memastikan anak anda berada dalam keadaan teduh.
Impetigo
Ini merupakan jangkitan kuman Staphylococcus dan group A Streptococcus yang sering terjadi kepada kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Ia mudah berjangkit melalui sentuhan. Ia kerap terjadi di sekitar mulut dan hidung dan juga celah pelipat. Keadaan kulit dilihat seperti membentuk gelembung-gelembung air yang kecil dan seterusnya pecah dan kelihatan seperti kulit yang melecur. Ia akan mengeluarkan air dan membentuk kerak kulit berwarna perang kekuningan. Ia nya mudah dirawat dengan menggunakan antibiotik dan bahagian kulit dicuci dan di sapu dengan antiseptik. Elakkan dari penyentuhan kulit ke atas kanak-kanak lain seperti berkongsi tuala, kain lampin dan sebagainya. Selalunya ia mengambil lebih kurang 5 hari sebelum kering dan sembuh.
Kudis Buta
Ini merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh hama yang halus dan menjangkiti pada pori kulit manusia. Ia adalah penyakit yang berjangkit dan selalu berpunca dari jangkitan komuniti spt dari pelajar asrama. Scabies atau kudis buta perlu dirawat dengan sempurna untuk tidak menyebabkannya berulang lagi. Tandanya ialah bengkak seperti gelembung halus pada kulit terutamanya di tapak tangan/kaki, celah jari, ketiak, pelipat dan bahagian kemaluan. Ia tersangat gatal dan akan menjadi bernanah apabila dijangkiti kuman.
Untuk merawat kudis buta, perlu disapu dengan ubat racun hama spt EBB lotion atau Crotorax. Ia seelok-elok di lumur keseluruhan badan dari tengkuk ke bawah sebelum tidur malam. Lebih efektif jika dimandikan tubuh dengan air suam untuk membuka pori-pori kulit terlebih dahulu. Pembersihan segala pakaian dan perabot seperti sofa dan karpet yang dijemur di bawah matahari panas akan membuatkan hama tersebut keluar dari tempat persembunyiannya. Ubat tahan gatal akan membantu dari keadaan tergaru-garu pada malam hari.
Kudis Api
Kudis ini pula sering menjangkiti kulit di bahagian bawah lutut ke kaki. Ia disebabkan oleh jangkitan kuman dan mudah berjangkit. Ia nya kelihatan seperti bisul kecil yang mengeluarkan nanah atau lendirnya. Rawatan ialah dengan penjagaan kebersihan yang sempurna. Ubat seperti antibiotik membantu membunuh kuman. Ubat antiseptik seperti pembasuh luka dan krim juga boleh di gunakan pada kudis tersebut. Selalunya penyembuhan adalah menyeluruh dan jarang berulang semula kecuali aspek kebersihan di abaikan.
Saturday, July 3, 2010
Skin Problem?
If your have a skin problems, either swelling or itching and don't know what to do. Why don't you try to use green tea to solve it. For your information green tea is a natural antiseptic relief, inflammation and itching of the skin.
You can also try green tea to recover acne, sunburn, swollen eyelids and even if it had been crying or lack of sleep and swollen eyes, try this - dipping the green tea bag in the water, grab the bag and hold it in the desired range. The test lab shows that green tea was helping the skin from harmful of UV rays, where trigger the development of skin cancer. You can consume the green tea or rub it directly on the skin in the form of moisturizers or lotions.

Subscribe to:
Posts (Atom)