Showing posts with label Bisul. Show all posts
Showing posts with label Bisul. Show all posts

Saturday, February 21, 2015

KHASIAT KANGKUNG

Setiap kali disebut saja kangkung saya akan teringatkan cerita pahlawan Melayu yang membuat lawatan ke Negara China dulu kala.

Malahan kangkung adalah sayur kegemaran saya, terutamanya kangkung goreng belacan dan pedas. Selain daripada keenakannya kangkung telah menjadi tumbuhan penawar racun kepada orang tua-tua kita, 

Selain itu sayuran ini juga mempunyai pelbagai khasiat perubatan yang lain. Antaranya:


1.   Penawar busung, lemah badan dan keputihan pada faraj. Caranya, masukkan sayur kangkung ke dalam masakan bubur kena amalkan selalu.

2.   Penawar batuk. Rebus airnya kemudian diminum.

3.   Penawar gelisah, tidur tidak lena serta sakit kepala. Banyakkan memakan sayur kangkung untuk menenangkan perasaan gelisah.

4.   Rawatan diabetes. Terdapat juga kangkung yang berwarna ungu yang mempunyai khasiat sebagai ubat herba untuk merawat diabetes.

5.   Merawat bisul, jangkitan kulit, terseliuh dan bengkak-bengkak. Tumbuk halus atau kisarkan kemudian ditampalkan pada tempat yang sakit sebagai ubat luaran.

6.   Rawatan buasir. Rebus akarnya dan amalkan selalu,

Friday, January 14, 2011

Petua : Hilangkan Bisul

Anda atau anak-anak anda terkena bisul? penyakitkan tidak berat tetapi sangat sakit. Apa kata cuba petua di bawah ini:

1. Ambil daun semalu dan tumbuk sehingga lumat kemudian sapukan di bahagian bisul tersebut. (sangat mujarab sebab telah dicuba beberapa kali terutamanya anak kecil)

2. Ambil segumpal kapas titiskan sedikit cuka makan di atasnya sehingga meresap dan sapu di sekeliling bisul tersebut pada setiap malam. 

3. Lumatkan ubi keledek dan tampalkan pada bisul. 

4. Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tampalkan pada bisul pastikan dibalut supaya tidak jatuh. Biarkan kering.

5. Asahkan kulit mempelam pada pasu dan sapukan pada bisul.

6. Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras bersama kunyit hingga lumat. Tampal pada bisul dan biarkan hingga kering.

7. Tampalkan tempat bisul dengan bawang merah yang telah ditumbuk.

8. Jika bisul tidak berapa serius letakkan bedak sejuk dan biar kering.

9. Kunyah daun sirih dan tampalkan pada bisul biarkan hingga kering.

10. Sapukan sedikit kapur sirih ke atas bisul dan biarkan kering, dan sapukan sedikit lagi hingga tertutup bisul tersebut.

11. Jika bisul di peringkat serius tampalkan bunga rumput yang boleh didapati di kedai- kedai masyarakat India.

12. Untuk lakukan proses menyedut nanah dari bisul apa kata cuba cara ini. Bisul ini ada pantangnya, ianya tidak boleh diganggu, diusik dan dipicit. Sebaiknya biarkan bisul itu matang iaitu sehingga timbul punatnya. Ambil botol kosong yang bermulut kecil, bakar kertas di dalamnya kemudian bila asap dah berkepul tekapkan muncung botol tersebut pada bisul tadi. Asap dalam botol itu akan menyedut nanah dan punat bisul tersebut. Setelah selesai sapukan kapur sirih.

Semua proses di atas perlu dilakukan berulang kali sehingga sembuh.