Sunday, December 25, 2011

Diet Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat sepenuh keberkatan dan manfaat daripadanya.

Rasulullah SAW mengelakkan minuman susu bersama makanan berprotin dan melarang memakan campuran pelbagai jenis daging. Baginda SAW lebih banyak mengambil bijirin, sayuran dan buah-buahan kerana corak pemakanan sebegini adalah sihat dan berkhasiat seperti juga yang disarankan oleh pakar nutrisi pada hari ini.

Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru, pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang.

Rasullulah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Kita cubalah ikut cara diet Rasulullah SAW agar sentiasa sihat dan tidak mengalami sakit perut ataupun keracunan makanan.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan. Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

3. Elakkan meminum susu bersama makan buah. Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat/ fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. Jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak.

6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”. Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser. Al-Hakam Bin Uyainah berkata: “Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol. Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia. Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan,“Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”. Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.

8. Buah tamarsememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut. Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber). Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.

11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan”– (An-Nahl: 68-69)

12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum airdengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan. Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع“Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. “Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).

14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan. Doa sebelum makan; اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ “Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya. ”Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)

16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim) Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam). “Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/ tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404). Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.

18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersbda;“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam. Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita. Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga. Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.

20. Elakkan kekenyangan sebelum tidurkerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan. Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”. Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.

21. Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.

22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.

Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.


Sumber: MyIbrah.com

Thursday, December 22, 2011

A Facelift in the Fridge

By Cynthia Ross Cravit

Health experts say certain foods can slow down the aging process. Food rich in antioxidants not only help to combat chronic diseases such as heart disease, cancer and diabetes, but they are also good for your skin.

The Right Diet

In fact, dermatologist and best selling author Dr. Nicholas Perricone says you can actually find a facelift “in the fridge.” “The right diet certainly decreases your risk of all age-related disease such as heart disease, cancer and diabetes, but it can also make a great difference in the skin very rapidly,” he told CNN.
Foods that contain a high amount of antioxidants ease an ongoing bodily process called intracellular inflammation. “Because of the inflammation, the cell doesn’t function correctly. It doesn’t produce enough energy, you can’t expel waste, and you can’t get in nutrients properly,” said Perricone.

The long-term effects of cellular inflammation can be seen in the brain with premature senility and in the arteries with arteriosclerosis. And in the skin, it’s sagging and wrinkling, according to Perricone.

Skin-Friendly Foods

Skin-friendly foods include all types of berries, brightly coloured fruits and vegetables and cold-water fish such as wild salmon. Good fats such as olive oil and avocado should also be included in your diet.

Offenders

The offenders?
“Stay away from starches and sugars, because they are pro-inflammatory,” said Perricone. “And substitute green tea for coffee.” While good nutrition can help to slow down the biological clock, reducing stress is also important. “We recommend moderate exercise, meditation, tai chi, qigong, prayer, anything you can do decrease that type of daily anxiety we face,” said Perricone. For more skin benefits, quit smoking, drink lots of water, and don’t forget the sunscreen, he added.


Read more: http://www.beliefnet.com/Health/A-Facelift-in-the-Fridge.aspx?p=4#ixzz1hERqIusU

Friday, December 9, 2011

Amazing Vinegar Cures

Old-fashioned apple cider vinegar may not seem like an amazing product, but it can be used in lots of ways that could surprise you. Unlike lots of modern foods, apple cider vinegar is a simple, natural product that has been around for a long time. But even your grandmother may not have known about some of these “vinegar cures.”

Toxins

Drinking two tablespoons of apple cider vinegar in an 8 oz glass of water every day may slow the production of histamines and reduce your allergies. This home remedy is recommended to be done all year long, whether you are suffering from allergies or not. This regimen is also believed to help your body cleanse itself of toxins.


Pain

The Farmers’ Almanac (a compendium of home remedies) states that a tablespoon of apple cider vinegar in warm water drunk every morning relieves arthritis pain and soothes stiff joints.

Herbal Vinegars

Herbal vinegars—which you can make yourself by adding dried herbs to vinegars—can help you absorb the minerals in your salad (and in the dried herbs) better by making for an acid environment (acid helps the body absorb vitamins and minerals better).

Read more: http://www.beliefnet.com/Wellness/Amazing-Vinegar-Cures.aspx?p=4#ixzz1g2FnYAi3

Saturday, December 3, 2011

10 Tips to Destress from Work

By Laura Stack

Are you working your life away? Yes, you, the one working six days a week, 12 hours a day. Oh, so you "rest" on the seventh day? Hey, even God rested on the seventh day. You, however, put in a few more hours. When did you confuse your job with your life?

Leisure, wellness, fun, and stress reduction are all an essential part of any productive routine. If you have a hard time kicking back, here are a few suggestions you should try.

Close the Mental Office 'Door'

It's okay to love what you do; it's okay to have passion for your work. But you're not defined by what you do professionally. Stop being a workaholic, and learn to slow down and "turn off" work.

Leave Work on Time

Your personal life is at least as important as your work life. Facing this reality and learning to work with it will make you feel more successful and less stressed. So remember to get home and enjoy your home life.

Laugh a Little

Lighten up and laugh at life's absurdities. Remember, the lower your stress level, the higher your appreciation of life and your ability to care for others.

Rest, Relax, and Play Daily

Some 40 percent of people surveyed say they don't spend enough time enjoying leisure activities. The biggest obstacle to play? Ourselves. Give yourself permission to have fun.

Go on a Long Vacation

Everyone needs a change of pace and scenery andfunon a regular basis. Vacations offer the restorative power many people desperately need. Without the ability to recharge your batteries for a long period of time, you're on a slippery slope to burnout.

Create Fond Memories

Don't ignore your family in favor of earning a living. Create positive experiences that stir their emotions and will therefore impact them, so they'll remember the good times.

Have Regular 'Family Time'

The traditions you share with your family are important ways to nurture and express your love for the important people in your life, and to create those fond memories that make you a family.

Make Time for a Favorite Hobby

Having a hobby is a great way to re-energize. Whether you like to knit, create scrapbooks, or design clothes, do something regularly. Make time for it. Hobbies are a wonderful outlet for the creative expression missing in many people's lives.

Force Yourself to Slow Down

Time management doesn't mean packing your day like a moving van, ensuring every single minute is full. What's really at issue is not the quantity of time, but its texture.

Take Care of Yourself Regularly

This doesn't just mean going to the doctor and dentist regularly. Reconnect with your childhood, keep up an active social life, pamper yourself occasionally, and don't feel guilty about downtime.

Read more: http://www.beliefnet.com/Health/2008/09/10-Tips-to-Destress-from-Work.aspx?p=11#ixzz1fSsQ1z14

Thursday, December 1, 2011

Foods that Boost Your Mood

By Cynthia Ross Cravit

People who follow a traditional Mediterranean diet are 30 per cent less likely to be depressed, a study finds. People who follow a traditional Mediterranean diet are 30 per cent less likely to be depressed, a study finds. Research has shown that eating a diet rich in fruits, vegetables, legumes, olive oil and fish can help to reduce the risk of cancer, heart disease, diabetes and even Alzheimer’s disease. And now a new study indicates that it may also help to prevent depression. The Mediterranean diet has long been thought to explain the long life expectancy of southern Europeans. And because Mediterranean countries also have lower rates of depression and suicide than many other countries, researchers were curious about whether their diet might also affect mental health.

Research

For the study, published in Archives of General Psychiatry, researchers looked at 10,000 healthy Spanish university graduates. Participants were asked to complete a food questionnaire at the start of the study, and they were then followed over the next four and a half years. In particular, they were asked if their diets contained the following components of a traditional Mediterranean diet:
– A high ratio of monounsaturated fatty acids (such as those found in olive oil) to saturated fatty acids (found in animal fats like butter and meat).

– Moderate use of alcohol and dairy products.– Low intake of meat.

– High intake of legumes, fruits, nuts, cereals, vegetables and fish.


Findings

The results? Those who ate ‘Mediterranean-style’ were about 30 percent less likely to be diagnosed with depression. Researchers say that the fatty acids in olive oil may play a role in lowering the rates of depression. “However, the role of the overall dietary pattern may be more important than the effect of single components,” writes lead study author Almudena Sánchez-Villegas of University of Las Palmas de Gran Canaria.“It is plausible that the synergistic combination of a sufficient provision of omega-three fatty acids together with other natural unsaturated fatty acids and antioxidants from olive oil and nuts, flavonoids and other phytochemicals from fruit and other plant foods and large amounts of natural folates and other B vitamins in the overall Mediterranean dietary pattern may exert a fair degree of protection against depression.” More studies are needed to show a direct cause and effect from eating a Mediterranean-style diet and lowering depression, researchers say.


“It is plausible that the synergistic combination of a sufficient provision of omega-three fatty acids together with other natural unsaturated fatty acids and antioxidants from olive oil and nuts, flavonoids and other phytochemicals from fruit and other plant foods and large amounts of natural folates and other B vitamins in the overall Mediterranean dietary pattern may exert a fair degree of protection against depression.” More studies are needed to show a direct cause and effect from eating a Mediterranean-style diet and lowering depression, researchers say.



I personally would like to thank you to Beliefnet.com because I really learn from this website and shared the knowledge with my friends.