Friday, July 19, 2013

Sukun

Pokok sukun boleh dikategorikan sebagai pokok hutan, walaupun ianya kelihatan seperti pokok Nangka dan pokok Cempedak, tetapi pokok ini lebih tinggi dan besar. Pokok sukun banyak terdapat di kawasan tropika lain seperti di negara kita, negara kejiranan dan Kepulauan Pasifik.

Kebanyakan bentuk buah Sukun adalah bulat dan terdapat juga yang berbentuk bujur. Ukuran garis pusat buah ini antara 10 hingga 30 cm. Dan purata berat buah ialah antara 1-3 kg sebiji.

Kaedah memetik buah sukun terletak kepada cara penggunaannya, saya sendiri sangat suka sukun goring, oleh itu buah sukun seharusnya dipetik sebelum mencapai peringkat ranum atau masak. Peringkat begini, selain dari menggoring sukun juga enak dibuat kerepek, direbus dan dibuat seperti sayuran dengan kaedah menggoring atau masak lemak.

Bagi buah sukun jika dipetik pada peringkat terlalu matang akan menjadi cepat lembut, oleh itu ianya sangat sesuai untuk dibuat bubur atau ada juga sesetengah orang yang membuat kek, puding dan kuih-kuih yang lain. 

Sebaliknya pula, sekiranya buah ini dipetik pada peringkat yang terlalu muda, buah ini akan mengeluarkan getah dan menimbulkan rasa kelat.

Buah sukun yang sedap dengan pelbagai kaedah memasak dan rasa juga kaya dengan khasiat di kebanyakan bahagian pokoknya, antaranya:

*    Mengurangkan Sakit Kepala. Ramaslah daun sukun bersama air sehingga mengeluarkan lendir dan pupuklah lendir itu di bahagian dahi.

*    Mengurangkan Batuk. Minumlah air rebusan buah sukun muda 2 kali sehari.

*    Mengubati Asma dan Hempedu. Rebus sukun masak dengan air dan minum air rebusan tersebut.

*    Gam. Getah pada kulit pokok sukun boleh digunakan sebagai getah untuk menampal kebocoran yang berlaku pada kapal kayu.

*    Gam ini juga jika diproses dengan betul boleh digunakan untuk membuat gula-gula getah.

No comments:

Post a Comment