Sunday, February 3, 2013

Dunia hadapi krisis obesiti


Berita yang menakutkan saya kerana saya juga obes... dah cuba pelbagai cara tapi selera makan sangat bagus. Kini saya berserah saja kepada Allah swt. Jom baca berita di bawah:

Davos: Pakar kesihatan menggesa pemimpin dunia menangani masalah obesiti dengan tidak hanya menyalahkan penduduk sebagai kurang semangat untuk menurunkan berat badan.

Mereka menyifatkan obesiti kini satu pandemik global kerana menjangka lebih separuh penduduk dunia akan obes dalam tempoh dua dekad.

Pakar kesihatan, pemakanan dan kecergasan memberi gambaran itu ketika berucap di Forum Ekonomi Dunia di sini.

Mereka percaya, dunia perlu menangani krisis obesiti dengan menggunakan pendekatan sama seperti dalam usaha membanteras tabiat merokok.

Oleh kerana semakin banyak makanan tidak baik untuk kesihatan dan kian ramai memilih untuk tidak bersenam, dunia perlu mencari jawapan kepada masalah penyakit jantung dan diabetes yang membunuh 2.8 juta orang setahun, kata mereka.

Pada masa ini, angka rasmi menunjukkan 1.4 bilion orang dewasa sudah mempunyai berat badan berlebihan dan angka itu akan meningkat.

Perkara itu dijelaskan oleh dekan Kajian Kesihatan Awam Mailman di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, Linda Fried kepada panel mengenai obesiti di forum berkenaan.

“Dalam tempoh 20 tahun lagi, jika keadaan dibiarkan, 50 hingga 60 peratus penduduk dewasa dunia akan mempunyai berat badan berlebihan.

Meningkat dengan pantas

“Jika ini adalah penyakit berjangkit, kita tentu menggelarnya pandemik. Ia juga bukan terhad kepada wilayah tetapi global. Ia juga meningkat dengan pantas dan berterusan, suatu takrif pandemik,” kata Fried.

Punca utama ialah makanan berkalori tinggi dan gaya hidup kurang aktif, kata pakar.

Naib Presiden Sukan Nike, Lisa MacCallum Carter, berkata obesiti ada kaitan dengan krisis ‘gaya hidup tidak aktif’ disebabkan arus kemodenan.

Beliau merujuk kepada penyelidikan menunjukkan warga Amerika kurang aktif 32 peratus berbanding 1967 dan boleh mencapai 50 peratus menjelang 2030. - AGENSI

Sumber: Disediakan oleh Berita Harian

No comments:

Post a Comment