Showing posts with label kencing manis. Show all posts
Showing posts with label kencing manis. Show all posts

Saturday, February 21, 2015

KHASIAT KANGKUNG

Setiap kali disebut saja kangkung saya akan teringatkan cerita pahlawan Melayu yang membuat lawatan ke Negara China dulu kala.

Malahan kangkung adalah sayur kegemaran saya, terutamanya kangkung goreng belacan dan pedas. Selain daripada keenakannya kangkung telah menjadi tumbuhan penawar racun kepada orang tua-tua kita, 

Selain itu sayuran ini juga mempunyai pelbagai khasiat perubatan yang lain. Antaranya:


1.   Penawar busung, lemah badan dan keputihan pada faraj. Caranya, masukkan sayur kangkung ke dalam masakan bubur kena amalkan selalu.

2.   Penawar batuk. Rebus airnya kemudian diminum.

3.   Penawar gelisah, tidur tidak lena serta sakit kepala. Banyakkan memakan sayur kangkung untuk menenangkan perasaan gelisah.

4.   Rawatan diabetes. Terdapat juga kangkung yang berwarna ungu yang mempunyai khasiat sebagai ubat herba untuk merawat diabetes.

5.   Merawat bisul, jangkitan kulit, terseliuh dan bengkak-bengkak. Tumbuk halus atau kisarkan kemudian ditampalkan pada tempat yang sakit sebagai ubat luaran.

6.   Rawatan buasir. Rebus akarnya dan amalkan selalu,

Saturday, August 16, 2014

PENAWAR KENCING MANIS MENURUT KAEDAH PERUBATAN ISLAM

Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi manusia mestilah berusaha untuk mencarinya.

Ingatlah sabda Nabi SAW: "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim).

Kencing manis dikhabarkan ibu kepada segala penyakit. Kalau dah terkena, bermacam-macam penyakit lain yang akan datang. Sangat merbahaya dan sungguh menakutkan.

Salah satu penawar yang berkesan untuk melawan dan boleh sembuh dari penyakit ini dengan izinNYA adalah:

Bahan:
1 biji kelapa muda (isinya sedang berhingus)
3 batang serai makan
7 biji halba

Caranya:
Ketuk 3 batang serai makan dan masukkan ke dalam kelapa muda. Masukkan 7 biji halba juga ke dalam kelapa muda. Kacau rata air kelapa dengan menggunakan serai tadi hingga sebati semuanya dengan isi kelapa.

Letakkan kelapa di atas dapur/ api. Minumlah airnya dalam keadaan suam. 1 biji kelapa untuk 2 hari minum. Buat sehingga cukup 7 biji kelapa iaitu untuk 14 hari.

Agar dapat anda menyebarkanya untuk membantu orang-orang yang amat memerlukannya. Bagi pesakit DARAH TINGGI dan SAKIT BERKAITAN JANTUNG, boleh gunakan kaedah sama.

Terima kasih kepada Ustaz Sharhan Shafie kerana sudi berkongsi amalan perubatan ini. Saya hanya bantu untuk menyebarkannya sahaja.

Sumber: Legacy Secret Trading

Thursday, August 15, 2013

Mulberry

Mulberry adalah sejenis buah yang rupanya seakan blackberry. Namun Mulberry ini dikatakan mempunyai beberapa khasiat dan sering digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

Buah Mulberry boleh dimakan segar atau dibuat jem. Ianya baik untuk pengaliran darah, elok untuk buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

Malah jus Mulberry dikatakan bagus untuk merawat masalah sembelit dan pening.

Daun Mulberi pula boleh dikeringkan dan dijadikan teh yang juga mempunyai beberapa khasiat untuk mengubati batuk, selsema dan demam panas. Juga elok untuk merawat penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Saturday, January 8, 2011

Kelebihan Inai

Hadis:

1. "janganlah kamu mencabut uban kerana ianya adalah cahaya Islam. Barang siapa sehelai rambutnya menjadi uban di dalam Islam, ditulis untuknya satu kebaikan dan diampunkan satu kejahatan dan dinaikkan satu darjat" diriwayatkan oleh Abu Daud.

2. "sesungguhnya yang terbaik untuk menukarkan warna keputihan rambut adalah dengan inai" diriwayatkan oleh At-Tirmidzi.
Inai telah lama digunakan di negara-negara timur sebagai pewarna semula jadi. Nama botanikalnya ialah lawsonia inermis. Daun inai diambil daripada pokok inai 3 kali setahun dan yang terbaik adalah pada bulan Mei dan Jun. Ia digunakan untuk kecantikan dan boleh dibuat lakaran pada anggota badan seperti tangan dan kaki yang boleh ditanggalkan. Maharaja dan ratu Parsi menggunakan inai sebagai skrub badan. Ratu Egypt, Cleopatra pula menggunakan inai untuk kecantikan rambutnya.

Amnya, inai membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih. Oleh itu penggunaan bahan kimia harus dielakkan.

Ciri2 perubatan inai:
    - boleh melarut
    - sejuk dan kering.

Di antara kelebihannya termasuklah rawatan kebakaran, bengkak bernanah, masalah pigmentasi dan pelbagai masalah anggota badan yang lain. Merawat luka menggunakan inai mempunyai kesan yang sama seperti perubatan moden.

Kegunaan inai:-

1. Merawat kebakaran di peringkat awal menggunakan inai serbuk. Kelebihannya: 
    - Mengurangkan kesakitan
    - Mengurangkan kehilangan bendalir
    - Mengurangkan jangkitan/ infeksi

2. Merawat luka yang parah serta memeliharanya daripada bakteria menggunakan campuran inai serbuk dengan air biasa.

3. Menghentikan pendarahan menggunakan inai serbuk seperti pendarahan hidung.

4. Membasmi virus pada kulit yang melecuh menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

5. Memelihara kaki pesakit kencing manis menggunakan campuran 4 paket inai serbuk bersama 2 botol minyak zaitun. Ratakan pada bahagian kaki yang terlibat, biarkan seharian, dan amalkan selama sebulan. Kelebihannya:
    - Menyembuh rekahan dan retakan pada kaki serta mengurangkan infeksi
    - Mencantikkan kulit kaki - Melambatkan kesan pada saraf

6. Merawat bengkak bernanah, kudis buta, gatal-gatal dan kurap menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

7. Merawat kanak2 yang menghidap demam campak/ cacar air menggunakan ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih selama 4 hari.

8. Menghapuskan masalah kaki menggunakan campuran serbuk inai dengan minyak zaitun selama 5 hari.

9. Membetulkan pusingan haid / darah penyakit menggunakan inai serbuk dengan minyak zaitun dan diletakkan di tapak tangan semalaman selama seminggu.

10. Memulihkan kecacatan kuku akibat jangkitan kuman menggunakan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 4 oz cuka.

11. Menyembuhkan penghidap demam kuning dan kusta menggunakan campuran 4 paket inai serbuk dalam tub mandi dengan air mendidih dan dibiarkan sehingga suam. Berendamlah selama 10 minit dan amalkan setiap hari selama 2 minggu.

12. Menginaikan rambut menggunakan campuran ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih. Ratakan pada rambut, bungkus rambut dengan plastik ("shower cap") dan biarkan selama 3 jam atau lebih. Kelebihannya: 

    - Menguatkan akar rambut
    - Memberi kilauan pada rambut
    - Menghilangkan kelemumur
    - Melembut dan memelihara rambut
    - Memberikan ketenangan kepada pesakit jantung
    - Menghilangkan ketegangan, kerisauan, keletihan dan kesukaran untuk tidur

13. Kelebihan menginaikan muka/ anggota badan lain dengan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 3 sudu besar air mendidih. Ratakan pada muka/ anggota lain, biarkan selama ½ jam atau sehingga kering dan cuci dengan air. Ulangi setiap hari. Kelebihannya:
    - Melindungi kulit dari cahaya matahari
    - Memberi warna pada kulit seperti sopak, panau dll (amalkan selama 2 minggu)
    - Merawat jerawat dan jeragat (amalkan selama seminggu)
    - Mengekalkan kulit yang lembut dan bersih

Artikel oleh JAMALIAH HOUSE

Wednesday, January 5, 2011

UJIAN GULA DALAM DARAH


Ini adalah tafsiran bacaan kandungan gula dalam tubuh seseorang:

NORMAL : 5 - 7 mmol/l
TAHAP BERJAGA-JAGA : 7-10 mmol/l
KENCING MANIS : >10 mmol/l

Cuba periksa kadar gula dalam darah anda dan di mana tahap gula anda?

Apa Diebetis

Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat menimbulkan pelbagai jenis komplikasi seperti kebas kaki dan tangan, luka yang sukar sembuh, immuniti badan yang rendah, sakit buah pinggang kronik, sakit jantung, mati pucuk, stroke, buta dll. Faktor umur, kekeluargaan dan pemakanan memainkan peranan penting.

Antara tanda-tanda KECIL seseorang menghidapi kencing manis ialah :
• kerap dahaga
• kerap kencing
• menjadi kurus
• sentiasa letih
• gatal-gatal badan
• sering terjadi bisul

Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.

Anda perlulah mendapat pemeriksaan dan rawatan dari doktor. Penjagaan makanan seperti benda yang manis, karbohidrat yang berlebihan perlu dielakkan sementara serat dari sayuran dan oats perlu ditambah.

Tahukah mengikut perangkaan terkini, seramai 1.4 Juta Penduduk Malaysia menghidapi Kencing Manis!. Adakah kita salah seorang daripadanya?

Monday, January 3, 2011

Bolehkah Habbatus Sauda Membantu Menambah Hayat?

Pada abad ke 13, seorang doktor Arab mendakwa habbatus sauda boleh digunakan untuk lebih 50 penyakit.

 Antaranya ialah lelah, masalah pernafasan, masalah sistem penghadaman, sembelit, jangkitan penyakit, hati yang bermasalah, pembengkakan, lenguh sendi, masalah tenaga batin dan keseluruhan kesihatan amnya.

 Secara tradisional, habbatus sauda digunakan untuk pelbagai keadaan dan rawatan bermula dari pernafasan, gangguan perut, usus, buah pinggang, hati, peredaran darah, sistem ketahanan diri dan keseluruhan kesihatan. Habbatus sauda memainkan peranan penting dalam merawat kanser. Ia dapat mengurangkan glukos pada pesakit kencing manis, memberi kelegaan ketika kedatangan haid, berkesan untuk pesakit kulit dan mengimbangi serta menguatkan sistem ketahanan diri. Ia juga berkemampuan menghalang kerosakan gigi, melegakan pembengkakan prostat, ketidakselesaan akibat menopaus.

Habbatus sauda tidak merbahaya malah selamat dan amat berkesan digunakan oleh semua golongan masyarakat. Tiada jangkitan atau kesan sampingan jika mengambilnya dalam dosej yang disyorkan. Dosej ini bertujuan mencegah atau merawat penyakit dan pengambilannya bergantung pada masa dan sukatannya. Kesannya akan terserlah melalui pengambilan yang ditetapkan dan hasilnya boleh dinikmati dalam jangkamasa pendek.

 Habbatus sauda secara amnya membantu sistem semulajadi manusia mengekalkan kesihatan. Ia bertindak pada bahagian tubuh yang bermasalah dan memerangi punca utama penyakit tanpa mengganggu sistem tubuh yang lain. Ia bertindak mengawal sistem ketahanan tubuh dan mengatasi penyakit yang teruk, beralahan dan berhormon. Kesannya bukan sahaja melegakan masalah kesihatan malah menambah sistem ketahanan tubuh terhadap penyakit. Sebahagian besar masalah kesihatan berpunca dari jangkitan bakteria, virus, parasit dan kulat. Penggunaan ubat klinik merawat penyakit secara berasingan menggunakan ubat yang dihasilkan dengan bahan kimia tiruan yang mengandungi alkohol dan ramuan lain yang merbahaya.

Dalam persidangan tahunan pertubuhan persekutuan pengkaji2 biologi Amerika Syarikat ke 71, satu kertas kerja telah dibentangkan bagi menyokong dakwaan perubatan habbatus sauda. Percubaan biologi yang dijalankan menunjukkan ia bertindak balas mengimbangi dan menguatkan sistem ketahanan diri. Sejak 1959, lebih 200 kajian dijalankan di universiti2 antarabangsa dan artikel2 diterbitkan dalam majalah saintifik membuktikan hasil yang menakjubkan seperti yang tercatat 1400 tahun dahulu. Pada 1960, pengkaji Mesir telah mengesahkan keberkesanannya dalam membantu mengatasi masalah lelah. Saintis Jerman pula mengesahkan habbatus sauda sebagai pembasmi bakteria. 

Para saintis di makmal "canser and immuno-biological" mendapati habbatus sauda merangsang tulang sum2 dan sel2 ketahanan diri, menambah pengeluaran interferon, sel normal dan bilangan antibodi. Pengkaji2 Amerika Syarikat telah membuat laporan pertama ke serata dunia mengenai kesan minyak habbatus sauda ke atas ketumbuhan, "study of the effects of nigella sativa on humans". Walaupun habbatus sauda sangat berkesan, kajian2 yang dijalankan ke atas penggabungan dengan herba lain memberikan hasil yang memberangsangkan.

Semua cendekiawan yang unggul di zaman dahulu dan sekarang telah menulis tentang kelebihan perubatan dan kandungan penyembuhan habbatus sauda. Perubatan Islam mendapati habbatus sauda berkebolehan mengekalkan kesihatan dan memulihkan suhu badan. Tabib di Madinah merujuk kepada sunnah rasulullah (saw) dalam hal berkaitan pesakit. Imam ibn al Qayim di dalam bukunya, Tibb al Nabawi, banyak menyebut tentang rawatan perubatan rasulullah (saw) dan penekanan beliau terhadap herba ini. Ibnu Sina, seorang ahli falsafah dan doktor Parsi yang terkenal menyifatkan habbatus sauda sebagai perangsang tenaga dan pemulih semangat dan keletihan. Zahbi, seorang ulama' berpendapat, habbatus sauda mengeluarkan segala halangan yang ada dalam sistem tubuh. Umat Islam khususnya lebih bergantung kepada penggunaannya kerana yakin dengan sunnah rasulullah (saw). Ini digambarkan dalam hadith sahih bukhari yang bermaksud, "TETAPLAH DENGAN KEPENTINGAN PENGGUNAAN HABBATUS SAUDA KERANA PASTI DI DALAMNYA TERDAPAT SEMBUHAN UNTUK SETIAP KESAKITAN KECUALI MAUT". Sehingga kini umat Islam seluruh dunia masih mengamalkan sunnah rasulullah (saw).

Minyak habbatus sauda lebih berkhasiat berbanding serbuk. Ia merupakan penyembuh terbaik dan digunakan untuk dalaman juga luaran.

PENGAMBILAN SECARA AM:-
1. Cirit-birit, ambil 15 ml minyak habbatus sauda dengan yogurt.
2. Sumber tenaga, ambil 15 ml minyak habbatus sauda dengan segelas jus oren sebelum sarapan.
3. Tidur lena, ambil 15 ml minyak habbatus sauda bersama air panas.
4. Masalah pernafasan, campurkan 1 bahagian minyak habbatus sauda dengan 5 bahagian minyak zaitun, panaskan dan bernafaslah dengan wapnya.
5. Minyak habbatus sauda boleh diambil dengan minuman sejuk atau 'yogurt'.
6. Minyak habbatus sauda juga boleh disapu pada kulit kepala untuk mengatasi masalah kelemumur dan rambut gugur.

Sukatan: 5ml = 1 sudu besar.

Minyak habbatus sauda JAMALIAH HOUSE adalah 100% tulen, tanpa bahan pelarut dan diekstrak secara semulajadi tanpa menggunakan haba. Minyak ini boleh didapati dengan harga RM10 (60ml) dan RM16 (120ml) sebotol. Terdapat juga dalam bentuk kapsul gel lembut dengan harga RM18 (24) dan RM25 (30). Untuk tujuan merawat penyakit tertentu, adalah penting mengetahui dosej yang betul. Hubungi Jamaliah di 012-2982862 untuk keterangan lanjut.

PERINGATAN:-
Wanita mengandung dilarang mengambil habbatus sauda:
- pada 3 bulan pertama kandungan.
- pada 6 bulan pertama kandungan yang bermasalah.

Nabi Muhammad bersabda : "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati".

Habbatus Sauda Atau "Nigella Savita" ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian antarabangsa yang telah dijalankan membuktikan keberkesanan Habbatus Sauda dalam merawat dan memelihara kesihatan. Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolestrol, merawat batu karang, menggalakkan pengeluaran susu ibu dan banyak lagi.

Artikel oleh: Minyak habbatus sauda JAMALIAH HOUSE