Maka terjadi lagi persoalan macam mana rupanya pokok 'pisang kaki' ini?. Dengan kemudahan maklumat di hujung jari anda, baru saya mengetahui bahawa buah pisang kaki adalah buah persimmon. Buah yang dihasilkan dari pokok dan bukannya yang menjalar atau dari ubi. Malahan bentuk buahnya langsung tidak ada rupa pisang. Saya tak faham mana datangnya nama pisang kaki tersebut.
Persimmon dipercayai berasal daripada China dan buah ini tergolong dalam keluarga Ebenacea. Buah ini berwarna kuning dan apabila masak ianya berwarna ke merah-merahan. Semakin merah buahnya maka semakin manis rasanya.
Rupa-rupanya buah ini banyak betul khasiatnya. Saya sukakan buah ini sebab ianya manis dan rasa seperti kelapa. Rupa-rupanya buah ini mempunyai kalori yang rendah iaitu 70calories/ 100g.
Persimmon ini mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin. Pendek kata ianya sangat bernilai tinggi dari segi perubatan. Antara khasiat buah ini ianya boleh menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Buah ini juga amat baik untuk paru-paru dan jantung.
Bentuk buah ini pelbagai ada yang berbentuk bulat dan ada yang berbentuk leper sedikit dan ada berbentuk bujur. Manakala rasanya juga juga ada yang sangat manis dan ranggup sementara ada juga yang rasa sedikit masam dan pahit.
Buah ini ada yang sedap dimakan mentah dan ada yang dibuat buah kering yang juga sangat manis. Apabila dikeringkan di sekeliling buah ini akan terbentuk serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah yang rasanya manis kerana mengandungi manitol, glukos dan vitamin C,
Di Jepun kajian juga dilakukan ke atas daun, batang dan juga buah yang busuk untuk dijadikan produk lain yang berguna kepada manusia.
