Sunday, February 23, 2014

RAHSIA KELEDEK

Semasa saya kecil dulu, keluarga saya ada menanam keledek. Keledek antara ubi yang paling sedap untuk dimasak dengan apa cara sekali pun, terutamanya di goring.

Untuk pengetahuan anda keledek adalah sejenis tumbuhan menjalar yang tergolong dalam tumbuhan herba. Ubi keledek sangat popular dalam masakan dan kuih-muih tradisional. Selain dari digoreng ubi keledek paling mudah dimakan secara rebus. Juga sedap panggang dan bakar, malah boleh juga dikukus. 

Dalam masakan pula, ubi keledek sangat sedap jika dibuat sup, ditambah ke dalam masakan kari, masak lemak dan lain-lain masakan. Kadang-kadang ubi keledek digunakan sebagai bahan pemekat sos masakan. Manakala pucuk serta daun boleh dibuat sayur goreng, sup dan dimasak kari.

Khasiat Perubatan

Air rebusan ubi keledek:

* Diminum sebagai tonik bagi kesihatan perut, limpa, ginjal dan menguatkan badan yang lemah.

* Mengatasi rasa haus semasa demam panas.

* Air rebusan keledek yang berwarna ungu diminum bagi merawat diabetes.

* Air rebusan keledek yang jenis coklat kemerahan diminum untuk merawat disenteri.

Khasiat daun:

* Daun keledek yang ditumbuk lumat disapu pada kulit yang melecur.

* Juga disapu pada sendi-sendi yang kaku.

Khasiat batang:

* Tumbuk lumat kemudian ditampal pada bahagian badan yang mengalami reumatisme.

Ranting:

* Apabila direbus, airnya diminum untuk tujuan rawatan masalah dalam perut dan juga asma.

Cecair daripada ubi:

* Juga dapat digunakan untuk merawat kulit melecur iaitu dengan menyapu ke bahagian yang terbakar.

2 comments: