Sunday, January 23, 2011

Diagnosis Penting Tentukan Tahap Arthritis

Diambil dari siaran Berita Minggu

Oleh Dr Mahamud Musman (Pakar Runding Ortopedik dan Trauma, Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam)

BAGAIMANA jika otot yang mengelilingi sendi anda menjadi kecil dan lemah hingga bahagian itu terasa seakan tidak stabil? Atau pergerakan anda terhad kerana rasa sakit pada sendi dan semua kesakitan itu muncul selepas sendi membengkak.

Semua simptom itu menjurus pada masalah osteoarhtritis (OA). Walaupun bukan semua pesakit OA mengalami simptom yang sama, namun pada asasnya pesakit OA mengalami rasa sakit, kejang atau lebih teruk tidak mampu melakukan aktiviti seharian.

OA adalah satu daripada senarai masalah arthritis yang kerap ditemui. Ia terjadi kerana kerosakan pada tulang rawan. Kerosakannya adalah sebahagian daripada proses penuaan. OA terjadi apabila bahagian tulang rawan yang secara normalnya licin mula menunjukkan tanda-tanda pecah, berlubang-lubang kecil dan menjadi besar.

Pada peringkat awal, tulang rawan ini berlubang-lubang (pitted) dan menyebabkan sendi mengalami kesakitan. Pergerakan sendi juga menjadi berkurangan dan serentak itu membran dikenali synovial membrane - menghasilkan cecair pelincir) mengalami keradangan.

Pada peringkat yang lebih teruk, tulang rawan berlubang dengan saiz yang lebih besar dan mendedahkan kawasan tulang pada bahagian sendi. Pada masa itulah sendi menjadi lebih sakit, bengkak dan pergerakan lebih terganggu.

OA pada lutut akan menyebabkan ia membengkak, sakit, mengurangkan pergerakan dan otot di sekelilingnya mengecil. Ia menjejaskan aktiviti harian seperti solat (duduk antara dua sujud), mencangkung malah berjalan dengan betul.

Disebabkan OA adalah penyakit yang berkaitan dengan penuaan, ia kerap dikaitkan pada mereka yang berusia lebih 50 tahun. Kerap kali wanita lebih berisiko iaitu dua daripada tiga wanita berusia lebih 65 tahun mengalami OA manakala, seorang daripada tiga orang yang berumur lebih 60 tahun mengalami OA.

Namun, OA boleh juga terjadi pada golongan muda. Misalnya ia berlaku penggunaan sendi berlebihan, masalah berat badan yang menyebabkan bebanan dan tekanan pada sendi lutut, sejarah kemalangan atau pembedahan pada sendi yang menyebabkan sendi rosak atau tidak sembuh dengan sempurna.

Faktor genetik juga boleh menyebabkan OA. Setiap kita membawa gen yang bertanggungjawab terhadap penghasilan rawan. Ada juga yang membawa gen rosak untuk penghasilan rawan. Ini menyebabkan kerosakan sendi yang lebih cepat.

Bagi mereka yang lahir dengan abnormaliti pada sendi lebih cenderung berhadapan dengan OA. Mereka yang lahir dengan abnormaliti pada tulang belakang pula (misalnya tulang belakang yang bengkok) cenderung berhadapan dengan masalah OA tulang belakang.
Bagaimana OA dirawat?

Tujuan rawatan biasanya terbahagi kepada dua, iaitu mengurangkan rasa sakit pada sendi dan menambah fungsi sendi. Ia membabitkan pengambilan ubat-ubatan, pemakanan dan berat badan serta akhirnya pembedahan.

Selain itu, diagnosis penting untuk menentukan tahap arthritis yang dialami. Pilihan rawatan
bergantung pada tahap arthritis termasuk rawatan perubatan, fisioterapi dan pembedahan.

1. Pengambilan ubat-ubatan:

Banyak jenis ubat di pasaran membantu mengurangkan sakit pada sendi seperti ubat bukan steroid anti-radang (NSAID).

Glucosamine sulphate: Digunakan untuk mengurangkan kesakitan dan dipercayai boleh membantu pengeluaran cecair synovium dan memperbaiki sendi.

Corticosteroid: Hanya diberi kepada pesakit yang sakitnya keterlaluan dan bengkak pada sendi. Ia membantu mengurangkan keradangan.

Suntikan asid hyluronic ke dalam sendi: Untuk pesakit yang mengalami kesakitan. Sekiranya lutut yang bengkak kerana cecair yang banyak, ia boleh dikeluarkan.

Asid Hyaluronic: cecair semula jadi yang sentiasa ada di dalam sendi. Ia berfungsi sebagai cecair dalam pergerakan (gliding ability) dan penyerapan pergerakan sendi.

2. Pemakanan dan berat badan

Berat badan yang berlebihan menyebabkan penambahan tekanan pada sendi yang mengalami OA terutama sendi lutut, paha dan tulang belakang. Ini menambah kesakitan pada sendi yang terbabit.

Pengurangan berat badan mengurangkan tekanan pada sendi.

3. Fisioterapi

Latihan pergerakan sendi dan imbasan bertujuan untuk mengurangkan sakit dan membantu menambahkan pergerakan sendi dan fungsinya.

Latihan sendi perlu untuk menambah keanjalan sendi dan kekuatan otot di sekitar sendi. Latihan seperti berjalan, berbasikal dan berenang adalah disyorkan. Latihan yang membabitkan hentakan sendi patut dijauhkan.

4. Pembedahan

Dilakukan pada sendi sekiranya kesakitan tidak boleh berkurangan dengan rawatan perubatan dan fisioterapi. Selepas pembedahan, pesakit tidak mengalami kesakitan dan mengembalikan fungsi sendi.

Simptom

• Sakit: simptom awal dan menjadi lebih teruk bila penggunaan sendi yang berlebihan. Sakit berkurangan apabila berehat.
• Bengkak dan radang pada sendi, selalunya berlaku pada awal OA
• Pergerakan sendi yang berkurangan (stiffness)
• Otot-otot yang mengelilingi sendi menjadi kecil dan lemah sehingga pesakit merasa sendi tidak stabil
• Pergerakan pesakit menjadi berkurangan atau tidak dapat bergerak kerana kesakitan sendi.

Saturday, January 22, 2011

Malassezia Furfur Punca Kelemumur

Kelemumur? Kita sering mendengar perkataan itu disebut beberapa kali oleh teman-teman. Tetapi apakah kita mengetahui apakah sebenarnya kelemumur? Ada pendapat yang mengatakan kelemumur adalah masalah kosmetik dan bukannya satu penyakit. Sebenarnya kelemumur hanyalah suatu gangguan psikologi yang boleh dikesan dengan adanya kepingan-kepingan putih pada rambut.

Kitaran Penggantian Sel Kulit Kepala

Kulit manusia terbahagi kepada beberapa lapisan, iaitu:
• Epidermis- mudah dikenalpasti, bahagian paling atas yang kita lihat.
• Dermis- Lapisan kedua, terletak di bahagian bawah epidermis
• Hipodermis- lapisan paling bawah

Lapisan epidermis pada bahagian kulit kepala agak tebal berbanding dengan bahagian kulit pada anggota badan yang lain. Lapisan ini mengeluarkan lebih banyak lembapan dan berminyak. Ini kerana epidermis merupakan lapisan pelindung bahagian kepala. Oleh itu, lapisan ini mengalami penggantian sel pada tempoh kitaran yang tertentu.

Lapisan epidermis pula terbahagi kepada beberapa lapisan kecil, yang paling utamanya ialah korneum (lapisan luar) dan basal (lapisan dalam). Proses pembentukan sel-sel baru berlaku pada lapisan basal yang mana apabila berlaku pembahagian sel maka sel baru akan terbentuk. Sel-sel baru yang terbentuk ini kemudiannya akan menolak sel kulit kepala di atasnya ke bahagian permukaan epidermis dan mengalami tempoh matang yang tertentu. Sel yang lama pada permukaan epidermis ini kemudiannya akan mengering, berkeratin dan meleper. Proses penggantian ini akan berhenti apabila sel-sel baru berada di bahagian bawah lapisan sel lama. Sel lama yang mati ini kemudiannya akan terkeluar dengan sendiri secara perlahan-lahan apabila kita menggaru atau mencuci kepala. Dalam keadaan biasa, kitaran penggantian sel baru berlaku antara 25 hingga 28 hari.

Bagaimana Terjadi

Kelemumur terjadi apabila berlaku peningkatan dalam penghasilan sel-sel baru pada lapisan basal, kecepatan penghasilan sel-sel baru berlaku pada setiap tujuh hari. Dengan tempoh masa yang singkat ini sel-sel yang sedia ada tidak sempat matang, akhirnya keluar daripada kulit kepala menjadi serpihan-serpihan putih tanpa proses pengeringan dan terpisah secara semula jadi daripada lapisan epidermis. Serpihan-serpihan putih yang kelihatan ini dikenali sebagai kelemumur.

Pembentukan kelemumur ini mempunyai kaitan dengan proses penggandaan suatu mikroorganisma berbulu yang dikenali sebagai Malassezia furfur yang bertindak sama ada secara langsung atau menerusi lebihan penghasilan minyak, penghasilan bahan pepejal yang membuatkan kulit kepala gatal dan akhirnya mengakibatkan penggandaan proses penggantian sel-sel baru. Mereka yang mengalami masalah kelemumur yang berpanjangan turut mengalami penipisan lapisan epidermis atas dengan mempunyai sebanyak 10 lapisan berbanding 25 hingga 35 pada kulit kepala yang sihat.
Namun ada juga pendapat yang mengatakan kelemumur berpunca daripada faktor genetik yang dipengaruhi oleh hormon androgen. Kelemumur amat jarang berlaku kanak-kanak dan biasanya menyerang orang dewasa sekitar usia 50-an.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh satu badan penyelidik sektor pembuatan produk-produk kosmetik, terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab berlakunya kelemumur. Namun yang paling ketara ialah terdapat sejumlah koloni mikroorganisma atau yis yang dikenali sebagai Malassezia furfur atau Pityrosporum ovale. Bentuk Malassezia furfur pada kulit kepala yang sihat adalah seperti flora dan berfungsi sebagai pelindung kepada kulit kepala. Namun, daripada kajian saintis, apabila kelemumur berlaku jumlah mikroorganisma ini turut bertambah dengan banyaknya.

Penghasilan sebum lebih memburukkan lagi keadaan kulit kepala yang diserang kelemumur kerana sebum adalah sumber makanan mikroorganisma Malassezia furfur. Selain itu, terdapat faktor penyebab lain seperti stress, diet yang tidak seimbang dan pertukaran hormon.
Masalah Yang Biasa Tapi Kompleks

Kelemumur merupakan masalah kebanyakan penduduk negara ini. Daripada kajian yang dilakukan mendapati 39 peratus rakyat Malaysia atau dengan kata lain setiap seorang daripada dua orang rakyat negara ini mengalami masalah kelemumur sejak tiga bulan yang lalu! Walaupun kita sedia maklum masalah kelemumur dapat diatasi dengan penggunaan produk-produk tertentu tetapi ia menjadi masalah besar kepada wanita yang takut keguguran rambut yang serius dan masalah kulit yang memalukan berbanding dengan kaum lelaki yang hanya bimbang tentang kehilangan rambut mereka. Hasil kaji selidik mendapati sebanyak 40 peratus masalah kelemumur dihadapi oleh kaum wanita negara ini manakala 37 peratus adalah kaum lelaki. Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah kelemumur tidak mengetahui punca kelemumur dengan jelas. Oleh itu pelbagai tanggapan telah dibuat sebagai faktor penyebab. Ada juga yang berpendapat kelemumur terjadi akibat penggunaan pewarna rambut dan ada juga yang menganggap perkongsian sikat rambut merupakan penyebab. Sebenarnya tanggapan ini tidak benar sama sekali!

Kaedah Pengawalan Dan Rawatan Alternatif

Kenapa proses penghasilan sel-sel baru menjadi semakin aktif sehingga mengakibatkan berlakunya kelemumur? Pertambahan koloni mikroorganisma Malassezia furfur mengakibatkan kesan gatal pada kulit kepala dan ini menyebabkan berlaku penggandaan yang ketara dalam proses penghasilan sel-sel baru. Manakala faktor-faktor lain termasuklah kelembapan dan minyak yang berlebihan akibat proses pencernaan yang dilakukan oleh mikroorganisma berkenaan. Namun, tanggapan umum mengatakan kelemumur adalah masalah kosmetik dan boleh diselesaikan dengan menggunakan syampu rumusan khas anti kelemumur untuk mengawal keruping-keruping putih pada kulit kepala.

Terdapat beberapa jenis syampu anti kelemumur yang mengandungi agen-agen pembasmi yang tertentu, antaranya:

• Sitostatik - mengawal secara perlahan-lahan proses pembentukan sel-sel baru kepada tahap normal, tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan yang boleh mengakibatkan pertambahan mikroorganisma Malassezia furfur.
• Keratolitik - bertindak menghapuskan lapisan akhir sel-sel dalam korneal dan mengeluarkan lapisan sel berkenaan. Rawatan ini menggunakan bahan asas sulfur dan asid salikilik.
• Anti mikrob - bertindak mengurangkan jumlah Malassezia furfur dan menghalang pertambahannya.

Pengawalan yang paling berkesan di antara ketiga-tiga kaedah itu ialah melalui penggunaan agen anti mikrob. Agen ini mampu bertindak dengan berkesan dalam air. Agen anti mikrob bertindakbalas ketika kita mencuci rambut sehinggalah selepas cucian. Ini kerana agen anti mikrob masih melekat pada kulit kepala walaupun pada bilasan terakhir.

Lumurlah Losyen Gamat Emas di kulit kepala dan urutkan kulit kepala perlahan-lahan untuk meratakan losyen dan agar meresap ke dalam kulit kepala, biarkanlah semalaman dan keesokan harinya bolehlah dicuci dengan Syampu Gamat Emas yang kaya dengan Pati Gamat tulen yang mampu menyihatkan kulit kepala dan menghalang keguguran rambut serta berupaya menumbuhkan rambut baru. Untuk dapatkan kesan yang lebih efektif, jangan lupa makan Pati Gamat Plus Vitamin sekali.

Kelemumur Masalah Kulit Kepala

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

Rawatan oleh pakar kulit penyelesaian terbaik jika penggunaan syampu tak berkesan.

KELEMUMUR mungkin masalah biasa bagi sesetengah orang, namun bukan perkara wajib yang mesti dialami, apatah lagi ia boleh ditangani dengan pelbagai jenama syampu berubat.

Kelemumur sebenarnya masalah kulit kepala yang boleh dialami oleh sesiapa saja termasuk bayi, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Kebanyakan kes kelemumur tidak memerlukan rawatan doktor, tetapi jika selepas beberapa minggu menggunakan syampu berubat, kelemumur tidak hilang atau kulit kepala menjadi merah dan bengkak, anda mungkin perlu berjumpa pakar kulit.
Ramai orang beranggapan kelemumur itu berkaitan dengan masalah kebersihan dan kekerapan anda membasuh rambut. Sebenarnya tidak, kelemumur tetap berlaku walaupun anda bersyampu atau sebaliknya.

Kelemumur sebenarnya sebahagian daripada proses normal pertumbuhan sel kulit kepala yang baru. Ia selalunya dikaitkan dengan proses sel kulit tumbuh dan mati lebih cepat berbanding masa yang sepatutnya.

Proses pertumbuhan sel kulit baru menyebabkan sel kulit lama mati dan gugur dari kulit kepala. Proses itu akan lebih cepat apabila seseorang itu berkelemumur. Sel itu juga membentuk keruping yang lebih besar dan jelas dilihat pada mata kasar.
Bagaimanapun, punca sebenar bagaimana kelemumur terjadi tidak diketahui. Secara umumnya, ia dikaitkan dengan kewujudan fungus dikenali sebagai ‘pityrosporum ovale’. Fungus itu menyebabkan seseorang mengalami kelemumur.

Fungus ini tinggal di kulit kepala, bagi mereka yang sihat ia tidak akan menyebabkan sebarang masalah. Ada kalanya apabila jumlahnya terlalu banyak ia menyebabkan kegatalan dan sel kulit gugur.

Kelemumur adalah fenomena global dan dialami oleh kebanyakan orang. Ia terjadi di kalangan dua hingga lima peratus populasi, tidak kira dewasa atau kanak-kanak termasuk bayi seawal usia tiga bulan.

Kelemumur akan menyebabkan kulit kepala terasa gatal dan kelihatan berkuping-kuping. Kelemumur bukan masalah berjangkit dan bukan masalah serius. Ada kalanya ia sukar dirawat dan memalukan.
Secara umumnya, kelemumur ditangani dengan syampu berubat dan kekerapan anda untuk bersyampu. Namun, jika syampu tidak banyak membantu, anda mungkin perlu membuat temujanji dengan pakar kulit.

INFO: Golongan berisiko alami kelemumur
• Ia bermula pada peringkat usia dewasa dan berterusan hingga pertengahan usia. Namun, ada juga mereka yang berhadapan dengan kelemumur sepanjang hayat.
• Lelaki lebih kerap berhadapan dengan kelemumur. Dipercayai hormon lelaki memainkan peranan utama dalam hal ini. Lelaki juga mempunyai kelenjar penghasilan minyak pada kulit kepala yang lebih besar berbanding wanita. Justeru, ia menyumbang kepada terjadi kelemumur.
• Rambut dan kulit kepala yang berminyak
• Diet pemakanan yang kurang zink, vitamin B dan sesetengah jenis lemak.
• Masalah penyakit berkaitan neurologi.

INFO: Punca
• Kulit kering - punca biasa yang menyebabkan kegatalan dan kulit berkeruping.
• Kulit gatal dan berminyak - menyebabkan kulit bertanda kemerahan dan berminyak.
• Kurang bersyampu
• Masalah kulit seperti psoriasis
• Ekzema pada kulit kepala
• Sensitif pada bahan kimia yang digunakan dalam syampu rambut
• Perubahan hormon
• Tekanan
• Masalah neurologi

Thursday, January 20, 2011

Betulkan penglihatan

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

TERASA bebas, lapang dan dunia dirasakan lebih terang, komen seorang teman yang baru sebulan menjalani pembedahan ‘laser in situ keratomileusis’ atau LASIK selepas hampir 15 tahun memakai kaca mata dan kanta lekap bersilih ganti. LASIK adalah pembedahan untuk membetulkan masalah penglihatan yang membabitkan kornea seperti rabun dekat (myopia), rabun jauh (hiperopia) dan astigmastisma (lengkungan kornea tidak sekata yang menjejaskan penglihatan dekat dan jauh).

Ia dikategorikan sebagai prosedur pesakit luar kerana pembedahan ini mengambil masa kira-kira 15 minit saja. Sehingga kini, berjuta-juta orang mendapat faedah daripada pembedahan LASIK yang bukan saja membebaskan mereka daripada belenggu kaca mata, bahkan dapat memperbaiki penampilan yang secara tidak langsung meningkatkan keyakinan.

Walaupun menggunakan laser, LASIK adalah pembedahan yang selamat. Mata seseorang diperiksa terlebih dulu, terutama tekanan dalam mata (menggunakan tonometer), kelengkungan kornea (alat: keratometer) dan ketebalan kornea (alat: pacimeter) bagi memastikan anda layak menjalani pembedahan ini. Secara ringkasnya, pembedahan ini dilakukan dalam keadaan pesakit sedar. Alat pemegang kelopak mata (spekulum) diletakkan di atas mata bagi memastikan mata sentiasa terbuka dan mengelak anda mengelip.

Satu gelang khas dimasukkan supaya menstabilkan kornea dan menyediakan mata untuk pembedahan. Dalam pembedahan ini bentuk kornea dibetulkan supaya penglihatan pesakit menjadi lebih jelas.

Menurut Ketua Pembedahan Kornea dan Refraktif Pusat pakar Mata Antarabangsa (ISEC), Dr Michae Law, oleh kerana pembedahan LASIK dilakukan dalam keadaan pesakit sedar, mata pesakit akan bergerak (berputar). Putaran antara tiga hingga 19 darjah (had maksimum) akan menjejaskan hasil pembedahan, terutama bagi pesakit yang mempunyai masalah rabun jauh dan astigmatisme teruk.

Katanya, putaran mata ketika pembedahan boleh mengurangkan jangkaan hasil pembedahan pada pesakit melalui teknologi kawalan pengesanan mata yang canggih. Ini adalah teknologi yang boleh mengesan putaran bebola mata secara aktif ketika pembedahan dijalankan.

“Kaedah ini membolehkan doktor mengawal pergerakan mata pada semua arah. Pengesanan ini memberi hasil pembedahan lebih tepat dan selamat kerana pergerakan anak mata dipantau dan doktor boleh menghalakan sinaran laser secara tepat di bahagian kornea yang dikehendaki. Malah, rawatan boleh dihentikan serta merta jika mata berputar melebihi had ditetapkan.

“Jika dulu, tanpa kaedah moden ini, doktor biasanya tidak menggalakkan pesakit yang alami masalah rabun jauh dan astigmatisme tinggi untuk jalani pembedahan,” katanya ketika pelancaran teknologi Kawalan Pengesanan Mata Lanjutan Zyopix (ACE).

Sebelum ada teknologi ACE, peralatan yang digunakan hanya boleh mengesan pergerakan bebola mata yang menegak atau melintang. Jadi hasil pembedahan tidak sebaik jika dibandingkan dengan teknologi pengesanan ACE.

Siapa yang sesuai menjalani LASIK:
• Bebas daripada penyakit mata
• Masalah penglihatan ada dalam had yang boleh dibetulkan
• Kuasa kaca mata atau kanta sentuh stabil sekurang-kurangnya dalam masa setahun kebelakangan
• Berumur 18 tahun ke atas

Keadaan yang tidak layak untuk pembedahan LASIK:
• Jika kornea terlalu nipis
• Mempunyai masalah kesihatan lain
• Rabun terlalu teruk atau kuasa kaca mata sangat tinggi
• Hamil (kerana perubahan hormon boleh menyebabkan kuasa cermin mata berubah). LASIK bukan pembedahan yang perlu dilakukan segera, jadi ia boleh ditangguhkan sehingga selepas tamat pantang.

Kata Dr Law, pesakit kencing manis yang terkawal dan tiada masalah mata boleh menjalani pembedahan LASIK. Bagaimanapun, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan yang terperinci terlebih dulu.

Malah, bagi individu yang memakai kanta lekap, mereka dinasihatkan tidak memakainya buat sementara sebelum menjalani pembedahan kerana kanta lekap boleh mengubah bentuk kornea.

Pada masa sama, elak memakai mekap mata sebelum dan pada hari pembedahan kerana ia boleh mengganggu rawatan dan meningkatkan risiko jangkitan.

Kesan sampingan yang sering dilaporkan (akan hilang selepas tempoh tertentu)
• Mata kering
• Silau
• Punca cahaya (contohnya lampu) kelihatan berbaur
• Penglihatan pada waktu malam agak kabur
• Sensitif pada cahaya

“Selepas pembedahan, mata pesakit berasa tidak selesa (sama ada panas, gatal atau seolah-olah ada sesuatu di dalam mata) selama beberapa jam. Untuk mengelak jangkitan atau keradangan, doktor akan memberi cecair titis untuk digunakan setiap hari selama beberapa hari.

“Malah, anda juga mungkin diberi pelindung mata untuk dipakai ketika tidur bagi beberapa hari selepas pembedahan. Ia bertujuan mengelak anda menggosok mata secara tidak sengaja,” katanya.

Sejurus selepas pembedahan, penglihatan masih kabur dan semakin baik keesokan harinya. Pesakit dikehendaki datang semula untuk pemeriksaan susulan dan ramai berpuas hati dengan penglihatan mereka selepas pelindung mata ditanggalkan.

Untuk beberapa hari pertama, pesakit dinasihatkan memakai kaca mata hitam bagi mengelak masalah sensitif pada cahaya. Pesakit tidak dibenarkan berenang, berendam dalam mandian panas atau di jakuzi dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu. Anda juga tidak digalakkan memandu sehingga pandangan benar-benar terang.

Namun paling penting, jangan gosok mata anda. Jika anda mengalami mata berasa tidak selesa, sakit atau merah, segera berjumpa doktor mata.

Dah beberapa kali saya terfikir untuk jalinan pembedahan untuk membrtulkan penglihatan saya, tapi yang jadi masalahnya saya sangat takut untuk menjalani pemebedahan kerana membayangkan ada objek yang akan memasuki mata. Saya dengar semasa pembedahan itu dijalankan kita celek dan nampak prosedur yang dijalankan.

Sunday, January 16, 2011

Kalsium dan Vitamin D menghalang Tulang Rapuh


Artikel ini pula saya ambil dari web Nestle http://www.nestle.com.my.

Kalsium menyokong stuktur tulang dan gigi. Ia juga penting dalam pengawalaturan pengecutan otot, pembekuan darah dan fungsi saraf. Selain daripada susu dan hasil tenusu, makanan yang tinggi dalam Kalsium termasuklah ikan dengan tulang lembut seperti sardin dalam tin dan ikan bilis, kacang dan kekacang seperti dal kuning, brokoli, kangkung dan kai-lan serta produk yang diperkuat dengan Kalsium seperti dadih dan bijirin sarapan.

Kepentingan Kalsium dan Vitamin D untuk Kesihatan Tulang

Vitamin D meningkatkan penyerapan Kalsium dan Fosforus serta membantu mengawalatur penyimpanan Kalsium dan Fosforus di dalam tulang. Ini membantu mengekalkan penyimpanan mineral di dalam tulang. Kekurangan Vitamin D mengurangkan penyerapan Kalsium dan penyimpanan mineral di dalam tulang, lantas menyebabkan tulang yang lembut dan tidak sempurna. Manifestasi ini dikenali sebagai rikets dalam kanak-kanak dan osteomalasia dalam orang dewasa. Vitamin D boleh dihasilkan di dalam badan melalui tindakan cahaya matahari ke atas kulit. Selain itu, Vitamin D juga boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, kuning telur dan produk tenusu yang diperkuat dengan Vitamin D.

Obesiti pengaruhi fungsi hati

Artikel ini saya ambil dari Utusan Malaysia On-line pada 16 Januari 2011. Saya tak dapat cara penulisnya, tapi saya rasa ramai yang mempunyai isu yang sama dengan penulis artikel ini. Jom kita ikuti penulisan beliau:

Saya dikategori dalam golongan obes yang memungkinkan saya mendapat masalah hati berlemak. Sedikit maklumat mengenai masalah ini serta pemakanan berkaitan mungkin boleh membantu saya.

Jawapan: Kebanyakan daripada kita mengambil mudah aspek penjagaan kesihatan, tidak terkecuali kesihatan hati. Ini mungkin juga disebabkan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar akan peranannya. Namun ketahuilah bahawa ia menjalankan pelbagai fungsi penting tubuh dan membolehkan kita kekal sihat.

Antara fungsi penting hati termasuklah menapis dan menyahtoksik darah, protein, membantu dalam pembekuan darah, menyimpan sesetengah vitamin, mineral, mengawal atur hormon dan pelbagai lagi. Oleh yang demikian, janganlah mengabaikan penjagaan atau menunggu hingga sudah terlewat. Dengan nutrisi dan suplemen yang betul kita masih mampu mengelak kerosakan hati serta mencegah kerosakan yang lebih parah kepada masalah yang sedia ada.

Kekalkan diet rendah lemak. Penyakit hati berlemak kini kian menjadi isu kesihatan yang digeruni. Alkohol kini bukan lagi bahan utama dikaitkan dengan kerosakan hati. Pengumpulan lemak dalam hati adalah penyumbang utama kepada Non-alcoholic fatty liver disease (NAFLD) atau hati berlemak bukan akibat alkohol. Hati berlemak lazimnya tidak mempamerkan simptom, namun lama-kelamaan, masalah ini boleh menjurus kepada komplikasi yang lebih parah seperti keradangan, hati berparut, pengerasan hati dan juga kegagalan fungsi hati.

Kajian mendapati bahawa sindrom metabolik di kalangan pesakit hati berlemak bukan alkohol berkait dengan berat badan berlebihan atau obesiti di bahagian abdomen, paras kolesterol baik HDL) yang rendah, paras trigliserida yang tinggi dan intoleransi glukosa. Oleh itu, mengawal kriteria-kriteria ini bermanfaat dalam mencegah dan merawat penyakit hati berlemak bukan alkohol.

Berdasarkan hasil kajian ke atas silymarin, iaitu komponen dalam milk thistle mampu memperbaiki fungsi hati dan mencegah kerosakan hati pada pesakit hati berlemak. Silybin yang merupakan komponen paling aktif dalam silymarin pula mampu menstabil membran-membran sel terhadap bahan toksik. Bahan aktif yang juga bertindak sebagai antioksida ini juga boleh meningkatkan aktiviti enzim penentang radikal bebas dalam sel-sel tubuh manusia, memperbaiki fungsi menyahtoksik hati dan menggalakan pemulihan hati.

Menurut laporan dalam the Journal of Alternative and Complimentary Medicine tahun 2003, dos harian silymarin lazim dalam ujian klinikal adalah antara 280mg hingga 800mg, iaitu bersamaan dengan 400mg hingga 1140mg ekstrak Milk thistle.

Kerosakan akibat radikal bebas, sama ada yang terhasil daripada tubuh itu sendiri mahupun daripada faktor luaran akan menyebabkan kerosakan kepada sel-sel tubuh termasuk hati. Salah satu cara untuk mencegah atau melawan kerosakan ini adalah dengan anti oksida seperti vitamin E Tokotrienol. Vitamin E tokotrienol terbukti 40 hingga 60 kali lebih poten sebagai antioksida berbanding vitamin E biasa (tokoferol) dan bermanfaat kepada pelbagai masalah kesihatan.

Berdasarkan kajian, pengambilan vitamin E Tokotrienol memberi manfaat kepada penghidap hati berlemak. Hasil kajian ini mendapati 66 peratus pesakit yang mengamalkan pengambilan vitamin E tokotrienol memperolehi hasil yang ketara dalam memperbaiki masalah hati berlemak. Dengan ini pengambilannya dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah ini.

Vitamin B kompleks memberi sumbangan tersendiri kepada kesihatan hati. Ia terlibat dalam banyak aktiviti tubuh, termasuk metabolisme lemak dan juga nutrien kepada sel-sel otak. Vitamin B komplek ini juga sangat diperlukan untuk kesihatan jantung dan juga hati.

Friday, January 14, 2011

Hormon untuk cantik dan sihat

Artikel dari Utusan Online pada 05/12/2010. Setelah membacanya, saya rasa elok saya berkongsi..... mana tau ada kekawan yang tak sempat membacanya jadi bolehlah baca di sini bila ada kelapangan.

Sejak akhir-akhir ini saya rasa tak sedap badan. Dada asyik berdebar-debar dan mudah benar naik angin. Kadang-kadang perkara yang berlaku bukanlah besar sangat namun saya sangat cepat terasa. Kalau anak-anak tinggi suara sikit mulalah saya rasa kecil hati. Dengan cucu pun begitu. Padahal mereka budak budak lagi, bukan tahu apa apa namun saya mudah benar tersinggung.

"Mungkin sejak saya pencen saya jadi begitu. Masa bekerja dulu sentiasa sibuk, bila pencen duduk rumah banyak masa senggang, mungkin itu yang mempengaruhi emosi saya," keluh Puan Zai. Wanita berusia akhir 50-an itu masih aktif dan bergaya.

"Puan Zai rasa tak sedap badan?" Saya bertanya. "Memang doktor, saya rasa panas dan berpeluh sampai melekit. Tapi bahang panas datang tak tentu masa. Kejap datang dan dalam beberapa jam ia hilang. Tak tentu rasa di buatnya. Kaki pula berasa lenguh dan tulang macam sengal-sengal," jelas Puan Zai. Saya seterusnya bertanya beliau tentang aktiviti sehariannya. Menurut Puan Zai, pergerakannya menjadi lambat. Beliau memikirkan masalah tersebut hanya disebabkan usia yang semakin meningkat.

"Ada sebab lain ke doktor? Lagi satu saya cepat rasa sepi. Kadang kala saya menitis air mata apabila hati terasa duka dan terluka. Bila saya fikirkan tiada sebab-sebab yang sepatutnya namun hati saya mudah tersentuh. Hati rasa sepi dan sunyi. Semasa bekerja dulu saya seorang yang periang. Adakah ini faktor psikologi dan harus dilalui oleh semua wanita dalam peringkat umur sebegini?" tanya beliau lagi.

Puan Zai juga menyatakan kebimbangan mengenai masalah sukar tidur dan berat badan yang semakin meningkat. Katanya, beliau sering bersenam dan menjaga pemakanan namun lemak yang berkumpul semakin banyak serta sukar menurunkan berat badan.

Saya takut menjadi gemuk dan obes. Setiap kali memandang cermin, saya seolah-olah kehilangan diri sendiri. Perubahan menjadi ketara pada wajah. Saya tampak hodoh dan wajah menjadi lebar. Satu waktu dahulu saya gemar bergaya dan berhias namun kini dunia saya sudah hilang.

"Apakah ini satu takdir saya menjadi tua, gemuk dan tidak menarik lagi?" keluh Puan Zai.

Bagi saya apa yang di suarakan oleh Puan Zai adalah sesuatu yang jujur dan ikhlas dari hatinya.

Semua orang takut untuk menjadi tua. Bila usia meningkat banyak perkara yang mula bermain di minda kita. Apabila memandang cermin dan terlihat garis garis halus pada wajah kebanyakan wanita akan mula diburu kebimbangan. Lalu pelbagai cara dilakukan bagi mengurangkan kesan penuaan tersebut.

Ramai yang berkunjung ke pusat kecantikan bagi menghilangkan pigmentasi, kedutan dan mengembalikan ketegangan wajah. Namun sebab sebenar yang mencetus masalah ini ialah kekurangan hormon di dalam badan. Ramai wanita menganggap simptom menopaus sebagai faktor psikologi semata-mata. Ternyata ia tidak benar. Sebaliknya ia merupakan faktor fisiologi yang melanda tubuh kita. Gangguan emosi dan perubahan fizikal boleh dirawat dengan ujian paras hormon dan menambahkan semula hormon yang tiada. Menopaus bagaikan nyanyian sepi dalam hati wanita. Apabila era menopaus muncul dalam diri seseorang perasaan akan mudah terganggu dan hati menjadi mudah terasa. Kenapakah ini berlaku?

Kitaran tubuh amat dipengaruhi oleh hormon yang merangsang minda, jiwa dan tenaga kita. Apabila seorang wanita didatangi haid buat pertama kalinya kitaran hormon dalam tubuhnya mula berfungsi dan berkembang. Pada waktu ini seorang gadis akan berkembang menjadi wanita yang sempurna. Tenaga serta kecantikannya meningkat apabila di puncak perkembangannya. Apabila paras hormon merosot seorang wanita akan mula kehilangan kecantikan dan tenaganya. Inilah yang dikatakan era pra menopaus dan post menopaus.

Pada usia 25 tahun hormon di dalam tubuh kita mula berkurangan dan akan terus berkurangan sehinggalah usia seseorang itu mencapai 35 tahun. Selepas usia tersebut kadar pengurangan hormon akan menjadi lebih ketara lagi. Kemerosotan hormon dalam tubuh menyebabkan kita mengalami pelbagai tekanan dari segi emosi dan juga fizikal. Hormon sering dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Apabila haid tidak menentu hormon dipersalahkan. Ini menyebabkan berlaku salah faham dan tanggapan negatif mengenai hormon dan tugasnya di dalam tubuh kita.

Di sini saya ingin menjelaskan bahawa gangguan yang dimaksudkan bermakna tidak cukup hormon di dalam badan dan bukan kerana hormon merbahayakan tubuh badan kita. Sebenarnya hormon merupakan entiti yang sangat penting dan memainkan peranan mustahak bagi kehidupan kita. Tanpa hormon segala proses metabolik akan terganggu.

Hormon tyroxine misalnya meningkatkan metabolisme tubuh. Seseorang yang kurang thyroxine akan mengalami masalah berat badan meskipun makan sedikit. Individu yang kurang hormon ini juga mempunyai kulit kasar, rambut gugur serta kekurangan tenaga menyebabkan selalu keletihan.

Hormon insulin pula terlibat dalam metabolisme gula dan juga membolehkan gula digunakan di dalam sel sebagai tenaga. Tanpa insulin sel tidak dapat menggunakan tenaga. Ini menyebabkan seseorang yang kurang insulin kelihatan lesu dan tidak bermaya. Insulin merupakan sejenis hormon dan masalah kencing manis sebenar nya merupakan gangguan hormon di dalam tubuh kita.

Melatonin merupakan hormon yang penting bagi membolehkan kita tidur lena. Gangguan hormon melatonin membuatkan seseorang tidak lena tidur dan mendapat insomnia. Hormon ini penting bagi mengelakkan penyakit nyanyuk atau pelupa.

Estrogen dan Progesteron pula merupakan hormon seks yang mustahak bagi kesejahteraan wanita.

Saya menasihatkan wanita 40 tahun ke atas memandang serius tahap hormon di dalam tubuh yang semakin berkurangan. Hormon bukan saja berkait rapat dengan kitaran haid dan menopaus wanita. Ia amat penting kerana ia mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan dan kecantikan kita.

Penggunaan hormon dengan nasihat doktor yang berpengalaman dalam bidang ini akan merubah hidup anda. Bukan sahaja kesihatan menjadi lebih baik, anda juga kelihatan lebih cantik dan muda semula. Pengetahuan sains perubatan yang tinggi membolehkan kita menikmati hidup lebih berkualiti di usia tua dengan terapi peningkatan hormon di dalam badan. Justeru persepsi kita terhadap hormon harus berubah ke arah yang lebih positif.

Hormon harus diberi perhatian yang sewajarnya dan perkongsian ilmu sebegini adalah mustahak bagi kita sama-sama melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan sejahtera.

Artikel dari Utusan Online pada 05/12/2010

Masalah Kulit Si Manja

Kulit bayi begitu halus dan sensitif terutamanya selepas kelahiran. Keadaan ini memerlukan penjagaan dan belaian yang khusus agar dapat mengelakkan ruam yang timbul akibat penggunaan bahan kimia dalam sabun, syampu dan lain-lain, jangkitan kuman dan keadaan cuaca.

Adakah anda patut mendapatkan nasihat doktor setiap kali bayi anda menunjukkan tanda ruam pada kulit badannya? Untuk menyentuh secara menyeluruh masalah kulit yang mungkin wujud pada bayi adalah mustahil di dalam artikel yang ringkas ini. Walau bagaimanapun, berikut dibincangkan antara masalah kulit yang sering timbul pada bayi.

Ruam Panas

Apabila pori kulit bayi menjadi tersumbat maka berlakulah ruam panas. Penyumbatan tersebut mungkin disebabkan oleh pakaian bayi yang terlalu tebal, ketiadaan pengudaraan bilik yang sesuai, penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak serasi seperti minyak bayi, losen dan bedak yang berlebihan. Ruam panas sering timbul seperti bintil merah yang kecil terutamanya pada pelipat kulit seperti di leher, bahu, kawasan lampin dan juga di bahagian pipi.

Keadaan ini selalunya tidak menyebabkan ketidakselesaan yang begitu ketara dan akan berlalu dengan cepat jika tidak di rumitkan oleh masalah lain seperti jangkitan kuman. Elakkan dari terlampau memakaikan pakaian yang tebal dan menutup pada bayi. Baju yang nipis yang dibuat oleh bahan yang mudah menyerap (kain kapas) sesuai di pakaikan pada bayi. Pastikan pengudaraan bilik berada di dalam keadaan sempurna dan sebolehnya adakan pergerakan udara seperti memasang kipas angin. Lapkan badan bayi apabila ia berpeluh dengan kain bersih yang lembap. Mandikan sekerap yang perlu.

Ruam Lampin

Ruam ini berlaku apabila dibiarkan permukaan kulit bayi lama bersentuh dengan najis atau air kencingnya. Kuman di dalam najis tadi akan bertindak balas dengan air kencing untuk membentuk sebatian ammonia yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Keadaan kulit kelihatan bertompok merah dan membentuk radang.

Kadangkala berlaku jangkitan dengan adanya bintil kecil yang bernanah. Ianya berlaku di kawasan lampin yang begitu sensitif. Krim yang bertindak sebagai lapisan pemisah seperti yang mengandungi Zink dioksida boleh disapukan pada kulit bahagian lampin untuk mengelakkan ruam tersebut. Tukarkan lampin sekerap yang perlu. Kadangkala adakan masa di mana bayi tidak dipakaikan lampin untuk membenarkan permukaan kulit tersebut bernafas. Jika anda memakaikan lampin kain, pastikan ada ketika yang anda tidak pakaikan pelapik plastik agar dapat memudahkan pernafasan kulit.

Apabila membasuh kain lampin, pastikan ianya dibilas dengan sempurna agar tiada bahan kimia saki baki dari bahan pencuci yang masih terlekat pada kain lampin tersebut. Mungkin juga anda perlu menukarkan kepada lampin pakai buang buat seketika. Basuh permukaan kulit bahagian lampin sekerap yang perlu dan elakkan dari menggunakan pencuci tisu lap pakai buang yang mengandungi alkohol kerana ianya bertindak mengeringkan kulit bayi.

Elakkan dari memakai bedak dengan terlalu tebal kerana bedak tersebut akan memerangkap air kencing atau najis dan menyukarkannya dari proses penyejatan secara semula jadi. Ruam lampin kadangkala boleh dikomplikasikan dengan jangkitan kulat. Keadaan ini dikenali apabila ruam lampin tadi tidak lagi sembuh dengan cara-cara penjagaan seperti di atas. Kulit akan menjadi lebih merah, nipis dan kadangkala seperti melecet. Bayi akan merasa begitu tidak selesa. Keadaan ini memerlukan rawatan dengan menyapukan krim anti fungal pada bahagian tersebut.

Atopik Ekzema/ Dermatitis

Keadaan ini wujud disebabkan masalah hipersensitif atau alahan pada kulit bayi. Ianya mungkin diwarisi dan selalunya kanak-kanak tersebut mudah mendapat masalah hipersensitif yang lain seperti resdung, gatal-gatal mata dan lelah asthma. Kulit bayi akan kelihatan merah, kering dan bersisik. Ianya selalunya terjadi pada permukaan kulit di bahagian muka terutamanya di pipi, pelipat antara sendi seperti di siku, lutut, pergelangan tangan dan kaki dan juga di bahagian atas peha. Keadaan ini mengakibatkan kegatalan kulit yang ketara dan menyebabkan bayi sering tergaru-garu sehinggakan kulit tadi menjadi merah dan melecet. Ini juga boleh menyebabkan kulit menjadi tebal (lichenifikasi) atau kulit menjadi pecah dan jangkitan kuman boleh berlaku. Kulit menjadi kering dan kasar apabila disentuh.

Langkah pencegahan perlu diambil dengan mengenal pasti punca alahan terlebih dahulu. Antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah habuk, hama, polusi udara, pemakanan dan bahan kain pakaian. Makanan yang mempunyai protein binatang (terutamanya makanan laut) dan bahan kimia (bahan pewarna, pengawet dan perisa) perlu di kenal pasti dan dielakkan. Kajian menunjukkan bayi yang diberi susu ibu sehingga 6 bulan jarang mendapat masalah ekzema. Jika di berikan susu formula, anda mungkin dapat menggunakan susu yang dibuat oleh protein tumbuhan untuk menggantikan susu lembu. Elakkan dari produk tenusu sehinggalah bayi berumur setahun jika terdapat sejarah ekzema dalam keluarga. Dapatkan nasihat doktor jika keadaan menjadi lebih teruk.

Potongkan kuku bayi dan pakaikannya sarung tangan supaya ia tidak mencederakan kulitnya apabila menggaru di waktu malam. Elakkan keadaan yang terlalu panas atau sejuk kerana ia dapat memburukkan keadaan. Sentiasa kekalkan kelembapan pada kulit bayi. Ketika mandi, elakkan dari menggunakan sabun yang beralkali kerana ia mengeringkan kulit. Gunakan pelembap yang sesuai. Kadangkala krim yang mempunyai steroid yang rendah akan diberikan oleh doktor anda untuk mengatasi masalah tersebut tetapi awas, jangan digunakan secara berlebihan atau berterusan kerana ia boleh menipiskan kulit bayi di samping bahaya yang mungkin timbul jika diserap ke dalam badan. Pastikan kain bayi di bilas sempurna (kadangkala bilas kali kedua) untuk mengeluarkan bahan kimia dari sabun pencuci yang dipakai. Gunakan pakaian yang dibuat dari kain kapas dan elakkan menggunakan kain nilon ataupun bulu (wool).

Cradle Cap

Keadaan kulit kepala ini berlaku selalunya pada 10 minggu pertama bayi selepas lahir. Ia membentuk sisik kekuningan yang berminyak pada bahagian kulit kepala, dahi, muka, kening, belakang telinga dan di bahagian kemaluan. Faktor yang menyebabkannya tidak begitu di kenal pasti tapi dijangka ada kaitan dengan atopik ekzema, Cuma ianya berlaku pada kawasan yang berlainan. Ia selalunya tidak menyebabkan masalah yang serius. Sapukan minyak bayi atau zaitun pada kawasan yang berkerak semalaman sebelum dibasuh pada keesokan hari dapat membantu menanggalkan sisik tersebut. Basuh kepala dengan syampu dan beruskan rambut bayi dengan berus lembut.

Perlindungan Matahari

Kulit bayi yang sensitif dengan mudah dapat mengalami tanda kebakaran disebabkan oleh sinaran matahari yang terik. Jika kanak-kanak terdedah kepada masalah kulit terbakar oleh matahari, mereka akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi kanser kulit ketika dewasa kelak. Kulit bayi perlulah dilindungi dari sinaran matahari yang tepat seperti dengan memakaikannya topi yang melindungi kulit muka dan leher ataupun dengan menggunakan payung. Bantuan dari krim pelindung matahari (sunblock) yang mempunyai SPF 20 sesuai digunakan.

Krim itu perlulah disapu secukupnya dengan mengelakkan bahagian mata, mulut dan tapak tangan/jari. Jika dimandikan, sapukan semula krim tersebut walaupun jika anda menggunakan krim yang kalis air. Dapatkan rawatan segera jika bayi anda mengalami kesan kebakaran oleh matahari. Pastikan anak anda minum air secukupnya ketika cuaca panas untuk mengelakkan masalah heatstroke dan untuk mengelakkan dari masalah dehidrasi atau kekurangan air. Ingatlah untuk sentiasa memastikan anak anda berada dalam keadaan teduh.

Impetigo

Ini merupakan jangkitan kuman Staphylococcus dan group A Streptococcus yang sering terjadi kepada kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Ia mudah berjangkit melalui sentuhan. Ia kerap terjadi di sekitar mulut dan hidung dan juga celah pelipat. Keadaan kulit dilihat seperti membentuk gelembung-gelembung air yang kecil dan seterusnya pecah dan kelihatan seperti kulit yang melecur. Ia akan mengeluarkan air dan membentuk kerak kulit berwarna perang kekuningan. Ia nya mudah dirawat dengan menggunakan antibiotik dan bahagian kulit dicuci dan di sapu dengan antiseptik. Elakkan dari penyentuhan kulit ke atas kanak-kanak lain seperti berkongsi tuala, kain lampin dan sebagainya. Selalunya ia mengambil lebih kurang 5 hari sebelum kering dan sembuh.

Kudis Buta

Ini merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh hama yang halus dan menjangkiti pada pori kulit manusia. Ia adalah penyakit yang berjangkit dan selalu berpunca dari jangkitan komuniti spt dari pelajar asrama. Scabies atau kudis buta perlu dirawat dengan sempurna untuk tidak menyebabkannya berulang lagi. Tandanya ialah bengkak seperti gelembung halus pada kulit terutamanya di tapak tangan/kaki, celah jari, ketiak, pelipat dan bahagian kemaluan. Ia tersangat gatal dan akan menjadi bernanah apabila dijangkiti kuman.

Untuk merawat kudis buta, perlu disapu dengan ubat racun hama spt EBB lotion atau Crotorax. Ia seelok-elok di lumur keseluruhan badan dari tengkuk ke bawah sebelum tidur malam. Lebih efektif jika dimandikan tubuh dengan air suam untuk membuka pori-pori kulit terlebih dahulu. Pembersihan segala pakaian dan perabot seperti sofa dan karpet yang dijemur di bawah matahari panas akan membuatkan hama tersebut keluar dari tempat persembunyiannya. Ubat tahan gatal akan membantu dari keadaan tergaru-garu pada malam hari.

Kudis Api

Kudis ini pula sering menjangkiti kulit di bahagian bawah lutut ke kaki. Ia disebabkan oleh jangkitan kuman dan mudah berjangkit. Ia nya kelihatan seperti bisul kecil yang mengeluarkan nanah atau lendirnya. Rawatan ialah dengan penjagaan kebersihan yang sempurna. Ubat seperti antibiotik membantu membunuh kuman. Ubat antiseptik seperti pembasuh luka dan krim juga boleh di gunakan pada kudis tersebut. Selalunya penyembuhan adalah menyeluruh dan jarang berulang semula kecuali aspek kebersihan di abaikan.

Petua : Hilangkan Bisul

Anda atau anak-anak anda terkena bisul? penyakitkan tidak berat tetapi sangat sakit. Apa kata cuba petua di bawah ini:

1. Ambil daun semalu dan tumbuk sehingga lumat kemudian sapukan di bahagian bisul tersebut. (sangat mujarab sebab telah dicuba beberapa kali terutamanya anak kecil)

2. Ambil segumpal kapas titiskan sedikit cuka makan di atasnya sehingga meresap dan sapu di sekeliling bisul tersebut pada setiap malam. 

3. Lumatkan ubi keledek dan tampalkan pada bisul. 

4. Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tampalkan pada bisul pastikan dibalut supaya tidak jatuh. Biarkan kering.

5. Asahkan kulit mempelam pada pasu dan sapukan pada bisul.

6. Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras bersama kunyit hingga lumat. Tampal pada bisul dan biarkan hingga kering.

7. Tampalkan tempat bisul dengan bawang merah yang telah ditumbuk.

8. Jika bisul tidak berapa serius letakkan bedak sejuk dan biar kering.

9. Kunyah daun sirih dan tampalkan pada bisul biarkan hingga kering.

10. Sapukan sedikit kapur sirih ke atas bisul dan biarkan kering, dan sapukan sedikit lagi hingga tertutup bisul tersebut.

11. Jika bisul di peringkat serius tampalkan bunga rumput yang boleh didapati di kedai- kedai masyarakat India.

12. Untuk lakukan proses menyedut nanah dari bisul apa kata cuba cara ini. Bisul ini ada pantangnya, ianya tidak boleh diganggu, diusik dan dipicit. Sebaiknya biarkan bisul itu matang iaitu sehingga timbul punatnya. Ambil botol kosong yang bermulut kecil, bakar kertas di dalamnya kemudian bila asap dah berkepul tekapkan muncung botol tersebut pada bisul tadi. Asap dalam botol itu akan menyedut nanah dan punat bisul tersebut. Setelah selesai sapukan kapur sirih.

Semua proses di atas perlu dilakukan berulang kali sehingga sembuh.

Thursday, January 13, 2011

Ancaman Osteoporosis

Saya terjumpa artikel ini dalam satu folder yang saya simpan mengenai penyakit dan kesihatan. Artikel yang menarik untuk dibaca dan boleh menjadi asas untuk bertanyakan doktor jika kita atau saudara mara menghadapi simpton penyakit ini. Saya gagal menjumpai siapakah yang menulis artikel ini. Walau bagaimanapun saya amat berterima kasih kepada beliau untuk berkongsi ilmu ini, semoga Allah sahaja yang membalas budi baik mereka.

OSTEOPOROSIS? Ini penyakit wanita menopaus, kata seorang teman. Berdasarkan soal selidik, lelaki di negara maju seperti Amerika Syarikat juga menganggap osteoporosis adalah penyakit khusus wanita.

Siapa kata osteoporosis hanya menyerang wanita? Kajian di seluruh dunia menunjukkan kes keretakan tulang akibat masalah tulang rapuh atau osteoporosis meningkat di kalangan lelaki, walaupun secara keseluruhan lebih banyak kejadian berlaku pada wanita.

Masalah keretakan tulang, terutama pada pinggul, bawah tulang belakang dan pergelangan tangan, tidak boleh dipandang ringan. Meskipun soal selidik ke atas 1,045wanita mendapati 54 peratus berpendapat kanser payudara diikuti penyakit kardiovaskular atau jantung (38 peratus) lebih berbahaya, hakikat sebenarnya osteoporosis boleh mengakibatkan lebih banyak masalah kepada kehidupan.

Pakar kesihatan kini mengklasifikasikan osteoporosis sebagai epidemik global yang mengancam semua orang, terutama warga emas di seluruh dunia; dengan kadar kelaziman satu kes bagi setiap tiga wanita dan setiap lapan lelaki. Maknanya di kalangan lapan lelaki, seorang akan mendapat masalah osteoporosis. Namun sehingga kini masih ramai tidak menganggapnya sebagai ancaman kesihatan yang membimbangkan kerana osteoporosis tidak menunjukkan tanda sehingga seseorang itu mengalami keretakan tulang. Hasil soal selidik menunjukkan hanya lapan peratus daripada lebih 1,000 responden menganggapnya sebagai ancaman kepada kesihatan.

Hakikatnya, sebanyak 1.5 juta kes osteoporosis dilaporkan setiap tahun berbanding 500,000 kes serangan jantung; 240,000 kes strok dan 180,000 kes barah payudara. Yang membimbangkan ialah, 20 peratus daripada 1.5 juta kes ini berakhir dengan kematian dan 30 peratus lagi menyebabkan kehilangan keupayaan bergerak, kata Presiden Yayasan Osteoporosis Asia Pasifik, Dr Edith Lau. Beliau yang juga Pengarah Pusat Rawatan dan Penyelidikan Osteoporosis Hong Kong menegaskan, keretakan tulang paling banyak berlaku di pinggul dan ini menyebabkan ramai pesakit hilang keupayaan bergerak dan terpaksa bergantung kepada bantuan orang lain untuk menguruskan kehidupan harian.

Yang membimbangkan ialah insiden osteoporosis dan keretakan tulang lebih tinggi di kalangan penduduk Asia. Dianggarkan sebanyak 1.8 juta kes (54 peratus penduduk Asia) berlaku pada lelaki dan 4.5 juta kes (51 peratus pada wanita Asia) menjelang 2050.

Masalah utama ialah meyakinkan orang bahawa ini adalah satu ancaman kesihatan. Ramai orang beranggapan osteoporosis hanya berlaku pada orang lain dan tidak akan terjadi pada mereka. Sedangkan semua orang ada risiko mendapat osteoporosis, apatah lagi jika mereka mengamalkan gaya hidup kurang sihat,” katanya ketika Persidangan Kesihatan GE, baru-baru ini.

Risiko jangka panjang keretakan tulang akibat osteoporosis juga membimbangkan kerana dalam kebanyakan kes pesakit hilang keupayaan bergerak dan menyebabkan mereka terlantar. Kesannya, tahap kesihatan menjadi lebih buruk, apatah lagi jika pesakit menghidap penyakit lain.

Kajian osteoporosis ke atas lelaki juga dijalankan di beberapa negara Asia. Keretakan tulang pinggul di kalangan lelaki Korea meningkat empat kali ganda pada 2001 berbanding 1991, di Jepun pula bilangan kes meningkat 1.6 kali ganda berbanding 1.5 kali pada wanita (data 2005) manakala di Singapura mencatat 1.5 kali ganda di kalangan lelaki dan lima kali ganda pada wanita bagi setiap 100,000 penduduk laporan 2005). Baik bagi wanita mahupun lelaki; peningkatan usia, pemakanan dan gaya hidup menjadi antara faktor risiko osteoporosis. Semakin lanjut usia seseorang, semakin tinggi risiko mendapat penyakit ini dan tulang menjadi lebih cepat rapuh jika merokok, tidak bersenam dan kurang memberi penekanan terhadap penjagaan makanan.

Tulang kita sentiasa mengalami perubahan dan proses pembentukan semula. Pada kanak-kanak, proses pembentukan tulang berlaku dengan cepat yang membolehkan mereka menjadi besar dan tinggi. Pada kebanyakan orang, proses ini mencapai kemuncaknya pada umur 30 dan selepas itu jisim tulang berkurang secara perlahan-lahan.

Apabila umur meningkat, kita mengalami proses kehilangan jisim tulang. Kehilangan ini berlaku pada kadar tiga peratus setahun selepas wanita menopaus atau 60 tahun bagi lelaki. Namun ada juga pakar berpendapat selepas berumur 50 tahun, enam peratus lelaki mengalami keretakan tulang pinggul dan lima peratus lagi mendapat keretakan tulang belakang akibat osteoporosis.

Memang kes osteoporosis lebih banyak berlaku pada wanita kerana lelaki mempunyai rangka tulang lebih besar. Kehilangan jisim tulang lelaki berlaku lebih perlahan. Pun begitu, kesan osteoporosis sama ke atas lelaki dan wanita. Lelaki osteoporosis yang mengalami keretakan tulang juga boleh hilang keupayaan bergerak jika keretakan berlaku pada tulang pinggul atau belakang.

Lelaki dalam lingkungan 50 tahun tidak mengalami kemerosotan jisim tulang secepat wanita menopaus, tetapi apabila mereka memasuki umur 65 hingga 70 tahun, kadar kehilangan tulang mereka sama seperti wanita. Malah penyerapan kalsium dan lain-lain nutrien penting untuk kesihatan tulang juga sama. Bahkan mungkin jauh lebih buruk jika mereka kuat merokok kerana nikotin dan bahan kimia beracun di dalam asap rokok menghalang penyerapan kalsium.

Faktor risiko osteoporosis pada lelaki adalah seperti berkut:

• Penyakit kronik yang berlaku pada buah pinggang, paru-paru, perut, usus dan perubahan paras hormon
• Pengambilan sesetengah jenis ubat secara berpanjangan
• Masalah kekurangan paras hormon testosteron yang tidak disedari dan tidak dirawat
• Gaya hidup kurang sihat (merokok, minum banyak minuman beralkohol, kurang pengambilan kalsium dan tidak cukup bersenam)
• Peningkatan umur

Osteoporosis primer disebabkan masalah penuaan atau disebabkan masalah kesihatan sejak lahir. Manakala osteoporosis sekunder iaitu masalah reput tulang yang diakibatkan gaya hidup, penyakit atau pengambilan rawatan tertentu dan lebih banyak kes berlaku di bawah kategori ini. Antara punca osteoporosis sekunder pada lelaki ialah:

• Pengambilan ubat glukokortikoid dan ubat imunosupresif iaitu ubat mengurangkan rintangan tubuh terhadap jangkitan
• Hipogonadisme (paras testosteron yang rendah)
• Merokok — Kehilangan tulang lebih cepat pada lelaki perokok kerana kandungan racun dalam rokok (termasuk nikotin dan bahan kimia lain) menghalang penyerapan kalsium
• Pengambilan berlebihan minuman beralkohol
• Asma dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD; akibat merokok)
• Penyakit usus
• Artritis reumatoid dan ankilosing spondilitis
• Terlantar
• Penyakit neoplastik (ketumbuhan kanser atau bukan kanser)
• Hiperkalsiuria (kehilangan kalsium melalui air kencing)

Sehingga kini tiada kaedah khusus untuk mencegah osteoporosis, tetapi risikonya boleh dikurangkan dengan mengamalkan pemakanan seimbang, gaya hidup sihat, banyak bersenam termasuk senaman mengangkat beban, serta menjalani pemeriksaan ketumpatan tulang secara berkala.

Dr Lau berkata, saringan ketumpatan tulang sebaik-baiknya dimulakan selepas menopaus bagi wanita dan apabila mencecah umur 60 tahun bagi lelaki. Meskipun ia tidak dapat menghentikan proses kemerosotan jisim tulang, kaedah ini membolehkan kita mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelak keretakan tulang.

Selain itu beberapa langkah lain boleh diambil untuk meningkatkan kesihatan tulang iaitu:

• Mengambil makanan tambahan kalsium dan vitamin D boleh mengurangkan kadar kehilangan dan keretakan tulang di kalangan wanita dan lelaki dewasa serta warga tua
• Melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan memberi kesan positif kepada kesihatan tulang
• Dalam kajian terdahulu, amalan pemakanan kaya protein didapati boleh melambatkan proses pereputan tulang di kalangan warga tua
• Bagi kanak-kanak dan remaja pula, pemakanan tambahan kalsium, produk tenusu kaya kalsium atau susu meningkatkan kadar penambahan mineral tulang
• Kerap bersenam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu; 20 hingga 30 minit setiap sesi disertakan senaman mengangkat beban. Tidak perlu pergi ke gimnasium kerana senaman dengan mengangkat botol air satu liter juga boleh memberi kekuatan kepada tulang.

Wednesday, January 12, 2011

Rahsia Memotong Kuku

Rasulullah s.a.w bersabda, ertinya: Barang siapa yang mengerat kukunya pada hari-hari berikut:

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jadi kepada semua kawan-kawan ku, ambil iktibar dan cuba amalkan... mudah-mudahan berkah.

Tuesday, January 11, 2011

Don't always sleep late!!

Good rest and sound sleep is very important... if you don't sleep well, the toxic in your body will accumulate.. and this will affecting your health and your mood...

The main causes of liver damage are:
1. Sleeping too late and waking up too late are the main cause.
2. Not urinating in the morning.
3. Too much eating.
4. Skipping breakfast.
5. Consuming too much medication.
6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener.
7. Consuming unhealthy cooking oil. As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil. Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is very fit.
8. Consuming overly done foods also add to the burden of liver. Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in one sitting, do not store.

We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our body to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to 'schedule.'

Because: Evening at 9 - 11pm : is the time for eliminating unnecessary/ toxic chemicals (detoxification) from the antibody system (lymph nodes). This time duration should be spent by relaxing or listening to music. If during this time a housewife is still in an unrelaxed state such as washing the dishes or monitoring children doing their homework, this will have a negative impact on her health.

Evening at 11pm - 1am : The detoxification process in the liver, and ideally should be done in a deep sleep state. Early morning 1 - 3am : detoxification process in the gall, also ideally done in a deep sleep state.

Early morning 3 - 5am : detoxification in the lungs. Therefore there will sometimes be a severe cough for cough sufferers during this time. Since the detoxification process had reached the respiratory tract, there is no need to take cough medicine so as not to interfere with toxin removal process.
Morning 5 - 7am : detoxification in the colon, you should empty your bowel.

Morning 7 - 9am : Absorption of nutrients in the small intestine, you should be having breakfast at this time. Breakfast should be earlier, before 6:30am, for those who are sick. Breakfast before 7:30am is very beneficial to those wanting to stay fit. Those who always skip breakfast, they should change their habits, and it is still better to eat breakfast late until 9 -10am rather than no meal at all. Sleeping so late and waking up too late will disrupt the process of removing unnecessary chemicals. Aside from that, midnight to 4am is the time when the bone marrow produces blood.

Therefore, have a good sleep and don't sleep late.

Monday, January 10, 2011

Wajah Segar Di Saat Sakit

Saat sakit wajah akan terlihat pucat, bibir tampak kering dan hidung pun kemerahan. Keadaan ini akan membuat penampilan tidak enak dipandang oleh sesiapa pun. Berikut tips menyulap wajah menjadi cantik dan segar di saat sakit:

WAJAH PUCAT, dapat diatasi dengan menggunakan pelembab sebelum memakai make-up, supaya kulit terlihat lebih lembab kenyal dan sehat. Bubuhkan blush on bersemu kemerahan supaya wajah terkesan cerah. Jangan memakai lipstik yang berwarna matte karena akan membuatmu terlihat lebih pucat, tapi pilihan warna-warna cerah dan berjenis glossy sangat tepat untuk menutupi kesan pucat.

BIBIR KERING, dapat diatasi dengan menggunakan lipbalm sebelum menggunakan lipstik untuk melembabkan bibir yang terlihat kering. Cara lain coba oleskan madu untuk mengatasi bibir yang kering.

HIDUNG TAMPAK KERING DAN KEMERAHAN, coba kelupas kulit dengan scurb lembut dan lap dengan handuk supaya hidung terlihat lebih halus dan tidak kering atau pecah-pacah. Kemudian gunakan concealer berbentuk krim untuk menutupi hidung yang kemerahan.
Semoga tips ini berguna buat anda yang ingin tetap terlihat cantik walaupun dalam keadaan sedang sakit.

Dari blog: http://merrysitio.blogspot.com (Dunia Wanita) - saya dapati banyak artikel berguna untuk bacaan kita terutamanya wanita, makasih kepada penulis blog. Cubalah kunjunginya.

Saturday, January 8, 2011

Kelebihan Inai

Hadis:

1. "janganlah kamu mencabut uban kerana ianya adalah cahaya Islam. Barang siapa sehelai rambutnya menjadi uban di dalam Islam, ditulis untuknya satu kebaikan dan diampunkan satu kejahatan dan dinaikkan satu darjat" diriwayatkan oleh Abu Daud.

2. "sesungguhnya yang terbaik untuk menukarkan warna keputihan rambut adalah dengan inai" diriwayatkan oleh At-Tirmidzi.
Inai telah lama digunakan di negara-negara timur sebagai pewarna semula jadi. Nama botanikalnya ialah lawsonia inermis. Daun inai diambil daripada pokok inai 3 kali setahun dan yang terbaik adalah pada bulan Mei dan Jun. Ia digunakan untuk kecantikan dan boleh dibuat lakaran pada anggota badan seperti tangan dan kaki yang boleh ditanggalkan. Maharaja dan ratu Parsi menggunakan inai sebagai skrub badan. Ratu Egypt, Cleopatra pula menggunakan inai untuk kecantikan rambutnya.

Amnya, inai membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih. Oleh itu penggunaan bahan kimia harus dielakkan.

Ciri2 perubatan inai:
    - boleh melarut
    - sejuk dan kering.

Di antara kelebihannya termasuklah rawatan kebakaran, bengkak bernanah, masalah pigmentasi dan pelbagai masalah anggota badan yang lain. Merawat luka menggunakan inai mempunyai kesan yang sama seperti perubatan moden.

Kegunaan inai:-

1. Merawat kebakaran di peringkat awal menggunakan inai serbuk. Kelebihannya: 
    - Mengurangkan kesakitan
    - Mengurangkan kehilangan bendalir
    - Mengurangkan jangkitan/ infeksi

2. Merawat luka yang parah serta memeliharanya daripada bakteria menggunakan campuran inai serbuk dengan air biasa.

3. Menghentikan pendarahan menggunakan inai serbuk seperti pendarahan hidung.

4. Membasmi virus pada kulit yang melecuh menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

5. Memelihara kaki pesakit kencing manis menggunakan campuran 4 paket inai serbuk bersama 2 botol minyak zaitun. Ratakan pada bahagian kaki yang terlibat, biarkan seharian, dan amalkan selama sebulan. Kelebihannya:
    - Menyembuh rekahan dan retakan pada kaki serta mengurangkan infeksi
    - Mencantikkan kulit kaki - Melambatkan kesan pada saraf

6. Merawat bengkak bernanah, kudis buta, gatal-gatal dan kurap menggunakan inai serbuk dengan air mendidih.

7. Merawat kanak2 yang menghidap demam campak/ cacar air menggunakan ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih selama 4 hari.

8. Menghapuskan masalah kaki menggunakan campuran serbuk inai dengan minyak zaitun selama 5 hari.

9. Membetulkan pusingan haid / darah penyakit menggunakan inai serbuk dengan minyak zaitun dan diletakkan di tapak tangan semalaman selama seminggu.

10. Memulihkan kecacatan kuku akibat jangkitan kuman menggunakan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 4 oz cuka.

11. Menyembuhkan penghidap demam kuning dan kusta menggunakan campuran 4 paket inai serbuk dalam tub mandi dengan air mendidih dan dibiarkan sehingga suam. Berendamlah selama 10 minit dan amalkan setiap hari selama 2 minggu.

12. Menginaikan rambut menggunakan campuran ½ paket inai serbuk dengan 2 cawan air mendidih. Ratakan pada rambut, bungkus rambut dengan plastik ("shower cap") dan biarkan selama 3 jam atau lebih. Kelebihannya: 

    - Menguatkan akar rambut
    - Memberi kilauan pada rambut
    - Menghilangkan kelemumur
    - Melembut dan memelihara rambut
    - Memberikan ketenangan kepada pesakit jantung
    - Menghilangkan ketegangan, kerisauan, keletihan dan kesukaran untuk tidur

13. Kelebihan menginaikan muka/ anggota badan lain dengan campuran 2 sudu besar inai serbuk dengan 3 sudu besar air mendidih. Ratakan pada muka/ anggota lain, biarkan selama ½ jam atau sehingga kering dan cuci dengan air. Ulangi setiap hari. Kelebihannya:
    - Melindungi kulit dari cahaya matahari
    - Memberi warna pada kulit seperti sopak, panau dll (amalkan selama 2 minggu)
    - Merawat jerawat dan jeragat (amalkan selama seminggu)
    - Mengekalkan kulit yang lembut dan bersih

Artikel oleh JAMALIAH HOUSE

Friday, January 7, 2011

Apa itu Selulit (cellulite)

Selulit (cellulite) merupakan kumpulan lemakyang mudah terjadipada lengan, perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terdapat pada bahagian punggung dan paha.

Ia berlaku disebabkan oleh pengumpulan toksin yang memusnahkan struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga turut membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisien.

Seseorang itu tidak perlu gemuk untuk mendapat selulit tetapi kerap dikaitkan dengan masalah kekurangan air, tiada senaman, sembelit, stress, keadaan tercemar, keletihan, pemakanan yang tidak betul dan kandungan estrogen yang tinggi.

Oleh itu untuk mengelakkan selulit, perlukan pembersihan sistem badan dan bukannya menguruskan badan. Terdapat beberapa produk yang berupaya membuang toksin dan mengatasi masalah sembelit.
Sapukan krim yang boleh membuang selulit pada bahagian selulit tadi. Amalkan juga cara hidup sihat dengan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Thursday, January 6, 2011

Pertolongan Pertama Pada Pesakit Stroke

Suka saya berkongsi artikel ini seperti yang dikehendaki oleh penulisnya.

Dengan cara mengeluarkan darah pada setiap hujung jari tangan dan hujung daun telinga. Ada satu cara terbaik untuk memberikan pertolongan pertama kepada orang yang mendapat serangan STROKE. Cara ini selain dapat menyelamatkan nyawa pesakit, juga tidak menimbulkan efek sampingan apapun. 

Pertolongan pertama ini dijamin merupakan pertolongan WAKTU KECEMASAN yang dapat berhasil 100%. Sebagaimana diketahui, orang yang mendapat serangan STROKE, seluruh darah di tubuh akan mengalir sangat kencang menuju pembuluh darah di otak. Apabila kegiatan pertolongan diberikan terlambat sedikit saja, maka pembuluh darah pada otak tidak akan kuat menahan aliran darah yang mengalir dengan deras dan akan segera pecah sedikit demi sedikit.
Dalam menghadapi keadaan demikian jangan sampai panik tetapi harus tenang. Pesakit biar tetap berada di tempat asal di mana ia terjatuh (misalnya: di bilik mandi, bilik tidur, atau di mana saja). JANGAN DIPINDAHKAN!!! sebab dengan memindahkan pesakit dari tempat asal akan mempercepat perpecahan pembuluh darah halus di otak. Pesakit harus dibantu mengambil posisi duduk yang baik agar tidak terjatuh lagi, dan pada saat itu pengeluaran darah dapat dilakukan.

Untuk yang terbaik menggunakan JARUM SUNTIK, namun apabila tidak ada, maka JARUM JAHIT/ JARUM PENITI dapat diguna dengan terlebih dahulu disterilkan, dengan cara dibakar di atas api. Sejurus setelah jarum disterilkan, lakukan PENUSUKAN pada 10 HUJUNG JARI TANGAN. Titik penusukan kira-kira 1cm dari hujung kuku. Setiap jari cukup ditusuk 1 kali saja dengan harapan setiap jari mengeluarkan 1 titis darah. Pengeluaran darah juga dapat dibantu dengan cara dipicit apabila darah ternyata tidak keluar dari ujung jari. Dalam jangka masa kira-kira 10 minit, pesakit akan segera sedar kembali.

Bila mulut pesakit memperlihatkan tanda tidak normal, maka KEDUA DAUN TELINGA pesakit HARUS DITARIK-TARIK sampai berwarna kemerah-merahan. Setelah itu, lakukanlah 2 KALI PENUSUKAN pada masing-masing HUJUNG BAWAH DAUN TELINGA sehingga darah keluar sebanyak 2 titis dari setiap hujung daun telinga. Dengan demikian dalam beberapa minit bentuk mulut pesakit akan kembali normal. Setelah keadaan pesakit pulih dan tidak ada kelainan yang berarti, maka bawalah pesakit dengan berhati-hati ke doktor atau hospital terdekat untuk mendapatkan pertolongan lebih lanjut.

Sebagai salah satu cara beramal bakti, sebaiknya e-mail ini disebarkan kepada teman-teman, keluarga dan saudara-mara serta masyarakat, sebab serangan stroke ini boleh berlaku ke atas sesiapa saja, di mana saja dan pada bila-bila masa saja.

3 Steps To Avoid A Stroke

A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...TOTALLY. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is TOUGH.

Recognizing A Stroke

Thank God for the sense to remember the "3" steps, STR . Read and Learn! Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke. Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking 3 simple questions:

S Ask the individual to SMILE
T Ask the person to TALK - SPEAK A SIMPLE SENTENCE
R Ask him or her to RAISE BOTH ARMS

We can also warn patients of these symptoms:

Sudden onset of severe : Headaches, Giddiness or Fainting spells Numbness or
weakness of limbs

NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out their tongue... if the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other that is also an indication of a stroke.

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call 9-9-9 immediately and describe the symptoms to the dispatcher.

Question (Qn): What are the five rules for a layman to take care of his heart?

Answer (Ans):
1. Diet - Less of carbohydrate, more of protein, less oil
2. Exercise - Half an hour's walk, at least five days a week; avoid lifts and avoid sitting for a long time; move around often even at home
3. Quit smoking
4. Control weight
5. Control blood pressure and sugar

Qn: Is eating non-veg food (fish) good for the heart?

Ans: No

Qn: It's still a grave shock to hear that some apparently healthy people have a cardiac arrest. How do we understand it in perspective?

Ans: This is called silent attack; that is why we recommend everyone past the age of 30 to undergo routine health checkups.

Qn: Are heart diseases hereditary?

Ans: Yes

Qn: What are the ways in which the heart is stressed? What practices do you suggest to destress?

Ans: Change your attitude towards life. Do not look for perfection in everything in life.

Qn: Is walking better than jogging or is more intensive exercise required to keep a healthy heart?

Ans: Walking is better than jogging since jogging leads to early fatigue and injury to joints.

Qn: You have done so much for the poor and needy. What has inspired you to do so?

Ans: Mother Theresa, who was my patient.

Qn: Can people with low blood pressure suffer heart diseases?

Ans: Extremely rare

Qn: Does cholesterol accumulates right from an early age (I'm currently only 22) or do you have to worry about it only after you are above 30 years of age?

Ans: Cholesterol accumulates from childhood.

Qn: How do irregular eating habits affect the heart?

Ans: You tend to eat junk food when the habits are irregular and your body's enzyme release for digestion gets confused.

Qn: How can I control cholesterol content without using medicines?

Ans: Control diet, walk and eat walnut.

Qn: Can yoga prevent heart ailments?

Ans: Yoga helps.

Qn: Which is the best and worst food for the heart?

Ans: Best food is fruits, chapathi's (without oil) worst are oil.

Qn: Which oil is better - gingili, groundnut, sunflower, saffola, olive?

Ans: All oils are bad; the so-called best oil company has the largest marketing budget - try to consume oil while cooking.

Qn: What is the routine checkup one should go through? Is there any specific test?

Ans: Routine blood test to ensure sugar, cholesterol is ok. Check BP,
Treadmill test after an echo.


Qn: What are the first aid steps to be taken on a heart attack?

Ans: Help the person into a sleeping position, put an aspirin tablet under the tongue with a sorbitrate tablet if available, and rush him to a coronary care unit since the maximum casualty takes place within the first hour.

Qn: How do you differentiate between pain caused by a heart attack and that caused due to gastric trouble?

Ans: Extremely difficult without ECG.

Qn: What is the main cause of a steep increase in heart problems amongst youngsters? I see people of about 30-40 yrs of age having heart attacks and serious heart problems.

Ans: Increased awareness has increased incidents. Also, sedentary lifestyles, smoking, junk food, lack of exercise in a country where people are genetically three times more vulnerable for heart attacks than Europeans and Americans.

Qn: Is it possible for a person to have BP outside the normal range of 120/80 and yet be perfectly healthy?

Ans: Yes.

Qn: Marriages within close relatives can lead to heart problems for the child. Is it true?

Ans : Yes, cosanguinity leads to congenital abnormalities and you may not have a software engineer as a child

Qn: Many of us have an irregular daily routine and many a times we have to stay late nights in office. Does this affect our heart? What precautions would you recommend?

Ans : When you are young, nature protects you against all these irregularities. However, as you grow older, respect the biological clock.

Qn: Will taking anti-hypertensive drugs cause some other complications (short / long term)?

Ans : Yes, most drugs have some side effects. However, modern anti-hypertensive drugs are extremely safe.

Qn: Will consuming more coffee/tea lead to heart attacks?

Ans : No.

Qn: Are asthma patients more prone to heart disease?

Ans : No.

Qn: How would you define junk food?

Ans : Fried food like Kentucky, McDonalds, samosas, and even masala dosas.


Qn: You mentioned that Indians are three times more vulnerable. What is the reason for this, as Europeans and Americans also eat a lot of junk food?

Ans : Every race is vulnerable to some disease and unfortunately, Indians are vulnerable for the most expensive disease.

Qn: Does consuming bananas help reduce hypertension?

Ans : No.

Qn: Can a person help himself during a heart attack (Because we see a lot of forwarded emails on this)?

Ans : Yes. Lie down comfortably and put an aspirin tablet of any description under the tongue and ask someone to take you to the nearest coronary care unit without any delay and do not wait for the ambulance since most of the time, the ambulance does not turn up.

Qn: Do, in any way, low white blood cells and low hemoglobin count lead to heart problems?

Ans : No. But it is ideal to have normal hemoglobin level to increase your exercise capacity.

Qn: Sometimes, due to the hectic schedule we are not able to exercise. So, does walking while doing daily chores at home or climbing the stairs in the house, work as a substitute for exercise?

Ans : Certainly. Avoid sitting continuously for more than half an hour and even the act of getting out of the chair and going to another chair and sitting helps a lot.

Qn: Is there a relation between heart problems and blood sugar?

Ans: Yes. A strong relationship since diabetics are more vulnerable to heart attacks than non-diabetics.

Qn: What are the things one needs to take care of after a heart operation?


Ans : Diet, exercise, drugs on time. Control cholesterol, BP, weight.

Qn: Are people working on night shifts more vulnerable to heart disease when compared to day shift workers?

Ans : No.

Qn: What are the modern anti-hypertensive drugs?

Ans : There are hundreds of drugs and your doctor will chose the right combination for your problem, but my suggestion is to avoid the drugs and go for natural ways of controlling blood pressure by walking, dieting to reduce weight and changing attitudes towards lifestyles.

Qn: Does aspirin or similar headache pills increase the risk of heart attacks?

Ans : No.

Qn: Why is the rate of heart attacks more in men than in women?

Ans : Nature protects women till the age of 45.

Qn: How can one keep the heart in a good condition?

Ans : Eat a healthy diet, avoid junk food, exercise everyday, do not smoke and, go for a health checkup if you are past the age of 30 for at least once in two yrs. And work very hard and enjoy your life...

Wednesday, January 5, 2011

UJIAN GULA DALAM DARAH


Ini adalah tafsiran bacaan kandungan gula dalam tubuh seseorang:

NORMAL : 5 - 7 mmol/l
TAHAP BERJAGA-JAGA : 7-10 mmol/l
KENCING MANIS : >10 mmol/l

Cuba periksa kadar gula dalam darah anda dan di mana tahap gula anda?

Apa Diebetis

Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat menimbulkan pelbagai jenis komplikasi seperti kebas kaki dan tangan, luka yang sukar sembuh, immuniti badan yang rendah, sakit buah pinggang kronik, sakit jantung, mati pucuk, stroke, buta dll. Faktor umur, kekeluargaan dan pemakanan memainkan peranan penting.

Antara tanda-tanda KECIL seseorang menghidapi kencing manis ialah :
• kerap dahaga
• kerap kencing
• menjadi kurus
• sentiasa letih
• gatal-gatal badan
• sering terjadi bisul

Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.

Anda perlulah mendapat pemeriksaan dan rawatan dari doktor. Penjagaan makanan seperti benda yang manis, karbohidrat yang berlebihan perlu dielakkan sementara serat dari sayuran dan oats perlu ditambah.

Tahukah mengikut perangkaan terkini, seramai 1.4 Juta Penduduk Malaysia menghidapi Kencing Manis!. Adakah kita salah seorang daripadanya?

Tuesday, January 4, 2011

Say Yes To Fish

I don't remember where a get this article, and who was the writer. However I feel this article is useful. Thanks to the writer.

FDA approves fish oil claim for heart disease in foods.

DR Lester M. Crawford, the acting FDA Commissioner of the United States Food and Drug Administration (FDA) on Sept 8 announced the availability of a qualified health claim for reduced risk of heart disease on foods that contain eiscosapentaenoic acid (EPA) and docosahexaenoic acid (DHA) omega-3 fatty acids. Typically, these two omega-3 fatty acids are contained in oily fish, such as salmon, lake trout, tuna and herring.

A qualified health claim on a conventional food must be sup- ported by credible scientific evidence. Following a systematic evaluation of the available scientific data, as outlined in the FDA's Interim Procedures for Qualified Health Claims in the Labeling of Conventional Human Food and Human Dietary Supplements, the FDA announced the approval of this qualified health claim.

Second time
The EPA and DHA omega-3 fatty acid qualified health claim is the second qualified health claim that FDA has announced for conventional food. A similar claim regarding foods containing EPA and DHA was proposed by the FDA back in 2000. The American Heart Association (AHA} has endorsed fish oil since November 2001.

The FDA recommends that consumers not exceed more than a total of 3 grams per day of EPA and DHA omega-3 fatty acids, with no more than 2 grams per day from a dietary supplement. It is important to understand that the FDA is referring to the fatty acid content here, not the oil. Most t1Sn oil sup1ements which are listed as "one gram" contain only 300 milligram of omega 3 fatty acids.

More support
The FDA announced that they plan to support the claim that consuming omega-3 fatty acids plays a prominent part in reducing the risk of coronary heart disease. In addition to preventing coronary heart disease. other studies have shown the benefits of these fats in the prevention of heart arrhythmia.

Nearly all the fish are some- what contaminated. The typical rule of thumb 'is the larger the fish, the more mercury and PCBs they will have. Small fish like sardines however are typically mercury and PCB free, Ideally we should be consuming healthy contaminant-free fish and receiving our vitamin D from the sun.

New millennium
Let's face it folks, this is the 21st century and nearly all fish are contaminated. The oceans are almost a toxic dump. Ocean algae, which makes most of the fatty acids found concentrated in fish, are exposed to a load of toxins from industry, dumping and travel, The larger fish simply concentrate these toxins further.

It makes sense to supplement with high quality molecularity distilled fish oil. Molecular distillations a process that uniquely removes toxins while preserving the potency of the highly sensitive fatty acids in fish oil. Clearly the benefits of molecular distillation far outweigh the high costs associated with it. In addition, according to studies published in Circulation (2004; 110:368-73) Leukotrienes, and Essential Fatty Acids (2004;71 :153-9), evidence points to the possibility that these fatty acids might also prevent dangerous abnormalities in heart rhythm.

In the first of the new studies, 65 people with arrhythmia were randomly assigned to receive either three grains of fish oil (providing one gram of omega-3 fatty acids) per day or a placebo for six months. Blood tests were then performed and heart rhythms were assessed during the six month trial and for six months after stopping the supplements.

Compared to the start of the study, people receiving fish oil had significantly fewer and less severe arrhythmia. People taking fish oil had 46.9%, 67.8%, 71.8%, and 100% fewer occurrences of the four types of arrhythmia monitored in the study, namely atrial premature complexes, ventricular premature complexes, couplets and triplets.

Heart reversal
Six months after the patients stopped taking the fish oil, these improvements were reversed and all measurements were similar to those from the beginning of the study. People receiving placebo experienced no significant changes in arrhythmia frequency during the study"

In the second study involved 4,815 people over the age of 65 years who were monitored for a potentially serious type of arrhythmia known as atrial fibrillation. They were followed for 12 years through annual physical I exams and electrocardiographs to assess heart rhythms, and through reviewing records from all hospital visits.

Frequent fish eaters were found to have a lower risk of developing atrial fibrillation than people who were not fish eaters. Compared to those who ate fish less than once a month, patients who ate fish once to three times a month were 24% less likely to suffer atrial fibrillation; patients who ate it one to four times per week were 30% less likely to suffer; and eating fish five or more times a week reduced the risk by 35%.

Elderly benefits
The researchers therefore concluded that in elderly people, eating fatty fish reduced the risk of atrial fibrillation, and in people with existing arrhythmia, supplementing with fish oil reduced the number and severity of episodes of arrhythmia.

Of all the functional food ingredients available, the future looks most promising for omega 3 fatty acids, particularly in the US, according to recent research by consultancy firm Frost & Sullivan. The research commented that while the more mature European Omega 3 PUFA market was likely to stabilize at an annual growth rate of 8%, some key market participants in the US are experiencing growth rates of over 20%.

Increasing scientific evidence is growing to substantiate the role of omega-3 fatty acids not only for protecting heart health, but also for the prevention of cancer and other diseases.

Daun Kari

POKOK daun kari (dalam bahasa Inggeris curry leaves) adalah termasuk dalam kelompok rempah ratus yang terkenal di kalangan masyarakat kita. Penggunaannya sangat meluas sebagai perasa dalam masakan berasaskan kari bagi masyarakat India dan juga Melayu. la juga dikenali sebagai daun karepulei dan boleh dikatakan sinonim dengan lauk kari yang merupakan ciri khas bagi masakan India (mamak).

Baunya yang enak dan wangi menyebabkan ia sebagai pembuka selera kepada para penggemar masakan tersebut. Selain sebagai perasa, sebenarnya banyak lagi khasiat daripada daun kari terutama dalam bidang perubatan dan farmaseutikal yang dapat diketengahkan kepada masyarakat. Pokok daun kari atau nama saintifiknya Murraya koenigii adalah sejenis tumbuhan renek dengan ketinggian mencapai sehingga 5 meter. Tumbuhan ini tergolong dalam genus Murraya dari famili Rutaceae yang mempunyai sekitar 150 genera dan 1,600 spesies.

Di Semenanjung Malaysia hanya terdapat dua spesies dari genus Murraya, iaitu Murraya koenigii (daun kari) dan Murraya paniculata (pokok kemuning). Dari semenjak dahulu lagi, daun kari telah digunakan secara meluas terutama untuk dijadikan perasa semula jadi dalam masakan di benua kecil India serta Sri Lanka. Mengikut sejarah, daun kari telah diperkenalkan di Semenanjung Malaysia oleh para pendatang dari India Selatan (kebanyakannya masyarakat Tamil) yang berhijrah ke Tanah Melayu ketika era British lagi. Setelah beberapa ketika, kini daun kari boleh didapati secara meluas di negara ini serta ditanam dihala- man rumah serta sekitar kampung.

Tumbuhan ini mempunyai bunga yang berwarna putih dan berbentuk loceng. Buahnya berbentuk bujur, hijau semasa muda dan merah apabila masak. Daunnya tunggal dan berwarna hijau. Daun sebaran yang terdapat di tangkainya adalah di antara 15-18 helai serta berbentuk bujur telur dan runcing di hujungnya. Di benua kecil India pokok ini telah lama digunakan dalam rawatan perubatan tradisional. Antara bahagian yang sering digunakan untuk tujuan tersebut ialah daun, buah, batang dan akar.

Daunnya digunakan untuk merawat kebengkakan atau benjolan dengan cara menyapukan daun yang telah dikisar bersama sedikit air pada bahagian tersebut. Sementara jus dari akarnya dapat digunakan untuk menyembuh penyakit buah pinggang. Selain itu, daun kari juga dipakai untuk merawat sakit perut, sembelit, cirit-birit, muntah-muntah, terkena patukan ular, menghilangkan ruam di kulit, masalah rambut beruban, menghitamkan rambut serta menghilangkan loya bagi wanita yang mengandung.

Kajian secara saintifik yang telah dijalankan di Jabatan Kimia dan Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) menunjukkan pokok kari mengandungi pelbagai kelas sebatian kimia semula jadi yang dapat memberikan sifat keaktifan biologi. Daunnya yang berbau harum adalah disebabkan kandungannya yang kaya dengan minyak pati (essential oils), Minyak pati merupakan campuran pelbagai konstituen kimia dari kelas monoterpena, seskuiterpena dan diterpena,

Di antara kandungan minyak pati dari daun kari termasuk kariofi1ena, elemena, osimena, kadinena, selinena, bisabolena dan felandrena, Ciri utama minyak pati adalah kemudahannya untuk meruap apabila bahan tersebut dipanaskan sa- ma ada melalui pendidihan atau pengewapan. Selain mempunyai bau harum yang sesuai digunakan sebagai bahan perisa, minyak pati juga mempunyai sifat umum sebagai bahan antibakteria, Selain dari daun yang mengandungi minyak pati, bahagian lain seperti kulit batang dan akar juga mengandungi bahan kimia semula jadi dari kelas lain.

Kandungan utama yang telah diperoleh yang menarik sebagai ba- han kajian saintifik adalah sebatian yang termasuk dalam kelas alkaloid indol. Alkaloid pula merupakan sebatian yang mengandungi atom nitrogen serta bersifat sebagai bes. Di antara alkaloid yang telah dikenal pasti ialah mahinimbin, girinimbin, murayasin, mahinin, murayanin, murayafolin, metilkarbazol dan murayazolin. Kajian lanjutan menunjukkan sebahagian daripada sebatian ini mempunyai kesan sitotoksik (merencatkan tumbesaran sel kanser) terhadap beberapa jenis sel dari tisu manusia. Di samping itu, sebatian jenis ini juga didapati berkesan dalam menghalang pertumbuhan sejenis ameba yang menyerang mata manusia.

Dari perhatian ini jelaslah bahawa pokok kari bukan sahaja dapat digunakan sebagai bahan perisa yang sememangnya popular di kalangan masyarakat kita, tetapi juga merupakan sumber bahan mentah untuk penyediaan sebatian-sebatian yang menarik dalam bidang farmaseutikal. Kesedaran masyarakat mengenai perkara ini bukan hanya akan meningkatkan nilai komersial dari pokok kari, tetapi juga terhadap bahan rempah ratus lain yang memang telah lama digunakan dan banyak terdapat di sekeliling kita.

Artikel ini ditulis oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Aspollah Sukari, Jabatan Kimia, Fakulti Sains UPM, Serdang, Selangor