Showing posts with label bendi. Show all posts
Showing posts with label bendi. Show all posts

Sunday, December 14, 2014

BENDI

Rasanya ramai yang kenal dengan bendi. ianya sejenis sayur dan saya sangat suka campurkan bendi ni dalam asam tumis. 

Tapi tahukah anda bahawa bendi ini berkhasiat di samping keenakkannya. Jom kita semak dengan artikel di bawah.

Bendi yang juga dipanggil kacang lendir ialah sejenis sayuran yang biasa kita dapati di pasar. Sayur bendi selain enak untuk dimakan secara goreng, juga amat sedap dicampur ke dalam kari ikan. Lebih-lebih lagi kari ikan “tongkol”. 

Namun begitu tidak ramai yang tahu akan khasiatnya. Lebih ramai yang hanya tahu makan sahaja. Sebenarnya biji bendi boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kopi. Bagus bagi mereka yang ingin mengelakkan kafein dalam kopi. Daunnya juga boleh dimakan sebagai sayur.

Bendi sebenarnya amat baik untuk fungsi otak. Ia dapat menambahkan daya ingatan serta daya kecergasan otak. Lepas ni, sesiapa yang tidak mahu cepat nyanyuk tu, bolehlah beli sayur bendi banyak-banyak. Bukan untuk orang-orang tua sahaja, malah orang muda pun sekarang dah cepat sangat lupa. Maklumlah, zaman sekarang ni banyak unsur-unsur kimia berbahaya yang terdapat dalam makanan terutama makanan segera.

Di sesetengah tempat, bendi dipanggil kacang lendir. Manakala di Kelantan pula digelar “kacang mior”. Tahukah anda apakah khasiat lendir dari bendi? Orang perempuan mesti suka bab ini, iaitu; lendirnya boleh dijadikan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit.

Berikut dinyatakan pula nilai perubatan yang ada pada bendi.

Ambil biji, akar dan bunga lalu direbuskan. Air rebusan itu apabila diminum boleh menjadi ubat bagi:

*  Melawaskan pembuangan air kecil

*  Boleh meredakan bengkak dan radang

*  Meringankan masalah susah bersalin (dijadikan selusuh)

*  Mengubati penyakit gonorea

*  Mengubati sifilis

*  Apabila dicampur dengan gula, boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan ubat sakit kerongkong.

*  Untuk mengubati bisul dan kudis, boleh gunakan air rebusan itu untuk menyapu pada tempat yang berkenaan.

Monday, August 26, 2013

KHASIAT KACANG BENDI

Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran semula jadi yang boleh digunakan sebagai ubat untuk kencing manis.

Kacang bendi adalah sumber folate dan serat. Ia juga mengandungi vitamn C, B6, thiamin, magnesium dan kalium. Kacang bendi adalah sayur yang rendah lemak dan kalori. Sayur ini digunakan untuk memekatkan lauk terutamanya kari.

Ada orang kurang menggemari kacang bendi kerana ia berlendir. Sebenarnya kalau kena cara memasak, kacang bendi amat enak. Lagipun ia amat berkhasiat.

Satu hidangan kacang bendi (1/2 cawan) mengandungi 30% dari khasiat pemakanan yang disyorkan oleh RDA. Ia adalah sumber antioksidan, vitamin A, C dan kalium, iaitu elektrolit yang diperlukan untuk imbangan cecair badan dan mengirim utusan melalui saraf, pergerakan otot dan metabolisma. Tak hairanlah ada tapak web yang mengaitkan kacang bendi dengan kesihatan otak.

Sebenarkan cecair berlendir dalam kacang bendi bukannya suatu yang tidak elok. Cecair tersebut mengandungi pektin dan serat yang larut dalam air. Pektin membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dengan mengganggumenyerapan cecair hempedu dalam usus dan memaksa hati menggunakan lebih banyak kolesterol untuk membina hempedu.

Jumlah serat yang banyak membantu aliran penghadaman dengan mengelakkan ceret beret dan sembelit. Ah, ketika memasak jangan dipotong kacang bendi untuk mengelakkan kehilangan cecair. kalau boleh masak kacang bendi dengan bahan berasid, misalnya buah tomato untuk mengurangkan lendir.

Jadi benarlah apa yang diwarwarkan dalam web yang saya baca, kacang bendi kekalkan keremajaan (antioksidan), baik untuk kulit, mengelakkan selesema (vitamin C), baik untuk otot dan otak, melawaskan penghadaman, serta mengurangkan kolesterol
✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.

✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.

✔Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.

✔Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

✔Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.

✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

Lagi khasiat Kacang Bendi

✔Mencuci hati.

✔Menstabilkan kandungan gula dalam darah.

✔Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.

✔Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.

✔Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.

✔Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.

✔Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.

✔Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.

✔Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

✔Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan di samping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.

Banyakkan khasiat kacang bendi.. Jom Amalkan untuk kesihatan anda.

==================
Kredit to Emorra Slim and White Series & Zarra Health & Beauty - GLUTA C

Saturday, April 27, 2013

KHASIAT KACANG BENDI

Bendi adalah sejenis sayur yang popular dikalangan masyarakat Melayu dan India. Ia mudah didapati dan sangat sedap dicampur kedalam hidangan kari dan goreng bercili.Tahukah anda bendi banyak khasiatnya? Antara khasiat bendi ialah:

1.   Berupaya menstabilkan kandungan gula dalam darah.
2.   Ia dapat mencuci hati.
3.   Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
4.   Mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
5.   Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
6.   Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
7.   Mengurangkan risiko mendapat radang paru-paru dan sakit kerongkong.
8.   Membantu meneutralkan asid dalam badan kerana bendi bersifat alkali.
9.   Membantu mengurangkan masalah penghadaman.
10. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada bahagian sendi.

Karangkraf