Wednesday, February 19, 2014

GOUT

Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.

MENGAPAKAH URID ASID BERLEBIHAN DIDALAM BADAN?
Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.

Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.

APAKAH YANG BERLAKU PADA URID ASID DIDALAM BADAN?
Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan ‘tophi’ dan batu karang di buah pinggang.

Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan “hyperuricemia”. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini.

APAKAH YANG BERLAKU JIKA PENYAKIT INI BERLANJUTAN?

Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk ‘tophi’ di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.

BAGAIMANA GOUT DI KESAN?

Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.

BILAKAH SERANGAN GOUT BERLAKU?

Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:

-Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
-Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
-Minum alkohol berlebihan.
-Kecederaan kepada sendi.
-Selepas pembedahan.
-Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit gout
-Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut
dan pergelangan kaki.
-Sendi menjadi bengkak.
-Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
-Demam.

BAGAIMANA GOUT DAPAT DI RAWAT DENGAN BEKAM?

Berbekam Akan Membuang Angin Toksin Serta URID ASID Yang Menyebab Kan Gout.

Hubungi Juru Bekam Pusat Terapi Darul Muqomah Adn Sekarang!!
013-687 9515 Izzat Syakir(Pakar Bekam Anda)

1 comment:

  1. Cuka kurma dikatakan baik untuk merawat penyakit ini...

    ReplyDelete