Sebelum puasa saya telah dirujuk oleh doktor MOPD yang merawat saya kepada pakar pemakanan kerana berat badan saya makin meningkat. Secara jujur memang sukar saya untuk mengawal tabiat makan terutamanya jika bertemu dengan makanan yang menjadi kegemaran saya dan nampak sedap.
Saya dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan kabohairat dan gula. Pakar tersebut menyediakan jadual pemakanan yang lebih flaksibel dan mudah diikuti. Saya boleh makan kebanyakan makanan kegemaran tetapi dalam jumlah yang kurang. Disebabkan jadual betemu dengannya saya berazam untuk mematuhi jadual yang diberikan. Saya juga dinasihatkan untuk mengambil sebiji buah apple hijau sebelum makan tengahari dan makan malam.
Apple di atas saya baru beli dari supermaket... nampak menyelerakan.... dan lebih enak kalau dibuat jus.
Pada perjumpaan baru-baru ini, (yang sebenarnya saya juga amat terkejut) saya mampu menurunkan 2kg dalam tempoh 2 bulan setengah. Jika tabiat baru ini diteruskan saya mungkin akan mencapai berat ideal dalam tempoh 6 bulan lagi. Tak salah kalau mencuba.
Kepada kawan-kawan yang ada masalah macam saya, jumpa pakar pemakanan dan adakan temujanji dengan mereka. Untuk berjumpa dengan mereka adalah motovasi yang kuat kerana setidak-tidaknya kita perlu memaklumkan kenapa berat badan tidak turun. Kerana segan secara tidak langsung kita akan cuba mematuhi jadual pemakanan yang diberikan. Cubalah... saya dah cuba.
No comments:
Post a Comment