Tuesday, January 4, 2011

Halba

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sekiranya umatku tahu akan kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas" – (Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda "Gunakanlah Halba sebagai ubat" - (Qamus Al-Tibb – Ahad Qodamah-Mesir)

Kegunaan Halba

1. Diminum sebagai teh untuk:- melancarkan haid, menghilangkan kembung, sebu dan senak, pencuci perut, menguatkan jantung, menghilangkan lendir tekak, melegakan sakit kepala/ migraine, membuang angin, menyembuhkan buasir, senggugut; merangsang rahim, kegemukan dan kurang berat badan, mengawal kencing manis dan yang akhir sekali adalah untuk meredakan radang kulit dan bisul.

2. Teh Halba + Madu untuk:- kurangkan ketagihan rokok dan dadah; anemia

3. Untuk anak-anak yang baligh:- kecergasan, kekuatan badan dan tumbesaran

4. Untuk ibu menyusukan bayi - banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

6. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.

7. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

8. Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

No comments:

Post a Comment