Showing posts with label Sakit Jantung. Show all posts
Showing posts with label Sakit Jantung. Show all posts

Sunday, August 25, 2013

Bahayanya Tidur Secara Berlebihan

Artikel yang dipetik daripada kompas.com mengenai bahaya terlebih tidur.

Tidur merupakan perkara yang paling seronok dilakukan. Jika tidak tidur sehari, badan kita akan rasa berlainan. Tidur yang dianjurkan kepada kita semua hanyalah selama lapan jam paling lama. Itu pun paling lama. Biasanya kita tidur dalam enam jam. Dan jika kita tidur berlebihan akan menyebabkan badan kita pula sakit-sakit.

Tidur merupakan cara terbaik untuk memulihkan keadaan tubuh. Kurang tidur diketahui berakibat buruk pada kepekatan, daya analisis, kreativiti, hingga mencetuskan timbulnya berbagai penyakit.

Agar tidak kurang tidur, para pakar mengesyorkan untuk tidur tidak kurang daripada enam jam setiap harinya. Hanya saja, di balik manfaatnya yang melimpah, tidur pun menyimpan risiko kesihatan saat dilakukan secara berlebihan.

Inilah beberapa alasan kenapa kita tidak boleh tidur berlebihan.

1.   Diabetes – Beberapa kajian menunjukkan orang yang tidur lebih lama dari orang pada umumnya cenderung untuk membangunkan penyakit diabetes. Terlebih, saat mempunyai riwayat penyakit ini dari orang tuanya.

2.   Penyakit jantung – Jika terbiasa tidur lebih daripada lapan jam setiap harinya, maka anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menderita penyakit jantung. Menurut beberapa penyelidik, tidur sekitar 9-12 jam sehari merupakan faktor yang meningkatkan risiko penyakit jantung.

3.   Cepat lupa – Ya, tidur baik untuk pembentukan ingatan. Namun tidur lebih dari 8-9 jam sehari justru memberikan kesan yang sebaliknya. Tidur berlebihan melambatkan fungsi sel otak yang menunjukkan tanda-tanda kepikunan.

4.   Kemurungan – Banyak kajian yang mempelajari masalah ini. Beberapa di antaranya menyatakan, pesakit kemurungan cenderung tidur lebih lama daripada orang umumnya. Yang lebih buruk lagi, tidur berlebihan dikatakan memburukkan keadaan tersebut.

5.   Sakit belakang – Orang yang tidur berlebihan cenderung untuk mengalami sakit belakang lebih kerap daripada orang yang tidak. Kecuali, mereka tidur di katil khusus yang sudah disesuaikan.

6.   Obesiti – Semasa tidur, metabolisme berjalan lebih lambat sehingga jika dilakukan berlebihan, cepat atau lambat anda pun terancam mengalami obesiti. Menurut kajian, mereka yang tidur berlebihan mempunyai risiko 21 peratus lebih tinggi untuk terkena obesiti berbanding orang yang tidur normal.

7.   Kematian – Walaupun belum ada alasan ilmiah, tetapi banyak kajian menunjukkan tidur berlebihan berkaitan dengan tingginya risiko kematian.

8.   Menjadi kurang menarik – Terlalu banyak tidur juga mempengaruhi kehidupan sosial anda. Saat menghabiskan terlalu banyak masa untuk tidur, anda cenderung untuk melewatkan banyak aktiviti sosial sehingga mungkin sedikit banyak mengurangkan daya tarikan anda.

- See more at: http://fuh.my/bahayanya-tidur-secara-berlebihan/#sthash.7JgfdaHM.dpuf

Saturday, August 17, 2013

SERANGAN JANTUNG KETIKA KESEORANGAN??

Berapa ramai orang yang diserang sakit jantung semasa sendirian. Tanpa bantuan orang tersebut akan mula pengsan, dalam keadaan ini seseorang hanya mempunyai kira-kira 10 saat sebelum pengsan.

Walau bagaimanapun, si mangsa boleh membantu diri mereka sendiri dengan batuk berkali-kali. Tarik nafas dalam-dalam sebelum setiap batuk, dan batuklah sedalam dan sekuat mungkin, seperti batuk yang dihasilkan dari dalam toraks.

Bernafas dan batuk perlu diulangi setiap dua saat tanpa henti sehingga bantuan tiba, atau sehingga anda rasa jantung berdegup dengan normal.

Pernafasan yang dalam dapat membawa oksigen ke dalam paru-paru dan pergerakan batuk menolak jantung dan membuatkan darah beredar semula. Tekanan mampatan pada jantung juga membantu ia kembali ke rentak normal. Dengan cara ini, mangsa serangan jantung boleh sampai ke hospital.

How many people are alone when they suffer a heart attack, without help, the person whose heart is beating improperly and who begins to feel faint, has only about 10 seconds before losing consciousness.

However, these victims can help themselves by coughing repeatedly and vigorously. A deep breath should be performed before each cough, and the cough must be deep and vigorous, prolonged as produced inside the thorax.

A breath and a cough must be repeated every two seconds without stopping until help arrives, or until you feel that the heart is beating normally.

Deep breaths get oxygen into the lungs and coughing movements pushing the heart and keeps the blood circulating. The compression pressure on the heart also helps it regain normal rhythm. In this way, heart attack victims can get to a hospital. Tell many other people about it. This can save your life!

A cardiologist says if everyone who gets this e-mail send to 10 people, you can bet that we'll save at least one life.

Saturday, November 19, 2011

Serangan Jantung dan Minum Air Suam

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung .... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas ketika bersarapan, dan bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan. Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindak balas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal.

Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan seseorang tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih banyak peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.