Monday, February 28, 2011

Petua : Jintan Manis (anisu)

Jintan manis banyak n khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Sunday, February 27, 2011

Petua : Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila emakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Saturday, February 26, 2011

Sikap Positif Rahsia Awet Muda

LONDON: Satu kajian terbaru Amerika Syarikat mendakwa sikap berhati muda itu mampu membawa manfaat dan dikatakan dapat menjadikan seseorang itu awet muda. Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, biarpun seseorang itu sudah tua, tetapi dengan berfikiran positif sebenarnya dapat membantu melewatkan proses penuaan.

Malah, kajian terbaru Universiti Texas yang disiarkan dalam Jurnal `Psychology And Ageing', menunjukkan mereka yang sentiasa ceria dan berpandangan positif mengenai kehidupan kurang mempamerkan aspek penuaan yang ketara.

Penyelidik terbabit membuat kesimpulan yang hasil kajian mereka membuktikan faktor psikologi selain genetik dan kesihatan fizikal memainkan peranan penting dalam menentukan secepat mana seorang itu menjadi tua.

Kajian penyelidik Texas itu membabitkan 1,558 warga tua dari kalangan masyarakat Amerika berketurunan Mexico bagi melihat kaitan antara sikap positif dengan penuaan.

Di awal kajian tujuh tahun itu, kesemua sukarelawan terbabit berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan sihat.

Penyelidik menilai perkembangan penuaan mereka sepanjang tempoh terbabit dengan mengukur kadar kehilangan berat badan, keletihan, kelajuan berjalan dan keupayaan cengkaman tangan.

Mereka mendapati responden yang sentiasa berfikiran positif terhadap kehidupan terbukti agak lewat menjadi tua.

Namun, penyelidik itu berasakan lebih banyak kajian lanjutan perlu diadakan bagi membuktikan kaitan unik berkenaan, tetapi yakin yang perasaan atau emosi positif memberi kesan kepada kesihatan dengan mengubah keseimbangan kimia dalam badan.

Malah, sikap itu dapat mempengaruhi kesihatan seseorang dengan memberi keyakinan mereka dapat menempuhi hidup dengan penuh kejayaan.

"Saya sendiri sememangnya percaya ada kaitan antara pemikiran dan badan. Apa yang berlegar di minda kita mempengaruhi fungsi fizikal dan tahap kesihatan diri secara keseluruhan, termasuk dari segi ketahanan badan," kata ketua penyelidik Dr Glenn Ostir.

Laporan kajian kedua yang turut disiarkan jurnal sama, turut mengandaikan yang tahap fizikal individu boleh dipengaruhi keadaan mental seseorang itu.

Sekumpulan penyelidik Universiti North Carolina State yang menemu bual 153 orang daripada pelbagai peringkat umur yang turut menjalani ujian memori selepas didedahkan kepada perkataan positif dan negatif berhubung kepercayaan ramai membabitkan aspek penuaan.

Hasilnya, tahap memori di kalangan dewasa terbabit adalah rendah apabila mereka berulang kali mendengar pandangan negatif yang stereotaip.

Keadaan adalah sebaliknya apabila golongan muda dan dewasa itu didedahkan dengan tanggapan positif.

"Ini menunjukkan jika golongan tua dilayan sama seperti orang muda yang dilihat sebagai berkeyakinan, itulah yang akan berlaku."

"Ia menunjukkan faktor persekitaran sosial yang boleh memberi impak bermakna kepada tahap memori golongan dewasa yang berumur," kata ketua penyelidik, Profesor Thomas Hess. – Agensi

Friday, February 25, 2011

Bahaya gula

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

Semua orang, tidak kira kanak-kanak, remaja atau orang dewasa, tidak memerlukan gula. Gula hanya perisa yang mengandungi kalori tetapi tiada khasiat.

Ia digunakan hanya untuk menaikkan rasa makanan dan sebagai mana yang kita tahu, makanan manis memang lebih mudah diterima, terutama di kalangan kanak-kanak.

Manis dan masin adalah rasa yang dipelajari sejak kanak-kanak. Berbanding rasa masin garam, kemanisan gula lebih memikat selera. Ini sebabnya ada ibu bapa memasukkan gula dalam makanan anak untuk menggalakkan mereka makan. Namun kesilapan kecil ini merangsang cita rasa anak terhadap makanan manis dan ia biasanya berlanjutan hingga dewasa.

Kajian Kementerian Kesihatan mendapati, rakyat negara kita mengambil kira-kira 125 gram sehari atau 875 gram seminggu; lebih dua kali ganda daripada had disarankan iaitu hanya 50 gram atau tidak melebihi 10 camca teh.

Bukan rakyat Malaysia saja yang mengambil banyak gula, malah ia juga berlaku pada masyarakat Barat, termasuk Amerika Syarikat. Akhbar melaporkan, secara purata rakyat Amerika mengambil antara 900 hingga 1,350 gram gula seminggu!

Namun ini bukan perkara yang perlu dicontohi atau dijadikan saingan kerana banyak kajian menunjukkan pengambilan gula berlebihan hanya memudaratkan kesihatan. Malah, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, menyarankan pengguna mengurangkan meminum minuman ringan yang dihasilkan menggunakan gula fruktosa yang mengandungi lebih 50 peratus gula sukrosa.

Katanya, penyelidik mendapati tindakan fruktosa dalam badan berbeza daripada gula jenis lain kerana ia dimetabolismakan dengan cara yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan kerana ia tidak menghalang tindakan ghrelin iaitu hormon rasa lapar.

Maknanya, fruktosa meningkatkan kecenderungan kita untuk makan dan makan berlebihan itu adalah penyumbang utama kenaikan berat badan.

Gula sebenarnya adalah karbohidrat. Sumber penting tenaga. Nasi, bihun, mi, pasta, roti, sayuran berubi dan buah-buahan adalah makanan yang kaya karbohidrat. Jadi kita tidak perlu risau jika tidak mengambil gula kerana semua makanan yang diambil memang mengandungi gula karbohidrat, sama ada dalam bentuk semula jadi atau diproses. Karbohidrat juga ditukar ke bentuk gula ringkas dulu sebelum ia boleh digunakan sebagai tenaga.

Biasanya apabila bercakap mengenai gula, kita merujuk kepada gula sukros daripada tebu atau beet. Antara bentuk gula yang ada di pasaran ialah gula bertapis seperti sukrosa (gula pasir atau halus), dekstrosa (sirap jagung) dan sirap fruktosa (sirap) yang digunakan dalam penghasilan pelbagai makanan seperti roti, bijirin sarapan pagi, mentega kacang, mayonis, sos, kicap dan minuman ringan. Itu belum masuk makanan yang sememangnya manis seperti kek, biskut atau kuih muih.

Malangnya badan kita tidak dapat membezakan antara gula asli atau yang diproses kerana semuanya memberi kesan sama. Secara umumnya semua jenis gula, tidak kira apa jenis dan sumbernya (termasuk daripada karbohidrat) membekalkan tenaga sebanyak empat kalori bagi setiap gram.

Kita semua maklum, setiap tenaga berlebihan disimpan sebagai lemak. Bagi individu yang ada masalah berat badan, cita rasa terhadap makanan manis memburukkan keadaan dan menyukarkan proses menguruskan badan. Malah, ada yang menganggap gula bertapis (yang berwarna putih) sebagai punca kematian kerana di sebalik rasa manisnya, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada sistem imun, berat badan dan kesihatan secara keseluruhan.

Bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan?• Gula putih menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Ada yang mengatakan gula juga membuatkan badan kita bersifat asidik yang menyebabkan kita lebih mudah diserang bakteria dan virus. Malah, gula juga menjadi makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.

• Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik. Maknanya, ia menyebabkan paras gula darah meningkat cepat dan menjejaskan paras insulin. Maka ia dianggap makanan terlarang, terutama bagi pesakit kencing manis, kerana ia menyukarkan kawalan paras gula darah.
• Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser. Walaupun kebanyakan doktor tidak mengenakan pantang larang makanan kepada pesakit kanser yang menerima rawatan, mengawal kandungan gula dalam darah membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.

Kawalan paras gula dalam darah melalui penjagaan makanan, senaman, makanan tambahan dan ubat antara komponen penting dalam rawatan kanser.

• Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan. Masalah dihadapi kebanyakan orang ialah mempunyai bekalan tenaga harian berlebihan daripada makanan dan minuman. Walaupun semua orang tahu bersenam itu penting bagi membakar (menggunakan tenaga), masih ada yang liat mengamalkannya. Tenaga yang berlebihan, ditambah pula tenaga daripada gula dalam minuman, turut menyumbang kepada pertambahan berat badan.
• Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi seperti kerap dialami kanak-kanak. Bakteria dalam mulut menggunakan gula ini untuk menjadikan keadaan mulut lebih berasid bagi memecahkan lapisan enamel (lapisan gigi paling luar). Lama kelamaan, gigi akan berlubang. Apabila ini terjadi, banyak masalah lain menyusul, termasuk sakit gigi, jangkitan dan kehilangan gigi.

Tabiat makan yang terlalu kerap juga perlu dihentikan. Ini kerana apabila kita makan (khususnya makanan mengandungi karbohidrat), ia meningkatkan kemungkinan pereputan gigi kerana air liur lebih banyak digunakan untuk menghancurkan makanan, sedangkan air liur penting bagi meneutralkan tahap keasidan mulut.

Dalam kajian lain mendapati, masalah kesihatan gigi boleh menjadi penyumbang langsung kepada masalah jantung. Untuk mengelak masalah kesihatan yang lebih serius, kurangkan pengambilan gula dalam makanan harian.

Langkah untuk mengurangkan pengambilan gula:• Baca label dan periksa kandungan gula sesuatu produk. Perkataan glukosa, sukrosa, fruktosa, dekstrosa, madu, gula perang dan semua jenis sirap bererti gula.
• Buat catatan, terutama bagi yang suka makanan manis. Catatan ini termasuk minuman manis (kopi, teh atau jus buah ketika sarapan), sajian pencuci mulut (kuih-muih, snek, gula-gula atau kek. Melalui cara ini, anda boleh membuat penilaian berapa banyak makanan manis yang anda ambil dalam masa sehari atau seminggu.
• Amalkan minum air masak setiap kali makan, terutama ketika makan tengah hari atau makan malam. Jika selama ini anda minum minuman manis, kurangkan kemanisan minuman anda. Pastikan anda juga meminta segelas air masak bersama minuman manis bagi menambah pengambilan air masak.
• Setiap 355 mililiter minuman ringan atau karbonat mengandungi kira-kira 10 camca teh gula. Ini bersamaan dengan saranan pengambilan gula harian daripada makanan dan minuman. Minuman ringan adalah sumber gula tambahan paling utama dalam diet kanak-kanak Amerika Syarikat. Senario ini tidak banyak berbeza dengan keadaan kanak-kanak di negara kita yang dibesarkan dengan pelbagai minuman ringan. Justeru, tidak hairan jika masalah obesiti kanak-kanak di Malaysia turut meningkat.
• Ketika membeli, pilih makanan atau minuman yang mempunyai label ‘kurang manis’.
• Gantikan snek makanan ringan atau sajian pencuci mulut kuih muih kepada buah-buahan.

Jejas kesihatan
• Gula putih menyekat sistem imun
• Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik
• Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser
• Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan
• Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi

Langkah
• Baca label dan periksa kandungan gula sesuatu produk
• Buat catatan, terutama bagi yang suka makanan manis
• Amalkan minum air masak setiap kali makan, terutama ketika makan tengah hari atau makan malam
• Setiap 355 mililiter minuman ringan atau karbonat mengandungi kira-kira 10 camca teh gula
• Ketika membeli, pilih makanan atau minuman yang mempunyai label ‘kurang manis
• Gantikan snek makanan ringan atau sajian pencuci mulut kuih muih kepada buah-buahan

Thursday, February 24, 2011

Kurangkan Garam

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

SELALU kita mendengar pesanan untuk mengurangkan pengambilan gula dan garam. Kalau gula sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis, pengambilan garam berlebihan pula terbukti boleh merangsang masalah tekanan darah tinggi.

Hari ini adalah sambutan Hari Hipertensi Sedunia. Hipertensi atau tekanan darah tinggi antara penyakit senyap yang boleh membunuh kerana ia mampu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan lain tanpa tanda amaran.

Ramai tidak sedar mereka mengalami tekanan darah tinggi. Walaupun ia boleh diketahui melalui pemeriksaan mudah yang mengambil masa beberapa minit, ramai tidak menganggapnya sebagai perkara penting.

Kalau dulu tekanan darah tinggi dianggap penyakit orang tua, terutama warga emas (tiga per empat daripada wanita dan dua per tiga daripada lelaki berumur 70 tahun ke atas), kini semakin banyak kes dikesan pada golongan muda, termasuk dalam lingkungan 30-an.

Kajian di Amerika Syarikat mendapati lebih 50 juta rakyatnya mengalami tekanan darah tinggi. Dianggarkan dua daripada tiga orang yang dikesan mengalami masalah ini mendapatkan rawatan. Daripada jumlah itu 75 peratus mengambil ubat, tetapi hanya 45 peratus daripadanya mendapat rawatan secukupnya. Di Malaysia, sekurang-kurangnya 42 peratus orang dewasa berusia lebih 30 tahun mengalami hipertensi. Pakar perubatan khuatir kerana daripada 4.8 juta rakyat Malaysia yang menghidap penyakit ini, hanya lapan peratus dapat mengawal tekanan darah supaya ada dalam julat sihat.

Tema sambutan tahun ini ialah Garam dan Hipertensi Pembunuh Senyap. Tahukah anda bahawa kebanyakan kita mengambil garam melebihi apa yang diperlukan? Tujuh daripada 10 penduduk dewasa Amerika Syarikat mengambil 2.3 kali ganda garam daripada paras sihat.

Data terbaru menunjukkan secara purata rakyat Amerika mengambil satu setengah camca teh garam setiap hari — setengah camca teh lebih daripada jumlah disarankan iaitu hanya satu camca teh atau 2,300 miligram garam sehari, kata Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit bagi sakit jantung dan strok, Dr Darwin Labarthe.

Kesan garam terhadap peningkatan tekanan darah tidak perlu disangkal lagi. Ia terbukti sejak berabad lalu, malah manuskrip kuno China ada mencatatkan kaitan antara garam dengan tekanan darah tinggi.

Kajian di Singapura mendapati 90 peratus rakyatnya mengambil garam dua kali ganda daripada tahap disarankan. Keputusan kajian ini boleh diguna pakai untuk rakyat Malaysia kerana makanan kita tidak jauh berbeza.

Garam mengandungi dua bahan asas iaitu sodium dan klorida. Garam diperlukan untuk menseimbangkan kandungan cecair dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik bagi membolehkan transmisi saraf serta pengecutan otot.

Garam berlebihan akan meningkatkan tekanan darah. Apabila tekanan darah meningkat, risiko mendapat strok, serangan jantung juga bertambah. Pengambilan garam berlebihan juga mendedahkan anda kepada kanser perut dan hidung.

Kanak-kanak yang mengambil banyak garam pula mempunyai peluang besar untuk mengalami tekanan darah tinggi apabila dewasa.

Biasanya buah pinggang bertanggungjawab mengawal paras garam dalam badan. Jika terlalu banyak garam, buah pinggang menyingkirnya melalui air kencing.

Namun apabila kandungan garam dalam darah sangat tinggi, buah pinggang tidak lagi dapat mengurangkan paras garam ke tahap normal dan garam ini kekal di dalam darah.

Satu sifat garam ialah ia mampu menarik air. Apabila terlalu banyak garam dalam darah, ia menarik lebih banyak air masuk ke dalam aliran darah untuk mengekalkan paras garam yang selamat. Ini bermakna kandungan cecair dalam salur darah bertambah dan ia menyebabkan tekanan darah meningkat.

Sesetengah orang lebih sensitif terhadap garam dan pada individu begini pengambilan garam berlebihan menaikkan tekanan darah. Biasanya orang tua dan pesakit kencing manis lebih sensitif pada garam.

Secara purata, kita memerlukan kira-kira 500 miligram garam sehari untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Walaupun kita boleh mengambil sehingga 2,300 miligram garam sehari tetapi pesakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan individu berumur 40 tahun ke atas perlu mengawal pengambilan garam supaya tidak melebihi 1,500 miligram sehari.

Dianggarkan 80 peratus garam yang diambil adalah garam tersembunyi iaitu di dalam makanan berproses, termasuk daging hancur, daging burger, naget, sayur asin, ikan masin, sosej, keju, buah zaitun jeruk, jeruk buah, biskut, snek, kerepek dan makanan dalam tin. Garam dalam masakan hanya menyumbang peratusan kecil terhadap paras garam darah.

Manis dan masin adalah rasa yang dipelajari sejak kecil. Kajian mendapati kecenderungan terhadap sesuatu rasa sukar diubah selepas berumur tujuh tahun. Ini sebabnya anda sebagai ibu bapa perlu tahu kebaikan serta keburukan gula dan garam supaya boleh menyemai tabiat pemakanan baik di kalangan anak.

Adakah garam laut lebih baik dan menyihatkan? Walaupun banyak dakwaan mengatakan begitu, hakikatnya jika berlebihan, kesan garam laut terhadap badan adalah sama dengan garam biasa; cuma harganya lebih mahal.

Tekanan darah yang sihat adalah kurang daripada 140/90 mmHg. Individu yang mempunyai ukuran lebih daripada had ini dikategorikan menghidap penyakit tekanan darah tinggi (rujuk Jadual 1). Yang menyedihkan ialah tekanan darah tinggi dikategorikan sebagai penyakit sepanjang hayat. Ini bermakna ia perlu dirawat selagi kita hidup.

Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, berkata ramai pesakit menghentikan pengambilan ubat apabila mendapati tekanan darah mereka mencapai tahap normal.

Tindakan ini sangat berbahaya kerana tekanan darah boleh meningkat semula dan jika pesakit tidak melakukan perubahan gaya hidup, mereka berisiko mendapat pelbagai penyakit akibat peningkatan tekanan darah.

Rawatan sepanjang hayat yang dimaksudkan ialah melakukan perubahan gaya hidup dan mengambil ubat mengikut saranan doktor. Bagaimanapun, kebergantungan terhadap ubat boleh dikurangkan jika pesakit sanggup memulakan hidup baru dengan:
• Berhenti merokok
• Mengurangkan berat badan (jika ada masalah gemuk atau terlalu gemuk)
• Bersenam
• Mengurangkan pengambilan garam

Malah atas nasihat doktor, pesakit juga ada peluang untuk bebas daripada ubat jika menjadikan empat perkara di atas sebagai amalan sepanjang hayat.

Panduan mengurangkan pengambilan garam:
• Kurangkan penggunaan semua jenis sos dalam masakan. Sebaliknya gantikan dengan herba atau stok ikan bilis yang disediakan sendiri (dengan merebus ikan bilis, dan gunakan air rebusan dalam masakan)
• Baca label ketika membeli barang makanan. Cari produk yang rendah kandungan garam (sodium)
• Jika makan di luar, pesan kepada tukang masak untuk mengurangkan garam dalam makanan anda
• Masukkan garam akhir sekali. Cara ini mengurangkan penggunaan berbanding jika ia dimasukkan dari awal
• Sediakan sup tawar (tanpa garam). Garam hanya dimasukkan sejurus sebelum makan mengikut cita rasa setiap individu
• Elak mencampurkan serbuk asam atau garam ke dalam buah-buahan anda. Nikmatilah rasa asli buah-buahan berkenaan.

Fakta tekanan darah tinggi:
• Lebih kerap pada orang tua — 3/4 daripada wanita dan 2/3 daripada lelaki berumur 70 tahun ke atas
• Dua kali lebih lazim di kalangan individu obes
• Pembunuh senyap yang boleh sebabkan strok, serangan jantung, kegagalan jantung, aneurisme (bengkak pada dinding salur darah) dan kegagalan buah pinggang
• Tiada gejala

Wednesday, February 16, 2011

Cergas di Tanah Suci

Oleh Hafizah Iszahanid - hafiza@bharian.com.my
2010/10/10

Banyakkan minum air, sayur, buah-buahan bagi elak masalah

JIKA ditanya apakah kebimbangan yang bersarang di minda bakal haji, sudah pasti jawapannya adalah kesihatan selain menjaga tertib ibadat berkenaan.

Ini kerana, tanpa kesihatan yang baik, sedikit sebanyak ia pasti memberi kesan ketika mengerjakan haji. Antara ancaman utama termasuklah perubahan cuaca, berkumpulnya ribuan manusia selain kepadatan penduduk sedia ada serta kesukaran lain andai anda mengalami penyakit kronik.
Umumnya, bakal jemaah seharusnya memulakan persediaan penjagaan kesihatan dengan mengamalkan pemilihan makanan seimbang dan mengikut piramid makanan. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, pilih makanan yang rendah lemak dan rendah kolesterol. Bersederhana dalam pengambilan makanan yang mengandungi gula dan garam selain banyakkan pengambilan air kosong.
Jika anda merokok, sepatutnya anda sudah berjaya meninggalkan tabiat itu sebelum mengerjakan haji. Selain kaitan pelbagai komplikasi penyakit kronik, tabiat buruk itu juga menyebabkan perokok cepat semput ketika mengerjakan ibadat itu dan masalah nafas busuk.

Sebelum ke tanah suci, anda seharusnya sudah melakukan pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan penting bagi mengesan masalah kesihatan yang anda hadapi. Ia bagi mengelakkan penyakit menjadi bertambah teruk semasa berada di tanah suci. Selain itu pemeriksaan kesihatan juga penting terutama bagi anda yang sebelum ini tidak pernah melakukannya. Ia membantu mengesan sekiranya jemaah berhadapan dengan masalah seperti darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta lain-lain masalah kesihatan.

Pemeriksaan kesihatan juga penting bagi memastikan anda tidak berhadapan dengan penyakit berjangkit atau masalah nyanyuk selain hamil bagi jemaah haji wanita. Pemeriksaan kesihatan juga meliputi pemeriksaan mental dan fizikal iaitu ujian paras hemoglobin, kumpulan darah, faktor rhesus, ECG dan jika perlu ujian tekanan mengikut umur dan keadaan fizikal.

Jangan cuba sorokkan status kesihatan anda. Perbuatan ini bukan saja akan menyusahkan petugas perubatan di tanah suci tetapi juga akan menyusahkan diri anda juga.

Bagi jemaah wanita pula, jika mahu mengambil ubat hormon bagi menghentikan haid dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat doktor. Namun, secara umum kedatangan haid tidak menjadi masalah kecuali sewaktu tawaf dan saie.

Pastikan anda memenuhi jadual imunisasi yang disyaratkan. Semua bakal jemaah wajib mendapatkan suntikan anti meningitis (meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135) yang boleh diambil di klinik atau hospital. Suntikan ini adalah persediaan wajib untuk bakal jemaah seperti mana diarahkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Suntikan lain yang boleh diambil sebagai langkah berjaga-jaga termasuklah vaksin influenza A H1N1, influenza bermusim bermusim, pneumococcal 23-valent (mereka yang berhadapan dengan masalah paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini untuk mencegah radang serius di paru-paru yang berpunca daripada bakteria). Secara umum, pneumonia merupakan antara penyakit utama dikalangan jemaah haji di tanah suci.

Pertimbangkan juga untuk mengambil vaksin hepatitis (A, B, C) dan lain-lain vaksin yang difikirkan perlu, tetapi berbincanglah dengan doktor terlebih dulu.

Anda juga sepatutnya sudah melatih diri untuk bersenam setiap hari sekurang-kurangnya untuk jangka masa 15 ke 20 minit. Tidak semestinya di gimnasium, sebaliknya latih diri dengan senaman mudah seperti berjalan. Mulakan dengan jarak yang dekat sebelum lebih jauh.

Anda juga digalakkan menyediakan pakaian yang sesuai bagi menyesuaikan diri dengan cuaca yang boleh menjadi terlampau sejuk di sebelah malam (pakaian tebal, stokin) selain topeng muka sebagai persediaan mengharung hari siang yang mungkin berdebu.

Kerap minum air kosong jika cuaca panas, namun jauhkan minuman berkafien kerana ia akan menyebabkan anda kerap terkencing. Pastikan juga anda mencuci tangan dengan betul bagi mengelakkan masalah penyakit berjangkit melalui makanan.

Info - Antara masalah halang haji:

# Gangguan mental (gila/tidak siuman).
# Dimentia (nyanyuk).
# Diabetes yang tidak terkawal dan mempunyai komplikasi.
# Hipertensi yang tidak terkawal dan dalam keadaan bahaya.
# Sakit jantung di peringkat bahaya.
# Penyakit kanser di peringkat serius.
# Menghidap penyakit berjangkit.
# Hamil.

Sumber: Bahagian Pendidikan Kementerian Kesihatan dan Tabung Haji.

Tuesday, February 15, 2011

Rahsia awet muda

Oleh Suzan Ahmad - suzan@bharian.com.my
2011/01/30

Gaya hidup sihat bantu kekal sihat sampai tua

SIAPA yang tidak terganggu memikirkan usia semakin meningkat. Selain bentuk fizikal, kudrat juga semakin terhad. Cuba fikir sejenak, mahukah kita menjadi seorang tua yang lemah, tidak berdaya, cerewet, pelupa, rabun, tidak sihat dan lebih selesa bersendirian tatkala anak cucu datang menjenguk atau menjadi warga tua yang cergas, aktif, sihat dan gembira menempuh saat persaraan.

Definisi peningkatan usia yang dikaitkan dengan nombor tidak lagi relevan. Penuaan adalah proses semula jadi yang tidak boleh dielakkan, tetapi ia boleh dilengahkan. Pakar perubatan hari ini tidak lagi mentakrifkan tua berdasarkan umur biologi (angka), sebaliknya lebih melihat kepada tahap kesihatan seseorang.

Mengikut kajian, bilangan warga tua di Malaysia meningkat hampir 1.4 juta pada 2000 dan dijangkakan mencecah 3.4 juta menjelang 2020. Walaupun ini menunjukkan negara akan kebanjiran warga tua berbanding warga muda, ia bukan bermakna warga tua tidak mampu untuk menjadi lebih produktif.

Ramai tidak sedar banyak yang boleh dilakukan individu untuk kekal aktif dan sihat dalam meniti usia tua. Risiko dan beban penyakit kronik meningkat dengan pertambahan warga tua. Begitupun ia boleh dicegah sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat, saringan kesihatan tahunan pada peringkat awal bagi mengesan penyakit dan melengahkan merebaknya penyakit dengan perubahan gaya hidup dan pengambilan makanan seimbang.

Perunding Perubatan Dalaman dan Geriatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Rajbans Singh, berkata dalam meniti usia tua, risiko mendapat penyakit kronik seperti kardiovaskular, diabetes, tekanan darah tinggi, dementia dan Alzheimer adalah tinggi selain penyakit berkaitan kesihatan mental, kanser dan pelbagai lagi.

“Mengesan awal, langkah pencegahan dan pengurusan penyakit lazim seperti darah tinggi dan diabetes mampu mengekalkan tahap kesihatan dan hidup berdikari. Menggalakkan warga tua aktif mental dan fizikal penting buat populasi yang semakin meningkat usia ini dengan mengamalkan pemakanan seimbang kerana ia mampu mengurangkan risiko sakit jantung, strok, diabetes jenis 2, masalah tulang, beberapa jenis barah dan anemia.

“Ramai warga tua berubah menjadi sangat memilih makanan, ada juga yang enggan mendengar nasihat doktor untuk mengamalkan pemakanan seimbang dan penuh nutrisi bagi memastikan terus sihat, cergas dan aktif,” katanya selepas perasmian Program Kesejahteraan Warga Tua di PPPC, baru-baru ini.

Masalah kesihatan paling lazim diterima ialah arthritis dan sakit sendi, sakit belakang, osteoporosis, masalah pendengaran, hilang penglihatan, hilang ingatan, tekanan, hilang stamina dan hilang selera.

Kebanyakan masalah ini boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat. Masalah berkaitan sakit sendi dan arthritis pula boleh dialihkan atau dilengahkan daripada merebak dengan ubat-ubatan.

Dr Rajbans turut mendedahkan, kini kajian saintifik menyeluruh dijalankan terhadap sel stem bagi menangguh atau melambatkan proses penuaan sel manusia secara semula jadi supaya mereka kekal kelihatan muda walaupun sudah berusia.

Kajian menunjukkan, menjelang 2050 warga tua atau populasi kelabu ini dijangka mencecah dua bilion dan 80 peratus daripada jumlah itu tinggal di negara membangun. Ini membuktikan paras lanjut usia penduduk juga semakin panjang dengan 80 peratus kematian berlaku ketika usia mencecah lebih 60 tahun.

“Sekiranya warga tua mampu mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan diri, mereka juga mampu memainkan peranan yang cukup efektif dalam membangunkan bangsa dan negara dengan berkongsi pengalaman, kepakaran, skil dan kebijaksanaan,” katanya.

INFO: Petua kekal muda

# Lakukan senaman ringan setiap hari bergantung pada tahap kesihatan, untuk kekal cergas dengan memastikan fizikal dan mental sihat dan mandiri. Individu yang tidak aktif lebih mudah mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang aktif

# Elakkan terjatuh kerana ia boleh menyebabkan kecederaan, retak dan maut. Keretakan akibat terjatuh biasanya menjejaskan bahagian punggung, pelvik, tulang belakang dan lengan

# Makan makanan rendah lemak, diet tinggi serat dan pastikan pemakanan seimbang seperti buah, sayur, bijirin dan kekacang

# Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang senaman, diet atau makanan tambahan

# Minum banyak air, berhenti merokok dan elak atau kurangkan alkohol

# Kekalkan harga diri - bawa diri anda dengan penuh keyakinan dengan gaya berpakaian menarik, gaya rambut, menjaga penampilan wajah dengan melakukan penjagaan dan rawatan muka

Sunday, February 13, 2011

Risiko Dengkur

Jangan anggap berdengkur masalah lazim, dapatkan nasihat pakar perubatan.

Berdengkur sering dianggap tabiat melucukan dan terlalu lazim dalam kalangan masyarakat, namun tahukah berdengkur sebenarnya gambaran awal seseorang itu bukan saja berhadapan masalah dengan pasangan dan kualiti kehidupan tetapi juga masalah kesihatan yang serius.

Tabiat berdengkur berlaku apabila seseorang mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas sewaktu tidur. Ia disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat di bahagian hidung atau kerongkong, menyebabkan getaran lelangit lembut dan otot kerongkong yang menghasilkan bunyi. Terminologi perubatan untuk masalah ini disebut ‘steator’.

Masalah ini biasanya dikesan menerusi diagnosis pakar perubatan dari segi sejarah pesakit atau pasangan tidur yang kerap mempunyai masalah untuk lelap akibat terganggu.

Pesakit berdengkur juga boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan. Paling membahayakan sekiranya pesakit senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik.

Menurut Pakar Bedah Otorinolaringologi Hospital Columbia Asia, Bukit Rimau, Dr Mazita Ami, punca berdengkur disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat sewaktu tidur terutama sewaktu tidur nyenyak dan ia boleh dipengaruhi pengambilan alkohol atau ubat-ubatan sebelum tidur.

“Saluran pernafasan tersumbat boleh berlaku pada bahagian hidung atau kerongkong atau kedua-duanya sekali. Oleh itu kehadiran tisu tonsil atau adenoid yang besar, polip hidung, tulang hidung yang bengkok dan pesakit yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher pendek dan besar akan meningkatkan risiko masalah berdengkur,” katanya.

Masalah berdengkur boleh dikaitkan dengan masalah tidur serius dikenali ‘sleep apnea’. Ia berlaku apabila pesakit berhenti bernafas lebih daripada 10 saat sewaktu tidur (apnea). Apnea pula boleh berlaku berulang kali sewaktu tidur dan menyebabkan pengurangan kandungan oksigen dalam darah pesakit.

Jelasnya, ‘sleep apnea’ yang tidak dirawat boleh membawa masalah darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar, glaukoma dan sebagainya. Kerana itulah juga masalah berdengkur lazimnya dialami pesakit lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun terutama yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Adalah penting bagi pesakit mendapat nasihat pakar untuk mengetahui sekiranya mereka mempunyai masalah ‘sleep apnea’. Masalah ini mempunyai beberapa tahap serius mengikut hasil kajian tidur yang dijalankan ke atas pesakit di makmal tidur di hospital atau di rumah pesakit sendiri.

Menerusi kajian ini, pakar akan dapat mengesan kekerapan ‘apnea’ semasa tidur kerana semakin kerap berlaku ‘apnea’, semakin serius tahap penyakit itu dan kesannya kepada kesihatan pesakit.

Rawatan untuk masalah berdengkur bergantung kepada punca yang dikenal pasti. Pembedahan boleh dilakukan untuk merawat masalah saluran pernafasan sempit seperti tisu tonsil yang besar, polip hidung dan sebagainya. Sekiranya berkaitan dengan ‘sleep apnea’, rawatan ‘continuous airway pressure’ adalah antara yang berkesan.

Pesakit yang obes juga dinasihat untuk mengurangkan berat badan.

Tegasnya, berdengkur bukan masalah lazim yang patut diterima bila umur meningkat. Ia boleh membawa masalah ‘sleep apnea’ yang serius dan memudaratkan kesihatan pesakit. Mereka yang mengalami masalah tidur bersama gejala mengantuk waktu siang, sakit kepala, keletihan dan masalah emosi perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan.

Info: Langkah pencegahan dengkur

# Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan.
# Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur.
# Memilih posisi tidur secara mengiring.
# Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari.
# Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit.

Oleh Suzan Ahmad - suzan@bharian.com.my (Berita Harian Online)
2010/12/19

Saturday, February 12, 2011

Punca Mata Rosak

Oleh Hafizah Iszahanid - hafiza@bharian.com.my
2010/09/26

PERNAHKAH anda mengalami masalah penglihatan tengah yang kabur? Tidak cukup dengan itu, garisan yang lurus pula kelihatan bengkang-bengkok dan tidak lama selepas itu, anda mula menyedari anda cuma bergantung kepada penglihatan sisi.

Anda mungkin menyangka ia petanda mata sudah tua dan memerlukan kaca mata baru. Namun, berita lebih buruk, simptom itu adalah gejala makular iaitu kerosakan mata akibat penuaan (AMD). Biarpun ia tidak menyerang semua orang, apa yang lebih menakutkan masalah AMD ini tiada penawarnya.
Ada dua faktor yang menyebabkan AMD iaitu faktor yang boleh dikawal dan faktor yang tidak boleh dikawal. Faktor yang tidak boleh dikawal adalah genetik dan peningkatan usia manakala faktor yang boleh dikawal membabitkan tabiat merokok, pengambilan diet tidak seimbang selain masalah obesiti dan tidak bersenam.

Merokok memang sangat kerap dikaitkan dengan pelbagai komplikasi kesihatan. Kajian mendapati golongan perokok mempunyai risiko diserang AMD sebanyak empat kali ganda berbanding mereka yang tidak merokok. Malah kes AMD dikesan antara dua hingga tiga kali ganda lebih banyak di kalangan perokok. Ringkasnya, lebih banyak merokok maka lebih besar risiko diserang AMD.

Pakar Bedah Mata, Dr Ahmad Fauzi Md Sharif, berkata secara umumnya AMD adalah penyakit yang berkaitan dengan penuaan. Ia memusnahkan pandangan tengah mata dan menyebabkan pandangan anda tidak setajam dulu. Pandangan tengah mata diperlukan bagi membolehkan kita melihat objek dengan jelas. Antara tugas harian yang memerlukan penglihatan tengah mata adalah membaca dan memandu.

Bagaimanapun, kebanyakan orang tidak menyedari mereka berhadapan dengan AMD. Ini kerana AMD tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Malah dalam sesetengah kes ia terjadi perlahan-lahan sehinggakan anda merasakan AMD itu sebahagian daripada perkara wajib apabila usia meningkat tua.
Namun, menurut bekas pensyarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini, ada juga kes AMD berlaku dengan cepat dan menyebabkan penglihatan tengah kedua-dua belah mata terjejas.

“AMD lazimnya berlaku pada usia 50 tahun ke atas. Walaupun ia bukanlah faktor yang boleh menyebabkan buta sepenuhnya tetapi ia menjejaskan kualiti kehidupan.

“Satu ketika dulu, AMD dianggap penyakit orang barat tetapi kajian terbaru yang dikeluarkan Mei lalu mendedahkan orang Asia juga cenderung diserang AMD.

“Kajian di lima negara Asia iaitu Jepun, China, Korea Selatan, India dan Singapura mengesahkan kekerapan orang Asia berhadapan dengan peringkat awal AMD ialah 6.8 peratus manakala AMD tahap akhir pula 0.56 peratus berbanding 8.8 peratus dan 0.59 peratus di barat. Kebanyakan mereka yang diserang AMD berusia antara 40 hingga 79 tahun,” katanya.

Ketua Pusat Penyelidikan Mata PPUM, Prof Madya Dr Fong Choong Sian, pula berkata, makular itu merujuk bahagian di tengah retina dan ia sejenis tisu yang sensitif pada cahaya dan terletak di belakang mata. Umumnya retina dengan pantas menukarkan cahaya atau imej kepada ‘impulse’ atau isyarat elektrik. Retina kemudian menghantar isyarat saraf itu ke otak.

Bagi kes AMD, sel yang rapuh itu rosak atau tidak lagi berfungsi. Ada dua jenis AMD yang dirujuk sebagai AMD Basah dan AMD Kering. AMD Basah terjadi apabila salur darah baru tumbuh di belakang retina dan disebabkan sifatnya yang rapuh, ia mudah berdarah atau tercalar yang menyebabkan penglihatan terjejas.

AMD Basah terjadi dengan cepat dan ada kalanya sebagai tidak balas pada rawatan peringkat awal. Dalam keseluruhan pesakit AMD, hanya 10 peratus saja yang dikesan dengan masalah ini.

Jelas Prof Fong, AMD Kering merujuk keadaan yang biasa dikesan di kalangan pesakit AMD. Ia berlaku perlahan-lahan hingga akhirnya pesakit hilang penglihatan tengah.

“Kebanyakan orang mula mendapatkan rawatan selepas penglihatan tengahnya kabur, apabila melihat sesuatu yang berwarna ia kelihatan kelabu atau luntur. Namun dalam kedua-dua jenis AMD ini ia boleh menjejaskan kedua-dua belah mata walaupun awalnya ia dikesan pada sebelah mata saja,” katanya.

Di Asia katanya, kebanyakan pesakit yang dikesan dengan AMD adalah mereka yang berhadapan dengan AMD Kering. Jelasnya lagi, AMD boleh diklasifikasikan pada tahap awal, pertengahan, tahap lanjutan non-neovaskular dan tahap lanjutan neovaskular.

“Bagi AMD peringkat awal, proses pesakit hilang penglihatan selalunya bermula agak perlahan dan tiada simptom. Namun ada juga kes AMD awal yang mempunyai gejala seperti penglihatan kabur, gagal menyesuaikan penglihatan dari tempat gelap ke tempat terang dan memerlukan cahaya lebih terang untuk membaca tulisan kecil,” katanya.

FAKTA: Tahap-tahap AMD

# AMD awal - dicirikan dengan kehadiran sedikit lebihan putih atau kuning (drusen) pada membran mata atau pigmentasi pada retina.

# AMD pertengahan - dicirikan dengan sekurang-kurangnya gumpalan putih atau kuning yang besar dan pelbagai saiz.
iii) AMD peringkat lanjutan bukan neovaskular (pembuluh darah liar) dan neovaskular. Bukan neovaskular membabitkan kes-kes AMD yang kering manakala neovaskular membabitkan AMD basah.

# AMD tahap lanjutan neovaskular dicirikan dengan lebihan kuning atau putih di tengah makular.

Faktor risiko yang tidak boleh dikawal
# Genetik
# Umur

Faktor boleh dikawal
# Merokok
# Nutrisi, diet yang tinggi kolesterol dan lemak boleh menyebabkan lebih plak lemak berada dalam salur makular yang menjejaskan aliran darah dan meningkatkan risiko AMD
# Hipertensi atau tekanan darah tinggi
# Obesiti dan tidak bersenam
# Pendedahan pada cahaya matahari

Rawatan

# Pembedahan laser - Selalunya digunakan bagi memusnahkan salur darah yang rapuh dan bocor. Namun hanya sebilangan kecil saja pesakit AMD Basah dirawat dengan prosedur ini. Ada laporan menyebut risiko salur darah baru tumbuh selepas rawatan ini agak tinggi dan memerlukan rawatan ulangan.

# Terapi photodinamik - Terapi jenis suntikan ini digunakan bagi ‘melekat’ di permukaan salur darah baru sebelum mata anda didedahkan pada sinaran bagi mengaktifkan ubat berkenaan. Prosedur ini tidak menjejaskan tisu yang sihat. Ia juga memperlahankan kadar kehilangan penglihatan anda. Namun ia tidak boleh mengembalikan semula pandangan yang sudah musnah disebabkan AMD peringkat lanjutan.

# Suntikan - Ia membabitkan pesakit AMD Basah dan bertindak menyekat penumbuhan salur darah baru yang ganjil.

Friday, February 11, 2011

Urat keting putus

Sudah hampir 5 tahun saya menderitai kaki terseliuh di buku lali. Bila dirujuk kepada doktor, mereka mengatakan berat badan saya berat itu yang menyebabkan kaki saya sakit. Bila baca artikel ini saya rasa takut pula. Tetapi artikel ini sangat berguna untuk menambah ilmu.

Oleh Hafizah Iszahanid - hafiza@bharian.com.my (artikel dari Berita Harian Olline)

Pembedahan dapat atasi masalah akibat lompatan mengejut, penuaan dan komplikasi penyakit lain

KAKI bukan hanya pelengkap tubuh tetapi turut menjadi asas pergerakan baik berlari, berjalan mahu pun ketika duduk. Malangnya, kita lebih menitikberatkan aspek fizikal kaki yang sekali gus menenggelamkan peri pentingnya peranan kekuatan dalaman kaki iaitu tulang dan uratnya.

Jika sakit pun atau berasa lenguh, kita sering beranggapan memadailah masalah itu diatasi dengan sekadar menyapu minyak panas dan berurut. Adakah tepat persepsi sedemikian? Bagaimana jika masalah itu jauh lebih serius seperti urat keting itu putus?
Putus urat keting dianggap biasa dalam kalangan atlit. Bagaimanapun, urat atau tendon yang menjadi penghubung tulang tumit dan otot keting ini juga boleh terputus akibat faktor penuaan, komplikasi diabetes atau kencing manis serta masalah arthritis.

Hakikatnya, urat keting adalah tendon yang paling kuat dan tebal dalam sistem tubuh manusia. Ia berukuran 15 sentimeter panjang dan bermula dekat dengan bahagian tengah keting hingga ke bawah tumit.

Tetapi, ia juga antara tendon paling kerap terkoyak atau putus berikutan fungsi utamanya menyelaraskan pergerakan sama ada berjalan atau berlari. Anda juga memerlukan bantuan urat keting apabila terpaksa menjengketkan kaki.

Justeru, jika berlaku gerakan mengejut misalnya melompat tiba-tiba, urat keting boleh terputus atau terkoyak. Urat keting yang terkoyak separuh masih berupaya menghubungkan otot keting tetapi jika terkoyak sepenuhnya, ia tidak lagi berfungsi menghubungkan antara otot keting dan tulang buku lali.
Pakar Runding Ortopedik dan Trauma Sukan, Hospital Pakar Salam, Shah Alam, Dr Ariff Sukimin Mohammad Shukri, berkata, biarpun lebih banyak dialami atlit, tetapi masalah putus urat keting juga boleh menimpa sesiapa saja.

“Masalah radang urat keting yang berpanjangan juga boleh menyebabkannya putus. Masalah sedemikian kerap dialami mereka yang berusia,” katanya.

Urat keting juga boleh menjadi lemah dan menipis kerana faktor usia. Keadaan ini menyebabkan ia cenderung untuk mudah cedera atau putus.

“Namun, putusnya urat keting tidak bermakna anda tidak boleh berjalan. Mereka yang putus urat keting masih boleh berjalan justeru kebanyakan orang yang mengalaminya tidak terlalu prihatin untuk mendapatkan rawatan. Melainkan jika seseorang itu terbabit dalam sukan secara profesional.

“Urat keting yang putus akan menghasilkan bunyi meletup (seperti ‘pop’) dan menyebabkan lebam. Apabila urat keting sudah lama putus, ia akan menyebabkan kesan lekuk pada keting. Urat keting yang putus, terutama di kalangan orang muda dan aktif dalam sukan akan disambung semula melalui pembedahan,” katanya.

Rawatan

Apakah rawatan bagi mengatasi masalah ini? Jelas Dr Ariff, pembedahan adalah rawatan paling popular bagi menangani masalah putus urat keting. Bergantung pada tisu yang terkoyak atau putus, pembedahan ini mungkin akan memerlukan urat keting dijahit kembali ke tapak asalnya.

Jenis pembedahan bergantung kepada saiz jurang urat yang putus. Jika minimum, hujung tendon itu boleh ditemukan semula. Secara umumnya, proses penyembuhan tisu akan berlaku selepas rawatan. Namun, proses itu tidak akan terjadi dalam tempoh yang singkat jika kawasan yang cedera tidak mendapat bekalan darah yang cukup.

“Kaedah terbaru dalam rawatan putus urat keting adalah suntikan plasma daripada pesakit sendiri. Teknik dikenali sebagai Autologous Plasma Injection (ACP) untuk masalah radang kronik pada tendon seperti urat keting selain masalah radang pada urat di siku (tennis elbow),” katanya.

Seperti diketahui, darah kita mengandung ‘growth factor’ atau bahan yang menjana pertumbuhan sel lain bagi membantu pertumbuhan, keseimbangan dan ketahanan tulang, otot, tendon dan ligamen. Apabila ‘bahan itu disuntik ke dalam tendon yang bermasalah, ia membantu tisu untuk cepat pulih.

Justeru kata Dr Ariff, prosedur pembedahan yang dibantu dengan ACP selepas itu dapat menolong pesakit sembuh cepat.

“ACP diformulasi daripada darah pesakit sendiri. Darah sebanyak 10 mililiter diambil, disteril dan diasingkan antara sel putih, sel merah dan plasma. Hanya sel darah dikenali sebagai platelet yang mengandungi ‘growth factor’ paling penting diambil,” katanya.

Ia kemudian disuntik kepada kawasan yang cedera. Dari segi prinsipnya, ia berupaya meningkatkan penghasilan sel stem yang membantu proses penyembuhan tisu.

Info : Simptom urat keting putus
# Rasa sakit, pedih secara tiba-tiba di belakang buku lali
# Kedengaran bunyi ‘pop’ atau ‘meletup’
# Tekanan dirasakan atau dilihat dengan jelas di kawasan tendon kira-kira dua inci di atas tulang tumit.
# Bengkak, kejang diikuti dengan lebam dan lemah.

Thursday, February 10, 2011

Tulang Rawan Rosak

Oleh Hafizah Iszahanid - hafiza@bharian.com.my (Berita Harian Online)
2010/08/08

Selain kegiatan sukan, masalah ini juga disebabkan kuman septic arthritis yang kerap dialami kanak-kanak.

RAWAN adalah tisu kuat yang fleksibel sifatnya dan ada di seluruh tubuh. Bagaimanapun masalah rawan di lutut kerap diperkatakan kerana kerosakannya bukan setakat menjejaskan pergerakan individu, malah kehidupan seharian.

Lebih malang lagi, bagi kes serius, lutut itu perlu diganti. Secara umumnya ada dua jenis rawan pada lutut; rawan meniskus - penyerap kejutan antara bahagian atas tulang paha (femur) dan tulang besar di bawah kaki (tibia). Sementara rawan artikular berwarna putih bersinar yang menutupi hujung kebanyakan tulang. Ia memastikan tulang bergeseran tanpa rasa sakit. Tebalnya hanya beberapa milimeter saja. Rawan artikular berfungsi untuk meminimumkan tekanan apabila individu bergerak. Pada masa sama, ia turut berfungsi sebagai penyerap kejutan.

Tidak seperti bahagian lain badan, rawan sebaliknya tidak memiliki bekalan darah (avascular). Justeru jika berlaku kerosakan rawan, ia tidak boleh pulih dengan cepat seperti mana kulit atau otot yang rosak. Selain sifat yang avaskular, rawan artikular juga tiada bekalan saraf (aneural).

Justeru, pada permulaan kecederaan pada rawan, anda tidak akan berasa sakit. Namun, apabila kecederaan itu semakin teruk atau rawan mula berlubang, ia akan menjejaskan pergerakan sendi. Namun, sendi juga akan mengalami masalah keradangan dan sakit.

Jika kecederaan itu besar, tulang di bawah rawan akan hilang perlindungan dan menyebabkan geseran. Tanpa rawatan, keadaan inilah pada akhirnya akan menjejaskan sendi.

Pakar Runding Ortopedik dan Trauma Sukan, Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam, Dr Khaizatul Ezam Abu Bakar, berkata kecederaan rawan boleh disebabkan trauma dalam bersukan atau disebabkan masalah penuaan. Bagaimanapun, ia mungkin boleh terjejas kerana jangkitan kuman misalnya septic arthritis, yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.

“Kecederaan pada rawan selalunya akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian lutut yang terjejas. Biasanya lutut bengkak atau terkunci (lock knee). Namun bukan semua kesakitan pada lutut itu disebabkan masalah rawan,” katanya.

Menurut Dr Khaizatul, kerosakan rawan ditandakan pada tahap 1 hingga 4. Umumnya, kerosakan tahap satu bermaksud rawan menjadi lembut.

“Pada tahap dua, permukaan rawan mula kasar manakala tahap tiga, berlaku keretakan pada rawan hingga ke tulang. Pada tahap empat, rawan mula menghakis daripada permukaan sendi,” katanya.

Ini, kata Dr Khaizatul Ezam, ia menjelaskan mengapa pada permulaan masalah kecederaan rawan, individu itu tidak begitu merasakan kesakitan. Sebaliknya, apabila rawan semakin rosak, kesakitan mula terasa.

“Selalunya, imbasan akan dilakukan bagi menilai keadaan rawan dan tulang di sekeliling lutut. Jika kerosakan itu kecil, laporan imbasan biasanya masih normal. Justeru, imbasan MRI akan digunakan bagi melihat kerosakan pada rawan dan kecederaan lain jika ada pada lutut.”

INFO

Simptom kerosakan rawan

1) Sakit pada sendi
2) Sendi bengkak
3) Lutut terkunci (lock knee ) - sendi lutut tidak boleh diluruskan
4) Lutut juga mungkin berbunyi ketika bergerak terutama jika rawan di belakang kepala lutut yang rosak.

Punca kerosakan rawan

Antara yang utama adalah osteoarthritis dan selalunya membabitkan golongan berusia. sementara golongan muda biasanya mengalami kecederaan rawan kerana pembabitan dalam sukan.

Masalah kecederaan rawan boleh juga berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan jangkitan kuman pada sendi misalnya septic arthritis. Selain kanak-kanak, septic arthritis juga boleh dialami kalangan pesakit tibi, HIV dan diabetes. Selain itu ia berlaku juga di kalangan pesakit kanser, pesakit gout dan rheumatoid arthritis (RA).

Rawatan. # Rawatan tanpa pembedahan umumnya membantu melegakan simptom kerosakan rawan. Ini seperti:

1) Fisioterapi - latihan yang menguatkan otot berkaitan atau menyokong sendi boleh membantu mengurangkan tekanan kepada sendi dan mengurangkan rasa sakit.
2) Ubat-ubatan - seperti ubat steroid anti radang seperti aspirin atau ibuprofen boleh membantu mengurangkan bengkak dan sakit.
3) Penggunaan alat-alatan bantuan - seperti leg brace
4) Perubahan gaya hidup - mengurangkan aktiviti yang membabitkan sendi yang terjejas.

Rawatan dengan pembedahan.

Ada beberapa prosedur pembedahan yang boleh anda pilih bagi menangani masalah kecederaan rawan bergantung pada keterukan masalah anda. Antara yang popular adalah microfracture - teknik yang mengalakkan penumbuhan rawan baru. Ia adalah teknik paling umum yang menggunakan prosedur arthroskopik. Kawasan rawan yang terjejas ditebuk membolehkannya berdarah. Walaupun teknik ini mampu menghasilkan rawan baru tetapi ia tidak boleh bertahan lama dan tidak memiliki ketahanan dan kekuatan seperti mana rawan asal.

Satu lagi teknik yang hangat diperkatakan adalah penggunaan sel stem bagi menjana pertumbuhan rawan baru yang menyamai rawan asal. Bagaimanapun, kajian dan penyelidikan mengenainya masih baru justeru penggunaan sel stem dalam memulihkan rawan masih terlalu jauh untuk diperkatakan.

Wednesday, February 9, 2011

Penyelesaian masalah usus & sembelit

Probiotik adalah bakteria baik yang sedia ada dalam tubuh seseorang. Masalah biasanya akan timbul apabila keseimbangan antara bakteria baik dan berbahaya terganggu. Banyak faktor yang boleh mengganggu gugat keseimbangan semula jadi ini. Faktor-faktor lazim ini termasuklah cara pemakanan harian, amalan gaya hidup, peningkatan usia, penyakit dan jangkitan dan beberapa lagi.


Untuk dijadikan panduan memilih probiotik, rujuklah kepada definisi probiotik yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu Probiotik adalah mikro organisma hidup yang memberi manfaat kesihatan kepada hosnya apabila diambil dengan kuantiti yang mencukupi.


Probiotik sebagai mikro organisma hidup bermakna probiotik masih kekal hidup sehinggalah di saat kita mengambilnya. Pengambilan probiotik yang telah mati tidak akan memberi manfaat yang sepatutnya. Memandangkan probiotik sensitif dengan lembapan dan juga suhu atau haba, faktor penyimpanan memainkan peranan penting. Salah satu cara untuk memaksimumkan potensinya adalah dengan penyimpanan sejuk, terutamanya apabila melibatkan cuaca seperti di negara kita.


Sembelit


Probiotik memberi manfaat kesihatan kepada hosnya ini boleh dirujuk kepada memilih strain probiotik yang khusus untuk masalah kesihatan tertentu. Bukan semua probiotik adalah sama. Strain probiotik yang berbeza memberi manfaat yang berlainan. Oleh yang demikian, pilihlah probiotik yang dikaji untuk kesihatan manusia serta terbukti akan keberkesanannya. Contohnya probiotik Lactobacillus acidophilus NCFM merupakan strain probiotik yang telah dikaji dan didapati bermanfaat untuk kesihatan usus, termasuk memperbaiki masalah penghadaman seperti kembung, sembelit dan juga cirit-birit. Probiotik ini membantu mengembalikan mikro flora usus dan bermanfaat kepada hosnya dengan mengurangkan simptom sembelit dan merangsang detoksifikasi.


Bagi mereka yang seringkali mengambil antibiotik untuk merawat sebarang jangkitan, pengambilan probiotik adalah sangat dicadangkan. Berbeza dengan antibiotik, probiotik menggalak pertumbuhan bakteria yang baik dalam saluran usus dan mengembalikan keseimbangan mikro flora usus. Dengan itu, ia mengurangkan kesan sampingan yang tidak menyenangkan akibat rawatan sesetengah antibiotik. Pengambilan probiotik secara oral, terutamanya strain Lactobacillus dan Bifidobacteria dikaitkan dengan fungsi sistem pencernaan dan sistem imun yang lebih baik.


Cirit-birit


Traveler's diarrhea atau kejadian muntah-muntah dan cirit-birit semasa berkunjung ke luar negara merupakan antara fenomena lazim di alami, terutamanya apabila mengunjungi kawasan berisiko seperti pendalaman India, Afrika dan sebagainya. Probiotik dianggap sebagai salah satu perkara perlu untuk mengurangkan risiko mahupun sebagai sebahagian rawatan untuk masalah ini dengan berkesan.


Kesan positif daripada pengambilan probiotik adalah kerana keupayaannya untuk bersaing dengan patogen dan menghasilkan bahan anti mikrobial seperti bakteriosin yang boleh menghalang serangan bakteria berbahaya iaitu penyebab kepada pelbagai masalah usus seperti cirit-birit, sembelit dan ketidakcernaan.


Probiotik bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa, tetapi ada juga strain probiotik yang dikaji untuk kesihatan dan selamat untuk anak kecil dan bayi. Probiotik boleh melindungi bayi daripada penyakit yang berulang di samping memperkuatkan imuniti. Flora usus yang seimbang bukan sahaja memperbaiki kesihatan sistem pencernaan, tetapi juga meningkatkan rintangan terhadap infeksi dan mereka yang mengambil probiotik lebih bersedia untuk menentang pertumbuhan bakteria berbahaya. Probiotik dari strain Lactobacillus reuteri Protectis melindungi usus yang merupakan komponen penting kepada sistem pertahanan yang sihat dan seterusnya membawa kepada tahap nutrisi dan perkembangan kanak-kanak yang lebih baik.


Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kesihatan, sila hubungi Penasihat Kesihatan Pelanggan BiO-LiFE (Isnin - Jumaat: 9pagi hingga 6petang) di talian 03-78436981 (Semenanjung Malaysia), 082-241820 (Sarawak) dan 088-230148 (Sabah) atau e-mel kami di: health@biolife.com.my

Tuesday, February 8, 2011

Hubungan Nafas & Minda

Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda.
Cari benang cuba masukkan benang ke dalam lubang jarum tersebut. Boleh.? Bagus sekali....

Sekarang keluarkan benang dari lubang jarum tersebut. Masukkan kembali benang ke dalam lubang jarum tersebut. Sekarang cuba perhatikan nafas anda. Apakah sewaktu anda memasukkan benang ke dalam lubang jarum tersebut nafas anda menjadi perlahan atau anda menahan nafas anda sebentar tanpa anda sedari?. Saya percaya anda akan menahan nafas atau setidaknya anda bernafas dengan sangat perlahan dan lembut sekali sewaktu anda memasukkan benang ke dalam lubang jarum tersebut.

semakin anda memperlahankan nafas anda semakin mudah berkosentrasi memasukkan benang ke dalam lubang jarum tersebut. Nafas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan aktiviti minda. Semakin perlahan nafas anda semakin perlahanlah gelombang otak anda. Maka semakin mudah anda mencapai gelombang alpha. Alpha merupakan sebuah keadaan gelombang minda yang sangat tenang. Ketenangan itu merupakan syarat yang paling di galakan dalam membaca ayat suci.

Hari ini saya ingin memasukkan "benang" Al Fatihah ke dalam "Lubang Jarum" Hati anda. Mari kita sama lakukan bersama agar "jarum hati" anda sentiasa tajam dan mudah menembusi hijap zulmah yang bersarang dalam fikiran anda.

Latihan

Duduk dengan nyaman dan selesa, anda boleh lakukan di atas kerusi atau bersila di atas lantai.

1. Tarik nafas melalui hidung,lepas nafas perlahan lahan melalui mulut. Lakukan 37 kali. (merupakan pusingan nafas dari Beta Ke Alpha). Jangan di bayangkan apa-apa pun termasuk kalimah atau pun cahaya , sebab visualisasi merupakan permainan minda juga. Anda tetap tidak dapat menembusi hijap minda.

2. Sebut kan kalimah Allah dari halkum anda. Hubungan antara buah halkum dengan fikiran sangat berkaitan antara satu sama lain.

3. Arahkan kalimah tersebut pada dua jari di atas susu kanan anda. Ingat suara zikir anda harus berasal dari suara hati anda. Persoalannya manakah suara hati dan manakah suara fikiran anda?. Saya tinggalkan persoalan ini tanpa saya menjawabnya. Saya akan menjawabnya pada perenggan yang seterusnya. Teruskan bersuara dengan lafaz Allah. Arahkan suara tersebut dari buah halkum anda kemudian suara tersebut menuju pada 2 jari di atas susu anda. Ucapkan berulang ulang, paling sedikit 100x ulangan. Ingat hanya suara bukan bayangan kalimah atau cahaya yang anda ciptakan dari fikiran anda.

4. Kemudian sila tongkatkan lidah anda di atas lelangit mulut anda. Ucapkan kalimah tersebut dengan lidah di tongkatkan di lelangit mulut anda. Nah di sini anda dapat merasakan perbezaan suara yang keluar tersebut. Suaranya lebih lembut dan lebih jelas sebutanya. lebih mantap sebutanya. Inilah suara awal yang kita pancing dari hati nurani anda. Ulangi sebanyak 100x lagi sehingga anda berada 1/2 di tubuh anda dan separuh lagi berada di dalam hati anda. Ulangi lagi proses ini sehingga fikiran dan diri anda berada 100% dalam jiwa dan hati anda. Bila berada di sini ciptakan "anchor" untuk diri anda dengan cara berdoa" ya Allah setiap kali hamba mu berzikir "Allah" saya berada dalam keadaan ini 100x kali ganda lebih cepat dan semakin dekat dengan mu ya Allah"

5. Mulalah membaca Alfatihah dengan menggunakan suara hati anda, dengan cara menongkat lidah di atas lelangit mulut anda. Anda akan merasakan sesuatu yang sangat luar biasa tentang Kehebatan Al Fatihah ini. Dengan Izin Allah.......... wasalam.

Kejatuhan lemak pada muka

Artikel diambil dari Utusan On-line

Saya sering ditanya bagaimana cara bagi mendapatkan bentuk wajah yang sempurna apabila usia meningkat. Sememangnya diakui peningkatan usia menyebabkan permasalahan kulit yang melendut menjadikan kita kehilangan simetri wajah yang asal. Apa yang terjadi adalah disebabkan kejatuhan lemak pada muka dan kehilangan kolagen semulajadi.

Ini menimbulkan masalah yang dikenali sebagai fat jowls iaitu keadaan di mana lemak jatuh di bawah pipi. Fat jowls yang terjadi meski pun tidak ketara seperti kedutan dan pigmentasi tetap menjadi satu fenomena yang menghodohkan. Wajah serta merta tampak tua dan riak wajah seolah-olah muram dan tertekan. Kehadiran fat jowls menimbulkan kesan penuaan wajah yang ketara dan sukar disembunyikan dengan kosmetik.

Kehadiran lemak pada kawasan rahang sebegini membuatkan wajah tampak kendur. Lemak yang berkumpul semakin lama semakin banyak menjadikan wajah dipenuhi garis-garis penuaan. Untuk memahami proses pembentukan sekelompok lemak yang begini adalah baik kita mengenali struktur muka kita terlebih dahulu.

Pada muka kita terdapat banyak salur darah dan saluran lymphatic. Sel-sel pada kulit paling mudah bereplikasi. Ini bermakna sebarang luka atau calar pada muka lebih cepat sembuh berbanding sel-sel kulit bahagian lain. Muka kita disokong oleh struktur tulang yang nipis. Tengkorak kita mempunyai struktur keras hanya pada bahagian kepala. Pada bahagian muka ia merupakan struktur tulang nipis yang berupa tulang cribriform. Tulang ini mempunyai lubang-lubang halus yang sangat banyak. Bahkan keseluruhan permukaannya mempunyai lubang lubang. Terdapat juga tulang rawan yang merupakan tulang lembut yang membentuk hidung dan cuping telinga. Terdapat juga jenis tulang ini pada sekitar soket mata kita.

Faktor pembentukan fat jowl atau kejatuhan muka.

Salur lymphatic yang tersumbat

Apabila salur lymphatic tersumbat maka sel-sel lemak akan terperangkap dan tidak dapat bergerak. Lemak cair bergerak di dalam saluran lymphatic iaitu sistem pergerakan lemak yang penting dalam tubuh badan kita. Apabila salurannya tersumbat maka lemak akan berkumpul pada muka menyebabkan muka tampak berat dan melendut ke bawah.

Graviti

Tindakan graviti menjadikan masalah ini semakin ketara. Usaha mengurut wajah dan menarik ke atas semula hanyalah memberi kesan sementara disebabkan oleh tindakan graviti yang kuat.

Otot yang mengembang

Otot-otot muka yang mengembang membuatkan muka tampak besar dan semakin lama semakin kembang. Bagi mereka yang mempunyai tulang pipi yang tinggi masalah ini membuatkan mata menjadi seolah-olah mengecil. apabila pipi semakin besar ia akan membuatkan mata seakan akan tertutup. Penampilan seseorang akan merosot jika matanya terlalu kecil. Mata merupakan permata yang menyerlahkan kecantikan justeru pelbagai cara menata rias mata dicipta. Jika mata tersorok di sebalik timbunan lemak pada muka maka penampilan seseorang menjadi kurang menarik.

Kehilangan kolagen pada kulit

Kehilangan kolagen membuatkan kulit tidak membaluti muka dengan baik. Ini membuatkan kulit kita mengendur. Ia juga menyumbang kepada pembentukan fat jowls yang menghodohkan.

Kekurangan hormon

Banyak hormon yang berinteraksi dan terlibat dalam metabolisme lemak. Metabolisme lemak penting kerana lemak digunakan bagi penghasilan tenaga. Apabila hormon metabolisme kurang maka lemak berkumpul pada muka dan kita akan menghadapi masalah kekurangan tenaga. Dalam kes ini lemak bukan sahaja berkumpul pada muka malah pada belakang badan dan juga lengan. Hal ini juga menjadikan seseorang itu keletihan dan mudah murung.

Rawatan yang sesuai bagi fat jowls

Beberapa perkara patut di lakukan bagi mengurangkan atau menghilangkan simptom ini tampak ketara

1. Botox

Kebanyakan orang begitu takut dengan Botox. Pada pendapat mereka Botox akan memburukkan muka dan boleh mengubah paras wajah seseorang. Botox sebenarnya adalah sebuah jenama untuk satu bahan yang mengandungi Botulinum Toxin Type A. Ia mula ditemui oleh Dr. Justinus Kerner pada tahun 1820 .

Pada tahun 1950an seorang doktor dari Montreal Kanada, Dr. Vernon Brooks mendapati bahawa Botulinum Toxin Type A boleh melemahkan otot secara sementara. Pada tahun 1980an seorang doktor pakar mata, Dr. Alan B. Scott di Kanada merawat spasm kelopak mata. Beliau mendapati bahawa pesakit yang dirawat dengan Botox, semua garis halus di sekitar mata akan hilang.

Jika seseorang mempunyai kedut muka yang kelihatan hanya ketika mengerutkan kening atau mengenyitkan mata, Botox adalah rawatan yang diperlukan. Kegunaan Botox yang paling sering adalah pada dahi, tepi mata dan sekitar mata. Ia juga boleh digunakan untuk mengubati kedut di leher. Botox bekerja pada kedutan dalam dua cara.

Pertama, ia melemahkan otot-otot yang menyebabkan kedut. Kedua, dan faktor yang lebih penting adalah oleh kerana otot-otot yang terlibat boleh lemah, lama kelamaan pesakit akan kurang menggunakan otot ini. Dengan cara ini, Botox sebenarnya mencegah perkembangan dan pendalaman kedut. Secara ringkas Botox hanya berkesan pada kedutan dinamik. Ia bererti , kedutan yang timbul hanya akibat pergerakan otot muka.

Oleh kerana Botox hanya menghilangkan kedut yang di sebabkan oleh pergerakan otot muka, bagai mana pula kita hendak merawat kedut yang bukan di sebabkan pergerakkan otot muka?

Contoh kedut seperti ini adalah kedut di sebelah hidung atau nasolabial fold.

Cara untuk merawat masalah ini adalah dengan menggunakan filler yang bermaksud "mengisi".

Oleh itu ia memberi "volume" kepada ruangan yang diisi. Semasa proses penuaan beberapa perkara penting berlaku kepada wajah kita yang boleh menampakkan kita lebih tua.

Pertama adalah terbentuknya pigmentasi, kedua kedut kedut mula timbul dan ketiga kehilangan "volume" isi yang menyebabkan muka kita menjadi kecut.

Filler berfungsi untuk mengisi semula ruang yang "hilang" akibat proses penuaan. Oleh itu, ia banyak digunakan di kawasan pipi terutama di tulang pipi agar pipi kelihatan lebih bulat, di bahagian dagu untuk membentuk dagu, di bahagian mata untuk menghilangkan lingkaran bawah mata, untuk bibir yang nipis atau tidak simetri dan di bahagian hidung untuk menampakkan batang hidung.

2. Serdev suture

Tidak keterlaluan jika saya nyatakan teknik serdev merupakan satu inovatif yang mengkagumkan di dalam dunia perubatan estetik. Pengasas teknik ini iaitu Dr. Nicholay Serdev merupakan pakar bedah plastik yang memenangi banyak piala kemenangan produk paling inovatif di dalam bidang pembedahan plastik. Teknik ini mengangkat kembali muka tanpa pembedahan atau kesan parut.

Kemajuan dunia perubatan estetik dijangka lebih baik pada masa hadapan disebabkan olah kegigihan doktor melakukan penyelidikan dan meningkatkan pengetahuan.

Di Malaysia kini bidang estetik mula diterima dan ilmu estetik mula dijadikan suatu sukatan pelajaran di peringkat pakar dan dihormati.

Kita tidak perlu ragu-ragu bagi mendapatkan wajah dan tubuh badan yang cantik dan menjadi muda kembali.

Monday, February 7, 2011

12 Secret Homemade Uses for Eggs

Article fron Belief.net

Why Eggs Aren't Just for Eating
The egg is one of the most versatile items used in cooking, but its list of uses does not really end within the borders of a frying pan.

It can be used in many other activities including arts and crafts, skin care, creation of musical instruments and even gardening. If you have plenty of spare eggs at home, you can try out the some of these cool egg-based items.

Make your life “eggciting” by enjoying the:

Yolk-Based Facial Cleanser

Egg yolks are rich in Vitamin A, that moisturizes skin and keeps it healthy. Mix a couple of yolks together and add a little water. You’ll get a facial cleanser that helps delay some of the signs of aging.

White-Based Facial Cleanser

The egg white cleanser is a good supplementary material for its yolk-based counterpart. If the yolk facial cleanser prevents skin aging, the egg white cleanser smoothens the skin. It removes the puffiness beneath the eyelids, blurs the pores and makes the skin tighter. You can alternate both facial cleansers nightly for maximum results.

Shampoo

The egg is a natural moisturizer, making it a good ingredient for shampoos. To create egg shampoo, crack an egg and mix the yolk with olive oil and water. You can start using the solution once it lathers. Apply the egg shampoo on damp hair for a few minutes before rinsing. The egg’s fat and nutritional contents will add shine and bounce to your hair. This shampoo is perfect for hair damaged by pollution, chlorine and excessive sunshine.

Food Paint

If you want to add color and style to your pastries, just decorate them with egg yolk-based paint. Prepare the paint by mixing the egg yolk with 2 ml of water. Place the mixture in different containers then add food coloring to each. Now, you can paint cool patterns on your cookies right before baking them. The paint not only adds design, but it also gives your pastries a richer flavor.

Pots for Small Plants

In terms of getting nutrition, small plants often get bullied by weeds and larger plants. To ensure their survival, you can plant them in soil that is half-filled with egg shells . The calcium from the shell will promote the young plant’s growth and keep it healthy. When the plant reaches the height of three inches, you can transfer it to your garden. As for the eggshell, you can use it as a pot for another plant or use it as compost material.

Compost Material

Eggs, being nutritious food products, can provide soil with enough nutrients to make your garden plants healthy. When making compost, simply mix crushed eggshells with the green component. The calcium content of your compost will greatly increase, making the soil richer. Your plants, in turn, will be more robust.

Leather Cleaner

Egg white can be used to clean and restore leather. Its thick and sticky base easily removes dirt from a leather surface, upon scrubbing. The base also forms a protective covering on the leather, that gives the surface luster and some protection from temperature changes. To prepare the cleaning solution, crack two eggs and separate the whites. Place the whites in a bowl and you can start cleaning your leather items.

Glue

Egg white is naturally sticky. If you touch it, it will cause your fingers to stick the moment it dries. Try using the egg’s sticky base when mending light items like paper and cardboard. You will notice that it works just like all-purpose glue, with the nearly the same amount of holding power. You can even use egg white to create paper mache paste, if you mix it with flour, water, sugar and alum.

Pest Repellent

Scattering crushed eggshells on the leaves of plants can keep soft-bodied pests away from your plants. Snails and slugs, known as notorious leaf eaters, will hurt their bellies if they run over the jagged corners of crushed eggshells. Once they get hurt, they will move away from your garden as soon as possible.

Musical Instruments

With the current popularity of the acoustic setup, many live acts use egg shakers as percussion instruments during their gigs. You can create an egg shaker by removing the egg’s contents while maintaining its shell intact. Put two teaspoons of uncooked rice or mung beans inside the shell, then cover its opening with tape and superglue. When your egg shaker is ready, you can practice using it with the acoustic guitar. You’ll be amazed at how a small simple-sounding instrument can blend well with the guitar’s music.

Candle Mold

Are you amazed with an egg’s perfect oval shape? Why not make candles using the eggshell as a candle mold. Pour molten candle wax inside an eggshell, then add the wick and a little perfume. When the wax dries, crack the eggshell open. You will find a nice egg-shaped candle to stylize your home or illuminate your room during power outages.

Home Ornaments

From an artistic point of view, the egg’s perfect oval shape is a thing of beauty. You can paint patterns on the eggshell and eventually turn it into a good ornament for your home. Observe your home’s interior. Paint patterns on the eggshell that perfectly suit the theme of your home. Set the painted eggs in a visible corner of your room to wow your guests.

Enzim Cerna Makanan

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
(Utusan On-line)

PENGAMBILAN buah-buahan dan sayur-sayuran penting untuk menambah bekalan enzim di dalam tubuh.

SETIAP orang pernah mengalami sembelit, kembung perut, lebihan asid dan pembendungan air semasa atau selepas menikmati makanan. Apa kata kaji punca masalah tersebut yang antara lain menurut pakar pemakanan berkaitan dengan enzim pencernaan.

Tubuh secara semulajadi menghasilkan 3,000 jenis enzim yang berbeza. Pemangkin protein ini penting untuk setiap proses metabolik dalam badan daripada berfikir kepada mengelipkan mata. Enzim dihasilkan di dalam hati dan disimpan di dalam kelenjar-kelenjar utama. Kita juga boleh menambah bekalan enzim menerusi pemilihan makanan yang betul.

Enzim juga boleh didapati secara semulajadi di dalam makanan sama ada buah-buahan, sayur-sayuran atau daging. Bagaimanapun penyelidikan mendapati memanaskan makanan melebihi 118*F boleh memusnahkan enzim. Begitu juga dengan makanan yang mengandungi bahan kimia atau disembur dengan racun serangga selain menggunakan baja kimia yang didapati mengganggu aktiviti enzymatic di dalam tumbuh-tumbuhan.

Dari semasa ke semasa, pengambilan sumber makanan yang tidak lagi mengandungi enzim boleh menimbulkan masalah kepada kesihatan kita. Disebabkan kekurangan enzim pencernaan di dalam tubuh, stok atau simpanan enzim semulajadi diperlukan untuk merawat masalah kesukaran mencernakan makanan yang dimakan.

Dr. Edward Howell, penulis buku Enzyme Nutrition menekan tentang 'akaun bank enzim' di dalam badan yang semakin terhad atau menurun disebabkan faktor peningkatan usia serta kaedah penyediaan makanan. Penyusutan 'akaun' itu menurut beliau turut disebabkan pengambilan alkohol, dadah, tidur yang tidak mencukupi serta kekurangan air untuk merangsang pengeluaran enzim.

Dr. Howell percaya, kesemua faktor itu turut menyumbang kepada pelbagai masalah lain seperti diabetes, kanser kolon, tekanan mental, penyakit kulit dan kegagalan fungsi hati.

Pakar kolon, Dr. Hiromi Shinya dalam tulisannya bertajuk The Enzyme Factor menegaskan tentang protein tidak tercerna dalam produk susu, makanan segera dan daging merah yang menjadi sumber 'makanan' bakteria 'jahat' sehingga terhasil toksin yang kemudiannya menjejaskan saluran darah. Toksin tersebut akan mencemarkan hati, buah pinggang dan jantung sedangkan tubuh memerlukan enzim-enzim yang disimpan di situ untuk mencernakan makanan.

Dr. Howell merumuskan bahawa pengambilan suplemen enzim pencernaan boleh memperbaiki penghadaman dan mengawal berat badan. Ia juga membantu mengatasi masalah kesihatan termasuk lelah, alahan, penyakit kulit dan artritis. Pengambilan enzim pencernaan memperbaiki paras gula dalam darah dan mengurangkan penggunaan insulin.

Beliau turut mencadangkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk merangsang enzim di dalam badan selain membantu pencernaan, langkah itu juga dapat memelihara bekalan enzim untuk 'tugas' lain.

Kajian menunjukkan pengambilan suplemen enzim semasa perut kosong boleh menambah 'akaun bank enzim' kerana tubuh menukar enzim pencernaan kepada enzim metabolik.

Sunday, February 6, 2011

Tips: To remove chewing gum from clothes

1.   Just keep the cloth in the freezer for an hour then remove the chewing gum.

2.   You can heat up some vinegar in the stove or microwave get a toothbrush and scrub it off.

3.   Instead of placing your cotton garment inside the freezer, you can also opt to rub an ice cube over the chewing gum in order to freeze it.

4.   Other products which you can also use to remove the chewing gum are peanut butter or baby oil, but these compounds might end up leaving stain marks on your cotton clothing.

Source: http://www.wikihow.com

Spinach

Popeye was right: Spinach is an excellent source of iron. This leafy green vegetable is also rich in foliate (folic acid), which helps protect against heart disease, certain cancers, and cognitive impairment in the elderly. Spinach is good for your eyes: It's loaded with lutein and zeaxanthin, two carotenoid compounds known to reduce the risk of cataracts and age-related macular degeneration. And it's high in calcium and vitamin K, both of which are important for bone health.
To use: Dress fresh spinach with lemon juice and olive oil and enjoy as a salad. Sauté spinach in olive oil, garlic, and red pepper. Add layers of steamed spinach to lasagna. Or try a Greek spinach and feta pie (spanikopita).

Saturday, February 5, 2011

Adab-Adab Minum

1. Sunat membaca Bismillah dan Alhamdulillah serta minum ketiga-tiga teguk. Sabda Rasulullah SAW: "Jangan minum terus menerus seperti haiwan minum, akan tetapi minumlah dua teguk dua teguk, dan tiga teguk tiga teguk. Bacalah Bismillah apabila kamu minum, dan bacalah Alhamdulillah apabila kamu selesai daripadanya" (Riwayat At-Termidzi dari Ibnu Abbas)

2. Makruh minum dari tempat simpan air - Sabda Rasulullah SAW: "Rasulullah SAW telah melarang minum daripada mulut tempat air (seperti botol, kendi atau sebagainya) ataupun dari mulut tempayan. (Al-Bukhari dan Muslim)

3. Makruh meniup air - Sabda Rasulullah SAW: "Bahawasanya Nabi SAW melarang bernafas dalam bekas air ataupun meniup ke dalamnya."(At-Termidzi dari Ibnu Abbas)

4. Hendaklah duduk semasa minum - Sabda Rasulullah SAW: "Bahawasanya Nabi SAW melarang orang yang minum berdiri" (Muslim dari Anas ra)

5. Dilarang minum dari bekas yang dibuat dari emas dan perak.(Al-Bukhari dan Muslim dari Ummi Salamah) Sabda Rasulullah SAW: "Orang yang minum dari bekas perak sebenarnya mengocakkan di dalam perutnya api neraka."

6. Dilarang memenuhkan perut ketika makan dan minum Sabda Rasulullah SAW: "Tiada suatu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam, yang lebih mencelakan selain dari perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan
tulang belakangnya (untuk menahan kelaparannya). Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah sepertiga daripada makannya, sepertiga untuk minum dan sepertiga lagi untuk nafas.

Friday, February 4, 2011

15 Hidden Health Secrets of Lemons

By Theresa Cheung
(Beliefnet)

Did you know the Ancient Egyptians believed that eating lemons and drinking lemon juice was an effective protection against a variety of poisons, and that recent research has confirmed this belief?

There are many health benefits of lemons that have been known for centuries. The two biggest are lemons’ strong antibacterial, antiviral, and immune-boosting powers and their use as a weight loss aid because lemon juice is a digestive aid and liver cleanser. Lemons contain many substances--notably citric acid, calcium, magnesium, vitamin C, bioflavonoids, pectin, and limonene--that promote immunity and fight infection.

These are well-known health facts about lemons. But there’s so much more to this little yellow fruit. Here are 15 that I’ll bet you didn’t know. Whether you use them in the form of juice, teas, drinks, dressing, poultices or in the bath, take advantage of lemons’ natural healing power.

Abolish Acne

Lemon contains citric acid, which can be effective in treating acne. The vitamin C found in citrus fruits is vital for that healthy glowing skin while its alkaline nature kills some types of bacteria known to cause acne. In addition to drinking lemon juice with water first thing in the morning, here are some suggestions on how to prepare a homemade acne treatment using lemon:

• With your finger or a cotton ball, apply fresh lemon juice on acne and leave it overnight. Wash with water the following morning. There may be an uncomfortable sensation of burning at first, but it will soon disappear.

• Mix one part of freshly squeezed lemon juice with an equal part of rose or honey water. Put the mixture on affected areas for at least half an hour. Wash it afterward with water. This application should be repeated twice daily, ideally in the morning and the evening.


Note: these remedies are safe and natural, but if acne is severe or there are open wounds, consult your doctor first.

Abandon Your Anxiety

Research has shown that lemon balm has a calming effect and therefore may be able to help remove fatigue, exhaustion, dizziness, anxiety, nervousness, and tension. It is also believed that inhaling lemon oil helps in increasing concentration and alertness. It can therefore be used as a room freshener in offices to increase the efficiency of the employees. If you’re feeling tense sprinkle a few drops of lemon balm essential oil (Melissa officinalis) on a handkerchief to inhale.


Canker Sore, No More

The proven antibacterial and antiviral properties of lemons can accelerate the healing process in the case of cankers. Mix the juice of freshly squeezed lemon into a glass of lukewarm water and rinse your mouth with this solution; do this three times a day. There may be a burning sensation when the lemon juice comes into contact with the canker, however, the more frequently you use it, the less burning there will be.

Leave the Fever

Chills and fevers may be due to a variety of causes, but the lemon is always a helpful remedy. Here is a method that can ease symptoms: add the juice of 1 lemon to a cup of hot water with honey and drink at once, then every 2 hours until the fever or chill subsides.

Cold and Flu Got You Blue?

When you have a cold, the healing power of lemons works both internally, by supplying urgently required vitamin C to your defense cells, and externally, through the application of its antiviral properties to the virus on the mucous membranes in the nose and throat.

At the first indication of a cold – a runny nose or sore throat –try to give your body as much immune-boosting vitamin C as you can so that the virus is eliminated before it gets a chance to take hold. Drink the freshly squeezed juice of 1 lemon in a glass of lukewarm water every 2 hours.

If you have a sore throat, add the juice of 1 lemon and 1 teaspoon (5ml) of sea salt to 1 cup (250ml) lukewarm water. Gargle three times a day for 1 minute to diminish the burning sensation. If it’s a case of tonsillitis, gargle every 2 hours for at least 30 seconds with the freshly squeezed juice of 1 lemon. Tilt the head back to allow the antibacterial and antiviral properties of the juice to flow into the back of the throat. You can swallow the juice when you have finished gargling thereby benefiting from an immune-boosting vitamin C shot.

Cure Corns and Calluses

Lemon poultices applied overnight are a good home remedy for corns and calluses. Place a slice of lemon approx 5 mm thick on to the corn, bandage and fasten. Dabbing the affected area with lemon essential oil also helps accelerate the healing process. Take care to only use the undiluted oil on the callused area using a cotton ball or Q- tip, as it is too strong for un-callused skin.

Erase Eczema

If you suffer from skin infection such as eczema, a lemon wrap may offer relief. Add 8 drops of lemon essential oil to 1 cup (250ml) lukewarm water and 1 tablespoon (15ml) of liquid honey. Honey also has anti-inflammatory effect and strengthens the healing power of lemon.

Soak a linen cloth in the liquid, squeeze out the excess, and gently place the cloth on the affected area for 15 minutes, 2 to 3 times a day. Not only will this ease the infection, it will counter the overwhelming urge to scratch.

Fight Fatigue

Long distance walkers, world travelers, and explorers look upon the lemon as a Godsend. When fatigue sets in, they might suck lemon juice by piercing the top of the fruit with a straw, giving themselves a quick-acting medicine and a lovely refreshment.

Explorers also use lemon for protection against many infections of the tropics. A small amount of lemon juice will quench thirst more effectively than many times the amount of water. Experienced travelers declare that when they add lemon juice to ordinary drinking water, in various localities, it acts as an antiseptic and prevents illness due to allergy to different water supplies.

Lemon oil also seems to be able to stimulate brain activity so whenever you feel tired for no reason or are finding it hard to focus or concentrate, add 4 drops of lemon oil to a water-filled aromatherapy lamp. Alternatively, drink a glass of lemon water every few hours.

Hexed with Halitosis?

Lemons can help freshen breath that has gone sour after consuming certain spices, alcohol, cigarettes, or that is caused by insufficient salivation. To keep breath fresh, thoroughly rinse your mouth several times a day with the freshly squeezed juice of 1 lemon in a glass of lukewarm water. Chewing on a lemon slice after every meal will also help.

Healing Hypertension

Garlic and onions have been shown to be effective in the fight against hypertension, and they combine well with the healing power of lemon. Add 3 crushed garlic cloves and 1 chopped onion to 1 quart or cold skimmed or low fat milk or soy milk. Slowly bring to the boil and let it stand for 5 minutes. Pour through a sieve and chill. Add the freshly squeezed juice of 3 lemons and sip throughout the day.

And if you suffer from high cholesterol, don’t forget that the pectin power in lemons along with its other metabolism and circulation boosting nutrients can help lower cholesterol.

Smite a Bug Bite

If the stinger is still in the skin, take it out with a pair of tweezers. Massage 1 to 2 drops of lemon oil, mixed with 1 teaspoon of honey, into the skin around the bite.

To repel insects, add 20 drops of lemon oil to 1 cup (250ml) of water and spray into the air. It smells great and repels insects at the same time. Another home remedy is to place a cotton ball soaked in lemon oil in your bedroom. If you are sitting outside in the evening, apply lemon scent to skin areas not covered in clothing. Or, add 10 drops of lemon oil to 1 ½ oz of sunflower oil and rub into the skin.

Put Insomnia to Rest

Several studies have found that lemon balm combined with other calming herbs (such as valerian, hops, and chamomile) helps reduce anxiety and promote sleep. In a recent double-blind, placebo-controlled study, 18 healthy volunteers received two separate single doses of a standardized lemon balm extract (300 mg and 600 mg) or placebo for 7 days. The 600 mg dose of lemon balm increased mood and significantly increased calmness and alertness.

Pulverize Pain

Even though it tastes bitter, lemon juice has a powerful alkaline effect in the body and is therefore a natural agent against excess acid, which is in part responsible for rheumatism. Drink the freshly squeezed juice of 1 lemon in a glass of lukewarm water 3 times a day and if you experience severe pain add the juice of 2 lemons 3 times a day.

Lemon oil has pain-relieving qualities, so to inhibit inflammation and ease pain, massage the affected area daily with several drops of lemon oil mixed with 1 tablespoon (15ml) jojoba oil.

Save your Stomach

Drink the juice of 1 freshly squeezed lemon in a glass of lukewarm water after each meal. The lemon acid will stimulate the production of stomach acid and the activity of stomach muscles.

Say Adios to Varicose

Lemon oil has vessel-strengthening properties that can help fight varicose and spider veins. For spider veins, take 2 to 3 drops of lemon oil every day and mix in a small bowl with jojoba, avocado or almond oil and massage the affected area.

For varicose veins, add 6 drops of lemon oil to 1 ½ oz (50 ml) wheat germ oil, and 2 drops each of cypress and juniper oil. Use this mixture daily for a gentle massage of the legs from bottom to top, in the direction of the heart. For a vein and vessel-rejuvenating bath add 8 drops of lemon oil to a warm bath. Also add 4 drops of cypress oil blended with 1 tablespoon (15ml) of honey. Soak in the bath for 15 minutes and when you come out, pat your skin dry – don’t rub it.