Sudah empat tahun Rahim menderita akibat penyakit hidungnya. Setiap hari merupakan hari yang penuh dnegan trauma dalam hidupnya …. Saban pagi sebaik sahaja Rahim bangun dari tidur, hidungnya akan mula meragam.
Seperti biasa sesudah Rahim mandi pagi, hidungnya akan tersumbat. Apabila tersumbat, mulalah dia bersin dan bersinnya tidak berhenti-henti. Ketika memandu ke pejabat, hidungnya berasa gatal dan hingus mengalir takterkawal. Matanya mula gatal-gatal, merah berair dan sukar baginya untuk memandu. Adakalanya sehari suntuk Rahim tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada tugas-tugas dipejabat.
Dia juga kerap berasa sakit kepala yang teramat sangat. Dan berasa seluruh badannya tidak bermaya langsung. Meniti hari-hari hidupnya cukup terseksa buat Rahim dan penyakit ini buat dirinya merana.
Senario seperti ini bukanny asing dikalangan masyarakat kita. Penyakit yang dihidapi Rahim dikenali sebagai resdung di kalangan masyarakat tempatan. TAHUKAN ANDA ……….. Penyakit resdung ini menyebabkan kira-kira 10% daripada penduduk di Negara ini merana?????
Pada tengkorak kepala kita terdapat ruang-ruang udara kosong yang dinamakan sebagai " Sinus ". Resdung adala radang atau proses inflamasi pada lapisan dalam ruang-ruang udara ( sinus ) Justeri itu penyakit resdung juga dikenali sebagai " sinusitis "
PUNCA TERJADI RESUNG :
Terdapat beberapa factor dan penyakit lain yang dipercayai boleh mengakibatkan seseorang menghidap resdung. Antaranya yang utama ialah :
1) Jangkitan Kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabka menyebabkan seseorang endpat demam dan selsema. Malah ketumbuhan dari dalam hidung seperti " polyps " dan kanser turut dikaitkan dengan penyakit resdung.
2) Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunya struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
3) Selain daripada itu, kerosakan atau sakit gigi dibahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bacteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
4) Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar tutut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
GEJALA DAN KOMPLIKASI PENYAKIT RESDUNG :
Antara tanda awal penyakit resdung adalah hidung kerap tersumbat, bersin dan berhingus terutamanya pada waktu pagi dan berbau busuk. Ada seseternagh pesakit yang mengadu mereka tidak dapat merasakan apa-apa bau seklaipun. Selain itu pesakit resdung juga mengalami sakit kepala dibahagian dahi dan pipi terutamanya ketika tunduk atau sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian
tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk.
Apabila seseorang mengidap resdung dan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya dengan segera, radang pada runag-ruang udara ( sinus ) ini boleh merebak dan menyebabkan radang pada tulang tengkorak (osteomyelitis). Apabila radang ini merebak ke mata, keadaan ini boleh mengakibatkan kelopak mata menjadi bengkak dan sakit, pandangan menjadi kabur dan adakalanya mata menjadi buta.
Di samping itu radang ini boleh merebak ke tekak, ke selaput otak ( mengakibatkan meningitis ) dan ke otak menyebabkan otak bernanah ( intracranial abscess ). Malah penyakit resdung yang tidak dirawat boleh mengakibatkan maut!!! Adakah ini yang kita nanti-nantikan ????
Sumber; MAJALAH KELUARGA JULAI 2003