Sunday, August 18, 2013

Kenapa Rambut Beruban?

Rambut yang beruban adalah salah satu proses normal bagi seseorang manusia. Tiada sesiapa pun yang boleh menyangkal fakta ini.

Sesetengah orang akan mengalami keadaan ini pada usia yang meningkat tua, bagi sesetengah yang lain pula mendapati rambut mereka beruban pada usia yang awal. Mengapa boleh berlaku begitu? Apa sebenarnya yang mempengaruhi warna rambut dan apa pula yang menyebabkan rambut kita cepat beruban?

Jawapan bagi persoalan ini adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti genetik, kekurangan nutrisi dan juga faktor usia.

Menurut hasil kajian The Journal of Investigative Dermatology yang dibentangkan pada tahun 2005, manusia berkulit putih akan mengalami rambut beruban pada usia pertengahan 30, orang Asia pula akan mengalami rambut beruban pada lewat 30-an manakala bagi golongan berkulit hitam pula mampu mengekalkan rambut mereka tanpa beruban sehingga ke usia pertengahan 40!

Berikut adalah beberapa faktor yang mempengaruhi warna rambut: 

Faktor usia : Perubahan pada warna rambut seseorang berlaku biasanya apabila seseorang itu telah meningkat usia. Kajian di Eropah mendapati bahawa kira-kira 40 peratus orang Eropah telah mula mengalami masalah rambut beruban pada usia 40 tahun. 

Genetik : Perubahan pada warna rambut seseorang adalah bergantung hampir keseluruhannya kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu Bcl2 dan Bcl-w. Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut. Dan ini menyebabkan rambut seterusnya yang muncul akan tumbuh tanpa pigment melanin. 

Kekurangan vitamin B 12 : Kekurangan vitamin B 12 akan mengurangkan pembentukan melanin. Masalah ini biasanya dialami kepada sesetengah golongan seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh. 

Faktor-faktor lain : Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami 4 kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban!

- See more at: http://tajdidislam.blogspot.com/2012/03/apa-sebab-rambut-kita-beruban.html#sthash.deplaWbr.dpuf

Saturday, August 17, 2013

SERANGAN JANTUNG KETIKA KESEORANGAN??

Berapa ramai orang yang diserang sakit jantung semasa sendirian. Tanpa bantuan orang tersebut akan mula pengsan, dalam keadaan ini seseorang hanya mempunyai kira-kira 10 saat sebelum pengsan.

Walau bagaimanapun, si mangsa boleh membantu diri mereka sendiri dengan batuk berkali-kali. Tarik nafas dalam-dalam sebelum setiap batuk, dan batuklah sedalam dan sekuat mungkin, seperti batuk yang dihasilkan dari dalam toraks.

Bernafas dan batuk perlu diulangi setiap dua saat tanpa henti sehingga bantuan tiba, atau sehingga anda rasa jantung berdegup dengan normal.

Pernafasan yang dalam dapat membawa oksigen ke dalam paru-paru dan pergerakan batuk menolak jantung dan membuatkan darah beredar semula. Tekanan mampatan pada jantung juga membantu ia kembali ke rentak normal. Dengan cara ini, mangsa serangan jantung boleh sampai ke hospital.

How many people are alone when they suffer a heart attack, without help, the person whose heart is beating improperly and who begins to feel faint, has only about 10 seconds before losing consciousness.

However, these victims can help themselves by coughing repeatedly and vigorously. A deep breath should be performed before each cough, and the cough must be deep and vigorous, prolonged as produced inside the thorax.

A breath and a cough must be repeated every two seconds without stopping until help arrives, or until you feel that the heart is beating normally.

Deep breaths get oxygen into the lungs and coughing movements pushing the heart and keeps the blood circulating. The compression pressure on the heart also helps it regain normal rhythm. In this way, heart attack victims can get to a hospital. Tell many other people about it. This can save your life!

A cardiologist says if everyone who gets this e-mail send to 10 people, you can bet that we'll save at least one life.

Friday, August 16, 2013

Ubi Kayu Banyak Gunanya

Ubi kayu atau nama botaninya manihot ezculenta crantz merupakan tumbuhan tropika dan subtropika yang memang banyak terdapat di hampir semua kawasan tropika serata dunia kerana ia merupakan karbohidrat yang berkos rendah dan paling mudah untuk diperolehi. Daunnya yang muda (pucuk) amat popular sebagai sayuran.

Pokok ubi kayu berasal dari Brazil, Amerika Selatan. Tumbuhan ini seterusnya tersebar ke Asia pada awal abad ke 17 dibawa oleh pedagang Sepanyol dari Mexico ke Filipina. Ubi kayu termasuk dalam keluarga euphorbiaceae. Dikenali juga sebagai ubi benggala, ubi belanda, cassava (Inggeris), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong (Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina), mushu (China) dan củ sắn atau khoai mì (Vietnam) merupakan tumbuhan dari jenis pokok renek.

Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara 9 hingga 12 bulan.

Batangnya pula berkayu sama ada bercabang atau tidak, kulit batang berwarna coklat atau kelabu serta kasar kerana banyak parut tangkai daun. Kulit batang ubi kayu mengandungi tanin, enzim, peroksidae, glikosida dan kalsium oksalat.

Akar pokok ubi kayu mengembung kerana menyimpan makanan. Ubinya pula berbentuk tirus, silinder, bulat, kecil, sederhana atau sangat besar. Isinya pula berwarna putih. Kuning atau sedikit merah dan menjadi keras apabila tua. Ubi ini terjadi dari bekas pangkal tangkai daun. 

Ubi kayu mempunyai kandungan kalori, serat diet, manganese, potassium, vitamin B6, vitamin C, protein, lemak, kalsium, fosforus dan zat besi. Memetik mengenai serat diet, ianya berfungsi untuk megurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser usus dan juga membantu mengawal diabetis. Patutlah ubi kayu satu masa dahulu menjadi pengganti nasi kerana ianya penuh dengan serat yang memberi rasa kenyang pada tubuh. Teringat juga masa zaman sekolah rendah dulu, buat gam dari tepung ubi kerana ia mempunyai kandungan kanji. Walau bagaimanapun, akar dan ubinya mengandungi banyak glukosid sianogenik sehingga tahap berbahaya dan di dalam ubi sahaja bervariasi antara sepuluh hingga 490 mg/ kg.

Ðaun ubi daripada jenis ringkas dan susunannya berpilin. Tangkai daun panjang, manakala daun jenis tidak terbahagi dan banyak jejari yang hampir sehingga ke tengah daun. Tangkai daun berwarna kuning, hijau atau merah. Ðaunnya pula banyak mengandungi protein, banyak karotena dan vitamin C.

Thursday, August 15, 2013

Mulberry

Mulberry adalah sejenis buah yang rupanya seakan blackberry. Namun Mulberry ini dikatakan mempunyai beberapa khasiat dan sering digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

Buah Mulberry boleh dimakan segar atau dibuat jem. Ianya baik untuk pengaliran darah, elok untuk buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

Malah jus Mulberry dikatakan bagus untuk merawat masalah sembelit dan pening.

Daun Mulberi pula boleh dikeringkan dan dijadikan teh yang juga mempunyai beberapa khasiat untuk mengubati batuk, selsema dan demam panas. Juga elok untuk merawat penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Wednesday, August 14, 2013

Petua Untuk Elakkan Selsema

Apabila terkena selsema, kita memang tidak akan merasa selesa. Kalau dulu selsema dilihat penyakit yang remeh tetapi tidak lagi sekarang apabila terdapat selsema burung dan selsema babi yang menyebabkan kematian. Oleh itu lebih baik mengelak dari dijangkiti. Terdapat pelbagai cara untuk mengelakkan kita dari dijangkiti selsema.

1.   Jauhi diri dari seserang yang sedang mengalami selsema. Selsema boleh berjangkit dengan mudah, tutup mulut dan hidung apabila berada di sekitar orang/ kawasan selsema'

2.   Mandi air suam di waktu petang kerana air sejuk memudahkan seseorang untuk bersin yang memudahkan selsema. 

3.   Amalkan minum air halia sekurang-kurangnya seminggu sekali. Banyak teh halian yang dijual di kedai.

4.   Cucilah lubang hidung dengan air bersih setiap kali mandi.

Tetapi apabila sudah dijangkiti selesema, ikutilah petua di bawah:

1.   Ambil sebuku kecil halia yang telah dibersihkan dan hidu baunya.

2.   Ambil secawan air didihan beras (waktu mendidih). Biarkan suam kemudian minum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering tekak itu sembuh.

3.   Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.

4.   Selesema pada musim hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Monday, July 29, 2013

Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Badan

Pernahkah anda mematah-matahkan jari sehingga mengeluarkan bunyi atau mengerakkan leher kiri dan kanan?. Rupanya tabiat ini adalah tidak baik untuk tubuh badan kita.

Menurut Brian Cassaza, MD, dari Universiti California Amerika Syarikat, kesan membunyikan sendi-sendi jari jemari bila salah satu urat saraf tersepit di antara tulang ekor leher. Macam-macam kesan boleh berlaku bergantung kepada rangkaian saraf itu menuju ke mana. Tapi, pada umumnya, akan mengakibatkan organ tubuh seperti kaki dan tangan sukar diarah oleh otak.

Orang yang mengalami hal tersebut, biasanya berjalan seperti robot, kerana otak gagal memberi arahan kepada organ-organ tubuh untuk melakukan apa yang diiinginkan.

Sama halnya dengan membunyikan tulang leher, gerakan membunyikan sendi di jari juga merupakan kebiasaan yang salah kerana menyalahi peraturan sendi biasanya dan boleh menghancurkan tulang-tulang rawan di dalamnya. Jika kebiasaan ini dilakukan terus menerus maka akan menimbulkan penyakit sendi yang kronik dikemudian hari.

Para saintis bioperubatan telah mempelajari Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari apa yang sebenarnya berlaku ketika kita menekuk tulang sendi jari dengan menggunakan mikrofon yang sensitif.

Di dalam ruang sendi antara tulang-tulang terdapat cecair dan ikatan sendi (ligamen) di setiap sisi ruang sendi yang menyatukan tulang.

Saat anda menarik jari, hal ini membuat ruang sendi makin besar. Akibatnya, tekanan dalam ruang sendi makin menurun. Maka, ikatan sendi tersedut ke dalam. Ketika tekanan menurun, muncullah gelembong (karbon dioksida), hanya dalam satu per ribuan saat. Gas inilah yang menimbulkan bunyi letupan yang merupakan suara pertama.

Gelembong itu mengisi 15% ruang sendi yang sekarang menjadi lebih besar. Kerana ruang sendi diisi oleh gelembong, cairannya tiba-tiba mendorong ikatan sendi dan menolaknya ke posisi semula. Pada saat ligamen “didorong kembali” muncullah bunyi kedua.

Tenaga yang hilang dalam sendi sangat rendah, hanya sekitar 7% daripada yang diperlukan untuk merosakkan tulang. Tetapi, bila terlalu sering melakukannya, boleh dikira sendiri dan hasilnya tentu sangat berbahaya.

Sebuah penelitian melibatkan 300 orang yang telah membunyikan buku jarinya selama 35 tahun. Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari Memang, hasilnya tidak ada kes artritis pada tangan mereka. Namun, kesan lain adalah mereka mempunyai sendi yang membesar, tangan mereka menjadi lebih lemah, berkurang satu perempat dari kekuatan tangan yang seharusanya.

Jadi, membunyikan buku jari tangan dan sendi tulang yang lain akan terasa saat kita tua nanti, 35 hingga 40 tahun akan datang.

Friday, July 19, 2013

Sukun

Pokok sukun boleh dikategorikan sebagai pokok hutan, walaupun ianya kelihatan seperti pokok Nangka dan pokok Cempedak, tetapi pokok ini lebih tinggi dan besar. Pokok sukun banyak terdapat di kawasan tropika lain seperti di negara kita, negara kejiranan dan Kepulauan Pasifik.

Kebanyakan bentuk buah Sukun adalah bulat dan terdapat juga yang berbentuk bujur. Ukuran garis pusat buah ini antara 10 hingga 30 cm. Dan purata berat buah ialah antara 1-3 kg sebiji.

Kaedah memetik buah sukun terletak kepada cara penggunaannya, saya sendiri sangat suka sukun goring, oleh itu buah sukun seharusnya dipetik sebelum mencapai peringkat ranum atau masak. Peringkat begini, selain dari menggoring sukun juga enak dibuat kerepek, direbus dan dibuat seperti sayuran dengan kaedah menggoring atau masak lemak.

Bagi buah sukun jika dipetik pada peringkat terlalu matang akan menjadi cepat lembut, oleh itu ianya sangat sesuai untuk dibuat bubur atau ada juga sesetengah orang yang membuat kek, puding dan kuih-kuih yang lain. 

Sebaliknya pula, sekiranya buah ini dipetik pada peringkat yang terlalu muda, buah ini akan mengeluarkan getah dan menimbulkan rasa kelat.

Buah sukun yang sedap dengan pelbagai kaedah memasak dan rasa juga kaya dengan khasiat di kebanyakan bahagian pokoknya, antaranya:

*    Mengurangkan Sakit Kepala. Ramaslah daun sukun bersama air sehingga mengeluarkan lendir dan pupuklah lendir itu di bahagian dahi.

*    Mengurangkan Batuk. Minumlah air rebusan buah sukun muda 2 kali sehari.

*    Mengubati Asma dan Hempedu. Rebus sukun masak dengan air dan minum air rebusan tersebut.

*    Gam. Getah pada kulit pokok sukun boleh digunakan sebagai getah untuk menampal kebocoran yang berlaku pada kapal kayu.

*    Gam ini juga jika diproses dengan betul boleh digunakan untuk membuat gula-gula getah.