Friday, August 16, 2013

Ubi Kayu Banyak Gunanya

Ubi kayu atau nama botaninya manihot ezculenta crantz merupakan tumbuhan tropika dan subtropika yang memang banyak terdapat di hampir semua kawasan tropika serata dunia kerana ia merupakan karbohidrat yang berkos rendah dan paling mudah untuk diperolehi. Daunnya yang muda (pucuk) amat popular sebagai sayuran.

Pokok ubi kayu berasal dari Brazil, Amerika Selatan. Tumbuhan ini seterusnya tersebar ke Asia pada awal abad ke 17 dibawa oleh pedagang Sepanyol dari Mexico ke Filipina. Ubi kayu termasuk dalam keluarga euphorbiaceae. Dikenali juga sebagai ubi benggala, ubi belanda, cassava (Inggeris), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong (Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina), mushu (China) dan củ sắn atau khoai mì (Vietnam) merupakan tumbuhan dari jenis pokok renek.

Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara 9 hingga 12 bulan.

Batangnya pula berkayu sama ada bercabang atau tidak, kulit batang berwarna coklat atau kelabu serta kasar kerana banyak parut tangkai daun. Kulit batang ubi kayu mengandungi tanin, enzim, peroksidae, glikosida dan kalsium oksalat.

Akar pokok ubi kayu mengembung kerana menyimpan makanan. Ubinya pula berbentuk tirus, silinder, bulat, kecil, sederhana atau sangat besar. Isinya pula berwarna putih. Kuning atau sedikit merah dan menjadi keras apabila tua. Ubi ini terjadi dari bekas pangkal tangkai daun. 

Ubi kayu mempunyai kandungan kalori, serat diet, manganese, potassium, vitamin B6, vitamin C, protein, lemak, kalsium, fosforus dan zat besi. Memetik mengenai serat diet, ianya berfungsi untuk megurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser usus dan juga membantu mengawal diabetis. Patutlah ubi kayu satu masa dahulu menjadi pengganti nasi kerana ianya penuh dengan serat yang memberi rasa kenyang pada tubuh. Teringat juga masa zaman sekolah rendah dulu, buat gam dari tepung ubi kerana ia mempunyai kandungan kanji. Walau bagaimanapun, akar dan ubinya mengandungi banyak glukosid sianogenik sehingga tahap berbahaya dan di dalam ubi sahaja bervariasi antara sepuluh hingga 490 mg/ kg.

Ðaun ubi daripada jenis ringkas dan susunannya berpilin. Tangkai daun panjang, manakala daun jenis tidak terbahagi dan banyak jejari yang hampir sehingga ke tengah daun. Tangkai daun berwarna kuning, hijau atau merah. Ðaunnya pula banyak mengandungi protein, banyak karotena dan vitamin C.

No comments:

Post a Comment