Thursday, December 27, 2012

Makanan Suplimen - Multivitamin

Kita sering terdengar rakan-rakan dan ahli keluarga kita menyebut tentang makanan tambahan, ianya bukan dalam bentuk makanan tetapi sebaliknya lebih berbentuk pil, tablet, kapsul dan ada juga dalam bentuk cecair. Mengapa makanan suplimen ini diperlukan sekarang? adakah ianya penting?, apakah implikasi sampingan jika kita mengambil makanan suplimen berterusan atau dalam kuantiti yang banyak?. Soalan-soaln ini boleh dijawab oleh pakar pemakanan atau dietisen.

Memang saya tidak menafikan bahawa cara kehidupan masyarakat kits telah banyak berubah. Kesebukan seharian menjadi sebab masa makan yang tidak diambil berat terutamanya bagi individu yang berkarjaya. Sering kali individu-individu bekerjaya terlepas mengambil sarapan atau mana-mana sajian harian. Bagi mengantikan makanan maka ramai yang mengambil makanan tambahan dalam bentuk pil, tablet, kapsul dan cecair. Antara suplimen yang popular adalah multivitamin yang memainkan peranan dengan menampung kekurangan keperluan zat harian seseorang.

Yang menjadi persoalannya sebanyak mana pil makanan tambahan perlu diambil? Selepas mengambil pil multivitamin, adakah seseorang itu perlu mengambil vitamin C, vitamin E atau zat besi secara berasingan? Sebagai contoh sekira seseorang itu mengambil lebih daripada 4 jenis pil makanan tambahan setiap hari, adakah ianya keterlaluan?

Fakulti Kesihatan Awam Harvard memberi 5 panduan untuk pengambilan suplemen:

1.   Amalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan - Tiada pil dapat menandingi khasiat daripada sumber makanan semula jadi. Walaupun sebiji pil multivitamin mengandungi semua khasiat diperlukan badan, ia hanya untuk menampung kekurangan sesetengah zat yang tidak diperoleh daripada makanan.

*   Beralihlah kepada corak pemakanan yang kaya sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh dan kekacang. Pada masa sama, kurangkan makanan yang tinggi kandungan garam, gula dan lemak. Meskipun protein daripada sumber haiwan penting, ambillah dalam kuantiti sederhana. Makan banyak sayur dan buah mungkin sukar dilakukan, tetapi ia boleh diatasi dengan mengambil jus buah (sendirian atau dicampur dengan sayur) yang disediakan sendiri.

2.   Pilih pil multivitamin - Pengambilan sebiji pil multivitamin sehari sudah memadai untuk menampung kekurangan zat daripada makanan. Ada pakar menyifatkan multivitamin adalah polisi insurans yang murah dan boleh membantu mengekalkan kesihatan.

3.   Vitamin D - Sumber terbaik vitamin D ialah cahaya matahari pagi sehingga jam 11. Vitamin D membantu penyerapan kalsium bagi menguatkan tulang dan membolehkan otot berfungsi dengan baik. Malah, ada kajian menunjukkan vitamin D boleh mengurangkan risiko mendapat kanser usus dan payudara.

Vitamin D boleh diperoleh daripada makanan seperti ikan berlemak (sardin, makerel, salmon, minyak hati ikan), hati ayam, kuning telur, tiram dan lain-lain produk yang diperkaya dengan Vitamin D. Pun begitu, sumber daripada cahaya matahari lebih penting kerana ia membekalkan Vitamin D yang mencukupi kepada setiap individu. Setiap hari kita memerlukan antara 1,000 hingga 1,200 IU Vitamin D setiap hari. Dalam keadaan iklim khatulistiwa dan kepelbagaian makanan yang ada di negara kita, masalah kekurangan Vitamin D tidak harus berlaku.

4.   Katakan tidak kepada makanan tambahan ‘mega’ - Elak makanan tambahan yang didakwa mengandungi tinggi dos vitamin, mineral atau makanan yang diperkaya dengan ‘mega’ vitamin. Badan kita tidak memerlukan zat dalam kuantiti yang banyak. Multivitamin yang menawarkan tahap standard sudah memadai kerana vitamin larut air yang berlebihan akan dibuang.

Malah, jika sudah mengambil pil multivitamin biasa, kita disaran mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid folik.

*   Ambil secukupnya. Jangan cepat terpengaruh dengan iklan atau cakap orang yang mendakwa produk mereka lebih baik berbanding yang dijual di farmasi. Perlu diingat, produk yang dijual di farmasi secara umumnya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Pengambilan sebiji multivitamin sehari sudah mencukupi. Berlebihan vitamin boleh mendatangkan kemudaratan, contohnya berlebihan zink menyebabkan keletihan dan risiko serangan jantung atau strok.

Artikel asal ini saya ubah sedikit megikut kesesuaian masa kini, walau bagaimanapun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulisnya.

No comments:

Post a Comment