Kita sering terdengar rakan-rakan dan ahli keluarga kita menyebut tentang makanan tambahan, ianya bukan dalam bentuk makanan tetapi sebaliknya lebih berbentuk pil, tablet, kapsul dan ada juga dalam bentuk cecair. Mengapa makanan suplimen ini diperlukan sekarang? adakah ianya penting?, apakah implikasi sampingan jika kita mengambil makanan suplimen berterusan atau dalam kuantiti yang banyak?. Soalan-soaln ini boleh dijawab oleh pakar pemakanan atau dietisen.
Memang saya tidak menafikan bahawa cara kehidupan masyarakat kits telah banyak berubah. Kesebukan seharian menjadi sebab masa makan yang tidak diambil berat terutamanya bagi individu yang berkarjaya. Sering kali individu-individu bekerjaya terlepas mengambil sarapan atau mana-mana sajian harian. Bagi mengantikan makanan maka ramai yang mengambil makanan tambahan dalam bentuk pil, tablet, kapsul dan cecair. Antara suplimen yang popular adalah multivitamin yang memainkan peranan dengan menampung kekurangan keperluan zat harian seseorang.
Yang menjadi persoalannya sebanyak mana pil makanan tambahan perlu diambil? Selepas mengambil pil multivitamin, adakah seseorang itu perlu mengambil vitamin C, vitamin E atau zat besi secara berasingan? Sebagai contoh sekira seseorang itu mengambil lebih daripada 4 jenis pil makanan tambahan setiap hari, adakah ianya keterlaluan?
Fakulti Kesihatan Awam Harvard memberi 5 panduan untuk pengambilan suplemen:
1. Amalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan - Tiada pil dapat menandingi khasiat daripada sumber makanan semula jadi. Walaupun sebiji pil multivitamin mengandungi semua khasiat diperlukan badan, ia hanya untuk menampung kekurangan sesetengah zat yang tidak diperoleh daripada makanan.
* Beralihlah kepada corak pemakanan yang kaya sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh dan kekacang. Pada masa sama, kurangkan makanan yang tinggi kandungan garam, gula dan lemak. Meskipun protein daripada sumber haiwan penting, ambillah dalam kuantiti sederhana. Makan banyak sayur dan buah mungkin sukar dilakukan, tetapi ia boleh diatasi dengan mengambil jus buah (sendirian atau dicampur dengan sayur) yang disediakan sendiri.
2. Pilih pil multivitamin - Pengambilan sebiji pil multivitamin sehari sudah memadai untuk menampung kekurangan zat daripada makanan. Ada pakar menyifatkan multivitamin adalah polisi insurans yang murah dan boleh membantu mengekalkan kesihatan.
3. Vitamin D - Sumber terbaik vitamin D ialah cahaya matahari pagi sehingga jam 11. Vitamin D membantu penyerapan kalsium bagi menguatkan tulang dan membolehkan otot berfungsi dengan baik. Malah, ada kajian menunjukkan vitamin D boleh mengurangkan risiko mendapat kanser usus dan payudara.
Vitamin D boleh diperoleh daripada makanan seperti ikan berlemak (sardin, makerel, salmon, minyak hati ikan), hati ayam, kuning telur, tiram dan lain-lain produk yang diperkaya dengan Vitamin D. Pun begitu, sumber daripada cahaya matahari lebih penting kerana ia membekalkan Vitamin D yang mencukupi kepada setiap individu. Setiap hari kita memerlukan antara 1,000 hingga 1,200 IU Vitamin D setiap hari. Dalam keadaan iklim khatulistiwa dan kepelbagaian makanan yang ada di negara kita, masalah kekurangan Vitamin D tidak harus berlaku.
4. Katakan tidak kepada makanan tambahan ‘mega’ - Elak makanan tambahan yang didakwa mengandungi tinggi dos vitamin, mineral atau makanan yang diperkaya dengan ‘mega’ vitamin. Badan kita tidak memerlukan zat dalam kuantiti yang banyak. Multivitamin yang menawarkan tahap standard sudah memadai kerana vitamin larut air yang berlebihan akan dibuang.
Malah, jika sudah mengambil pil multivitamin biasa, kita disaran mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid folik.
* Ambil secukupnya. Jangan cepat terpengaruh dengan iklan atau cakap orang yang mendakwa produk mereka lebih baik berbanding yang dijual di farmasi. Perlu diingat, produk yang dijual di farmasi secara umumnya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Pengambilan sebiji multivitamin sehari sudah mencukupi. Berlebihan vitamin boleh mendatangkan kemudaratan, contohnya berlebihan zink menyebabkan keletihan dan risiko serangan jantung atau strok.
Artikel asal ini saya ubah sedikit megikut kesesuaian masa kini, walau bagaimanapun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulisnya.
Thursday, December 27, 2012
Sunday, December 16, 2012
Kuasa Buah
Oleh Suzan Ahmad - suzan@bharian.com.my
2010/10/31
Ketahui khasiat sebenar makanan wajib bantu ubati, hindari penyakit.
BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.
Malangnya, berapa ramai antara kita tahu kelebihan sebenar khasiat buah-buahan kecuali vitamin C yang sudah terlalu kerap dikaitkan dengan buah-buahan tertentu seperti oren dan epal.
Bagaimana pula dengan aspek lain buah-buahan seperti khasiatnya membantu mengurangkan penyakit?
Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.
“Pada 2005, 17.5 juta orang mati akibat penyakit kardiovaskular iaitu 30 peratus daripada jumlah kematian global. Pemakanan yang baik adalah pendekatan terbaik untuk mencegah penyakit dan penjagaan kesihatan.
“Nutrien adalah khasiat yang mesti kita peroleh daripada makanan. Khasiat pemakanan ini adalah penting untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan sepanjang hayat,” katanya.
Lebih menarik lagi, hasil penyelidikan mengenai manfaat buah-buahan kepada kesihatan turut dikongsi pada kempen kemasyarakatan, Kesihatan Itu Kekayaan anjuran MBG Fruitshop di Jaya 33, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Antara fakta menarik yang dikongsi termasuk, ramai tidak tahu pisang membantu menentang kemurungan. Selain itu, antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kanser esofagus; buah kiwi meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan kismis membantu menjaga kesihatan gigi serta pembangunan mental kanak-kanak.
Bagi kanak-kanak misalnya, buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti karbohidrat, mineral dan vitamin penting dalam pertumbuhan mental fizikal mereka. Karbohidrat dalam buah-buahan misalnya, adalah dalam bentuk gula yang menyumbang kepada tenaga badan. Selain itu, buahan-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelak masalah sembelit terutama di kalangan kanak-kanak.
Khasiat buah-buahan:
# Anggur/ kismis
Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.
# Buah oren
Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.
# Buah Epal
Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.
# Buah pear
Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.
# Pisang kaki
Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.
# Mangga
Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.
# Kiwi
Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.
# Pisang
Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.

Saturday, December 15, 2012
Apakah Tekanan Darah Tinggi
Apa Dia Tekanan Darah? - Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadappembuluh arteri semasa peredaran darah ynag disebabkan oleh denyutan jantung.
Bagaimana Tekanan Darah Diukur? - Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut - 120 / 80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.
Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Tekanan Darah Berubah-ubah - Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semual tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Apa Dia Tekanan Darah Tinggi? - Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi.
Tekanan darah optima - 130 / 80 mmHg
Tekanan darah tinggi - Lebih daripada 130 / 85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg kadar tekanan darah anda adalah terlalu tinggi.
Kenapa Anda Perlu Mengetahui Tentang Darah Tinggi? - Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri anda sihat. Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah anda secara berkala.
Apakah Akibat Tekanan Darah Tinggi? - Jika tekanan darah anda kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:
• Serangan jantung
• Angin ahmar
• Kegagalan jantung
• Kerosakan buah pinggang
Jika Tekanan Darah Anda Optima (130 / 80 mmHg) - Anda perlu terus mengawal tekanan darah anda, dengan cara:
• Memeriksa tekanan darah anda secara berkala;
o 2 kali setahun jika kadarnya normal
o lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika anda mempunyai ahli keluarga mengidap darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.
• Tidak merokok
o Nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin juga menyempitkan saluran salurnadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih kuat.
• Makan secara sihat, dengan mengurangkan pengambilan :-
o Garam - Garam berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah.
o Lemak - Lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang.
• Kekalkan berat badan unggul.
• Bersenam secara berkala.
• Elakkan pengambilan alkohol.
Jika Anda Menghidap Tekanan Darah Tinggi :-
• Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan.
• Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor/pegawai farmasi.
• Jumpa doktor anda secara berkala bagi mengawal tekanan darah anda.
Thursday, December 13, 2012
Implan gigi
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
SATU nikmat hidup hilang apabila kita tidak boleh atau susah hendak makan. Puncanya kecil saja, iaitu ketiadaan gigi. Tanpa gigi, tidak mungkin kita dapat menikmati keenakan makanan kegemaran kerana nikmat satu-satu makanan itu biasanya dirasai ketika ia dikunyah.
Antara cara yang biasa dilakukan untuk mengatasi perkara ini ialah memakai gigi palsu. Bagaimanapun, ia masih ada kekurangan kerana kira-kira 50 peratus pengguna gigi palsu mengalami masalah seperti masalah gigi tertanggal, tidak selesa atau sakit ketika dipakai akibat saiz gigi dan gusi yang tidak sepadan atau sukar mengunyah makanan.
Kehilangan gigi menyebabkan ramai terpaksa mengehadkan pilihan makanan. Makanan yang keras dan rangup seperti buah-buahan mungkin sukar sedikit untuk dimakan. Malah, tidak kurang juga yang terpaksa memotong makanan menjadi kecil supaya ia lebih mudah dikunyah. Apabila membincangkan soal tiada gigi, terus terlintas dalam fikiran perkara ini lazimnya berlaku pada orang tua. Memang benar, tetapi ia juga berlaku pada golongan di bawah umur 45 tahun.
Masalah ketiadaan gigi juga banyak berlaku di negara maju seperti Amerika Syarikat dan dianggarkan lebih 20 juta penduduknya memakai gigi palsu. Satu pertiga penduduk Amerika berumur 65 tahun kehilangan lebih separuh gigi asal dan satu pertiga di kalangan 70 tahun ke atas tiada gigi langsung.
Di Malaysia, masalah ketiadaan gigi berlaku pada umur lebih muda — tiga peratus orang dewasa berumur 35 hingga 44 tahun tidak mempunyai gigi dan angka ini meningkat kepada 40 peratus (65 hingga 74 tahun) dan mencecah 70 peratus bagi warga emas melebihi 75 tahun.
Di negara kita, lebih 70 peratus kes kehilangan gigi disebabkan trauma atau kemalangan. Di kalangan individu tiada gigi pula, hanya 52 peratus memakai gigi palsu walaupun tahu ketiadaan gigi boleh menjejaskan penampilan mereka.
Menurut Perunding Pembedahan Pergigian dan Maksilofasial Oral, Pusat Perubatan Sunway, Dr Michael Ong, selain gigi palsu, ada kaedah lain yang boleh membantu seseorang untuk makan dengan lebih baik iaitu melalui kaedah implan gigi. Implan gigi pada asalnya direka untuk membantu orang tua yang kehilangan gigi akibat proses penuaan atau mereka yang tiada gigi langsung.
Bagaimanapun, kini rawatan implan gigi diberi kepada semua peringkat umur yang kehilangan gigi atas pelbagai sebab, seperti terbabit dalam kemalangan atau penyakit gusi. Namun, ia jarang dilakukan ke atas kanak-kanak kerana tulang rahang mereka belum matang sepenuhnya.
Apa itu implan gigi? Ia berbentuk seperti skru, dihasilkan daripada logam titanium (bahan sama untuk rawatan tulang patah) yang ditanam pada tulang rahang di tempat asal gigi yang tanggal. Ia bertindak sebagai akar bagi gigi palsu. Kaedah ini boleh digunakan untuk menggantikan satu atau beberapa batang gigi.
Ada juga implan berbentuk bilah; juga ditanam ke dalam tulang rahang. Bagaimanapun, kini lebih 90 peratus implan yang ada di pasaran di seluruh dunia berbentuk seperti skru.
Implan gigi bukan sekadar membolehkan seseorang makan dengan lebih baik, tetapi ia juga bertujuan:
• Menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang tanpa menjejaskan gigi bersebelahan
• Memberi sokongan kepada barisan gigi palsu, menjadikan ia lebih kukuh dan selesa
• Tidak perlu lagi menggunakan gigi palsu boleh tanggal (sekali gus menyelesaikan masalah berkaitan gigi palsu boleh tanggal)
• Membantu mengekalkan bentuk muka kerana kehilangan gigi lama kelamaan menyebabkan rahang mengecut dan membuatkan bahagian bawah muka kelihatan turut mengecil
• Membolehkan seseorang bercakap dengan selesa
• Membantu mengembalikan keyakinan kerana ramai berasa rendah diri dan malu untuk membuka mulut apabila kehilangan gigi, terutama gigi kacip (bahagian depan). Ia juga penting untuk memperlihatkan imej menarik dan meyakinkan, khususnya bagi individu yang mencari kerja
Implan gigi boleh diumpamakan sebagai gigi kekal kerana ia ditanam pada tulang rahang. Apabila gigi tertanggal, tulang rahang mengecut secara perlahan-lahan dan ia mempengaruhi tisu lembut pada gusi. Ini sebabnya individu yang memakai gigi palsu mengalami masalah padanan, ketidakselesaan, kerap tertanggal dan sukar mengunyah selepas tempoh tertentu.
Siapa yang boleh menjalani rawatan implan gigi? Dr Ong berkata, ia boleh dilakukan pada sesiapa saja, termasuk warga emas dan pesakit kencing manis, dengan syarat penyakit mereka dalam keadaan terkawal. Bagaimanapun, pesakit kencing manis lebih cenderung untuk mengalami jangkitan pada bahagian implan.
“Untuk perokok, beberapa peraturan perlu dipatuhi sebelum dan selepas menjalani rawatan implan. Mereka perlu berhenti merokok sekurang-kurangnya seminggu sebelum prosedur dan lapan minggu selepas implan ditanam. Ia bertujuan memberi masa untuk rahang kembali ke saiz asal kerana mengubah saiz rahang.
“Biasanya implan ‘ditutup’ dengan korona untuk membentuk gigi palsu. Walaupun secara teorinya ia boleh kekal sepanjang hayat, gigi palsu ini perlu dijaga seperti gigi asal supaya tahan lama,” katanya pada forum kesihatan anjuran Pusat Perubatan Sunway.
Bagaimana dan bila implan gigi dilakukan?
Rawatan implan membabitkan dua fasa iaitu penanaman implan ke dalam tulang rahang dan diikuti pembentukan korona sebagai gigi. Dua fasa ini boleh dilakukan pada masa sama atau berasingan. Pesakit juga boleh menangguhkan untuk proses pembentukan korona mengikut kesediaannya.
Sebelum implan ditanam, pesakit diberi bius setempat dan tidak berasa sakit sepanjang prosedur dijalankan. Apabila kesan ubat bius hilang (selepas tiga atau empat jam), pesakit mungkin berasa tidak selesa sedikit. Darjah ketidakselesaan ini bagaimanapun berbeza antara individu mengikut daya ketahanan masing-masing.
Kadangkala doktor perlu melakukan ‘graf tulang’ iaitu proses membentuk tulang bagi memastikan implan boleh ditanam dengan baik. Untuk proses ini, doktor memerlukan tulang lain untuk merangsang pembentukan tulang baru.
Ia boleh diambil daripada tulang di dalam mulut atau dari pinggul pesakit. Usah risau jika anda berhajat menjalani rawatan implan gigi kerana bukan semua kes memerlukan proses ini.
Bila mahu menjalani rawatan ini, terpulang kepada setiap individu. Dr Ong berkata, ia boleh dilakukan secepat mungkin, iaitu sebaik gigi tertanggal atau ditangguhkan sehingga tulang rahang pada bahagian gigi yang hilang kelihatan tertonjol sedikit dan nampak lebih jelas.
Adakah peluang kejayaan menanam implan tinggi?
Menurut Dr Ong, rawatan implan gigi mempunyai peratus kejayaan yang tinggi. Kebanyakan kes yang gagal disebabkan masalah kesihatan pesakit seperti menghidap kencing manis kerana mereka lebih cenderung mengalami jangkitan.
Kadangkala jangkitan berlaku dua atau tiga tahun selepas rawatan. Jika berlaku jangkitan, implan berkenaan perlu dikeluarkan kerana ia boleh menyebabkan kebas dan pesakit tidak boleh makan.
Selepas implan dikeluarkan, doktor melakukan graf tulang supaya tulang pada bahagian berkenaan menjadi kuat semula dan mempercepatkan penyembuhan. Selepas tulang sembuh, baru implan dimasukkan semula.
“Kejayaan implan pada rahang bawah adalah lebih tinggi (95 peratus) berbanding rahang atas (80 peratus). Implan gigi perlu dilakukan dengan teliti iaitu dua milimeter jaraknya dari saraf.
“Jika saraf tercedera, bibir menjadi kebas dan menyebabkan ketidakselesaan kepada pesakit selepas prosedur selesai,” katanya.
Siapa yang boleh menjalankan rawatan implan gigi?
Rawatan implan gigi boleh dilakukan oleh pakar bedah maksilofasial oral, pakar pergigian atau doktor gigi yang ada pentauliahan Kongres Implan Antarabangsa (ICOI), Amerika Syarikat.
Selain menimbangkan pemilihan pakar, antara perkara yang perlu diberi pertimbangan ialah kos rawatan. Kos keseluruhan rawatan berbeza antara pusat rawatan dan jenis implan yang diguna. Sehingga kini ada lebih 30 jenis implan di pasaran dengan harga yang jauh berbeza.
Secara purata, rawatan implan gigi menelan belanja antara RM2,000 hingga RM10,000 tertakluk kepada jenama dan jenis implan serta bayaran hospital.
“Oleh kerana kos rawatan implan tinggi, kita perlu menjaga gigi dengan baik dengan memberus dan flos setiap kali selepas makan. Amalan ini boleh memanjangkan hayat gigi.
Bagi yang sudah menjalani rawatan ini, mereka juga perlu menjaga gigi baru seperti gigi asal dan dapatkan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.
“Berdasarkan maklum balas diterima, kebanyakan pesakit berpuas hati dengan implan gigi kerana mereka bukan saja boleh makan semua makanan kegemaran, malah berasa lebih yakin untuk berdepan orang lain,” katanya.

Wednesday, December 12, 2012
Plak Punca Radang Gusi
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
Kesihatan gigi bergantung kepada kebersihan mulut PLAK adalah deposit bakteria terbentuk di atas permukaan gigi yang boleh memusnahkan enamel gigi dan akhirnya membentuk kaviti. Namun, berapa kali anda membuat pemeriksaan gigi dalam setahun?
Mengikut kajian Kesihatan Oral Dewasa Kebangsaan 2000 mendedahkan kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengutamakan kesihatan gigi. Walaupun daripada sudut promosi dan kempen kesedaran gigi dijalankan seperti kempen bebas Plak Oral-B, hanya sembilan daripada 10 rakyat Malaysia menderita kaviti dan penyakit gusi. Hampir 50 peratus berjumpa doktor gigi apabila berhadapan dengan masalah gigi.
Pakar Pergigian Dr Fatimah Arshad, berkata plak menyebabkan gusi radang dan terjejas. Beliau berkata, penyakit gusi yang sederhana menyebabkan gingivitis, manakala yang serius boleh menyebabkan masalah periodontitis. Katanya, periodontis adalah masalah gingivitis teruk yang menyebabkan gusi radang dan boleh menjejaskan struktur gigi yang akhirnya menyaksikan gigi perlu dibuang.
“Penyakit gusi yang sederhana boleh dirawat dengan kekerapan memberus gigi dan melakukan flos, namun untuk penyakit gusi yang serius ia memerlukan rawatan pakar pergigian,” katanya.
Dr Fatimah berkata, plak terbentuk berpunca daripada kealpaan sendiri terutama membabitkan pemilihan makanan. “Pemilihan makanan terutama makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi menyumbang kepada pembentukan plak,” katanya.
Dr Fatimah berkata, pembentukan plak adalah punca masalah gigi bagi kebanyakan orang. Plak seakan filem tidak berwarna dan melekit yang sentiasa terbentuk di atas permukaan gigi. Ia adalah punca sebenar kaviti dan masalah gusi. Jika plak tidak dibuang setiap hari, ia akan jadi keras membentuk tartar.
“Masalah gigi yang biasanya berpunca daripada plak adalah seperti nafas berbau, gusi lemah yang selalunya berdarah apabila menggosok gigi, gingivitis dan periodontitis,” katanya.
Beliau berkata, ada kalanya kehadiran plak tidak begitu disedari atau dikenali. Namun, jika gusi anda berdarah setiap kali memberus gigi, ia sebenarnya petanda anda berhadapan dengan masalah gusi. Gusi berdarah selalunya tanda masalah gingivitis.
“Gusi yang tidak sihat akan berdarah. Ia disebabkan kemerahan gusi akibat kesihatan gigi yang tidak terjaga. Plak akan tersimpan di gigi sekiranya tidak disingkirkan secara efektif atau adanya pembentukan plak yang berlebihan. Plak lebih banyak terkumpul jika tidak memberus gigi,” katanya.
Plak sebenarnya boleh berlaku pada sesiapa saja. Ia bukan persoalan gigi susu atau gigi kekal. Pembentukan plak bergantung pada kebersihan mulut seseorang. Mulut yang bersih membantu meminimumkan pembentukan plak.
Plak juga lebih mudah terbentuk di kalangan perokok dan mereka yang suka mengunyah makanan bergula.
Masalah gigi tidak dirawat
GIGI bersambung dengan tulang rahang yang ditutup oleh gusi. Ruang gusi mempunyai kedalaman satu hingga tiga milimeter (mm) yang mengelilingi setiap gigi. Doktor gigi akan menggunakan kedalaman gusi sebagai petunjuk untuk menentukan tahap kesihatan gusi dan kemudian jadikan penyelidikan periodontal untuk mengukur tahap kesihatan gigi.
Dr Fatimah berkata, kedalaman ruang yang lebih daripada tiga mm menunjukkan ada aktiviti penyakit dalam gusi. Dalam kes periodontitis katanya, struktur gigi terutama ligamen dan tulang alveolar akan musnah. Ini menyebabkan kestabilan gigi terjejas sekali gus mengakibatkan pereputan gigi atau penanggalan gigi.
“Pereputan gigi boleh dipulihkan dengan rawatan penggantian. Doktor gigi akan mengeluarkan bahagian gigi yang reput dan mengisikan kaviti dengan bahan penampal untuk membentuk gigi kepada bentuk yang asal,” katanya.
INFO: Faktor menyumbang kepada pembentukan plak
• Kekerapan makan: Setiap kali makan makanan berkarbohidrat, asid akan dibebaskan untuk merosakkan gigi.
• Ciri-ciri makanan: Sesetengah makanan boleh melekat pada gigi. Tidak semestinya makanan yang bergula saja dianggap sebagai makanan yang melekit. Kentang goreng dan biskut juga dalam senarai makanan yang melekat pada gigi.
• Jangka masa makanan yang berada di dalam mulut: Makanan yang susah dicerna seperti biskut membenarkan lebih banyak masa untuk asid memusnahkan enamel berbanding dengan makanan yang cepat dicerna seperti gula-gula.
Cara mencegah plak
• Plak boleh disingkirkan secara efektif dengan memberus gigi dengan cara yang betul sebanyak dua kali sehari - waktu pagi dan sebelum tidur.
• Tukar berus gigi sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan.
• Berus gigi menggunakan ubat gigi fluoride sekurang-kurangnya dua kali sehari.
• Kerap berjumpa dengan doktor gigi.
• Mengehadkan pengambilan makanan ringan.
Panduan penjagaan gigi
• Menggunakan berus gigi berkualiti
• Menggunakan ubat gigi berfluoride
• Frekuensi dan tempoh masa yang berpatutan ketika memberus gigi
• Teknik memberus gigi yang betul
• Teknik flossing yang betul
• Penggunaan pembersih mulut dan pembersihan lidah
• Diet pemakanan yang bagus dan mengurangkan frekuensi pengambilan makanan serta minuman bergula.
• Elak daripada merokok
• Mencipta kesedaran mengenai kesihatan gigi.

Tuesday, December 11, 2012
Selamatkan gigi anda
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
BERAPA ramai antara kita kerap menunda rancangan bertemu doktor gigi kerana gerun dengan prosedur yang bakal dilalui? Ini bukan perkara pelik kerana ia dialami ramai orang, terutama yang sememangnya tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan mulut.
Rasa gerun, gusar dan bimbang biasanya disebabkan ramai tidak tahu mengenai peralatan dan prosedur pergigian yang digunakan. Sebenarnya tiada apa perlu digeruni kerana teknik rawatan terkini bukan saja boleh mengurangkan kesakitan, tetapi membantu mengekalkan gigi yang masih boleh diselamatkan.
Walaupun semua orang tahu kita perlu menjalani pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali, ramai hanya datang berjumpa doktor apabila mengalami masalah pergigian, terutama sakit gigi yang keterlaluan.
Bagaimanapun dalam keadaan ini, berkemungkinan besar gigi bermasalah tidak dapat diselamatkan, kata Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr S Sivanesan. Katanya, sikap menunggu gejala pergigian timbul bukan tindakan bijak kerana pemeriksaan secara tetap (setahun dua kali sudah memadai) boleh mengelak masalah gigi dialami menjadi lebih parah. “Masalah gigi perlu dirawat segera, jika tidak peluang menyelamatkan gigi sangat tipis. Walaupun masalah pergigian (kaviti atau gigi berlubang dan pereputan) masih menjadi masalah dalam masyarakat kita, kadarnya semakin berkurangan.
“Statistik menunjukkan peningkatan positif sebanyak lima peratus di kalangan kanak-kanak berumur enam tahun yang mempunyai gigi tanpa karies (gigi menjadi busuk dan reput) dalam tempoh lima tahun (2003 hingga 2007). “Bagaimanapun, masalah pergigian dilaporkan lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak yang mungkin disebabkan kurang penekanan dan kesedaran terhadap penjagaan gigi.
“Mereka juga kurang didedahkan dengan cara mencegah masalah gigi dan menjaga kesihatan mulut secara menyeluruh. “Namun senario berbeza ditunjukkan pelajar sekolah rendah dan menengah. Ramai mula sedar kepentingan penjagaan gigi melalui pelbagai program anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian dan Jabatan Pendidikan.
“Di kalangan orang dewasa, masalah gigi sedikit berbeza. Bagi kumpulan di bawah umur 40 tahun kebanyakan kerosakan gigi disebabkan karies, dan bagi golongan 40 tahun ke atas pula masalah diakibatkan penyakit gusi atau periodontitis,” katanya pada pelancaran Bulan Kesihatan Mulut 2009 bertema Kaviti Sifar anjuran bersama Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd (Colgate) dan MDA.
Hadir sama Pengarah Urusan Colgate, John Hazlin; Ketua Pengarah Kesihatan Mulut Kementerian Kesihatan, Datin Dr Norain Abu Talib dan Pengerusi Perkhidmatan Pergigian Komuniti MDA, Dr V Nedunchelian.
Mungkin ramai malu untuk mengakui mereka ‘fobia’ pada doktor gigi. Ia boleh dikesan melalui banyak perkara, termasuk:
Fobia pada doktor gigi
• Keadaan fizikal pesakit — pesakit kelihatan takut, resah dan gementar
• Pesakit bertanya banyak soalan sebelum rawatan
• Pesakit hanya berjumpa doktor pergigian pada saat-saat terakhir atau apabila tidak boleh menahan sakit lagi
• Pesakit membawa teman untuk menenangkan mereka
• Pesakit menolak rawatan pergigian dan meminta ubat saja untuk mengelak menjalani rawatan pergigian
• Pesakit membeli ubat dari farmasi
Masalah ‘takut’ berjumpa doktor gigi ini mudah diatasi, iaitu dengan:
• Mengambil tahu mengenai prosedur pergigian terkini
• Memahami bahawa kesakitan atau ketidakselesaan yang dialami sebenarnya diminimumkan
• Sedar bahawa rawatan itu jauh lebih baik baik berbanding kehilangan gigi
• Sedar bahawa kesihatan gigi adalah penting kerana kajian menunjukkan masalah gigi juga dikaitkan dengan penyakit lain seperti jantung
Tahun ini masuk tahun keenam Colgate menganjurkan Bulan Kesihatan Mulut yang diadakan pada sepanjang April. Kali ini sebanyak 560 klinik gigi di seluruh negara mengambil bahagian dan memberi khidmat pemeriksaan gigi secara percuma.
Bagi yang sudah lama tidak berjumpa doktor gigi, guna peluang ini untuk menjalani pemeriksaan gigi anda sekeluarga.
Sasaran tahun ini adalah memberi perkhidmatan pemeriksaan gigi dan pendidikan kepada 500,000 penduduk Malaysia, selaras dengan misi Rancangan Kesihatan Mulut Kebangsaan 2010 untuk meningkatkan tahap kesihatan mulut di negara ini.
Dr Siva berkata, untuk mendapatkan mulut dan gigi sihat bukan susah kerana sejak kecil kita diajar untuk memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Yang perlu kini ialah lebih berdisiplin mengamalkannya.
Selain itu, penjagaan kesihatan gigi tidak lengkap tanpa flos. Kita disaran untuk flos setiap kali selepas memberus gigi kerana berus gigi tidak mampu membersihkan sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi.
Panduan untuk gigi sihat:
• Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Ada orang memberus gigi sangat cepat. Untuk hasil lebih baik, gigi perlu diberus sekurang-kurangnya dua minit bermula dengan menyendengkan berus (45 darjah) bertentangan garisan gusi. Beri perhatian pada setiap gigi dan jangan lupa bersihkan lidah anda sekali kerana ia membantu menyingkirkan bakteria yang boleh menyebabkan nafas berbau.
• Flos sekerap mungkin. Flos sama penting dengan memberus gigi. Cara betul untuk flos ialah pegang flos dan sisipkannya di celah gigi. Pegang flos supaya ia berada di depan dan belakang gigi (seolah membentuk huruf C); perlahan-lahan gerakkan ke atas dan ke bawah untuk bersihkan gigi berkenaan.
• Berkumur dengan cecair kumur antibakteria. Tahukah anda, 80 peratus daripada bakteria di dalam mulut bukan ada pada gigi? Penggunaan cecair kumur menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan nafas berbau. Guna cecair kumur yang tidak beralkohol bagi mengurangkan kerengsaan tisu lembut dalam mulut.
• Berjumpa doktor gigi dua tahun sekali. Dalam tempoh itu, segera jalani pemeriksaan jika anda merasakan ada yang tidak kena dengan gigi atau mulut anda.
![]() |
| Kesihatan gigi dan senyuman berkait rapat |

Monday, December 10, 2012
Benefits of Apples
What an apple can benefit your body?
♥1) Bone Protection
French researchers found that a flavanoid called phloridzin that is found only in apples may protect post-menopausal women from osteoporosis and may also increase bone density. Boron, Another ingredient in apples, also strengthens bones.
♥ 2) Asthma Help
one recent study shows that children with asthma who drank apple juice on a daily basis suffered from less wheezing than children who drank apple juice only once per month. Another study showed that children born to women who eat a lot of apples during pregnancy have lower rates of asthma than children whose mothers ate few apples.
♥ 3) Alzheimer’s Prevention
A study on mice at Cornell University found that the quercetin in apples may protect brain cells from the kind of free radical damage that may lead to Alzheimer’sdisease.
♥ 4) Lower Cholesterol
The pectin in apples lowers LDL (“bad”) cholesterol. people who eat two apples per day may lower their cholesterol by As much as 16 percent.
♥ 5) Lung cancer Prevention
According to a study of 10,000 people, those who ate the most apples had a 50 percent lower risk of developing lung cancer. Researchers believe this is due to the high levels of the flavonoids quercetin and naringin in apples.
♥ 6) Breast Cancer Prevention
A Cornell University study found that rats who ate one apple per day reduced their risk of breast cancer by 17 percent. Rats fed three apples per day reduced their risk by 39 percent and those fed six apples per day reduced their risk by 44 percent.
Colon Cancer Prevention One study found that rats fed an extract from apple skins had a 43 percent lower risk of colon cancer. Other research shows that the pectin in apples reduces the risk of colon cancer and helps maintain a healthy digestive tract.
♥ 7) Liver Cancer Prevention
Research found that rats fed an extract from apple skins had a 57 percent lower risk of liver cancer.
♥ 8) Diabetes Management
The pectin in apples supplies galacturonic acid to the body which lowers the body’s need for insulin and may help in the management of diabetes.
♥ 9) Weight Loss
A Brazilian study found that women who ate three apples or pears per day lost more weight while dieting than women who did not eat fruit while dieting.
★ [ IF YOU LIKE IT THEN - S H A R E ] ★

Labels:
Alzheimer,
Apple,
asma,
Bone,
cancer,
Cholesterol,
Diebetis,
weight loss
Subscribe to:
Posts (Atom)