Tapi tahukah anda bahawa bendi ini berkhasiat di samping keenakkannya. Jom kita semak dengan artikel di bawah.
Bendi yang juga dipanggil kacang lendir ialah sejenis sayuran yang biasa kita dapati di pasar. Sayur bendi selain enak untuk dimakan secara goreng, juga amat sedap dicampur ke dalam kari ikan. Lebih-lebih lagi kari ikan “tongkol”.

Namun begitu tidak ramai yang tahu akan khasiatnya. Lebih ramai yang hanya tahu makan sahaja. Sebenarnya biji bendi boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kopi. Bagus bagi mereka yang ingin mengelakkan kafein dalam kopi. Daunnya juga boleh dimakan sebagai sayur.
Bendi sebenarnya amat baik untuk fungsi otak. Ia dapat menambahkan daya ingatan serta daya kecergasan otak. Lepas ni, sesiapa yang tidak mahu cepat nyanyuk tu, bolehlah beli sayur bendi banyak-banyak. Bukan untuk orang-orang tua sahaja, malah orang muda pun sekarang dah cepat sangat lupa. Maklumlah, zaman sekarang ni banyak unsur-unsur kimia berbahaya yang terdapat dalam makanan terutama makanan segera.
Di sesetengah tempat, bendi dipanggil kacang lendir. Manakala di Kelantan pula digelar “kacang mior”. Tahukah anda apakah khasiat lendir dari bendi? Orang perempuan mesti suka bab ini, iaitu; lendirnya boleh dijadikan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit.
Berikut dinyatakan pula nilai perubatan yang ada pada bendi.
Ambil biji, akar dan bunga lalu direbuskan. Air rebusan itu apabila diminum boleh menjadi ubat bagi:
* Melawaskan pembuangan air kecil
* Boleh meredakan bengkak dan radang
* Meringankan masalah susah bersalin (dijadikan selusuh)
* Mengubati penyakit gonorea
* Mengubati sifilis
* Apabila dicampur dengan gula, boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan ubat sakit kerongkong.
* Untuk mengubati bisul dan kudis, boleh gunakan air rebusan itu untuk menyapu pada tempat yang berkenaan.

No comments:
Post a Comment