Sunday, December 21, 2014

PETUA HALAU LALAT

Anda tentu risau sekiranya rumah dikunjungi oleh lalat. Lalat seranggan yang membawa pelbagai jenis kotoran dan kita akan jadi panik apabila serangga ini semakin banyak. Selain dari pelbagai jenis racun serangga yang ada dalam pasaran apa kata kita cuba cara-cara yang selamat seperti berikut:

1.   Cili besar : Ambil beberapa biji cili besar dibelah dua dan letakkan di mana lalat berkerumun.

2.   Kulit kayu manis : Tumbuk sedikit kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan di kawasan yang didatangi lalat seperti di meja makan atau di mana sahaja tempat yang anda tidak mahu lalat hinggap.

3.   Daun belimbing : Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.

4.   Kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih : Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.

5.   Lilin : Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.

6.   Bunga cengkih : Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.

7.   Daun jari : Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.

Selamat mencuba dan semoga berhasil.

No comments:

Post a Comment