Saturday, January 18, 2014

4 Golongan Yang Paling Sering Digigit Nyamuk

Nyamuk adalah serangga tergolong dalam order Diptera; genera termasuk Anopheles, Culex, Psorophora, Ochlerotatus, Aedes, Sabethes, Wyeomyia, Culiseta, dan Haemagoggus untuk jumlah keseluruhan sekitar 41 genus yang merangkumi 3,500 spesies. Nyamuk mempunyai dua kepak bersisik (scaled wings), (halteres), tubuh yang langsing, dan enam kaki panjang; bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15 mm.

Laporan terbaru menyebutkan sebagian dari kita digigit lebih banyak karena memiliki alasan berbeza. Adalah Smithsonian Magazine menerangkan bahawa ada sekitar 20% orang yang memiliki daya tarik lebih bagi serangga. Berikut, adalah ulasan menariknya seperti yang terdapat di Foxnews.

1. Jenis golongan darah

Seseorang yang memiliki jenis golongan darah O dan darah A dua kali lebih banyak digigit. Sedangkan seseorang yang memiliki golongan darah jenis B cenderung tidak memiliki daya tarik bagi nyamuk untuk digigit.

2. Setelah seseorang berolahraga

Saat tubuh berpeluh, pada saat itulah bagi nyamuk Anda sedikit lebih lazat.Sehingga Anda jadi lebih banyak digigit dibanding orang lain.

3. Alkohol

Satu botol yang dikonsume seseorang dapat meningkatkan daya tarik terhadap nyamuk sekitar.

4. Kehamilan

Seseorang perempuan yang sedang hamil pasti digigit nyamuk sekira dua kali lebih banyak dibanding orang lain. Hal itu terjadi kerana ibu hamil memiliki suhu tubuh yang hangat berbanding orang lain,dan juga mereka menghembuskan nafas 21% karbon dioksida lebih banyak.

Sentiasa pastikan kawasan persekitaran anda bersih dan terhndar dari nyamuk bagi mengelakkan jangkitan aedes dan sebagainya.

Sumber: http://fuh.my/4-golongan-yang-paling-sering-digigit-nyamuk/#sthash.zGgvBtUC.dpuf

No comments:

Post a Comment