Thursday, February 19, 2015

Apa Khasiat Buah Pisang Kaki (Persimmon)

Saya adalah seorang yang sangat suka akan buah pisang kaki. Mulanya saya percaya bahawa buah pisang kaki ini adalah hasil dari pokok pisang kaki yang menjadi pokok hiasan yang berbentuk kipas. Tetapi semakin dewasa baru saya tahu bahawa pokok pisang kaki itu tidak ada buahnya.

Maka terjadi lagi persoalan macam mana rupanya pokok 'pisang kaki' ini?. Dengan kemudahan maklumat di hujung jari anda, baru saya mengetahui bahawa buah pisang kaki adalah buah persimmon. Buah yang dihasilkan dari pokok dan bukannya yang menjalar atau dari ubi. Malahan bentuk buahnya langsung tidak ada rupa pisang. Saya tak faham mana datangnya nama pisang kaki tersebut.

Persimmon dipercayai berasal daripada China dan buah ini tergolong dalam keluarga Ebenacea. Buah ini berwarna kuning dan apabila masak ianya berwarna ke merah-merahan. Semakin merah buahnya maka semakin manis rasanya.

Rupa-rupanya buah ini banyak betul khasiatnya. Saya sukakan buah ini sebab ianya manis dan rasa seperti kelapa. Rupa-rupanya buah ini mempunyai kalori yang rendah iaitu 70calories/ 100g.

Persimmon ini mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin. Pendek kata ianya sangat bernilai tinggi dari segi perubatan. Antara khasiat buah ini ianya boleh menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Buah ini juga amat baik untuk paru-paru dan jantung.

Bentuk buah ini pelbagai ada yang berbentuk bulat dan ada yang berbentuk leper sedikit dan ada berbentuk bujur. Manakala rasanya juga juga ada yang sangat manis dan ranggup sementara ada juga yang rasa sedikit masam dan pahit. 

Buah ini ada yang sedap dimakan mentah dan ada yang dibuat buah kering yang juga sangat manis. Apabila dikeringkan di sekeliling buah ini akan terbentuk serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah yang rasanya manis kerana mengandungi manitol, glukos dan vitamin C, 

Di Jepun kajian juga dilakukan ke atas daun, batang dan juga buah yang busuk untuk dijadikan produk lain yang berguna kepada manusia.

23 comments:

  1. JUM TANAM DAN MAKAN BUAH PISANG KAKI'''BANYAK HASIATNYA TAHU... BOLEH TURUNKAN DARAH TINGGI, KOLESTROL DAN SEBAGAINYA...

    ReplyDelete
  2. JUM TANAM DAN MAKAN BUAH PISANG KAKI'''BANYAK HASIATNYA TAHU... BOLEH TURUNKAN DARAH TINGGI, KOLESTROL DAN SEBAGAINYA...

    ReplyDelete
  3. kulit die boleh mkn terus ke sekali dgn isi

    ReplyDelete
  4. kulit die boleh mkn terus ke sekali dgn isi

    ReplyDelete
  5. Bestnyeee.. dah laa manis pastu sedap tak terkata

    ReplyDelete
  6. Buah ni mmg sedap sgt.sy sekeluarga mmg suka mkn buah ni.ank2 pn lg la... kalu bl 10 bj sehari pn bleh hbs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat eon big.wangsa maju. La ni tengah musim 8 biji 6.50..kalo tak silap.. Saya pantang nampak buah ni..

      Delete
  7. Buah ni mmg sedap sgt.sy sekeluarga mmg suka mkn buah ni.ank2 pn lg la... kalu bl 10 bj sehari pn bleh hbs.

    ReplyDelete
  8. Buah nye mmg sedap..tp nak tanam melalui benih apa ye?anak pokok atau biji??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biji dia yg kite sudah mkn buahnya tanam je .

      Delete
  9. Saya mmg suka buah ni.cuba semai .mmg tumbuh! tu dok skodeng camno pokok nya.pada gmbar yg d lihat.ianya sesuai dgn cuaca Malaysia. ..in shaa allah..semuga membesar dgn subur.

    ReplyDelete
  10. Fisrt time mkn..sdp gak..mkn gn kulit2 sekali

    ReplyDelete
  11. Feberet saya dan suami...6 biji sekali hadap je..

    ReplyDelete
  12. This fruit are very good .

    ReplyDelete
  13. penghidap kencingmanis bolwh makan ke?

    ReplyDelete
  14. D pasar chowkit bnyk jual...8bji Rm10, Tp tgok pada musimnya... Klu tgh bnyak org jual tu, tngh musim lah...

    ReplyDelete
  15. Rasanya penghidap kencing manis boleh makan tapi ambil lg kuantiti yg sedikit dan bukannya yg dikeringkan kerana ia akan menjadi sgt manis dan tinggi dgn glukose. Skadar menjamah rasa xmenjadi masalah.

    ReplyDelete